Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 19, 2010

29-30 Jan 2010, Tanger

14 celcius...
bercuti bersama kawan2 dah lepas.. kali ni tiba masa untuk bercuti bersama suami tersayang. ehe.. abang cuti hari jumaat hingga khamis sebab ada istidrok. jumaat tu.. kami jalan2 Rabat je. esoknya, sabtu (29 Jan) kami buat percutian mengejut. ehe...

29 Jan 2010
lepas sarapan kat mahlabah, kami ke La Gare Rabat Ville. abang tak nak balik Mohammedia lagi, nak pergi jalan2 untuk tenangkan fikiran. saya ajak ke Fes, tapi abang tak nak sebab saya baru balik daripada Fes. nak ke Marrakech, rugi pulak sebab lagi dua minggu kami akan ke sana. nak ke Essaouira, Chefcheoun, dan lain2 tempat jauh, lagi la boleh sebab nak pergi semalaman je. abang kena prepare untuk exam gak. so.. last2 kami buat keputusan untuk ke Tanger. kenapa? sebab saya & abang tak pernah ke sana, nak survey jalan2 di sana, nak tengok port tempat feri ke Spain, nak jalan2 Tanger.. nanti senang nak bawa family jalan bila dah tau tempat. hehe..
train daripada Rabat ke Tanger, 95dh.

train yang ada, pukul 1.15 petang, tiba di Tanger dah maghrib. kami jamak solat dalam qitor. perjalanan lebih kurang 5 jam setengah, tukar train di Sidi Kacem. kami ke sana sehelai sepinggang je. tak ada baju spare, tak cukup keperluan. hehe... alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

tunggu train nak jalan.. 30 minit berhenti untuk tukar train..
nampak abang kat dalam x?

di La Gare Tanger

keluar daripada La Gare Tanger, hajatnya nak naik teksi, cari tempat untuk bermalam. tapi teksi susah lak nak dapat. saya rasa teksi kat Tanger memang tak banyak macam kat Rabat sebab Tanger kecik kot.. so.. kami jalan kaki. jauh gak la. tapi best sebab udara sejuk je. bangunan2 sana lawa2.. macam tempat yang baru nak dibangunkan. kami di madinah jadidah.. tu la tempat lawa2 je. Tanger ni lawa.. bersih. orang2 sana pun agak tak pelik nampak pelancong asing. maybe sebab dah biasa dengan kehadiran pelancong.

lepas puas berjalan cari hotel, last2 kami check in. penat, tak larat dah nak angkat beg. abang bawa laptop. malam tu, lepas makan kat Pizza Hut, kami jalan2 pusing bandar. meriah je bandar Tanger ni malam2. kalau kat Rabat, pukul 10 dah sunyi sepi da. tapi kat Tanger pukul 1 pagi pun ada lagi orang berjalan2. masa pusing2 bandar tu, banyak hotel kami jumpa. sempat la survey2 harga. baru tau hotel mana yang sesuai untuk kami duduk masa family datang nanti. :D

makan2..

jalan2 tepi pantai
beli air kotak dan coklat
30 Jan 2010
lepas solat subuh, saya surf tenet. tengok tempat2 yang biasa dilawati pengunjung di Tanger ni. tak banyak.. kasbah dan tepi pantai je tarikan utama. ada lagi dua tempat, tempat yang lawa untuk tengok matahari terbit & matahari terbenam. teringin nak ke sana, tapi dah tak sempat sebab matahari dah nak terbit. so.. kami bergambar tepi pantai je.. bersih dan lawa! ;)

hujung belah sana tu Spain

kiri, madinah jadidah.. kanan, madinah qadimah..

bercuti berdua.. gambar tak banyak. yang ada pun, gambar dekat2 je.. hehe..

suasana matahari terbit..

lepas sarapan, kami naik teksi ke Kasbah. ada bab Bahr. tempat paling strategik untuk tengok pemandangan tepi pantai. boleh nampak selat gibraltar dan Spain. tapi agak seram sikit tempat tu sebab tak ada penghadang. hati2, jangan jatuh bila sibuk bergambar. ehe..

peta madinah qadimah

teksi menuju ke Kasbah

kiri, Spain.. belakang, selat Gibraltar.. kanan, Port

nampak feri x?

seterusnya, kami ke muzium. muzium tu dulu istana raja. sekarang ni jadi muzium arkeologi. tak banyak barang tapi barang2 yang ada agak menarik. ada diceritakan sejarah kemasukan islam di Maghribi. bayaran masuk, 10dh.

dalam muzium..

jam 10, kami naik teksi ke hotel. teksi kat Tanger ni suka ambil penumpang. agaknya sebab Tanger ni kecik, so.. senang la penumpang nak ke mana2. banyak jalan yang ada. untung sebenarnya bila pemandu teksi tu hantar penumpang lain dulu sebab secara tak langsung, kami dapat pusing2 bandar. kami tertarik dengan satu tempat ni. tanya orang teksi tu, dia kata, tu pusat bandar. orang panggil Boulvard.

dah check out, jalan2 Boulvard..

sampai hotel, rehat2 kejap, kemas2 barang.. pukul 11 lebih, kami check out. train pukul 2 lebih. ada masa lagi. kami ke Boulvard. pusing2 ambil gambar. lepas tu naik teksi ke Port. kami survey2 tiket ke Spain. azan zohor. kami terus ke La Gare, solat di sana. masa cukup2 je semua. last sekali, kami naik train pukul 2 petang, tak perlu tukar train, kami dah cek awal2 kat tenet. dalam perjalanan balik, kami borak2 untuk rancang percutian seterusnya...

kami di Tanger...

0915
Bouhlal, Rabat...

2 comments:

  1. Best..!!next time, have a nice trip..
    Selamat Berbulan-bulan madu.

    "Berdua lebih baik.";-P

    ReplyDelete
  2. BintuHood=> hehe... cepat je kak hanin baca ye.. nnt ada cerita lagi, fie update.. doakan percutian akan datang kami berjalan dengan lancar. ;)

    ReplyDelete