Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 22, 2010

Ust Mustafa dan Ust Halim ke Morocco

18 celcius...
baru pulang daripada jamiah. sepatutnya ada kelas hari ni, tapi keluar jadual baru, kelas saya ditukar ke hari jumaat. sebenarnya, saya dan abang baru pulang daripada casablanca pagi tadi, naik train pukul 6.30 pagi sampai Rabat pukul 7.25 pagi. singgah rumah kejap, rehat2. 8.15 pg abang keluar ke pejabat. 8.30 pagi saya keluar ke jamiah.

nak sambung cerita cuti musim sejuk, tapi rasa macam cerita minggu ni lagi menarik. so.. skip yang tu, saya cerita yang ni dulu k..

15 Feb 2010, Isnin
ustaz mustafa dan ustaz halim tiba di Morocco. klik sini untuk baca cerita ustaz tiba di Airport.

16 hingga 18 Feb 2010
musabaqah Al-Quran bertempat di Masjid Hassan II, Casablanca. giliran ustaz mustafa dan ustaz halim, hari Rabu, 17 Feb. saya tak sangka secepat tu. malam tu baru saya tau ustaz dah baca. tak sempat nak datang sana, tengok wakil Malaysia beraksi. esoknya, 18 Feb, majlis penutup. sekali lagi saya tak dapat hadir sebab saya ada kelas French pagi tu.

19 Feb 2010, Jumaat
ustaz jalan2 Casablanca. ke souq qadim, pusing2 cari hadiah untuk family.

20 Feb 2010, Sabtu
saya dan abang ke Casablanca untuk ke Maarid Kutub (expo buku antarabangsa). hajatnya nak jumpa ustaz tapi ustaz dah ada program sendiri. ustaz ke Fes ikut rombongan peserta musabaqah. satu bas besar. pergi pagi, balik malam.

kami naik train ke casa pukul 9.30 pagi. sampai casa, terus ke Maaridh kutub. beli buku yang perlu. lepas habis membeli, kami ke tengah bandar. cari hotel untuk satu malam. esok nak bawa ustaz jalan2, rasa tak berbaloi kalau balik rabat malam ni. masa pusing2 tu, nampak hotel ustaz. lepas asar, kami ke Souq Qadim. saja tengok2 barang sambil nak cari buah zaiton untuk kirim kat ustaz, nak bagi kat mak. tapi tak jumpa. saya cadangkan untuk ke Marjane. kami ke sana. ada buah zaiton, tapi tak lawa. macam dah lama. tak menarik. kami tak jadi beli.

masa kat Marjane tu, ustaz call minta kami bawa ustaz ke Dar Omar di Casa esok. saya dan abang tak pernah ke sana. nak balik hotel, kami tanya orang teksi. dia kata, Dar Omar tu tempat jual barangan daripada cina. ada satu souq tu, khas untuk orang cina. menarik kan? tapi majoriti barangan letrik. dia tunjukkan tempatnya. sangatlah dekat dengan bandar. jalan kaki pun boleh sampai rupanya. hehe... tapi malangnya, hari ahad Dar Omar tak buka.. abang call ustaz balik, kami putuskan untuk jumpa esok pukul 10.

21 Feb 2010, Ahad
lepas sarapan, saya dan abang keluar untuk tengok2 jalan. hotel kami agak dekat dengan hotel ustaz. bezanya cuma hotel kami tak ada bintang kot.. hotel ustaz 4 bintang. ehe.. dekat pukul 9 pagi, ustaz call.. ustaz teringin nak ke Marrakech. ada 2 cara je untuk ke Marrakech balik hari. samada naik kereta sewa nak dekat 2 jam perjalanan @ naik train 3 jam lebih perjalanan. kami cuba cari kereta sewa, tapi tak buka. mungkin sebab hari ahad @ masih awal pagi. akhirnya jumpa satu, tapi teramatlah mahalnya. 2000dh untuk sehari (termasuk pemandu). kenapa mahal? saya rasa sebab Merc. erm... Merc besar tu.. yang bentuk macam kotak. tapi memang sedap la duduk dalam tu. hehe..

