Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 19, 2010

final exam -20/5/2010

19 celcius..
baru lepas sarapan dengan abang, abang baru keluar pergi kerja.

lama tak update blog ni kan? hehe.. bukan tak ada masa, banyak je masa.. 24jam sehari. tapi tak sempat2 nak update blog. sebab? entah la.. rasa cam tak de masa nak menaip untuk blog ni kot. risau nak exam. dah dua minggu ni, mengadap subjek tu je tiap2 hari (kecuali sabtu ahad la). setakat hari ni, dah 85% kot persediaan. takut pun ada. rasa macam nak SPM lagi sekali je. hehe.. tapi kali ni satu subjek je la.

masa ni dalam proses tulis semula nota cakar ayam saya time ustaz mengajar
ni tahap 40% baru kot

teringat masa nak SPM dulu, memang kebanyakan masa mengadap buku je la. bahagi time solat, mengaji n ke kantin untuk makan. duduk asrama kan.. tak yah buat kerja sangat. basuh baju pun, time hujung minggu sebab hari tu je cam rasa banyak masa. perkara yang sama berlaku sekarang. pagi2 buat sarapan, gosok baju abang, sarapan dengan abang. start abang pergi kerja sampai abang balik kerja, mengadap buku n nota2 je la. (ym gak ngan family untuk persediaan mereka ke sini) ym ngan kawan2 memang da jarang sangat la. pulak tu, sekarang ni masing2 pun tengah sibuk exam. semalam, syirot wat kek coklat (sedap!). mekda datang sampai kat pagar umah ni je, hantar kuih lepas tu balik. hehe.. tak sempat da nak borak2 sebab dia ada exam hari ni.

esok exam. lusa family sampai. persediaan kami? ehe.. buat sikit2. sabtu ahad baru ni, gotong royong dengan abang. kemas rumah, mop lantai. pastu ke pasar n aswak salam. beli barang dapur, bantal. pastu abang g pinjam mazafil dan tikar kat rumah ikhwah. macam2 gak la. kalo sebelum ni rumah ni 50%, sekarang ni da 70% la kot. masih tak lengkap pun rumah ni, tapi cukup la dengan apa yang ada. asalkan selesa. :)

actually, banyak lagi benda bertangguh. nak kena hantar mazafil g dobi, basuh cadar, setting tempat, kemas beg untuk bercuti nanti.. tapi tak buat2 lagi. esok kot.. lepas habis exam. buat masa ni, KIV dulu. bajet n jadual perjalanan pun, dah banyak kali tukar2. hehe.. sabar je la mak layan kami. pening tengok bajet yang macam budak2 buat kn? hehe.. sori2..

abang last kerja esok. jumaat nanti boleh la sama2 gotong royong lagi sebelum g ambil family kat airport petang tu. sekarang ni abang tengah sibuk cari kereta sewa untuk ke Marakech nanti. nampak macam senang je nak sewa kereta, susah rupanya. semalam lepas kerja, abang ke tempat sewa kereta tu. dah janji dengan orang tu nak tengok kereta. sekali tengok, kereta buruk la pulak.. haish.. susah betul. jangan kata nak cari kereta 7 seat (memang tak dapat pun), nak cari kereta Dacia Logan (lebih kurang besar Persona) pun susah gak. ada yang ok, tapi sewa sehari nak dekat 400dh pulak. ada yang murah, tapi tak ada aircond. ahaha... leceh2. mula2 saya pelik gak, time abang cerita tu, banyak tempat sewa kereta yang ada kereta lawa2, tapi tak ada aircond. tak pelik ke? bila fikir2 balik, memang betul la.. orang arab ni tak perlukan aircond pun. derang lagi suka buka tingkap. tapi kalau perjalanan 4 jam ke Marakech, sanggup ke tak ada aircond, buka tingkap? hehe.. takut berhabuk lak nanti. uhuh.. macam2 la morocco ni. ada kereta murah, minyak mahal (petrol). ada kereta mahal, minyak murah (diesel). fuh.. jenuh rupanya nak mencari kereta yang sesuai untuk bercuti. semalam lepas kerja lebih kurang pukul 6 petang abang start cari kereta, nak dekat 8 malam baru sampai rumah. hasilnya, tak dapat gak lagi kereta. try cari hari ni pulak. harap2 jumpa nanti...

tadi baca blog kakna pasal Holie checklist. best lak. tu yang semangat nak update blog ni. ahaha.. ok la. kena sambung study. dah habis exam esok, update blog lagi. actually, terlampau banyak benda nak cerita. minggu lepas appointment dengan doktor untuk kali ke dua. best dapat tengok baby lagi. hehe.. nanti ada masa, insyaAllah update kat blog ni.
~doakan saya najah dengan cemerlang kali ni... harap2 ni exam last, x kena istidrok lepas ni.. risau sangat...

0821
Bouhlal, Rabat

No comments:

Post a Comment