Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 20, 2010

tamat exam terakhir, InsyaAlah...

36 celcius...
baru balik daripada jamiah. exam syafawi tadi. wah... panas betul kat luar tu. selama dua minggu ni, saya tak keluar sangat. so memang tak rasa panas langsung la. hehe.. kalau keluar pun, dah nak asar, bukan time matahari tengah panas terik. tadi balik daripada jamiah, pukul 12.30 tengahari. panasnya tak yah cakap la. hehe.. padahal semua orang dah hari2 pun rasa, saya je yang baru rasa hari ni. saya jalan kaki sampai qamrah je, pastu ambil teksi. hehe...

exam tadi?
alhamdulillah... bagi saya, saya dah buat yang terbaik. better than nihaie tahun lepas yang banyak saya tersengeh je sebab tak tau jawapan. hehe.. ha.. disebabkan saya dah terkena tahun lepas, so saya ambil pengajaran la. kali ni, bila ada orang cam tak dapat jawab @ jawapannya agak tak tepat, terus saya nak rebut soalan tu. kenapa? sebab tahun lepas saya dah terkena. bukan saya tak dapat jawab, cuma saya tersekat2 jawab. tiba2 dak arab tu potong jawapan saya. tak pasal je saya jadi mangsa. so.. belajar daripada kesilapan la. hehe...
~pengajaran! dah kena jawab soalan syafawi dengan arab, kita kena buat perangai arab gak la. rebut2 jawab soalan. haha.. banyak kali gak ustaz tak layan bila saya nak jawab tadi.

satu benda yang saya sedikit kecewa, bila saya tak dapat nak hantar urudh tadi. bukan tak buat, bukan tak siap. cuma saya dah hantar time muraqabah mustamirrah bulan lepas. hurm... ustaz lupa kot. takut je saya tadi. nasib baik saya ada fotostat urudh tu. so.. hantar yang fotostat tu je la tadi. sedih je rasa. macam tak bersungguh buat urudh.
~pengajaran! kalau ada urudh kena hantar dan ustaz tak tetapkan bila kena hantar, lebih baik jangan hantar awal2 @ time tu dua tiga orang je yang hantar. memang nampak macam bersungguh time tu sebab orang lain tak hantar lagi, kita dah siap hantar. tapi risikonya... takut urudh tu dah hilang @ ustaz lupa yang kita pernah hantar urudh.. kan ke naya. hehe..

apa pun, saya harap markah exam saya kali ni melayakkan saya untuk menamatkan pengajian saya semester ni. harap2 sangat markah lebih 6, tak payah masuk istidrok da. kalau madah ni, istidrok tak tambah banyak sangat. dalam 0.5 @ 1 markah je. paling tinggi kalau tak silap saya, 2 markah. so... doakan saya najah tanpa istidrok ye.. risau sebenarnya ni..

okies... habis cerita pasal exam.

buka cerita baru. hehe... oh ye.. sebelum terlupa.. dah nak masuk 2 minggu tak post pasal info baby kan? okies.. ni untuk minggu ke-13

Fetal development - 13 weeks pregnant



Your baby is now about 6.7cm long from crown to rump and weighs nearly 23g – about half a banana. Your baby now has sucking muscles in her cheeks, so when you poke your stomach gently she will feel it and start rooting – that is, act as if she's searching for a nipple.

If you're having a girl, she now has approximately 2 million eggs in her ovaries; she will have only a million by the time she's born. She'll have fewer eggs as she gets older, and by age 17, the number will have dropped to 200,000.

As for you, the fog may be lifting, so to speak. For many women, the side effects of early pregnancy – frequent urination, intense fatigue, nausea – diminish sometime in the second trimester. At the same time, your growing uterus (womb) will be making your tummy look more rounded now.
------------------------------------------------------------------------------------
okies..
tu je kot untuk kali ni..
actually, tak update lagi utk minggu ke-12 kn? hehe.. tu tunggu post akan datang k. sebab ada cerita time jumpa doktor minggu lepas.

nak g kemas2 umah n basuh baju pulak.

1400
Bouhlal, Rabat

Wednesday, May 19, 2010

final exam -20/5/2010

19 celcius..
baru lepas sarapan dengan abang, abang baru keluar pergi kerja.

lama tak update blog ni kan? hehe.. bukan tak ada masa, banyak je masa.. 24jam sehari. tapi tak sempat2 nak update blog. sebab? entah la.. rasa cam tak de masa nak menaip untuk blog ni kot. risau nak exam. dah dua minggu ni, mengadap subjek tu je tiap2 hari (kecuali sabtu ahad la). setakat hari ni, dah 85% kot persediaan. takut pun ada. rasa macam nak SPM lagi sekali je. hehe.. tapi kali ni satu subjek je la.

masa ni dalam proses tulis semula nota cakar ayam saya time ustaz mengajar
ni tahap 40% baru kot

teringat masa nak SPM dulu, memang kebanyakan masa mengadap buku je la. bahagi time solat, mengaji n ke kantin untuk makan. duduk asrama kan.. tak yah buat kerja sangat. basuh baju pun, time hujung minggu sebab hari tu je cam rasa banyak masa. perkara yang sama berlaku sekarang. pagi2 buat sarapan, gosok baju abang, sarapan dengan abang. start abang pergi kerja sampai abang balik kerja, mengadap buku n nota2 je la. (ym gak ngan family untuk persediaan mereka ke sini) ym ngan kawan2 memang da jarang sangat la. pulak tu, sekarang ni masing2 pun tengah sibuk exam. semalam, syirot wat kek coklat (sedap!). mekda datang sampai kat pagar umah ni je, hantar kuih lepas tu balik. hehe.. tak sempat da nak borak2 sebab dia ada exam hari ni.

esok exam. lusa family sampai. persediaan kami? ehe.. buat sikit2. sabtu ahad baru ni, gotong royong dengan abang. kemas rumah, mop lantai. pastu ke pasar n aswak salam. beli barang dapur, bantal. pastu abang g pinjam mazafil dan tikar kat rumah ikhwah. macam2 gak la. kalo sebelum ni rumah ni 50%, sekarang ni da 70% la kot. masih tak lengkap pun rumah ni, tapi cukup la dengan apa yang ada. asalkan selesa. :)

actually, banyak lagi benda bertangguh. nak kena hantar mazafil g dobi, basuh cadar, setting tempat, kemas beg untuk bercuti nanti.. tapi tak buat2 lagi. esok kot.. lepas habis exam. buat masa ni, KIV dulu. bajet n jadual perjalanan pun, dah banyak kali tukar2. hehe.. sabar je la mak layan kami. pening tengok bajet yang macam budak2 buat kn? hehe.. sori2..

abang last kerja esok. jumaat nanti boleh la sama2 gotong royong lagi sebelum g ambil family kat airport petang tu. sekarang ni abang tengah sibuk cari kereta sewa untuk ke Marakech nanti. nampak macam senang je nak sewa kereta, susah rupanya. semalam lepas kerja, abang ke tempat sewa kereta tu. dah janji dengan orang tu nak tengok kereta. sekali tengok, kereta buruk la pulak.. haish.. susah betul. jangan kata nak cari kereta 7 seat (memang tak dapat pun), nak cari kereta Dacia Logan (lebih kurang besar Persona) pun susah gak. ada yang ok, tapi sewa sehari nak dekat 400dh pulak. ada yang murah, tapi tak ada aircond. ahaha... leceh2. mula2 saya pelik gak, time abang cerita tu, banyak tempat sewa kereta yang ada kereta lawa2, tapi tak ada aircond. tak pelik ke? bila fikir2 balik, memang betul la.. orang arab ni tak perlukan aircond pun. derang lagi suka buka tingkap. tapi kalau perjalanan 4 jam ke Marakech, sanggup ke tak ada aircond, buka tingkap? hehe.. takut berhabuk lak nanti. uhuh.. macam2 la morocco ni. ada kereta murah, minyak mahal (petrol). ada kereta mahal, minyak murah (diesel). fuh.. jenuh rupanya nak mencari kereta yang sesuai untuk bercuti. semalam lepas kerja lebih kurang pukul 6 petang abang start cari kereta, nak dekat 8 malam baru sampai rumah. hasilnya, tak dapat gak lagi kereta. try cari hari ni pulak. harap2 jumpa nanti...

tadi baca blog kakna pasal Holie checklist. best lak. tu yang semangat nak update blog ni. ahaha.. ok la. kena sambung study. dah habis exam esok, update blog lagi. actually, terlampau banyak benda nak cerita. minggu lepas appointment dengan doktor untuk kali ke dua. best dapat tengok baby lagi. hehe.. nanti ada masa, insyaAllah update kat blog ni.
~doakan saya najah dengan cemerlang kali ni... harap2 ni exam last, x kena istidrok lepas ni.. risau sangat...

0821
Bouhlal, Rabat

Friday, May 7, 2010

Pindah rumah [Qamrah-Bouhlal]

16 celcius...
setelah beberapa minggu tak update blog... hehe.. (xde sampai sebulan pun). saya kini gembira sebab dah pindah rumah. hehehe... actually, saya dah lama pun buat entry kat post sebelum ni tu, tapi saje tak publish sebab tak nak. maybe sebab takut tak de rumah untuk pindah kot. hehe.. cam buang masa je la membebel kalo impian tak jadi kenyataan kn? =D sebelum apa2, ni info untuk minggu ke-11.

Fetal development - 11 weeks pregnant



You're getting close to the end of the first trimester. Most of the baby's critical development will be behind you after the next couple of weeks, and the odds of miscarriage will soon drop considerably.

Measuring from the crown of his head to his rump, your 1.5-inch/ 4-centimetre fetus has all his parts, from tooth buds to toenails. Your baby is busy kicking and stretching; his movements are so fluid they look like water ballet. Fingers and toes have fully separated. Now the fetus's main task during the next six months will be to grow larger and stronger until it can survive on its own outside the womb.

