Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Dinner bersama Abang

13 celcius..
baru balik daripada aswak salam.

tadi lepas dapat tau result abang tu, saya ajak abang dinner sama2. nak raikan kejayaan abang. teringat zaman sekolah dulu, kalau saya dapat nombor satu, sure minta hadiah kat mak abah. hehe.. paling simple pun, g makan kat restoran pilihan kakfie. kan? hehe..

so.. tadi lepas abang habis kerja, abang terus ke Bouhlal. sampai Bouhlal, misscall saya. saya dah siap2 dah masa tu. kami tahan teksi ke Aswak Salam. sampai2 je, terus ke musolla. solat maghrib dulu. lepas solat baru g makan. makan apa? hehe... saya dah pesan awal2 dah kat abang. x leh order benda yang dah selalu makan. tukar selera sikit. ;)

tunggu waiter datang bawa menu

lepas order, kami borak2. makanan pun sampai..

makanan baru je sampai. x sempat nak surf tenet. laju lak makanan ni. hehe..
crepe chocolate, brownies, 2 chocolate fondant

makanan seterusnya.. lupa nama dia

Paella..
abang layan je fie nak ambil gambar kan? hehe...
"nanti fie cari la resepi nak buat Paella ni" kata Adli Syahri

lama gak la makan. lepas makan, kami turun bawah. masuk aswak salam. tiba2 saya nak ke tandas. abang tengok2 barang lagi. tiba2 aswak salam nak tutup da. dah pukul 9 malam. so.. abang je beli barang. saya tunggu kat luar cashier. beli sabun basuh baju je pun sebab dah habis. hehe...

keluar daripada aswak salam, kami tunggu teksi. dalam 10 minit gak tunggu. last2 dapat teksi. tiba2 abang baru teringat yang abang x ambil lagi beg kat tempat letak beg. hehe... berlari la tadi. alhamdulillah.. beg ada lagi kat situ. nasib baik teringat sebelum sampai rumah. ;)

apapun, dinner malam ni best sangat2... sampai lupa nak ambil gambar fie. hehe... sibuk nak ambil gambar abang. =D

2225
Bouhlal, Rabat

Tahniah Abang...

"Salam hang dh lulus dgn mu3adal 10.313"

fie baru je lepas post blog 20 minit lepas. tiba2 abang sms. [abang forward sms daripada sobri] tersenyum sorang2 fie. betapa Allah maha memahami impian hambaNya. alhamdulillah...

teringat masa abang dapat tau kena 5 istidrok haritu. abang sedih sangat2 sebab abang sorang je yang kena banyak. mereka yang lain majoriti dah lulus masa tu. fie cuba tenangkan abang. last2, abang start cerita kisah dulu2 . beberapa tahun lepas, masa tu abang dah putus asa dah. dah fikir nak stop study kat Morocco, sambung kat Malaysia je. tapi ada senior2 yang nasihat. nasib mereka pun tak berapa baik. dah 5 @ 6 tahun kat Morocco, tak habis2 lagi belajar. semangat abang datang balik.

abang pernah ulang sem 1 tiga kali. fie kagum dengan abang sebenarnya. apa pun yang terjadi, abang tetap kuat. tapi bila kena istidrok haritu, abang kalah dengan situasi. kenapa? ada banyak sebab.. fie pun faham sangat2. tanggungjawab kita dah tak sama dengan orang lain.

disebabkan semua tu, kita ke Tanger. ingat x? hehe.. best sangat kenangan kat Tanger tu. tenang je rasa. balik daripada Tanger, ada sehari untuk abang study. lepas tu empat hari istidrok. isnin sampai khamis. setiap pagi kita ke jamiah. tunggu ustaz yang selalu sampai lambat. hehe.. macam2.. hari last istidrok, abang hepi sangat2 sebab dapat jawab. eh... hari selasa pun. siap berlari keluar daripada bilik ustaz untuk cerita kat fie yang ustaz bagi lulus. amanah ustaz karti untuk disampaikan kepada student malaysia..."ustaz karti mendoakan pelajar malaysia najah".

