Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 11, 2010

Jadual sem 6 dah keluar

16 celcius...
alhamdulillah...
bersyukur sangat2. segalanya berjalan dengan lancar. apa yang saya impikan selama ni termakbul.

cerita hari ini.
habis kelas French 12 tengahari tadi, saya tengok hp. ada sms daripada zahirah.
"assalamualaikum, kak fie. tasjil dkt shuba' bkn dkt i3lamiyat. akhr ajal esok.."
terkejut saya baca. dah ada orang tasjil, bermakna dah keluar mudawalah akhir. betul ke? saya try call zahirah, tapi tak jawab2. sibuk kot..

tanpa buang masa, saya terus ke aman wathoni (pejabat polis). nak ambil tausil. alhamdulillah.. dah siap. dah dapat pun tadi. hehe... lepas ni tak perlu nak bawa passport da. bawa tausil je. sebulan daripada sekarang, saya akan dapat bitokoh wataniah (i.c) saya. best2.. selesai akhirnya urusan tamdid bitokoh.

keluar pejabat polis, terus ke masjid sunnah. dah nak zohor. zahirah call. borak2 jap. katanya mudawalah akhir dah keluar, tapi markah French tetap tak masuk lagi. Ya Allah... tak tau nak kata camne masa tu. risau.. tapi agak lega sebab bukan saya sorang bernasib camtu. semua student Malaysia yang ambil lughah. bila ramai2 ni, senang sikit nak buat urusan. tarikh akhir untuk daftar sem depan, esok. maknanya esok nak tak nak, saya tetap kena ke jamiah. memang nak tasjil da pun. tapi tadi tak sempat sebab dah tengahari. takut dah tutup.

lepas solat zohor, g makan dengan abang. cerita itu ini kat abang. hehe.. abang suka tanya fie belajar apa. excited je nak bercerita. pukul 2, habis makan. abang naik teksi balik ofis, saya naik teksi balik rumah.

sampai2 rumah, rehat2 kejap. tiba-tiba shahirah cakap.. fie, tengok ni. offline msg daripada hamiz. "boleh ambil duit esok" <= kesimpulan daripada offline msg tu. teruja campur excited.
~alhamdulillah.. masa yang dinanti telah tiba. hehe.. best2..

tiba2 mustaqim call suaidah. katanya naib amid dah ada kat jamiah. suruh semua student lughah datang. nak betulkan markah French. kami pun cepat2 siap ke jamiah. sampai jamiah, isi borang. tunggu. pastu dapat tengok markah. markah dibetulkan depan mata sendiri. ehe... dapat 15. =D alhamdulillah...
~maknanya sem ni dapat mustahsan. Alhamdulillah...

sebelum keluar daripada pintu jamiah, sempat saya salin jadual sem 6. satu madah, ustaz oudghiri. hari isnin, 9 pagi sampai 10.30 pagi. alhamdulillah.. tak bertembung dengan kelas French (selasa & khamis)...

hari ni semuanya berita yang menggembirakan fie. fie harap, esok akan jadi hari yang buat abang hepi.. sama2 doa tau abang... ;)

1832
Bouhlal, Rabat

No comments:

Post a Comment