A dark vertical line of pigmentation, called the linea nigra, may appear on your abdomen. Your uterus has risen above your pelvic bones and your midwife can now feel it during an external examination.
---------------------------------------------------------------

sambung cerita post sebelum ni, tapi saya cuba untuk tak membebel. hehe... =D

seperti yang diceritakan, kami sibuk cari rumah minggu lepas. setiap petang keluar pusing2 Bouhlal. saya ada tau beberapa rumah yang kosong tahun lepas. kami pergi tengok, dah ada orang. dah setahun kan.. biasa la tu. kadang2, bila dah penat menapak, kami singgah rumah student rabat kat Bouhlal ni. bila dah sampai rumah akhowat, macam biasa la kn.. sure bercerita. saya cerita yang saya nak pindah rumah. borak punya borak, derang bagitau saya yang tuan rumah depan kedai tu dah offer suruh tengok rumah. sebenarnya akhowat ni yang nak pindah ke rumah tu, tapi bukan dalam masa terdekat ni. derang cari rumah bulan lepas kot. masa tu tuan rumah tengah baiki rumah tu. saya cerita kat abang. kami pun nak tengok rumah tu, tapi tuan rumah tak duduk situ pulak.. susah nak contact.

dalam masa yang sama, abang ada minta tolong Abdullah, sorang tukang jahit dekat2 dengan pasar. dia bukan simsar pun, tapi baik sangat sebab sudi luangkan masa untuk cari rumah untuk kami. selalu gak la kami jumpa dia sebab nak tanya, dah jumpa rumah ke belum.

segalanya bermula jumaat lepas.. lepas saya, mekda dan syirot makan kuskus kat rumah kawan mekda. dalam perjalanan ke sana, saya cerita kat syirot pasal saya cari rumah untuk pindah. syirot pun cerita pasal rumah depan kedai tu. (cam saya cerita tadi). pastu tiba2 syirot kata, dia ada nombor tuan rumah tu. wah.. memang gembira tak terkata la saya ni kan. hehe.. tapi syirot tak save dalam hp dia. malam tu baru dia send kat saya nombor tu. oh ye.. sebelum ni jarang jumpa syirot sebab dia ke kelas French. tu yang baru dapat borak tu. hehe..

malam tu jugak, abang call tuan rumah tu -Haj. dia suruh kami datang rumah tu esok petang. kebetulan, Abdullah pun kata dah jumpa rumah, suruh tengok esok gak. esok tu hari sabtu, ada Program Protokol kat INPT. program persatuan. best, tapi kami join separuh hari je sebab kena uruskan rumah. hehe.. tak boleh tamak, kena pilih salah satu je.

oleh kerana kami ni cam agak terdesak gak la nak pindah rumah kan.. tengahari lepas lunch, kami balik rumah. siap2 semua, g jumpa Abdullah. Abdullah kenalkan kami kat kawan dia. kawan dia yang bawa kami tengok rumah. kat Hayy Kheir. kat mana? hehe.. dekat je dengan Bouhlal n Qamrah. jalan kaki pun sampai. jauh gak la sikit. hah.. ada 2 buah rumah kami tengok. dua2 tak memuaskan. satu tu, rumah bawah, tingkap tinggi gak la tapi satu bilik je. satu lagi, rumah bawah, dua bilik tapi tingkap rendah sangat2. pulak tu, dua2 rumah kena lalu lorong2. means tak boleh berhenti teksi betul2 depan rumah la sebab lorong sempit. ehe.. bagi saya, kawasan camtu bahaya coz orang boleh ikut daripada belakang kalau balik sorang2. seram...

lepas solat asar, kami ke Bouhlal jumpa Haj, tengok rumah. lawa rumahnya. dua bilik, satu bilik air, satu tandas, satu dapur, satu ruang tamu yang amat besar. tingkat atas. tingkat bawah tu tuan rumah letak barang2 dia, dia tak duduk situ pun, sekali sekala je dia datang. tingkat atas sekali, sutuh dan rumah lagi, tapi tak ada ruang tamu. sewa untuk rumah kami, 3000dh. kalau rumah kat sutuh tu, 2000dh. ehe.. bagi saya, kalau nak sewa yang 2000dh tu tak berbaloi sebab leceh nak keluar bilik, kena lalu sutuh, means kena berpakaian lengkap. lagipun kat sutuh kan.. nanti musim panas sure panas sangat2 rumah. kalau rumah yang 3000dh ni, memang nampak selesa, tapi .... hehe... sewa terlalu mahal la. tak pernah lagi dengar student Morocco sewa rumah berdua harga 3000dh. kami tak terus setuju untuk sewa rumah tu, walaupun teringin sangat2. kena balik bincang2 dulu.

malam tu, lepas bincang2 dengan mak abah, last2 kami setuju sewa rumah tu. lagipun, tuan rumah tak kesah kalau family saya nak duduk rumah tu time datang bercuti nanti. so, memang best la. lepas isya, abang call tuan rumah, komfem dengan dia. ingat nak pindah esoknya, Ahad. tapi tak boleh sebab rumah tu tak masuk air lagi. tunggu punya tunggu, kelmarin baru selesai masalah air. tapi ada satu bilik tu tak masuk letrik lagi. masih dibetulkan. akhirnya, semalam kami pindah rumah. Alhamdulillah, tuan rumah dah siap basuh rumah tu. =D

cerita semalam..
abang ke Meknes dengan mcmin semalam. buat kerja kat sana. pukul 7 pagi lagi dah bertolak. lepas abang pergi, saya mula kemas rumah sampai pukul 9 pagi. siap2, makan2, dalam pukul 10.30 pagi saya ke kelas. pukul 1 petang baru sampai rumah. rehat2 kejap, makan tengahari, solat. mula mengemas balik. tiba2 aman, azma, madiha n mun datang. =D tolong2 buat kerja. pastu mekda sampai. dah tak banyak kerja pun, tinggal alih sikit2 je. pastu mereka berempat balik, tinggal saya n mekda. sambung kerja sikit, rehat2 borak2. saya penat, tidur kejap. lepas asar, tunggu abang balik. dah maghrib, abang sampai rumah. solat. dalam pukul 9 malam, start angkat barang. tak ramai sangat, tapi sebab yang datang tolong semua cam kuat je, jadi cepat la kerja angkat barang. hehe.. ada ikram, mustaqim, fakhrurazi n mcmin. bila lori dah penuh, derang angkat barang ke sana. oh ye.. ada kereta Hidayah, mcmin bawa. actually, abang n mcmin tak rehat2 lagi lepas balik daripada Meknes, terus pindah barang. ada dalam 3 kali gak kot hantar barang guna kereta. habis semua, dalam pukul 11.30 malam. penat, lapar..

alhamdulillah, ikhwah Bouhlal ajak abang n mcmin datang makan kat rumah derang. takde la saya risau sangat. saya n mekda balik makan kat rumah akhowat. saya dah penat sangat2, tapi kena makan gak la sebab lapar. hehe.. lepas makan, solat. rehat2 jap pastu tidur.. =D

habis cerita.. tak ambil gambar masa pindah semalam. hari ni saya cuba ambil gambar rumah baru kami, nanti saya post kat blog. =D
~panjang sangat pulak entry kali ni. hehehe...

1108
rumah akhowat
Bouhal, Rabat

Friday, April 30, 2010

teringin nak membebel hari ni

21 celcius...
wah3.. lama betul tak update blog kan? dah lebih seminggu rasanya. banyak je masa nak update, tapi mood tak datang lak.

sebelum apa2, meh nak copy paste untuk minggu ke-10.

Fetal development - 10 weeks pregnant




The fetus is only about 1.2 inches / 3 centimetres long from crown to rump and weighs less than a sixth of an ounce / 4 grams. Even so, it's busily swallowing and kicking. Each day more minute details start to appear, such as fingernails and peach-fuzzy hair.

The vital organs -- the liver, kidneys, intestines, brain, and lungs -- are fully formed and functional, while the head is almost half the length of the entire body. The forehead temporarily bulges and sits high on the head, but later will change into a more human-like feature.

If you could take a look at your baby this week, you'd be able to see the clear outline of his spine. Spinal nerves stretch out from the spinal cord.

Your uterus is now the size of a grapefruit. With the help of a Doppler, a hand-held soundwave stethoscope, you can hear the fetus's rapid heartbeat -- one expectant mother likened it to the sound of tiny horses galloping.
-----------------------------------------------------------------------------

pesanan awal daripada saya. di bawah hanya merupakan bebelan saya. so.. kalau tak nak buang masa, sila jangan baca.

okies, sambung cerita.
actually, saya dah mula serabut dengan rumah sewa kami sekarang ni. kecik tak jadi masalah sebab kami tinggal berdua je. masalahnya, udara tak masuk! rasa rimas je duduk dalam rumah. ada tingkap, tapi kat bilik je. nak buka selalu tak boleh sebab rumah ni bawah sekali. kalau buka tingkap, sah2 la orang boleh nampak dalam. memang kami pasang langsir, tapi kena berhati2 gak la kn.. kang tak pasal2 ada orang selak langsir tu, tak ke naya?

bayangkan setiap hari saya memasak di dapur yang terkurung. tak ada tingkap satu pun kat dapur. nak buka pintu bilik dan tingkap bilik? uish.. bahaya.. kalau saya sorang2 kat dapur, kat bilik tak ada orang. buatnya orang panjat masuk ikut tingkap macam mana? kan susah.. lagipun, kalau masak buka pintu bilik, nanti baju kat dalam bilik ni bau makanan la pulak kn... haish.. geram je. sudahnya, memang tak tahan la dengan bau masakan tu. lagi2 kalau menggoreng guna minyak yang banyak. hurm.. biasanya orang kalau menggoreng, mesti buka tingkap, nak bagi udara mengalir kan? nak bagi bau hilang.. kan? bayangkan dapur yang tertutup, menggoreng pulak tu. haish... berminyak2 lantai dapur. =( sedih sangat.. memang saya lapik dapur tu dengan alas kaki, tapi tak la semua tempat.
~actually, tak kisah sangat nak membasuh lantai dapur (tak boleh lap je, kena basuh dengan air yang banyak beserta sabun. kalau lap je, saya dah buat dulu, minyak kat lantai tak hilang), cumanya.. keadaan saya sekarang ni tak mengizinkan. nak basuh lantai, kena alih barang2 kat dapur tu. dapur kecik kan.. peti ais, rak2 pinggan, rak2 barang masak. hurm.. tak larat la nak angkat sorang dah. takut effect kat mana2 nanti.

morning sickness saya makin hari makin kurang. alhamdulillah.. cumanya.. kalo ke dapur, terbau masakan berminyak tu, rasa macam nak muntah je. hahaha.. gila bermasalah la dapur umah ni. tensen je.