Tahniah... semoga kejayaan yang ditunggu sejak 5 tahun lepas menjadikan kita insan yang tabah dalam menghadapi dugaan mendatang...

p/s: fie tunggu abang untuk dinner malam ni... ;)

1720
Bouhlal, Rabat

Rasa itu hadir lagi

satu masa dulu, rasa itu pernah hadir dalam diri. kenapa? sebab selalu terfikir ini akan berlaku. kini.. setelah sekian lama, rasa itu hadir semula. dulu, masa berita tu sampai, tak ada sesiapa di sekeliling. memang terkesan tetapi tak terlalu dalam sebab situasi ketika itu sepatutnya "saya sedang bergembira dengan hadirnya ahli baru dalam diri". tapi kini... suasana sekitar seolah2 ingin mencabar saya. setiap masa terpaksa bersabar dengan diri sendiri. pujuk diri agar tak terkesan. tapi saya tak kuat. cuba untuk abaikan perasaan tu, tapi tak dapat. kalah dengan perasaan sendiri. mujur ada teman setia yang sentiasa setia pinjamkan telinga untuk mendengar, hati untuk dikongsi. mereka yang lain tak faham. sebab? mereka tak rasa. kalau mereka faham pun, takkan sama sebab mereka bukan saya. mereka takkan rasa sebab mereka sudah terlepas. impian saya ketika ini? menulis di tempat baru. suasana baru, cuma kami...

tiba2 rasa menarik lak ayat tu. haha... mana tah saya dapat tadi.
tak faham? tak perlu faham sebab tak semua orang akan faham semua benda

p/s: doakan impian itu termakbul segera mungkin..

1637
Bouhlal, Rabat

Monday, February 22, 2010

Ust Mustafa dan Ust Halim ke Morocco

18 celcius...
baru pulang daripada jamiah. sepatutnya ada kelas hari ni, tapi keluar jadual baru, kelas saya ditukar ke hari jumaat. sebenarnya, saya dan abang baru pulang daripada casablanca pagi tadi, naik train pukul 6.30 pagi sampai Rabat pukul 7.25 pagi. singgah rumah kejap, rehat2. 8.15 pg abang keluar ke pejabat. 8.30 pagi saya keluar ke jamiah.

nak sambung cerita cuti musim sejuk, tapi rasa macam cerita minggu ni lagi menarik. so.. skip yang tu, saya cerita yang ni dulu k..

15 Feb 2010, Isnin
ustaz mustafa dan ustaz halim tiba di Morocco. klik sini untuk baca cerita ustaz tiba di Airport.

16 hingga 18 Feb 2010
musabaqah Al-Quran bertempat di Masjid Hassan II, Casablanca. giliran ustaz mustafa dan ustaz halim, hari Rabu, 17 Feb. saya tak sangka secepat tu. malam tu baru saya tau ustaz dah baca. tak sempat nak datang sana, tengok wakil Malaysia beraksi. esoknya, 18 Feb, majlis penutup. sekali lagi saya tak dapat hadir sebab saya ada kelas French pagi tu.

19 Feb 2010, Jumaat
ustaz jalan2 Casablanca. ke souq qadim, pusing2 cari hadiah untuk family.

20 Feb 2010, Sabtu
saya dan abang ke Casablanca untuk ke Maarid Kutub (expo buku antarabangsa). hajatnya nak jumpa ustaz tapi ustaz dah ada program sendiri. ustaz ke Fes ikut rombongan peserta musabaqah. satu bas besar. pergi pagi, balik malam.

kami naik train ke casa pukul 9.30 pagi. sampai casa, terus ke Maaridh kutub. beli buku yang perlu. lepas habis membeli, kami ke tengah bandar. cari hotel untuk satu malam. esok nak bawa ustaz jalan2, rasa tak berbaloi kalau balik rabat malam ni. masa pusing2 tu, nampak hotel ustaz. lepas asar, kami ke Souq Qadim. saja tengok2 barang sambil nak cari buah zaiton untuk kirim kat ustaz, nak bagi kat mak. tapi tak jumpa. saya cadangkan untuk ke Marjane. kami ke sana. ada buah zaiton, tapi tak lawa. macam dah lama. tak menarik. kami tak jadi beli.

