Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 18, 2010

25-28 Jan 2010, Fes

19 celcius...
baru selesai rehat2 lepas balik daripada kelas French. owh.. ada homework, selasa nanti dah kena siap. oh ye.. kelas French ni amat menarik sebab madame amat2 la sabar melayan kami dan ahli2 kelas pun memang peramah dan ada sikap ingin berkawan sesama kami. memang seronok berada dalam kelas 3 jam sehari. walaupun berlainan negara, tapi kami semua punyai tujuan yang sama, belajar French sampai pandai. hehe... minggu depan derang nak buat makan2 time lunch. makan ramai2 kat restoran, tapi tak tetapkan lagi kat mana & tarikh yang sesuai. nanti kalau dah komfem, kena minta izin abang dulu... biasanya time lunch, fie kuar makan dengan abang. hehe.. tengok la camne nanti.
ahli kelas? erm.. nanti la cerita ye. tak best la cerita kalau tak ada gambar.

okies.. memandangkan dah lama tak bercerita... so, kali ni saya nak bercerita daripada belakang. haha.. fahamkan je la ye.
start tarikh dapat result... 22 Jan 2010, hari Jumaat. masa tu petang, saya tengah kerja. suaidah call, kata result dah keluar. alhamdulillah.. result saya baik2 sem ni. ahli rumah saya, ada yang kena istidrok. ada yang lepas.

24 hingga 31 Jan 2010, cuti semester. seminggu je. ahli rumah saya bercadang nak jalan2 ke Fes. saya? ehe... ikut je la.. takkan nak tinggal sorang2 kat rumah. lagipun, abang kerja. tak balik Mohamedia time tu. so.. kami bersebelas ke Fes 25 hingga 28 Jan. hajat di hati nak ke sana 3 hari je, tapi tiba2 tambah sehari. hehe.. macam2..
Train daripada Rabat ke Fes, 80dh.

di dalam La Gare Fes..

25 Jan 2010
kami bertolak awal pagi dan tiba di La Gare Fes pada pukul 10 pagi. tunggu pihak ikhwah yang akan bawa kami jalan-jalan, sambil2 tu kami ke mahlabah untuk mengisi perut. tiba di hotel, letak barang. lepas tu terus menuju ke madinah qadimah. saya tak ambil gambar sebab dah banyak kali ke sana. hehe.. dah tak berapa nak teruja.. last saya ke sana, sebelum balik Malaysia hari tu sebab nak cari Key chain yang banyak2 tu.. so.. tak de gambar kat madinah qadimah. rugi pulak xde gambar, x leh nak letak dalam blog. hehe..

La Gare Fes..

tarik beg, menuju ke tempat penginapan sementara kami..

malam tu, kami ke kedai makan. kami pilih untuk makan makanan laut. ikan, sotong dan udang goreng tepung. boleh tahan la sedapnya. biasa je kot. hehe.. kalau tak silap. 40dh sepinggan.

Poisson..

sarapan pagi, harirah, syai, khubz

26 Jan 2010
keesokan harinya, kami ke Sidi Harazem. tempat dimana air sidi harazem diambil. air mata air. kami naik teksi kabir ke sana. daripada bab Ftuh ke Sidi Harazem, satu teksi kabir 30dh. ni kali pertama saya ke sana. agak teruja. best gak la tapi tak ada apa sangat. hehe.. pusing2 ambil gambar je, sebelum balik, kami ambil air sidi harazem tu sebab botol air kami dah kosong. dapat air free. hehe..

tiba di Sidi Harazem

air Sidi Harazem

pakcik jual Harsya..
favourite saya, Harsya ma3a Fromage

destinasi seterusnya, ke atas bukit. tengok pemandangan madinah qadimah daripada atas bukit tu. lepas tu ke muzium yang diletakkan barangan keperluan perang semasa zaman dulu. saya tak berapa berminat tengok barang2 perang.. so.. tengok je la. hehe.. last2 naik kat tingkat atas, ambil gambar pemandangan. memang best kat atas muzium tu, nampak semua. luas je..

kaunter pertanyaan..

reka bentuk muzium..

saya di tingkat atas muzium..

pemandangan madinah qadimah

mereka bergambar..

keluar daripada muzium, kami berjalan kaki ke madinah jadidah. turun bukit, jauh gak jalan. penat tapi best sebab dapat tengok banyak ragam manusia. jalan2 madinah jadidah. tak ambil gambar sebab dah penat.. ehe..

Bersambung...

1723
Bouhlal, Rabat..

No comments:

Post a Comment