oh ye... bagi sesiapa yang tak pernah masuk rumah ni, sila bayangkan keadaan rumah yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya. itu lah rumah kami! 24jam kena switch on lampu! ok2.. tipu la 24 jam. kami tak membazir. kalau tak ke dapur, kami tutup la lampu dapur. ikut mana tempat yang kami duduk. apepun, amat lah merimaskan bila tengahari pun kena pasang lampu untuk ke dapur. kalau tak, memang tak nampak langsung la. haha.. duduk dalam gua ke apa?

oh.. itu baru cerita dapur, tak cerita tuan rumah yang amatlah mengongkong itu. kenapa? entahnya tuan rumah ni. dia ingat kami sewa rumah ni, dia boleh kawal hidup harian kami kot. nak bawa kawan masuk rumah pun tak boleh. saya faham, dia tak nak rumah bising. tapi kami bukan buat jamuan pun. setakat ajak sorang kawan untuk teman saya time abang ke pejabat, apa salahnya kan? hari tu tuan rumah nampak kawan saya masuk rumah ni. esoknya, dia tanya kat abang. "ada sesiapa ke masuk rumah ni?" haish... gila kerek.

tu satu hal, tak campur suka2 hati minta duit kat kami lagi. ahah... asalnya sewa rumah ni 1600dh termasuk letrik dan air. cukup sebulan pertama, tuan rumah macam bising sebab bil rumah naik tinggi. abang kata la, kalau nak tambah 50dh, kami tak kisah. beberapa hari lepas tu, dia panggil abang. dia nak tambahan 100dh. so.. sewa rumah kami sekarang 1700dh. ok fine.. malas nak bising. beberapa hari lepas, tuan rumah panggil abang. masa tu pagi, baru tengah bulan. "aku nak guna 100dh sekarang. nanti aku tolak 100dh tu untuk sewa bulan depan" uish.. sedap hati dia je minta duit kan? abang cakap xde duit, dia tak percaya. "ye ke tak de? ko cari lah 100dh. dalam pukul 2 @ 3 petang nanti aku datang balik" wawawa... geramnya dengar.. ingat kami ni bank dia ke? da la tak kerja, suka2 je minta duit camtu. last2 abang memang tak bagi pun duit kat dia.

oh ye.. tuan rumah kata, dia tinggal ber3 je, dengan mak dan ayah dia. tuan rumah ni tak la tua sangat. 20an @ 30an kot umurnya. memang tak kerja, selalu saya nampak lepak kat tepi2 kedai, borak2. kami tak kisah sangat dengan kekurangan rumah ni, tapi sebab dia terlalu la kereknya, kami pun jadi tak suka. konon tinggal bertiga. padahal setiap 2 @ 3 hari, mesti ada orang datang rumah dia. sabtu ahad memang ramai la datang. saya faham... family balik rumah mak ayah. so, x pe la bising kan.. tapi yang tak bagi saya bawa kawan teman saya tu kenapa?

perkara yang buat kami sangat kecil hati, tuan rumah tak bagi family saya tinggal sini. hurm.. bulan lepas, abang gtau tuan rumah yang nanti family saya nak datang bercuti kat morocco ni. nak duduk rumah ni dalam sebulan. 4 orang. tiba2 tuan rumah bising. tak boleh ramai2 dalam rumah ni. "senang2, ko cari je la rumah lain. aku tak nak ramai2 masuk rumah ni. hujung bulan nanti ko pindah la" amboi... sesuka hati je cakap camtu. selama duduk sini, kami tak pernah buat hal. bayar sewa selalu tepat masa. abang cakap, abang akan cuba cari rumah, tapi kalau tak jumpa, terpaksa la tinggal kat rumah ni gak. tuan rumah kata, "kalau family ko nak duduk sini gak, aku kena ganda sewa rumah la. ko duduk berdua pun 1700dh. tambah lagi 4 orang, aku kena naikkan la" hurm... kalau dah itu jalan terakhir, nak buat macam mana kan.. terima je la. tapi kalau lepas family saya balik malaysia, tapi sewa rumah ni tak turun2 macam mana? arab ni bukan boleh bagi muka sangat. dia rasa kita mampu bayar, mula la dia nak ambil kesempatan. pulak tu, family saya datang tengah bulan 5 sampai tengah bulan 6. memang jumlah semua sebulan je. tapi biasa la arab kan.. dia kira dua bulan gak sebab bulan 5 dan 6. hurm... masalah betul arab ni.

so... disebabkan apa yang saya bebelkan di atas, sekarang ni kami sedang mencari rumah, tapi tak jumpa2 lagi yang sesuai. serabut kan? nak buat macam mana.. hidup ni tak meriah kalau tak ada dugaan camni. hehe..

hari ni dah hujung bulan 4. esok sabtu, 1 mei -ada program persatuan. lusa ahad, 2 mei. sempat ke kami nak pindah??

best je kalau kat malaysia. nak cari rumah sewa senang. ada je rumah yang bertanda "to let" "untuk disewa". kat sini? jangan harap la.. kena cari sendiri. boleh je guna simsar (tukang cari rumah). tapi simsar kata buat masa ni tak ada rumah lagi. so, setiap petang masa abang balik kerja, kami keluar cari rumah. kadang2 sampai malam. hehe.. sadisnya..
~pengalaman memang mematangkan diri kan? =)

apa pun, saya yakin yang segala dugaan ni ada hikmahnya, ada ganjarannya. yang penting, kena sabar banyak2.

okies... tu je kot untuk hari ni. kot2 la ni post terakhir saya kat rumah ni kan...
~hahaha... fie, berhenti berangan!

Qamrah, Rabat
30 April 2010

Tuesday, April 20, 2010

Minggu ke 9

23 celcius..
tengah melawat resepi untuk hari ni kat tenet. sebelum terlupa, meh nak letak info pasal minggu ke 9...

Fetal development - 9 weeks pregnant



By week nine of pregnancy, you may find yourself riding a bit of an emotional roller coaster, feeling moody one day and joyful the next. Disturbing as this is to some women who pride themselves on being in control, what you're going through is normal and will probably continue throughout your pregnancy. Up-and-down emotions are partly caused by raging hormones.

At the week's end, your baby measures about 2.3cm long. In both shape and size, he resembles a peapod and weighs less than 2g. His eyelids are fused and won't open until week 26. His wrists are more developed, ankles have formed, and his fingers and toes are clearly visible. Arms are growing longer and bend at the elbows and by the week's end his ears will nearly be complete.

Though you can't yet identify the sex of your baby by ultrasound, his genitals have begun to form. By now the placenta has developed enough to support most of the critical job of producing hormones. The placenta is also making nutrients for your baby and eliminating his waste products.
-----------------------------------------------------------------------------------------

okies.. masa untuk bercerita. ehe..
hari ke 2 di rumah pada minggu ini. kenapa rasa macam tak tau nak buat apa? maybe sebab tinggal satu je kelas (hari khamis pagi). rasa banyak sangat masa terluang yang tak terisi. hurm.. sebenarnya saya dah mula rasa tak sedap badan seharian. kalau dulu, malam2 bila dah nak isya je. tapi sekarang ni dah rasa setiap waktu. x sedap perut la, tekak la, macam2. ehe.. banyak je rasa dia ek. so, disebabkan rasa tak sedap tu jadi cam tak larat nak buat semua benda, lebih2 lagi kalau benda tu tak mendesak untuk siap cepat. contohnya, kalau baju ada 2 @ 3 helai je, tak yah la basuh dulu, tunggu cukup sebaldi. nak masak, tunggu time abang dah nak balik coz nanti makanan dah sejuk, x best lak. apa lagi ye?

so... disebabkan tak ada benda yang saya nak buat sepanjang siang ni, saya cam rasa sunyi sangat2. semua orang pun ke jamiah, so xde orang yang online. nak g rumah akhowat, lagi la tak menariknya sebab masing2 tengah sibuk exam sekarang ni. takkan nak kacau kot.. ehe.. last2, mengadap tenet, cari info itu ini. tapi tak leh bertahan lama gak sebab tak larat. sakit mata. lenguh mata. malas nak paksa2 mata untuk mengadap laptop lama2, takut nanti kena pakai spec lak.

oh ye.. oleh kerana night sickness dah mula nak sebati dengan siang... so, saya jadi tak sedap badan setiap masa n rasa tak larat sangat nak makan. tak larat nak makan? ahah.. actually, tak larat nak makan masakan sendiri. nape tah. rasa cam x best je semua. jarang saya ulang masak lauk yang sama sebab takut tak selera. actually, rindu masakan mak, makanan kat malaysia. saya ni jenis suka makan dan suka try makanan baru. tu la banyak makanan yang saya teringin sekarang ni. hehe.. pulak tu, makanan tu tak boleh nak buat kat sini sebab tak cukup bahan. puas la saya search kat tenet resepi2 yang saya teringin tu, tapi bahan2nya menghampakan.

tadi wat bubur cam dalam gambar hari tu. tapi ada bubur n salatoh je, ikan bilis goreng xde. saya ganti dengan sambal kosong. hurm... tak cukup bahan, tak sedap cam mak masak.. =( malam ni, nak masak ikan. tak tau la nak reka resepi macam mana. harap2 saya selera nak makan..

apa yang saya teringin nak makan sekarang? ehehe...
-segala jenis nasi yang ada rasa, terutamanya nasi daging. (sebab tu la haritu saya g makan kat restoran syiria tu. orang morocco tak reti masak nasi sedap2, nasi sumbat dalam ayam & nasi jadi salatoh amat2lah tak kena dengan selera saya)
-kuih benderam. favourite saya masa kecik2 dulu. ~mak nak datang nanti, bawa untuk kakfie sikit boleh x? =D
-segala jenis mee basah, mihun dan kueytiaw. hurm.. kat sini xde, ada spaghetti je, rasa x sama.
-segala makanan yang masak cara stim @ grill. masalahnya, rumah ni tak ada pengukus & oven yang elok. sedih... asek masak makanan berminyak je. =(
-segala makanan yang tak berminyak
-segala makanan yang bukan saya yang masak.

