Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 16, 2010

terima Aspire One

16 celcius..
baru balik kelas French.
macam2 berlaku semenjak saya tak update blog ni. nak cerita, tapi tak cukup masa dan tak berpeluang guna laptop saya. semalam baru dapat guna laptop ni. so... lepas ni rajin la saya masukkan gambar banyak2. hehe...

sabtu dan ahad lepas (13 & 14 feb) kami ke Marrakech. siapa kami? warga Rabat dan Mohammedia. best! akan diceritakan pada post akan datang.

sampai rumah hari isnin jam 2 pagi. rehat2 kejap, pukul 3 pagi saya dan abang keluar ke la gare (stesen keretapi). tujuan? ke airport, ambil barang yang mak kirim, ustaz mustafa bawa. ustaz sampai pukul 7 pagi. train yang ada, 3.25 sampai 5.15 pagi. train seterusnya, 5.50 pagi sampai sana pukul 7.40 pagi. nak naik pukul 5 tu, takut lambat sangat. so.. kami naik pukul 3 pagi tu.

sampai airport, cari tempat rehat. azan subuh. solat. jalan2 cari tempat nak online, tak jumpa2. tak mesra pelanggan betul la airport Maroc ni. hehe.. kami cari tempat nak makan. macam biasa, tak de la menarik sangat makanan yang ada. roti2 je pun, tapi mahal. haiya... tapi nak buat macam mana kn.. dah lapar.. kami isi perut sekadar yang ada.

jam dah pukul 7 lebih. abang rehat kejap, saya tunggu kat tempat ketibaan, takut2 ustaz dah keluar. tunggu punya tunggu, nak dekat jam 8 baru ustaz muncul. biasa la kn.. sistem yang tak berapa nak sistematik. abang borak2 dengan ustaz. oh ye.. ustaz datang 2 orang. ustaz mustafa (imam besar masjid negeri selangor) ambil bahagian hafazan dan taranum. sorang lagi, imam masjid wilayah ambil bahagian hafazan dan tafsir. ada musabaqah di masjid hassan II, Casablanca. mula hari ni, 16 feb hingga 21 feb. (kalau tak silap, itulah tarikhnya)

abang borak2 dengan ustaz sampai ustaz dah nak bertolak. lama gak, sebab pihak pengurusan agak lambat. hehe.. jam 10 pagi, kami naik train ke Rabat Agdal. saya balik rumah. abang g kerja. sampai2 rumah, kena kemas rumah. kemas2 kejap. kejap? haha.. lama.. angkat itu ini, pindah2 barang naik stor kat sutuh. lepas asar baru rehat. fuh.. penat, tapi tak dapat nak tidur. sms abang, terasa nak borak2 dengan abang. abang ajak makan. masing2 tengah lapar sebab makan sikit je kat airport pagi tadi. makan2 kejap. balik rumah dah maghrib. solat maghrib, mengaji, tunggu isya. terus tidur. baru terasa betapa nikmatnya tidur atas tilam lepas seharian tak tidur malam.

okies.. tu je kot nak update.
Terima kasih kat mak, abah, ustaz mustafa dan semua yang menolong supaya laptop acer tu sampai ke tangan kami. =D

p/s: memandangkan tarikh tiket dah komfem, nanti kakfie cerita pasal morocco dan letak gambar banyak2. biar semua tak sabar nak datang sini. hehe...

1453
Bouhlal, Rabat

No comments:

Post a Comment