Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

teringin nak membebel hari ni

21 celcius...
wah3.. lama betul tak update blog kan? dah lebih seminggu rasanya. banyak je masa nak update, tapi mood tak datang lak.

sebelum apa2, meh nak copy paste untuk minggu ke-10.

Fetal development - 10 weeks pregnant




The fetus is only about 1.2 inches / 3 centimetres long from crown to rump and weighs less than a sixth of an ounce / 4 grams. Even so, it's busily swallowing and kicking. Each day more minute details start to appear, such as fingernails and peach-fuzzy hair.

The vital organs -- the liver, kidneys, intestines, brain, and lungs -- are fully formed and functional, while the head is almost half the length of the entire body. The forehead temporarily bulges and sits high on the head, but later will change into a more human-like feature.

If you could take a look at your baby this week, you'd be able to see the clear outline of his spine. Spinal nerves stretch out from the spinal cord.

Your uterus is now the size of a grapefruit. With the help of a Doppler, a hand-held soundwave stethoscope, you can hear the fetus's rapid heartbeat -- one expectant mother likened it to the sound of tiny horses galloping.
-----------------------------------------------------------------------------

pesanan awal daripada saya. di bawah hanya merupakan bebelan saya. so.. kalau tak nak buang masa, sila jangan baca.

okies, sambung cerita.
actually, saya dah mula serabut dengan rumah sewa kami sekarang ni. kecik tak jadi masalah sebab kami tinggal berdua je. masalahnya, udara tak masuk! rasa rimas je duduk dalam rumah. ada tingkap, tapi kat bilik je. nak buka selalu tak boleh sebab rumah ni bawah sekali. kalau buka tingkap, sah2 la orang boleh nampak dalam. memang kami pasang langsir, tapi kena berhati2 gak la kn.. kang tak pasal2 ada orang selak langsir tu, tak ke naya?

bayangkan setiap hari saya memasak di dapur yang terkurung. tak ada tingkap satu pun kat dapur. nak buka pintu bilik dan tingkap bilik? uish.. bahaya.. kalau saya sorang2 kat dapur, kat bilik tak ada orang. buatnya orang panjat masuk ikut tingkap macam mana? kan susah.. lagipun, kalau masak buka pintu bilik, nanti baju kat dalam bilik ni bau makanan la pulak kn... haish.. geram je. sudahnya, memang tak tahan la dengan bau masakan tu. lagi2 kalau menggoreng guna minyak yang banyak. hurm.. biasanya orang kalau menggoreng, mesti buka tingkap, nak bagi udara mengalir kan? nak bagi bau hilang.. kan? bayangkan dapur yang tertutup, menggoreng pulak tu. haish... berminyak2 lantai dapur. =( sedih sangat.. memang saya lapik dapur tu dengan alas kaki, tapi tak la semua tempat.
~actually, tak kisah sangat nak membasuh lantai dapur (tak boleh lap je, kena basuh dengan air yang banyak beserta sabun. kalau lap je, saya dah buat dulu, minyak kat lantai tak hilang), cumanya.. keadaan saya sekarang ni tak mengizinkan. nak basuh lantai, kena alih barang2 kat dapur tu. dapur kecik kan.. peti ais, rak2 pinggan, rak2 barang masak. hurm.. tak larat la nak angkat sorang dah. takut effect kat mana2 nanti.

morning sickness saya makin hari makin kurang. alhamdulillah.. cumanya.. kalo ke dapur, terbau masakan berminyak tu, rasa macam nak muntah je. hahaha.. gila bermasalah la dapur umah ni. tensen je.

oh ye... bagi sesiapa yang tak pernah masuk rumah ni, sila bayangkan keadaan rumah yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya. itu lah rumah kami! 24jam kena switch on lampu! ok2.. tipu la 24 jam. kami tak membazir. kalau tak ke dapur, kami tutup la lampu dapur. ikut mana tempat yang kami duduk. apepun, amat lah merimaskan bila tengahari pun kena pasang lampu untuk ke dapur. kalau tak, memang tak nampak langsung la. haha.. duduk dalam gua ke apa?

oh.. itu baru cerita dapur, tak cerita tuan rumah yang amatlah mengongkong itu. kenapa? entahnya tuan rumah ni. dia ingat kami sewa rumah ni, dia boleh kawal hidup harian kami kot. nak bawa kawan masuk rumah pun tak boleh. saya faham, dia tak nak rumah bising. tapi kami bukan buat jamuan pun. setakat ajak sorang kawan untuk teman saya time abang ke pejabat, apa salahnya kan? hari tu tuan rumah nampak kawan saya masuk rumah ni. esoknya, dia tanya kat abang. "ada sesiapa ke masuk rumah ni?" haish... gila kerek.