ahah... demand kan! iye.. saya tau. saje je tulis kat sini sebab saya tau susah nak penuhi semua tu. tunggu balik malaysia lagi 4 bulan, insyaAllah tercapai semua hajat saya ni.
~first time rasa tak sabar nak balik Malaysia. ahaha... cam homesick la pulak.

actually, saya perlukan kawan untuk berborak (bukan chat, tapi borak depan mata saya ni) supaya kebosanan saya terubat. tapi saya faham, masing2 sibuk exam sekarang, tu yang tak boleh nak singgah rumah ni. bila tak exam, jadual kelas daripada isnin sampai jumaat pun penuh gak. so.. memang susah la mereka nak luangkan masa untuk saya. masing2 ada tanggungjawab masing2, saya faham. so.. borak dalam blog ni sorang2 je la saya ni.
~setiap hari saya tunggu hari jumaat petang sebab esoknya abang cuti. sabtu ahad. dua hari tu memang saya hepi sangat sebab ada kawan untuk berborak. nak cakap bila2 pun ada orang nak layan. hehe..

mak.. kakfie rindu nak bising2 kat rumah cam biasa.. =(

1511
Qamrah, Rabat

Monday, April 19, 2010

Casablanca-Abu Dhabi-KLIA

17 celcius..
baru siap solat maghrib. abang da balik tadi, tak menyempat2 nak tunggu esok untuk update blog sebab excited nak cerita pasal tiket. hehehe...

so, seperti yang diceritakan di post sebelum ini, abang pun bawa balik tiket. tiket? ehe.. e-ticket. sehelai kertas je pun, tapi amat berharga. so, kena simpan elok2. macam biasa, kena cerita dulu. =D

sabtu lepas, kami ke CapTour.
tiket Qatar Airways 6770dh. (mahal sangat ni)
tiket Etihad 5450dh. 20 kg je. tarikh 23 ogos. kami tanya tiket untuk tarikh 21 ogos, harga lagi mahal (6000dh lebih). so.. booking untuk tarikh 23 ogos je dulu.

tadi, abang ke TraveLex.
nak tanya tiket Etihad (macam saya cerita tadi, kot2 boleh adjust dapat 30kg.).. so.. harga dah berubah, 5461dh. naik 11dh. abang tanya untuk tarikh 21 ogos, dia bagi harga tu. ehe.. abang tanya pasal 30 kg, orang tu kata dia akan adjust bagi dapat. kalau dapat, nanti dia call balik. (tapi tak call2 lg. doa2 la dapat ye). so, abang decide untuk ambil tarikh 21 ogos tu je, tak jadi ambil tarikh 23 ogos. sebabnya? bertolak hari Sabtu, nanti sampai KLIA hari ahad. tak susahkan orang nak hantar dan jemput. =D

sampai2 je rumah tadi, abang terus tunjuk tiket. pastu macam biasa la kan.. cari gambar sikit untuk post dalam blog ni. hehe.. rajin betul kn? saje tengok harga kat tenet, dah naik! terkejut gak la. alhamdulillah, urusan kami dah selesai. tinggal nak confirm 30kg je. kalau tak dapat, redha je la kn.. asalkan dah dapat tiket murah. =D

kami beli = 21 ogos, 5461dh
harga dah naik jadi = 6046dh

bertolak Sabtu, 21 ogos 8.45 pagi
tiba di KLIA Ahad, 22 ogos 2 petang
transit di Abu dhabi 6 jam setengah

kami dah pilih seat. abang kata, masa abang pilih tadi banyak lagi tempat tepi tingkap, tapi tempat depan sekali je da penuh. so, abang pilih seat 20H dan 20K untuk flight dari Casablanca ke Abu Dhabi. 17A dan 17C untuk flight dari Abu Dhabi ke KLIA. tiba2 masa nak ambil gambar tadi, tempat tepi tingkap semua dah penuh. terkejut je.. ehe..

Casablanca-Abu Dhabi = 20H dan 20K

Abu Dhabi-KLIA = 17A dan 17C

Alhamdulillah, selesai urusan beli tiket. doakan urusan kami sebelum pulang nanti dipermudahkan ye..

2020
Qamrah, Rabat

Tiket oh tiket... [Morocco-Malaysia]

19 celcius..
saje nak bercerita dalam post kali ni.

tahun lepas, masa baru sampai Morocco (lepas kahwin) saya pernah berharap nak raya kat sini a.k.a Morocco. kenapa? sebab saya tak pernah lagi raya kat Morocco ni, walaupun dah tahun ke-4 sekarang ni. ehe... setiap tahun ada je benda yang menyebabkan saya berada di Malaysia. tahun 1 (hajat dihati nak berjalan ke Mesir dengan Lilah, tapi last2 mak lilah suruh lilah balik. sedih saya.. so, saya pun nak balik Malaysia), tahun 2 (ahli rumah saya majoriti nak balik Malaysia. bosan la pulak kalau Suaidah xde kn.. ehe.. so, saya pun nak balik Malaysia gak), tahun 3 (memang dah bertekad tak nak balik Malaysia, tapi kena langsungkan perkahwinan kat Malaysia. ahah... relakan je la ye..). tahun ke 4... ni peluang terakhir saya untuk beraya di Morocco ni. pun tak dapat sebab kena balik Malaysia paling lambat, akhir bulan 8 (masa tu kandungan dah bulan ke 6). kalau nak tunggu raya, alamatnya kena bersalin kat sini la. ehe.. x sanggup!

so.. bila dah kena balik, for sure la kena sibuk2 cari tiket kan... saya tak nak la beli tiket lambat2, last2 dapat yang mahal, padahal harga tu boleh dapat murah kalau beli awal. so.. buat apa bazir duit kalau dah tau kan? ;)

nak dijadikan cerita, dulu kami pernah la berangan. alang2 banyak peluang berjalan2 di negara orang disamping tiket murah, teringin gak la kami nak ke UK. uhuh.. ke Malaysia naik airAsia. nak kata murah, xde la murah sangat sebenarnya. tapi agak berbaloi la kalau nak jalan2 kat UK dalam 3, 4 hari. selain UK, kami pernah berangan nak ke Turki gak. sebab? hari tu dak2 ni balik naik Turkish Airline, siap jalan2 Turki 3, 4 hari. tiket flight murah, 5000dh lebih je. (tapi kalau dah campur belanja kos hidup selama 3 hari kat sana, tak jadi murah pun) alang2 menyelam minum air kan, berbaloi gak sebenarnya. destinasi ke 3, Mekah. pernah gak plan nak buat umrah dalam perjalanan pulang ke Malaysia. singgah Mekah seminggu ke kan.. hehe.. laju je kalau bab plan2 ni kan? =D

segala impian kami seperti di atas akhirnya tak dapat dipenuhi. sebabnya? banyak sebab.. nak jalan2 negara orang, kena ada spare duit. tempat tinggal, makan harian, transport. owh.. orang lain boleh la kata murah sebabnya kalau pergi jalan2 dengan kawan, ramai mana pun yang join, kena fikir kos untuk diri sendiri je. kami kalau nak jalan, kena fikir kos untuk dua orang terus. ehe.. susah2. tapi yang utamanya.. saya tak sanggup nak biarkan abang bersusah payah dengan bagasi kami nanti. (paling sikit, 2 beg besar). masa tu saya dah tak boleh nak angkat beg berat2 da. takkan nak biar abang buat semua kan.. so... tanam la dulu cita2 tu, nanti2 ada rezeki boleh je nak melancong ke mana2 kan... tak lari pun negara2 tu. hehe...

cara bercerita macam dah beli tiket je kan? =D
hehe... nak dijadikan cerita, minggu lepas ada berborak dengan mak pasal tarikh balik Malaysia. mak dah hepi da sebab tak jadi nak raya kat sini. hehe... yang paling hepi, insyaAllah lepas ni dah tak jauh dengan mak lagi. so.. borak punya borak, kami sepakat nak cari tiket paling murah. saya cari kat sini, mak cari kat Malaysia.

khamis lepas, mak call, gtau yang mak dah try tanya travel agent tu. boleh je nak beli tiket daripada Malaysia tapi mahal. so.. sabtu tu saya dan abang cari la tiket kat bandar. oh ye.. kami dah ada anggaran harga tiket. tanya punya tanya, ingatkan Qatar Airways yang murah. rupa2nya mahal.. 6000dh lebih. haish.. pelik.. ingat nak naik Turkish Airline, tapi tu la.. bagasi kena keluar coz daripada Turki ke Malaysia, naik pesawat Malaysia Airline. so.. memang kami tak berminat la walaupun agak murah. buat apa murah tapi susahkan diri kan.. ehe.. last2, orang tu kata paling murah yang ada, Etihad Airways. 5450dh. respon saya? memang terkejut sangat2. tak ada beza sangat la dengan Turkish Airline kalau macam tu kan? hehe.. so, tanpa buang masa kami booking tiket untuk dua orang. [CapTour] tapi dapat 20kg je..
kenapa tak terus beli? ongkosnya belum cukup dong..~

dalam masa 3 hari (sabtu, ahad, isnin) kami cari jalan untuk cukupkan duit untuk beli tiket. semestinya kami menggunakan khidmat bank. tipu la kalau kata ada duit berkepuk kat rumah ni. ehe.. hari ni, abang kata nak tanya harga tiket kat [TravelLet], kot2 boleh dapat 30kg. hasilnya? tunggu post esok sebab abang tak balik kerja lagi. hehe...
~sekian cerita saya untuk hari ini.

sedikit cerita tambahan untuk mak, abah, kakna n kaksu.
semalam kitorang g makan kat Restoran Syiria. kakfie teringin nak makan nasi. ada nasi nama kabsah n maqlubah. sedap! nak kata murah, tak la kan.. tapi nak kata mahal tak sangat. 60dh satu pinggan. 1/4 ayam. kitorang kongsi je, tu pun da kenyang sangat2 da. tapi tu la.. lupa nak bawa camera masa tu. takde gambar. so.. kalau nak rasa, kena wat exam betul2, pastu datang sini cepat2. =D hehehe....
~Bittaufiq untuk exam akan datang. kakfie tau kakna n kaksu boleh buat. ;)

1755
Qamrah, Rabat

Friday, April 16, 2010

makanan lagi- versi pencuci mulut..