akhirnya, kami buat keputusan untuk naik train. train terdekat yang ada pukul 10.50 pagi. kami balik hotel, mandi, siap2. 10.15 pagi, kami tiba di Lobi hotel ustaz. Oum Palace. hotel 4 bintang. sehari untuk dua orang, 1600dh. hehe..

lif yang berusia hampir 100 tahun

check out hotel
hotel ni dulu milik perancis.. dibina 100 tahun lepas, masa zaman penjajah

dah sampai Oum Palace, abang tengah call ustaz


10.40 pagi, kami berempat tiba di La Gare Casa Voyagers. saya beli tiket. kami tunggu train sampai sambil berborak mengenai musabaqah. banyak benda yang ustaz2 borak dengan abang. train delay 25 minit. tunggu punya tunggu, train pun sampai. sepanjang perjalanan, kami tak sempat nak tidur. sibuk berborak.


ustaz halim, abang, ustaz mustafa

hampir pukul 4 petang, kami tiba di La Gare Marrakech. jamak solat dulu, baru kami keluar La Gare. destinasi kami, Jami3 Alfana. saya tak pasti ejaan asalnya macam mana. ada yang tulis.. (Djemaa El Fna). ikut suka hati nak eja. hehe.. asalkan ada bunyi.

stesen keretapi lama
dah tak guna, tapi tak robohkan lagi

stesen keretapi baru

bergambar di La Gare Marrakech sebelum ke Jami alfanaa

kami terus ke Argana, sebuah restoran yang amat strategik untuk menikmati pemandangan jami3 alfana. makan tanjiah. satu2nya makanan yang hanya ada di Marrakech. kalau cari kat Rabat, tak jumpa. hehe.. saya share dengan abang je. ustaz mustafa makan tajine ayam, ustaz halim makan tanjiah. pastu, tambah salade riz. nasi yang dijadikan salad. tak berapa nak sedap sebab sejuk. salad kan... hehe..

pemandangan Jami3 al fanaa daripada meja makan kami

lepas makan, kami masuk Souq. ustaz2 nak cari barang untuk family. kami cuma teman dan tolong tawar menawar. harga barangan di Marrakech agak mahal sebab Marrakech ni tumpuan pelancong. tapi kalau pandai tawar, memang boleh dapat murah. bila ustaz nak satu2 baju, abang akan gtau harga sebenar baju tu di Casa @ Rabat. ustaz Halim memang handal bab2 tawar menawar ni. tambahan pula ustaz memang fasih lahjah2 arab setelah 18 tahun menginap di saudi. so... memang dapat murah la. hehe.. best2.. banyak ustaz halim dan ustaz mustafa shopping. saya dan abang cuma beli buah zaiton dan amlou je untuk kirim kat ustaz.

Souq..

kraftangan..

abang di hadapan kedai jelabah
ustaz sibuk memilih jelabah

sambil tunggu ustaz, bergambar kejap..

beli buah zaiton...

malam di Jami3 al fanaa
ramai orang kan?

train last pukul 9 malam. leka membeli, 8.20 malam baru kami keluar Souq. singgah makan kat Jami3 alfanaa. ustaz nak rasa harirah. kami makan harirah dan teh na3na3. lepas makan, terus ambil teksi ke La Gare Marrakech. alhamdulillah... cukup2 je masa. kami tiba di Casa Voyagers hampir jam 1 pagi. kami singgah ke hotel ustaz untuk ambil hp dan sampin. ustaz lupa nak bawa sampin untuk pakai masa majlis penutup musabaqah. train ke Rabat dah tak ada sebab dah tengah malam. train terawal, pukul 5 pagi. kami berhajat nak duduk2 di lobi je. tiba2 ustaz usahakan untuk dapat bilik. alhamdulillah... kami dapat duduk hotel free. hehe.. best2.. kami ganti tempat peserta Brunei. dia dah balik Brunei pagi tadi.

22 Feb 2010
awal2 lagi kami bersiap. call ustaz, ucap selamat tinggal. masa tu baru pukul 6 pagi. ustaz tengah kemas2 barang. flight ustaz pukul 9 pagi. pukul 6 lebih bertolak ke airport, ada orang uruskan. kami tak dapat hantar sebab abang kerja. semoga ustaz tiba di Malaysia dengan selamat...

jangan lupa datang Morocco lagi... :D

1409
Bouhlal, Rabat...

No comments:

Post a Comment