tu satu hal, tak campur suka2 hati minta duit kat kami lagi. ahah... asalnya sewa rumah ni 1600dh termasuk letrik dan air. cukup sebulan pertama, tuan rumah macam bising sebab bil rumah naik tinggi. abang kata la, kalau nak tambah 50dh, kami tak kisah. beberapa hari lepas tu, dia panggil abang. dia nak tambahan 100dh. so.. sewa rumah kami sekarang 1700dh. ok fine.. malas nak bising. beberapa hari lepas, tuan rumah panggil abang. masa tu pagi, baru tengah bulan. "aku nak guna 100dh sekarang. nanti aku tolak 100dh tu untuk sewa bulan depan" uish.. sedap hati dia je minta duit kan? abang cakap xde duit, dia tak percaya. "ye ke tak de? ko cari lah 100dh. dalam pukul 2 @ 3 petang nanti aku datang balik" wawawa... geramnya dengar.. ingat kami ni bank dia ke? da la tak kerja, suka2 je minta duit camtu. last2 abang memang tak bagi pun duit kat dia.

oh ye.. tuan rumah kata, dia tinggal ber3 je, dengan mak dan ayah dia. tuan rumah ni tak la tua sangat. 20an @ 30an kot umurnya. memang tak kerja, selalu saya nampak lepak kat tepi2 kedai, borak2. kami tak kisah sangat dengan kekurangan rumah ni, tapi sebab dia terlalu la kereknya, kami pun jadi tak suka. konon tinggal bertiga. padahal setiap 2 @ 3 hari, mesti ada orang datang rumah dia. sabtu ahad memang ramai la datang. saya faham... family balik rumah mak ayah. so, x pe la bising kan.. tapi yang tak bagi saya bawa kawan teman saya tu kenapa?

perkara yang buat kami sangat kecil hati, tuan rumah tak bagi family saya tinggal sini. hurm.. bulan lepas, abang gtau tuan rumah yang nanti family saya nak datang bercuti kat morocco ni. nak duduk rumah ni dalam sebulan. 4 orang. tiba2 tuan rumah bising. tak boleh ramai2 dalam rumah ni. "senang2, ko cari je la rumah lain. aku tak nak ramai2 masuk rumah ni. hujung bulan nanti ko pindah la" amboi... sesuka hati je cakap camtu. selama duduk sini, kami tak pernah buat hal. bayar sewa selalu tepat masa. abang cakap, abang akan cuba cari rumah, tapi kalau tak jumpa, terpaksa la tinggal kat rumah ni gak. tuan rumah kata, "kalau family ko nak duduk sini gak, aku kena ganda sewa rumah la. ko duduk berdua pun 1700dh. tambah lagi 4 orang, aku kena naikkan la" hurm... kalau dah itu jalan terakhir, nak buat macam mana kan.. terima je la. tapi kalau lepas family saya balik malaysia, tapi sewa rumah ni tak turun2 macam mana? arab ni bukan boleh bagi muka sangat. dia rasa kita mampu bayar, mula la dia nak ambil kesempatan. pulak tu, family saya datang tengah bulan 5 sampai tengah bulan 6. memang jumlah semua sebulan je. tapi biasa la arab kan.. dia kira dua bulan gak sebab bulan 5 dan 6. hurm... masalah betul arab ni.

so... disebabkan apa yang saya bebelkan di atas, sekarang ni kami sedang mencari rumah, tapi tak jumpa2 lagi yang sesuai. serabut kan? nak buat macam mana.. hidup ni tak meriah kalau tak ada dugaan camni. hehe..

hari ni dah hujung bulan 4. esok sabtu, 1 mei -ada program persatuan. lusa ahad, 2 mei. sempat ke kami nak pindah??

best je kalau kat malaysia. nak cari rumah sewa senang. ada je rumah yang bertanda "to let" "untuk disewa". kat sini? jangan harap la.. kena cari sendiri. boleh je guna simsar (tukang cari rumah). tapi simsar kata buat masa ni tak ada rumah lagi. so, setiap petang masa abang balik kerja, kami keluar cari rumah. kadang2 sampai malam. hehe.. sadisnya..
~pengalaman memang mematangkan diri kan? =)

apa pun, saya yakin yang segala dugaan ni ada hikmahnya, ada ganjarannya. yang penting, kena sabar banyak2.

okies... tu je kot untuk hari ni. kot2 la ni post terakhir saya kat rumah ni kan...
~hahaha... fie, berhenti berangan!

Qamrah, Rabat
30 April 2010

No comments:

Post a Comment