22 celcius..
baru siap buat kerja2 rumah. ehe... penat gak rupanya basuh baju sekali banyak. tu la.. tangguh2 lg. nak exam konon... kui2. xpe2.. belajar hidup susah dulu, nanti balik malaysia kalau mesin basuh rosak, kira tak kesah sangat la nak basuh guna tangan. =D

pejam celik pejam celik, dah nak dekat sebulan dah topup tenet ni. baik je dia sejak kebelakangan ni, bagi buka blog. hehe.. sedar tak sedar, esok dah kena topup tenet balik. hurm... malas je rasa sebab kena keluarkan 200dh lagi untuk sebulan. ;( nak topup 50dh, dapat seminggu je. nanti kena topup balik.. leceh kan? best je kat malaysia, tenet tak mahal camni. (ye ke?) hehe... pandai2 je fie ni.

saje je update blog hari ni, sebab takut lepas ni bila da topup, kot2 la da tak leh buka blogspot. kang tak terpost lak gambar makanan seterusnya. ehe... ni gambar last yang kakfie ada. kakna yang buat kan? kakna ni rajin sikit buat2 pencuci mulut ni. kakfie rajin wat sagu je. haha.. okies.. silakan menjamu selera.
~jap lagi nak g makan kuskus ngan mekda. =D

itu dia.. popia goreng. (tapi tak de gambar yang dah siap goreng lak)
apa yang menarik?
ada bawang goreng & udang! (",)
[popia goreng]

apa nama makanan ni ye kakna? kakfie lupa la.. nama dia pelik. ehe...
macam biji delima kan? tu sengkuang yang disalut dengan tepung ubi kayu + sirap.
[sengkuang + santan + air gula melaka]

my favourite! best2...
buat awal2, simpan dalam peti ais. sejuknye... =D
[sagu + santan + air gula melaka]

okies.. ni bukan kakna buat. hahaha...
tapi kakna la yang semangat ambil gambar ni. (~_-)
tak tau sate ni beli kat mana, yang penting, memang sedap!

okies.. tu je untuk hari ni..
~esok sabtu, abang cuti. =D best2....

1206
Qamrah, Rabat

Thursday, April 15, 2010

makanan lagi... versi lauk

23 celcius..
baru habis exam tadi. alhamdulillah, soalan kena dengan target. tapi tak cukup masa la pulak.. harap2 dapat markah memuaskan..

tak de benda sangat pun nak cerita sebab baru je update kn.. ehe..

mustamirrah dah lepas. pasni nak fokus kat family yang dah datang bercuti kat Morocco ni pulak. =D best2... tengah fikir2 nak ke mana, rancang perjalanan pe semua. oh ye.. penempatan dah tak berapa nak risau da sebab rasanya tak perlu duduk hotel. takkan nak tinggal kat hotel sebulan kot kn.. ehe.. rumah kecil ni ada. harap2 memuaskan la. tak boleh nak besarkan lagi dah umah ni. hehe...

ok la.. sesi jamu mata untuk lauk bermula. tapi ada sikit je pun gambar sebab tak de la rajin sangat nak ambil gambar. ni bukannya blog masakan pun kn.. :D
~mak... nanti masak camni untuk kakfie ye. =D

first.. ahah... okies, ni bukan lauk tapi sarapan pagi.
memang sedap la dengan tomato potong dadu tu, telur juicy. (",)
[telur ala2 dadar, tomato dan bawang potong dadu]

ehem2... udang besar! best2...
simple tapi sedap sangat2
[udang goreng kot nama dia]

macam kubis masak lemak tapi letak isi ikan.
manis tak terkata, cam kuah laksa plak. hehe..
[kubis masak lemak]

tu dia set lengkap hari tersebut.
nampak kering tapi best je sebenarnya.
memang sihat sebab guna minyak zaiton. uhuh..
[salmon masak halia + kubis kecil goreng]

sekian...
~kakfie saje tayang gambar makanan2 yang mak masak ni sebab nanti mak dah ada idea nak masak apa untuk kakfie. =D hehe...

1400
Qamrah, Rabat

Tuesday, April 13, 2010

Rindu masakan mak...

20 celcius..
study2, lusa exam. ehe... dah masuk minggu ke 8...

Fetal development - 8 weeks pregnant



Many changes take place this week – the embryonic tail is gone, and all organs, muscles, and nerves are beginning to function. Your baby measures measures about 1.6cm. His hands now bend at the wrist, and his feet begin to lose their webbed appearance. Eyelids are beginning to cover his eyes and tastebuds starting to form on his tongue.
--------------------------------------------------------------------------------

sejak kebelakangan ni, saya rasa macam malas sangat nak makan masakan sendiri. tak tau la nape. maybe sebab bila malam, jadi tak sedap badan kot. siang2 ok je. minggu lepas, start saya rebus ayam untuk buat nasi ayam, memang saya tak tahan sangat2. nak bau rebusan ayam tu pun dah tak larat. so.. mulai hari tu, saya tak nak rebus2 ayam da. hehe...

actually, maybe saya dah start tak selera dengan masakan sendiri kot. nak makan sikit2 tu boleh la, tapi tak de la makan bertambah2 cam dulu. beberapa hari ni pun, saya tak masak sorang2. sabtu g makan kat luar. kalau masak pun, abang tolong. saya nak potong2 boleh la. nak masak tu saya cam tak nak. haha... nape tah. psiko betul. kalau abang tolong, lauk tu jadi automatik sedap. sama gak kalau saya g makan kat rumah akhowat, saya rasa cam sedap je semua. hehe.. tapi kat kedai? hurm.. bole la.. makanan arab ni cam bosan sebenarnya. pusing2, tu je. eh2... kuskus lain cerita la kan... sekarang ni, tunggu jumaat je untuk makan kuskus. hehe.. tu je yang kena dengan tekak saya sekarang ni kot. nasib baik abang faham kn.. tapi saya tak boleh la nak abang tolong saya masak hari2 kn.. time abang kerja, nak tak nak saya kena la masak sendiri gak. takkan nak susahkan abang yang balik kerja penat2 kn? :)

apepun, kakfie rindu masakan emak sebenarnya.. dah lebih 3 tahun kat morocco ni, tak pernah lak rasa rindu sangat camni. maybe sebab setiap tahun kakfie balik malaysia kot.. so, x sempat nak rindu masakan mak. hehe.. tapi sekarang ni memang berharap sangat dapat makan masakan mak. memang boleh masak resepi cam mak masak tu. tapi biasa la kan.. air tangan tak sama. plak tu, ada je bahan x cukup. uhuh.. morocco kn.. yang mahal2 tu kakfie cam malas la nak beli. tunggu balik malaysia je la kalau nak makan. ehe...

so... layan gambar yang ada dalam laptop ni je la.. kot2 la boleh kenyang kn.. actually, dalam hp sony yang hilang dulu tu, lagi banyak koleksi makanan yang saya simpan. dah 200 lebih rasanya tapi nak wat camne kn.. dah hilang. rugi je kumpul gambar2 tu. uhuh... okies.. sila jamu mata anda dengan masakan mak yang sedap2 ni. :D

ni versi makanan berat. post akan datang, untuk lauk dan pencuci mulut lak. hehe..

first.. semestinya bubur yang sedap ni.. bestnye...
[bubur + salatoh + ikan bilis goreng]

macaroni kuah. sedap sangat2. maybe sebab air daging tu kot..
kalau tak letak daging, tak manis sangat.
tapi tak pernah lagi mak tak letak daging, hehe..

ehem2... nasi daging yang menjadi kegilaan abang. uhuh..
mak suka tayang bila masak nasi daging, abang lak teringin je..
[nasi daging + lauk daging + air asam]

nasi ayam ala2 Chicken Rice Shop
actually, kami selalu ke chicken rice shop
last2 abah nak cipta resepi sendiri, tapi mak la yang masak. :D
[nasi ayam + ayam steam + kicap + sos bawang putih + sambal]
memang sebiji set nasi ayam kat chicken rice shop. uhuh...

resepi asal, meatball kat IKEA.
cam biasa, tambahan perlu dibuat supaya penuh satu pinggan
[spaghetti bolognaise + meatball beserta kuahnya dam jem cranberry + salad kentang]

ha... ni gara2 abah suka nak kerjakan ayam. kadang2 sampai 2 ekor abah siang.
so.. ni la hasil bahagian2 tertentu ayam tu. simple tapi kenyang dan sedap sangat2.
[ayam panggang + sos blackpepper + broccoli dan kubis bunga direbus]

ni versi lain sikit. cara masak ayam lain sikit.
kalau tak silap, kakna yang masak ni kn? sedap2.
[ayam goreng salut tepung + coleslaw + mashed potato + sotong goreng + sambal cicah]

last... ni acik yang masak. menu wajib setiap kali g umah acik. hehe..
first time abang makan, tambah 3 kali. :D
[mee kuah utara]

okies... tu je kot untuk kali ni. nanti2 update lagi.

1633
Qamrah, Rabat

Monday, April 12, 2010

Abang ke Pejabat

19 celcius...
Khamis ni exam, so... sekarang ni dalam fatrah membaca nota2 yang banyak tu. ehe.. dah penat membaca, tengok2 tenet jap. tiba2 jumpa article menarik. best gk kalau letak dalam blog ni. ;) baby dalam kandungan dah nak mencecah minggu ke 8. oh ye.. bagi sesiapa yang tak tau, umur kandungan ni bukan la tepat2 8 minggu sebab tarikh last period dikira sebagai hari pertama kandungan. kenapa macam tu? maybe sebab senang nak anggarkan bila tarikh untuk baby keluar a.k.a 9 bulan 10 hari. kalau rajin surf internet, banyak la info kita akan jumpa. tapi majoriti info yang lengkap, in English. so.. kena rajin2 baca la. kalau dalam Bahasa Malaysia, sikit sangat. bahasa indonesia lagi banyak saya jumpa. hehe.. okies.. memandangkan hari ni baby dalam kandungan ni 7 minggu 6 hari.. so saya letak info untuk minggu ke 7. kalau rajin dan berpeluang, saya akan update info tu untuk setiap minggu. apapun, tak 100% tepat sebab tak semua orang sama kan.. camtu gak baby dalam kandungan.

Fetal development - 7 weeks pregnant




Now about 1cm long, the size of a grape, your baby has distinct, slightly webbed fingers and toes. He’s a jumping bean, moving in fits and starts. The liver is churning out large amounts of red blood cells until the bone marrow forms and takes over this role.

