Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 13, 2010

Rindu masakan mak...

20 celcius..
study2, lusa exam. ehe... dah masuk minggu ke 8...

Fetal development - 8 weeks pregnant



Many changes take place this week – the embryonic tail is gone, and all organs, muscles, and nerves are beginning to function. Your baby measures measures about 1.6cm. His hands now bend at the wrist, and his feet begin to lose their webbed appearance. Eyelids are beginning to cover his eyes and tastebuds starting to form on his tongue.
--------------------------------------------------------------------------------

sejak kebelakangan ni, saya rasa macam malas sangat nak makan masakan sendiri. tak tau la nape. maybe sebab bila malam, jadi tak sedap badan kot. siang2 ok je. minggu lepas, start saya rebus ayam untuk buat nasi ayam, memang saya tak tahan sangat2. nak bau rebusan ayam tu pun dah tak larat. so.. mulai hari tu, saya tak nak rebus2 ayam da. hehe...

actually, maybe saya dah start tak selera dengan masakan sendiri kot. nak makan sikit2 tu boleh la, tapi tak de la makan bertambah2 cam dulu. beberapa hari ni pun, saya tak masak sorang2. sabtu g makan kat luar. kalau masak pun, abang tolong. saya nak potong2 boleh la. nak masak tu saya cam tak nak. haha... nape tah. psiko betul. kalau abang tolong, lauk tu jadi automatik sedap. sama gak kalau saya g makan kat rumah akhowat, saya rasa cam sedap je semua. hehe.. tapi kat kedai? hurm.. bole la.. makanan arab ni cam bosan sebenarnya. pusing2, tu je. eh2... kuskus lain cerita la kan... sekarang ni, tunggu jumaat je untuk makan kuskus. hehe.. tu je yang kena dengan tekak saya sekarang ni kot. nasib baik abang faham kn.. tapi saya tak boleh la nak abang tolong saya masak hari2 kn.. time abang kerja, nak tak nak saya kena la masak sendiri gak. takkan nak susahkan abang yang balik kerja penat2 kn? :)

apepun, kakfie rindu masakan emak sebenarnya.. dah lebih 3 tahun kat morocco ni, tak pernah lak rasa rindu sangat camni. maybe sebab setiap tahun kakfie balik malaysia kot.. so, x sempat nak rindu masakan mak. hehe.. tapi sekarang ni memang berharap sangat dapat makan masakan mak. memang boleh masak resepi cam mak masak tu. tapi biasa la kan.. air tangan tak sama. plak tu, ada je bahan x cukup. uhuh.. morocco kn.. yang mahal2 tu kakfie cam malas la nak beli. tunggu balik malaysia je la kalau nak makan. ehe...

so... layan gambar yang ada dalam laptop ni je la.. kot2 la boleh kenyang kn.. actually, dalam hp sony yang hilang dulu tu, lagi banyak koleksi makanan yang saya simpan. dah 200 lebih rasanya tapi nak wat camne kn.. dah hilang. rugi je kumpul gambar2 tu. uhuh... okies.. sila jamu mata anda dengan masakan mak yang sedap2 ni. :D

ni versi makanan berat. post akan datang, untuk lauk dan pencuci mulut lak. hehe..

first.. semestinya bubur yang sedap ni.. bestnye...
[bubur + salatoh + ikan bilis goreng]

macaroni kuah. sedap sangat2. maybe sebab air daging tu kot..
kalau tak letak daging, tak manis sangat.
tapi tak pernah lagi mak tak letak daging, hehe..

ehem2... nasi daging yang menjadi kegilaan abang. uhuh..
mak suka tayang bila masak nasi daging, abang lak teringin je..
[nasi daging + lauk daging + air asam]

nasi ayam ala2 Chicken Rice Shop
actually, kami selalu ke chicken rice shop
last2 abah nak cipta resepi sendiri, tapi mak la yang masak. :D
[nasi ayam + ayam steam + kicap + sos bawang putih + sambal]
memang sebiji set nasi ayam kat chicken rice shop. uhuh...

resepi asal, meatball kat IKEA.
cam biasa, tambahan perlu dibuat supaya penuh satu pinggan
[spaghetti bolognaise + meatball beserta kuahnya dam jem cranberry + salad kentang]

ha... ni gara2 abah suka nak kerjakan ayam. kadang2 sampai 2 ekor abah siang.
so.. ni la hasil bahagian2 tertentu ayam tu. simple tapi kenyang dan sedap sangat2.
[ayam panggang + sos blackpepper + broccoli dan kubis bunga direbus]

ni versi lain sikit. cara masak ayam lain sikit.
kalau tak silap, kakna yang masak ni kn? sedap2.
[ayam goreng salut tepung + coleslaw + mashed potato + sotong goreng + sambal cicah]

last... ni acik yang masak. menu wajib setiap kali g umah acik. hehe..
first time abang makan, tambah 3 kali. :D
[mee kuah utara]

okies... tu je kot untuk kali ni. nanti2 update lagi.

1633
Qamrah, Rabat

No comments:

Post a Comment