Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 20, 2010

Minggu ke 9

23 celcius..
tengah melawat resepi untuk hari ni kat tenet. sebelum terlupa, meh nak letak info pasal minggu ke 9...

Fetal development - 9 weeks pregnant



By week nine of pregnancy, you may find yourself riding a bit of an emotional roller coaster, feeling moody one day and joyful the next. Disturbing as this is to some women who pride themselves on being in control, what you're going through is normal and will probably continue throughout your pregnancy. Up-and-down emotions are partly caused by raging hormones.

At the week's end, your baby measures about 2.3cm long. In both shape and size, he resembles a peapod and weighs less than 2g. His eyelids are fused and won't open until week 26. His wrists are more developed, ankles have formed, and his fingers and toes are clearly visible. Arms are growing longer and bend at the elbows and by the week's end his ears will nearly be complete.

Though you can't yet identify the sex of your baby by ultrasound, his genitals have begun to form. By now the placenta has developed enough to support most of the critical job of producing hormones. The placenta is also making nutrients for your baby and eliminating his waste products.
-----------------------------------------------------------------------------------------

okies.. masa untuk bercerita. ehe..
hari ke 2 di rumah pada minggu ini. kenapa rasa macam tak tau nak buat apa? maybe sebab tinggal satu je kelas (hari khamis pagi). rasa banyak sangat masa terluang yang tak terisi. hurm.. sebenarnya saya dah mula rasa tak sedap badan seharian. kalau dulu, malam2 bila dah nak isya je. tapi sekarang ni dah rasa setiap waktu. x sedap perut la, tekak la, macam2. ehe.. banyak je rasa dia ek. so, disebabkan rasa tak sedap tu jadi cam tak larat nak buat semua benda, lebih2 lagi kalau benda tu tak mendesak untuk siap cepat. contohnya, kalau baju ada 2 @ 3 helai je, tak yah la basuh dulu, tunggu cukup sebaldi. nak masak, tunggu time abang dah nak balik coz nanti makanan dah sejuk, x best lak. apa lagi ye?

so... disebabkan tak ada benda yang saya nak buat sepanjang siang ni, saya cam rasa sunyi sangat2. semua orang pun ke jamiah, so xde orang yang online. nak g rumah akhowat, lagi la tak menariknya sebab masing2 tengah sibuk exam sekarang ni. takkan nak kacau kot.. ehe.. last2, mengadap tenet, cari info itu ini. tapi tak leh bertahan lama gak sebab tak larat. sakit mata. lenguh mata. malas nak paksa2 mata untuk mengadap laptop lama2, takut nanti kena pakai spec lak.

oh ye.. oleh kerana night sickness dah mula nak sebati dengan siang... so, saya jadi tak sedap badan setiap masa n rasa tak larat sangat nak makan. tak larat nak makan? ahah.. actually, tak larat nak makan masakan sendiri. nape tah. rasa cam x best je semua. jarang saya ulang masak lauk yang sama sebab takut tak selera. actually, rindu masakan mak, makanan kat malaysia. saya ni jenis suka makan dan suka try makanan baru. tu la banyak makanan yang saya teringin sekarang ni. hehe.. pulak tu, makanan tu tak boleh nak buat kat sini sebab tak cukup bahan. puas la saya search kat tenet resepi2 yang saya teringin tu, tapi bahan2nya menghampakan.

tadi wat bubur cam dalam gambar hari tu. tapi ada bubur n salatoh je, ikan bilis goreng xde. saya ganti dengan sambal kosong. hurm... tak cukup bahan, tak sedap cam mak masak.. =( malam ni, nak masak ikan. tak tau la nak reka resepi macam mana. harap2 saya selera nak makan..

apa yang saya teringin nak makan sekarang? ehehe...
-segala jenis nasi yang ada rasa, terutamanya nasi daging. (sebab tu la haritu saya g makan kat restoran syiria tu. orang morocco tak reti masak nasi sedap2, nasi sumbat dalam ayam & nasi jadi salatoh amat2lah tak kena dengan selera saya)
-kuih benderam. favourite saya masa kecik2 dulu. ~mak nak datang nanti, bawa untuk kakfie sikit boleh x? =D
-segala jenis mee basah, mihun dan kueytiaw. hurm.. kat sini xde, ada spaghetti je, rasa x sama.
-segala makanan yang masak cara stim @ grill. masalahnya, rumah ni tak ada pengukus & oven yang elok. sedih... asek masak makanan berminyak je. =(
-segala makanan yang tak berminyak
-segala makanan yang bukan saya yang masak.

ahah... demand kan! iye.. saya tau. saje je tulis kat sini sebab saya tau susah nak penuhi semua tu. tunggu balik malaysia lagi 4 bulan, insyaAllah tercapai semua hajat saya ni.
~first time rasa tak sabar nak balik Malaysia. ahaha... cam homesick la pulak.

actually, saya perlukan kawan untuk berborak (bukan chat, tapi borak depan mata saya ni) supaya kebosanan saya terubat. tapi saya faham, masing2 sibuk exam sekarang, tu yang tak boleh nak singgah rumah ni. bila tak exam, jadual kelas daripada isnin sampai jumaat pun penuh gak. so.. memang susah la mereka nak luangkan masa untuk saya. masing2 ada tanggungjawab masing2, saya faham. so.. borak dalam blog ni sorang2 je la saya ni.
~setiap hari saya tunggu hari jumaat petang sebab esoknya abang cuti. sabtu ahad. dua hari tu memang saya hepi sangat sebab ada kawan untuk berborak. nak cakap bila2 pun ada orang nak layan. hehe..

mak.. kakfie rindu nak bising2 kat rumah cam biasa.. =(

1511
Qamrah, Rabat

2 comments:

  1. tiket ke casablanca dh beli. transit di doha. hujung minggu ni sampai. tunggulah ye. kite datang borak2 depan mata awak. :). come on Kak Fie, kalau nak hilangkan boring, taip lah 500 patah perkataan emel pd kita, pasti kita akan balas 700 patah perkataan. hehe. rindu zaman kite muda2 dlu. setiap hari mesti nak buzz awak. awk pun mesti nak buzz kite. keke..

    *mengidam nak makan donat kite tak? hehe

    -KakLilahYgStillBujangTpDahTakBolehBujangLama-lama-

    ReplyDelete
  2. ahah.. kak lilah ni mmg la.. saya da pecaye da td. geram2.. apapun, thanks luangkan masa chat dengan saya tadi. :)
    ~tak nak mengidam makan donut awak, bknnye leh dapat pun nanti. ehe...

    ReplyDelete