At seven weeks, your baby enters a very busy developmental stage. Between now and 20 weeks, your baby will be growing rapidly, and body parts that formed in the first few weeks of life (such as the heart and brain) will become more specialised and complicated. Tooth buds, palate and tongue are forming, while his ears continue to develop and eyelids are starting to cover his eyes. Your baby’s skin is paper thin, and veins are clearly visible.

You're in the throes of the first trimester, when many women complain of common pregnancy aches and pains. Keeping food down may be next to impossible, thanks to morning sickness. This is believed to be caused in part by the pregnancy hormones in your body.

You may also need to wee a lot more often than usual. Your growing uterus (womb), where your baby is developing, is pressing on your bladder, and hormones are affecting the balance of fluid in your body. All will diminish as your pregnancy continues.
------------------------------------------------------------------------

okies... itu sahaja info untuk minggu ke 7. (banyak lagi kalau cari kat tenet) ehe...

dah lama tak letak gambar kami dalam blog ni kan? gambar terakhir abang, masa kami pindah rumah. gambar terakhir saya lak, masa ke Marrakech dengan ustaz mustafa. kat facebook lak, abang ada letak gambar kami masa main salji kat Oukaimeden haritu. ehe... adat main salji la kn.. kena pakai baju tebal2. tak pasal je orang ingat saya dah berisi. hehe.. kelakar betul. actually, nak update gambar terbaru kami, tapi lupa lak yang tak ambil gambar saya. pagi tadi ambil gambar abang sebelum g kerja. rasanya tak pernah lagi letak gambar abang time nak g kerja kn? meh nak letak.. :D

topi tu baru beli semalam kat Sweqa, 13dh je. hehe..
abang nak pakai masa lawat tapak projek kat Tamesna.

tengah siap2, tiba2 ada orang call.
Haziq call gtau nak hantar abang g kerja. hehe..
Terima kasih. :D

muka budak baik + nakal. (>_<)
okies.. tu je untuk kali ni.
bila nak masuk tengah bulan, Maroc Telecom tiba2 jadi baik hati, boleh buka blog bila2 masa. kenapa? entah.. saya pun tak tau.

1748
Qamrah, Rabat

Friday, April 9, 2010

Night Sickness

16 celcius..
pukul 6.15 petang tadi dpt sms drpd abang..
"fie, balik lambat ni. kena g airport. abang minta maaf k. take care kat rumah."

actually, baru siap ubahsuai lauk semalam, tambah kuah. terkejut gak abang balik lambat. tak tau nak buat apa malam ni. tgk2 tenet jap sementara tunggu maghrib. tiba2.... dapat buka blog! wah3... best2.
~kena yakin bahawa Allah sentiasa memahami hambaNYA. bila ditarik sesuatu, akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

macam2 dah jadi kat saya sepanjang setahun ni yang bertepatan dgn ayat tersebut. contohnya?
-berita tak lulus sem 6 disebabkan lagi 0.5 markah untuk satu madah amat menyedihkan saya. sebagai ganti, saya dapat teman sehidup semati. alhamdulillah.. :)
-kepulangan sahabat seperjuangan satu batch sangat2 mengusik jiwa. sedih sangat2 sebab saya masih tinggal kat sini. lagi sedih sebab kawan paling saya rapat a.k.a Suaidah pun balik. selalu terfikir apa nasib saya kat sini. sebagai ganti, saya dapat berita yang menggembirakan seluruh ahli keluarga. kami bakal menambah seorang lagi ahli. anak sedara first kakna kaksu, cucu first mak abah, cicit sulong atok nenek dan tok wan. cucu ke11 ma kn? ehe.. x terkira lak.

so.. sesedih mana pun kita dengan kehilangan seseorang @ impian yang tak tercapai, ingatlah yang ada ganti buat setiap perkara. yang penting, yakin Allah sentiasa bersama hambaNYA. :)

okies.. berbalik pada tajuk post hari ini.
tadi chat dengan mak. borak2 pasal perubatan kat Morocco ni yang saya rasa teramat mahal. ehe.. First check masa nak komfemkan baby haritu, kena 650dh. doktor suruh g lab, kena analisis darah. semalam saya dan abang ke lab depan syarikat hidayah. doktor ambil 2 botol kecik darah saya. tak ingat untuk cek apa. ehe.. kena 642dh lak. uhuh.. sabar je la. maybe kalau ke hospital kerajaan tak camni kot. tapi saya lak yang susah sebab susah nak berkomunikasi denggan doktor nanti. darijah & French. uish.. tak boleh2. better english sebab istilah2 perubatan ni, kadang2 dalam arab fushah pun kita tak faham kn? apa tah lagi darijah. =D so.. bagi saya, tak pe la kot berhabis duit sikit asalkan khidmat memuaskan. lagipun, kerajaan kan.. faham2 la ramai mana nak kena tunggu. takkan abang nak kena ambil cuti semata2 sebab tunggu turn jumpa doktor, betul x? :)
~appointment ke-2, 12 mei 2010.

tengah borak2 tadi, mak tanya..

abah mnet: kkfi ada rasa loya ker?
kakfie: ada gak mlm2
kakfie: pg2 alhamdulillah ok
abah mnet: selalu orang muntah (morning sickness ) seblh pg
kakfie: kkfie sume tebalik kot..
kakfie: sbb dulu slalu tdo siang2 masa kecik
abah mnet: tu la
kakfie: hehe..
kakfie: tapi tu la..
kakfie: x muntah2 lak
kakfie: loya je..
kakfie: pastu tdo, ok dah
kakfie: slalu mkn mlm lmbt sbb kkfie tdo dulu

hehe.. kelakar lak bila ingat2 balik. dulu, mak selalu cerita. masa saya baru lahir dulu, siang2 asek tidur je. bila malam, mata besar je, tak kuyu2 pun. jenuh la mak main n tarik perhatian saya time siang, tapi saya terlelap gak. bila malam, dah tak nak tidur. tak pasal je kn. mak risau, sampai bawa g jumpa doktor, tanya apa masalah saya. doktor cakap, maybe saya konfius malam dengan siang kot. hehe.. macam2 la fie ni.

so.. nak dijadikan cerita, istilah morning sickness tu dah terbalik gak la. jadi night sickness. hehe.. pandai2 je fie ni. biasanya, nak masuk time isya nanti saya rasa loya, tak sedap badan. tapi tak boleh nak muntah, tak terkeluar lak. biasanya saya tidur je lepas solat isya. kadang2 abang pun tertidur sekali. dalam pukul 10 malam baru tersedar, time tu dah ok. pastu panaskan lauk untuk makan malam. hehe..
~ada kaitan ke tabiat masa baru lahir & tengah mengandung?

actually, baru je azan isya ni. so, macam biasa.. rasa tak sedap tu dah menyerang. nak solat n rehat lak.

2022
Qamrah, Rabat

Saturday, April 3, 2010

Pregnancy Test

15 Celcius..
setelah sekian lama tak online, hari ni baru dapat jengok blog kesayangan ni. ehe.. sekarang ni kat rumah akhowat Bouhlal, ziarah mereka yang baru balik daripada kenitra sambil ambil peluang update blog ni. kat umah memang da tak dapat nak masuk blogspot. sedih..

kembali pada tajuk asal.
minggu lepas, saya rasa asek penat, tak tau napa. maybe sebab sibuk buat kerja umah. ramai tegur yang saya dah kurus, muka dah cengkung balik. bila tengok2, memang dah kurus pun. ehe... longgar gak la tudung2 saya semua. satu hari tu, tiba2 teringin nak baca pasal tanda2 orang mengandung. banyak la yang saya dapat. majoriti tanda2 awal tu, sama je macam tanda2 nak period. so.. tak dapat nak pastikan. morning sickness? erm.. alhamdulillah, tak rasa pening2 nak muntah pun masa tu. nak dijadikan cerita, kak kay tegur saya kat ym. borak2 ngan kak kay, sekali masuk tajuk ni. hehe.. macam mengantuk disorongkan bantal pulak kn? nak maklumat, dapat terus depan mata.. alhamdulillah...

isnin baru2 ni, 29 Mac 2010 kebetulan saya ada kat bandar masa tu, settlekan urusan minhah. sebelum balik, saya singgah pharmacy. beli pregnancy test. kak kay kata dia beli rm10 je. so.. saya bajet dalam 35dh je. rupa2nya 45dh. hehe... terkejut, tapi beli je la dah alang2kan.. tapi lepas tu, rasa sayang nak guna sebab kalau negatif, rugi 45dh. (pe la fie ni.. tu pun nak berkira. hehe...)

sebelum test, bahan2 yang bernilai 45dh

sampai2 rumah, rehat kejap. last2 saya test. dah beli, test je la kn.. alhamdulillah, 2 line. positif. terkejut + gembira + tak sangka + macam2 saya rasa masa tu. berdebar2 pun ada gak. hehe.. apa2 la fie ni. tapi masa tu sorang2 je kat rumah. abang keje time tu. tiba2 abang call, tanya dah check ke belum. tau2 je ye... pastu kami chatting kat ym.. alang2, chat ngan kaksu n mak. mak nasihatkan suh jumpa doktor untuk komfemkan. erm... betul gak kn. tah ke test tu silap ke kn.. ehe.. saya pun call kak zaraa untuk tanya tempat kak zaraa wat check up. kak zaraa ni dah 9 bulan mengandung. tunggu baby nak keluar je sekarang ni. ehe.. kira saya ada orang la untuk rujuk benda2 yang saya tak tau.
~Thanks akak.. ;)

2 line, positif..

esoknya selasa, saya ke kelas French. habis kelas, call abang. abang ambil cuti separuh hari sebab nak teman saya jumpa doktor. sampai kat Agdal, dekat2 dengan qoah ibn sina, kami cari klinik tu. sesat2 gak la. hehe... last2 jumpa. tapi tak dapat jumpa doktor. rupa2nya kena buat appointment dulu. so.. sabtu pagi nanti baru boleh jumpa doktor..

hari ni a.k.a Sabtu 3 April 2010.
kami ke klinik jam 10 pagi. tunggu doktor datang, tunggu turn nak masuk. last2 dapat la jumpa doktor. doktor tanya, boleh cakap bahasa apa? French @ arab @ english? ehe.. terus saya cakap english sebab senang nak komunikasi. macam2 doktor tanya, lepas tu doktor check. masa check tu, doktor kata "You're pregnant". alhamdulillah... tekanan darah saya pun ok. berat? dah turun tapi masih normal. ehe... lepas check2 tu, doktor wat ultrasound lak. tengok baby. teruja sangat2. nampak jantung, dengar bunyi degupan jantung baby. memang tak terkata masa tu. alhamdulillah, doktor kata baby sihat tak ada masalah. pastu duduk balik. doktor kata, deliver baby dalam 23 november 2010. saya tanya pasal last boleh naik flight, doktor kata dalam bulan 10. erm.. dah kena survey2 tiket da sekarang ni.

degupan jantung baby..

okies.. tu je nak kongsi buat kali ni. teringin nak cerita banyak2, tapi tak berkesempatan. nanti ada masa, saya update lagi. apapun, doakan kami selamat semuanya. :)

thanks to family yang banyak support daripada banyak segi.
thanks to kak zaraa sebab banyak tolong bagi maklumat.
thanks to kawan2 coz ambil berat. ;)
sayang semua... :D

~teringin nak masuk info pasal ibu mengandung, tapi lain kali la kot. post yang ni dulu. :)
sesiapa ada nasihat apa2, jangan segan2 nak komen ye. kalau boleh, komen kat post ni tau. :D

2109
Bouhlal, Rabat

Saturday, March 13, 2010

pindah rumah...

