15 Celcius..
setelah sekian lama tak online, hari ni baru dapat jengok blog kesayangan ni. ehe.. sekarang ni kat rumah akhowat Bouhlal, ziarah mereka yang baru balik daripada kenitra sambil ambil peluang update blog ni. kat umah memang da tak dapat nak masuk blogspot. sedih..
kembali pada tajuk asal.
minggu lepas, saya rasa asek penat, tak tau napa. maybe sebab sibuk buat kerja umah. ramai tegur yang saya dah kurus, muka dah cengkung balik. bila tengok2, memang dah kurus pun. ehe... longgar gak la tudung2 saya semua. satu hari tu, tiba2 teringin nak baca pasal tanda2 orang mengandung. banyak la yang saya dapat. majoriti tanda2 awal tu, sama je macam tanda2 nak period. so.. tak dapat nak pastikan. morning sickness? erm.. alhamdulillah, tak rasa pening2 nak muntah pun masa tu. nak dijadikan cerita, kak kay tegur saya kat ym. borak2 ngan kak kay, sekali masuk tajuk ni. hehe.. macam mengantuk disorongkan bantal pulak kn? nak maklumat, dapat terus depan mata.. alhamdulillah...
isnin baru2 ni, 29 Mac 2010 kebetulan saya ada kat bandar masa tu, settlekan urusan minhah. sebelum balik, saya singgah pharmacy. beli pregnancy test. kak kay kata dia beli rm10 je. so.. saya bajet dalam 35dh je. rupa2nya 45dh. hehe... terkejut, tapi beli je la dah alang2kan.. tapi lepas tu, rasa sayang nak guna sebab kalau negatif, rugi 45dh. (pe la fie ni.. tu pun nak berkira. hehe...)

sampai2 rumah, rehat kejap. last2 saya test. dah beli, test je la kn.. alhamdulillah, 2 line. positif. terkejut + gembira + tak sangka + macam2 saya rasa masa tu. berdebar2 pun ada gak. hehe.. apa2 la fie ni. tapi masa tu sorang2 je kat rumah. abang keje time tu. tiba2 abang call, tanya dah check ke belum. tau2 je ye... pastu kami chatting kat ym.. alang2, chat ngan kaksu n mak. mak nasihatkan suh jumpa doktor untuk komfemkan. erm... betul gak kn. tah ke test tu silap ke kn.. ehe.. saya pun call kak zaraa untuk tanya tempat kak zaraa wat check up. kak zaraa ni dah 9 bulan mengandung. tunggu baby nak keluar je sekarang ni. ehe.. kira saya ada orang la untuk rujuk benda2 yang saya tak tau.
~Thanks akak.. ;)
~Thanks akak.. ;)
esoknya selasa, saya ke kelas French. habis kelas, call abang. abang ambil cuti separuh hari sebab nak teman saya jumpa doktor. sampai kat Agdal, dekat2 dengan qoah ibn sina, kami cari klinik tu. sesat2 gak la. hehe... last2 jumpa. tapi tak dapat jumpa doktor. rupa2nya kena buat appointment dulu. so.. sabtu pagi nanti baru boleh jumpa doktor..
hari ni a.k.a Sabtu 3 April 2010.
kami ke klinik jam 10 pagi. tunggu doktor datang, tunggu turn nak masuk. last2 dapat la jumpa doktor. doktor tanya, boleh cakap bahasa apa? French @ arab @ english? ehe.. terus saya cakap english sebab senang nak komunikasi. macam2 doktor tanya, lepas tu doktor check. masa check tu, doktor kata "You're pregnant". alhamdulillah... tekanan darah saya pun ok. berat? dah turun tapi masih normal. ehe... lepas check2 tu, doktor wat ultrasound lak. tengok baby. teruja sangat2. nampak jantung, dengar bunyi degupan jantung baby. memang tak terkata masa tu. alhamdulillah, doktor kata baby sihat tak ada masalah. pastu duduk balik. doktor kata, deliver baby dalam 23 november 2010. saya tanya pasal last boleh naik flight, doktor kata dalam bulan 10. erm.. dah kena survey2 tiket da sekarang ni.
okies.. tu je nak kongsi buat kali ni. teringin nak cerita banyak2, tapi tak berkesempatan. nanti ada masa, saya update lagi. apapun, doakan kami selamat semuanya. :)
thanks to family yang banyak support daripada banyak segi.
thanks to kak zaraa sebab banyak tolong bagi maklumat.
thanks to kawan2 coz ambil berat. ;)
sayang semua... :D
~teringin nak masuk info pasal ibu mengandung, tapi lain kali la kot. post yang ni dulu. :)
sesiapa ada nasihat apa2, jangan segan2 nak komen ye. kalau boleh, komen kat post ni tau. :D
2109
Bouhlal, Rabat
No comments:
Post a Comment