15 celcius...
baru lepas g angkat baju kat ampaian dengan abang. minggu ni, hujan tak henti2. hujan renyai2 je, tapi berterusan. so... tak leh nak sidai baju la. semalam baru start panas. hari ni panas terik. sidai baju pukul 11 pagi, pukul 3.30 petang dah kering da. baju tebal2 lak tu. best2.. apepun, thanks kat "maison du Qamrah" (betul ke ejaan tu ye?) sebab bagi tumpang spin baju kat sana. hehe...

banyak hari dah tak update blog, banyak benda berlaku. kenapa dah lama tak update?
kami dah pindah rumah. kat qamrah. tak ramai lagi yang datang melawat. baru beberapa orang. siapa2 nak datang tu, jemput la ye... tapi kena inform awal2 la. ada rezeki, ada la hidangan apa2. haha.. ye2 je fie ni.
*kami guna broadband Maroc Telecom. kadang2 dc, kadang2 tak ada tenet. kadang2 tenet lambat. selalunya tak boleh nak buka blogspot. tiba2 hari ni boleh. hehe.. tu la baru nak update ni..

kami pindah masuk rumah ni, 28 februari 2010 bersamaan hari ahad. terima kasih kepada mereka yang banyak membantu. berhari2 cari rumah untuk kami sewa, angkat2 barang masa pindah rumah, teman g beli barang rumah. abang kata, "terutama haziq dengan tajudin". jadi driver n jaga. hehe... daripada pagi sampai malam. tolong pasang lampu malam2. hehe.. macam2. dah malam baru nak pasang lampu kn. thanks gak kat rumah ikhwah mohammedia dan akhowat rabat sebab bagi tumpang barang sementara kami pindah rumah baru. lebih sebulan gak rasanya kan?

urusan pindah rumah memang agak rumit. dengar senang je nak pindah2 ni kan? tapi susah sebenarnya.. mula daripada cari rumah, sampai la nak bagi selesa dengan rumah sendiri. nak cari rumah dah berhari2 dah. alhamdulillah, ada yang membantu untuk cari rumah. hari nak pindah, angkat2 barang pun kena ada orang tolong gak. kalau angkat berdua je, alamat memang tak siap2 la. hehe... pindah malam lak tu. ish2.. macam2 dugaan kan? esoknya, abang ambil cuti sebab rumah masih dalam keadaan "tak macam rumah". banyak benda tak ada. dapur dah beli, tapi tak ada tempat nak letak pulak.. barang2 rumah banyak tak beli lagi. so.. kami ambil keputusan untuk sewa kereta sehari. 250dh. mahal? boleh la.. tapi lebih kurang je kalau berulang alik naik teksi. sebab kami naik ke sana sini dalam masa sehari tu. tambahan, khidmat teksi ni kadang2 buang masa sebab nak tunggu teksi pun dah nak setengah jam. ehe...

pagi tu kami ke akari. beli meja. tengok2 barang.

dalam perjalanan ke akari

meja dapur kami. hehe.. tengah tunggu kereta sampai.

tengahari ke aswak salam. kenapa aswak salam? bukan marjane @ label vie? sebab aswak salam agak murah kot. hehe.. beli barang2 dapur, makanan2. dapat hadiah kawin. hehe... tajudin bagi gelas n cawan. "ni hadiah kawin daripada saya dan faizi". thanks.. tak sangka dapat cawan lawa camtu. nak beli, memang tak la.. hehe.. best2.

lepas zohor, ke aswak salam. fie da lambat la tu. hehe...
singgah ke jamiah dulu, hantar haziq. dia ada kelas petang tu.

cawan n gelas hijau tu la hadiah untuk kami. hehe...
belakang tu, barang rumah kami.

sumbat2 barang.

balik daripada aswak salam, terus ke rumah pekerja hidayah. ambil barang abang. sempat la singgah rumah encik rosman beli kicap n sos tomato. hehe.. menyempat je kn. malam tu, kami keluar cari pinggan lak. nak dekat tengahmalam gak la sampai rumah.. esoknya, abang kerja, saya ke kelas french. balik kelas terus basuh lantai. wah... nak kata tak penat, memang tipu la kn.. abang balik kerja, terus keluar beli carpet. oh ye.. kami tak guna tikar sebab harga lebih kurang carpet je. carpet murah je pun. =D

okies.. tu je kot nak cerita. kami tak dapat lagi nama rumah. tak ada nombor lak kat luar rumah ni. alamat rumah ni pun tak tau apa. hehe.. bagi sesiapa yang nak datang... senang je. daripada lorong pakcik jual buah kat qamrah tu, terus je.. nanti ada simpang empat. jalan ke masjid belah kiri, jalan ke rumah kami belah kanan. rumah kami betul2 sebelah kedai dan berdepan dengan kedai gunting rambut..

À pied depuis la rue, vous allez tout droit. C’est le carrefour. La mosquée est à gauche et notre maison est à droite. Vous tournez à droite. La maison est près du la marche et en face du coiffeur.


haha... betul ke ayat tu? kalau salah, sila betulkan ye. saya budak baru belajar. =D
p/s: gambar dan nama rumah tak ada lagi.. dalam proses. hehe..

1657
Qamrah, Rabat

Wednesday, February 24, 2010

Dinner bersama Abang

13 celcius..
baru balik daripada aswak salam.

tadi lepas dapat tau result abang tu, saya ajak abang dinner sama2. nak raikan kejayaan abang. teringat zaman sekolah dulu, kalau saya dapat nombor satu, sure minta hadiah kat mak abah. hehe.. paling simple pun, g makan kat restoran pilihan kakfie. kan? hehe..

so.. tadi lepas abang habis kerja, abang terus ke Bouhlal. sampai Bouhlal, misscall saya. saya dah siap2 dah masa tu. kami tahan teksi ke Aswak Salam. sampai2 je, terus ke musolla. solat maghrib dulu. lepas solat baru g makan. makan apa? hehe... saya dah pesan awal2 dah kat abang. x leh order benda yang dah selalu makan. tukar selera sikit. ;)

tunggu waiter datang bawa menu

lepas order, kami borak2. makanan pun sampai..

makanan baru je sampai. x sempat nak surf tenet. laju lak makanan ni. hehe..
crepe chocolate, brownies, 2 chocolate fondant

makanan seterusnya.. lupa nama dia

Paella..
abang layan je fie nak ambil gambar kan? hehe...
"nanti fie cari la resepi nak buat Paella ni" kata Adli Syahri

lama gak la makan. lepas makan, kami turun bawah. masuk aswak salam. tiba2 saya nak ke tandas. abang tengok2 barang lagi. tiba2 aswak salam nak tutup da. dah pukul 9 malam. so.. abang je beli barang. saya tunggu kat luar cashier. beli sabun basuh baju je pun sebab dah habis. hehe...

keluar daripada aswak salam, kami tunggu teksi. dalam 10 minit gak tunggu. last2 dapat teksi. tiba2 abang baru teringat yang abang x ambil lagi beg kat tempat letak beg. hehe... berlari la tadi. alhamdulillah.. beg ada lagi kat situ. nasib baik teringat sebelum sampai rumah. ;)

apapun, dinner malam ni best sangat2... sampai lupa nak ambil gambar fie. hehe... sibuk nak ambil gambar abang. =D

2225
Bouhlal, Rabat

Tahniah Abang...

"Salam hang dh lulus dgn mu3adal 10.313"

fie baru je lepas post blog 20 minit lepas. tiba2 abang sms. [abang forward sms daripada sobri] tersenyum sorang2 fie. betapa Allah maha memahami impian hambaNya. alhamdulillah...

teringat masa abang dapat tau kena 5 istidrok haritu. abang sedih sangat2 sebab abang sorang je yang kena banyak. mereka yang lain majoriti dah lulus masa tu. fie cuba tenangkan abang. last2, abang start cerita kisah dulu2 . beberapa tahun lepas, masa tu abang dah putus asa dah. dah fikir nak stop study kat Morocco, sambung kat Malaysia je. tapi ada senior2 yang nasihat. nasib mereka pun tak berapa baik. dah 5 @ 6 tahun kat Morocco, tak habis2 lagi belajar. semangat abang datang balik.

abang pernah ulang sem 1 tiga kali. fie kagum dengan abang sebenarnya. apa pun yang terjadi, abang tetap kuat. tapi bila kena istidrok haritu, abang kalah dengan situasi. kenapa? ada banyak sebab.. fie pun faham sangat2. tanggungjawab kita dah tak sama dengan orang lain.

disebabkan semua tu, kita ke Tanger. ingat x? hehe.. best sangat kenangan kat Tanger tu. tenang je rasa. balik daripada Tanger, ada sehari untuk abang study. lepas tu empat hari istidrok. isnin sampai khamis. setiap pagi kita ke jamiah. tunggu ustaz yang selalu sampai lambat. hehe.. macam2.. hari last istidrok, abang hepi sangat2 sebab dapat jawab. eh... hari selasa pun. siap berlari keluar daripada bilik ustaz untuk cerita kat fie yang ustaz bagi lulus. amanah ustaz karti untuk disampaikan kepada student malaysia..."ustaz karti mendoakan pelajar malaysia najah".

Tahniah... semoga kejayaan yang ditunggu sejak 5 tahun lepas menjadikan kita insan yang tabah dalam menghadapi dugaan mendatang...

p/s: fie tunggu abang untuk dinner malam ni... ;)

1720
Bouhlal, Rabat

Rasa itu hadir lagi

satu masa dulu, rasa itu pernah hadir dalam diri. kenapa? sebab selalu terfikir ini akan berlaku. kini.. setelah sekian lama, rasa itu hadir semula. dulu, masa berita tu sampai, tak ada sesiapa di sekeliling. memang terkesan tetapi tak terlalu dalam sebab situasi ketika itu sepatutnya "saya sedang bergembira dengan hadirnya ahli baru dalam diri". tapi kini... suasana sekitar seolah2 ingin mencabar saya. setiap masa terpaksa bersabar dengan diri sendiri. pujuk diri agar tak terkesan. tapi saya tak kuat. cuba untuk abaikan perasaan tu, tapi tak dapat. kalah dengan perasaan sendiri. mujur ada teman setia yang sentiasa setia pinjamkan telinga untuk mendengar, hati untuk dikongsi. mereka yang lain tak faham. sebab? mereka tak rasa. kalau mereka faham pun, takkan sama sebab mereka bukan saya. mereka takkan rasa sebab mereka sudah terlepas. impian saya ketika ini? menulis di tempat baru. suasana baru, cuma kami...

tiba2 rasa menarik lak ayat tu. haha... mana tah saya dapat tadi.
tak faham? tak perlu faham sebab tak semua orang akan faham semua benda

p/s: doakan impian itu termakbul segera mungkin..

1637
Bouhlal, Rabat

Monday, February 22, 2010

Ust Mustafa dan Ust Halim ke Morocco

18 celcius...
baru pulang daripada jamiah. sepatutnya ada kelas hari ni, tapi keluar jadual baru, kelas saya ditukar ke hari jumaat. sebenarnya, saya dan abang baru pulang daripada casablanca pagi tadi, naik train pukul 6.30 pagi sampai Rabat pukul 7.25 pagi. singgah rumah kejap, rehat2. 8.15 pg abang keluar ke pejabat. 8.30 pagi saya keluar ke jamiah.

nak sambung cerita cuti musim sejuk, tapi rasa macam cerita minggu ni lagi menarik. so.. skip yang tu, saya cerita yang ni dulu k..

15 Feb 2010, Isnin
ustaz mustafa dan ustaz halim tiba di Morocco. klik sini untuk baca cerita ustaz tiba di Airport.

16 hingga 18 Feb 2010
musabaqah Al-Quran bertempat di Masjid Hassan II, Casablanca. giliran ustaz mustafa dan ustaz halim, hari Rabu, 17 Feb. saya tak sangka secepat tu. malam tu baru saya tau ustaz dah baca. tak sempat nak datang sana, tengok wakil Malaysia beraksi. esoknya, 18 Feb, majlis penutup. sekali lagi saya tak dapat hadir sebab saya ada kelas French pagi tu.

19 Feb 2010, Jumaat
ustaz jalan2 Casablanca. ke souq qadim, pusing2 cari hadiah untuk family.

20 Feb 2010, Sabtu
saya dan abang ke Casablanca untuk ke Maarid Kutub (expo buku antarabangsa). hajatnya nak jumpa ustaz tapi ustaz dah ada program sendiri. ustaz ke Fes ikut rombongan peserta musabaqah. satu bas besar. pergi pagi, balik malam.

kami naik train ke casa pukul 9.30 pagi. sampai casa, terus ke Maaridh kutub. beli buku yang perlu. lepas habis membeli, kami ke tengah bandar. cari hotel untuk satu malam. esok nak bawa ustaz jalan2, rasa tak berbaloi kalau balik rabat malam ni. masa pusing2 tu, nampak hotel ustaz. lepas asar, kami ke Souq Qadim. saja tengok2 barang sambil nak cari buah zaiton untuk kirim kat ustaz, nak bagi kat mak. tapi tak jumpa. saya cadangkan untuk ke Marjane. kami ke sana. ada buah zaiton, tapi tak lawa. macam dah lama. tak menarik. kami tak jadi beli.

masa kat Marjane tu, ustaz call minta kami bawa ustaz ke Dar Omar di Casa esok. saya dan abang tak pernah ke sana. nak balik hotel, kami tanya orang teksi. dia kata, Dar Omar tu tempat jual barangan daripada cina. ada satu souq tu, khas untuk orang cina. menarik kan? tapi majoriti barangan letrik. dia tunjukkan tempatnya. sangatlah dekat dengan bandar. jalan kaki pun boleh sampai rupanya. hehe... tapi malangnya, hari ahad Dar Omar tak buka.. abang call ustaz balik, kami putuskan untuk jumpa esok pukul 10.

21 Feb 2010, Ahad
lepas sarapan, saya dan abang keluar untuk tengok2 jalan. hotel kami agak dekat dengan hotel ustaz. bezanya cuma hotel kami tak ada bintang kot.. hotel ustaz 4 bintang. ehe.. dekat pukul 9 pagi, ustaz call.. ustaz teringin nak ke Marrakech. ada 2 cara je untuk ke Marrakech balik hari. samada naik kereta sewa nak dekat 2 jam perjalanan @ naik train 3 jam lebih perjalanan. kami cuba cari kereta sewa, tapi tak buka. mungkin sebab hari ahad @ masih awal pagi. akhirnya jumpa satu, tapi teramatlah mahalnya. 2000dh untuk sehari (termasuk pemandu). kenapa mahal? saya rasa sebab Merc. erm... Merc besar tu.. yang bentuk macam kotak. tapi memang sedap la duduk dalam tu. hehe..

akhirnya, kami buat keputusan untuk naik train. train terdekat yang ada pukul 10.50 pagi. kami balik hotel, mandi, siap2. 10.15 pagi, kami tiba di Lobi hotel ustaz. Oum Palace. hotel 4 bintang. sehari untuk dua orang, 1600dh. hehe..

lif yang berusia hampir 100 tahun

check out hotel
hotel ni dulu milik perancis.. dibina 100 tahun lepas, masa zaman penjajah

dah sampai Oum Palace, abang tengah call ustaz


10.40 pagi, kami berempat tiba di La Gare Casa Voyagers. saya beli tiket. kami tunggu train sampai sambil berborak mengenai musabaqah. banyak benda yang ustaz2 borak dengan abang. train delay 25 minit. tunggu punya tunggu, train pun sampai. sepanjang perjalanan, kami tak sempat nak tidur. sibuk berborak.


ustaz halim, abang, ustaz mustafa

hampir pukul 4 petang, kami tiba di La Gare Marrakech. jamak solat dulu, baru kami keluar La Gare. destinasi kami, Jami3 Alfana. saya tak pasti ejaan asalnya macam mana. ada yang tulis.. (Djemaa El Fna). ikut suka hati nak eja. hehe.. asalkan ada bunyi.

stesen keretapi lama
dah tak guna, tapi tak robohkan lagi

stesen keretapi baru

bergambar di La Gare Marrakech sebelum ke Jami alfanaa

kami terus ke Argana, sebuah restoran yang amat strategik untuk menikmati pemandangan jami3 alfana. makan tanjiah. satu2nya makanan yang hanya ada di Marrakech. kalau cari kat Rabat, tak jumpa. hehe.. saya share dengan abang je. ustaz mustafa makan tajine ayam, ustaz halim makan tanjiah. pastu, tambah salade riz. nasi yang dijadikan salad. tak berapa nak sedap sebab sejuk. salad kan... hehe..

pemandangan Jami3 al fanaa daripada meja makan kami

lepas makan, kami masuk Souq. ustaz2 nak cari barang untuk family. kami cuma teman dan tolong tawar menawar. harga barangan di Marrakech agak mahal sebab Marrakech ni tumpuan pelancong. tapi kalau pandai tawar, memang boleh dapat murah. bila ustaz nak satu2 baju, abang akan gtau harga sebenar baju tu di Casa @ Rabat. ustaz Halim memang handal bab2 tawar menawar ni. tambahan pula ustaz memang fasih lahjah2 arab setelah 18 tahun menginap di saudi. so... memang dapat murah la. hehe.. best2.. banyak ustaz halim dan ustaz mustafa shopping. saya dan abang cuma beli buah zaiton dan amlou je untuk kirim kat ustaz.

Souq..

kraftangan..

abang di hadapan kedai jelabah
ustaz sibuk memilih jelabah

sambil tunggu ustaz, bergambar kejap..

beli buah zaiton...

malam di Jami3 al fanaa
ramai orang kan?

train last pukul 9 malam. leka membeli, 8.20 malam baru kami keluar Souq. singgah makan kat Jami3 alfanaa. ustaz nak rasa harirah. kami makan harirah dan teh na3na3. lepas makan, terus ambil teksi ke La Gare Marrakech. alhamdulillah... cukup2 je masa. kami tiba di Casa Voyagers hampir jam 1 pagi. kami singgah ke hotel ustaz untuk ambil hp dan sampin. ustaz lupa nak bawa sampin untuk pakai masa majlis penutup musabaqah. train ke Rabat dah tak ada sebab dah tengah malam. train terawal, pukul 5 pagi. kami berhajat nak duduk2 di lobi je. tiba2 ustaz usahakan untuk dapat bilik. alhamdulillah... kami dapat duduk hotel free. hehe.. best2.. kami ganti tempat peserta Brunei. dia dah balik Brunei pagi tadi.

22 Feb 2010
awal2 lagi kami bersiap. call ustaz, ucap selamat tinggal. masa tu baru pukul 6 pagi. ustaz tengah kemas2 barang. flight ustaz pukul 9 pagi. pukul 6 lebih bertolak ke airport, ada orang uruskan. kami tak dapat hantar sebab abang kerja. semoga ustaz tiba di Malaysia dengan selamat...

jangan lupa datang Morocco lagi... :D

1409
Bouhlal, Rabat...