masa kat Marjane tu, ustaz call minta kami bawa ustaz ke Dar Omar di Casa esok. saya dan abang tak pernah ke sana. nak balik hotel, kami tanya orang teksi. dia kata, Dar Omar tu tempat jual barangan daripada cina. ada satu souq tu, khas untuk orang cina. menarik kan? tapi majoriti barangan letrik. dia tunjukkan tempatnya. sangatlah dekat dengan bandar. jalan kaki pun boleh sampai rupanya. hehe... tapi malangnya, hari ahad Dar Omar tak buka.. abang call ustaz balik, kami putuskan untuk jumpa esok pukul 10.

21 Feb 2010, Ahad
lepas sarapan, saya dan abang keluar untuk tengok2 jalan. hotel kami agak dekat dengan hotel ustaz. bezanya cuma hotel kami tak ada bintang kot.. hotel ustaz 4 bintang. ehe.. dekat pukul 9 pagi, ustaz call.. ustaz teringin nak ke Marrakech. ada 2 cara je untuk ke Marrakech balik hari. samada naik kereta sewa nak dekat 2 jam perjalanan @ naik train 3 jam lebih perjalanan. kami cuba cari kereta sewa, tapi tak buka. mungkin sebab hari ahad @ masih awal pagi. akhirnya jumpa satu, tapi teramatlah mahalnya. 2000dh untuk sehari (termasuk pemandu). kenapa mahal? saya rasa sebab Merc. erm... Merc besar tu.. yang bentuk macam kotak. tapi memang sedap la duduk dalam tu. hehe..

akhirnya, kami buat keputusan untuk naik train. train terdekat yang ada pukul 10.50 pagi. kami balik hotel, mandi, siap2. 10.15 pagi, kami tiba di Lobi hotel ustaz. Oum Palace. hotel 4 bintang. sehari untuk dua orang, 1600dh. hehe..

lif yang berusia hampir 100 tahun

check out hotel
hotel ni dulu milik perancis.. dibina 100 tahun lepas, masa zaman penjajah

dah sampai Oum Palace, abang tengah call ustaz


10.40 pagi, kami berempat tiba di La Gare Casa Voyagers. saya beli tiket. kami tunggu train sampai sambil berborak mengenai musabaqah. banyak benda yang ustaz2 borak dengan abang. train delay 25 minit. tunggu punya tunggu, train pun sampai. sepanjang perjalanan, kami tak sempat nak tidur. sibuk berborak.


ustaz halim, abang, ustaz mustafa

hampir pukul 4 petang, kami tiba di La Gare Marrakech. jamak solat dulu, baru kami keluar La Gare. destinasi kami, Jami3 Alfana. saya tak pasti ejaan asalnya macam mana. ada yang tulis.. (Djemaa El Fna). ikut suka hati nak eja. hehe.. asalkan ada bunyi.

stesen keretapi lama
dah tak guna, tapi tak robohkan lagi

stesen keretapi baru

bergambar di La Gare Marrakech sebelum ke Jami alfanaa

kami terus ke Argana, sebuah restoran yang amat strategik untuk menikmati pemandangan jami3 alfana. makan tanjiah. satu2nya makanan yang hanya ada di Marrakech. kalau cari kat Rabat, tak jumpa. hehe.. saya share dengan abang je. ustaz mustafa makan tajine ayam, ustaz halim makan tanjiah. pastu, tambah salade riz. nasi yang dijadikan salad. tak berapa nak sedap sebab sejuk. salad kan... hehe..

pemandangan Jami3 al fanaa daripada meja makan kami

lepas makan, kami masuk Souq. ustaz2 nak cari barang untuk family. kami cuma teman dan tolong tawar menawar. harga barangan di Marrakech agak mahal sebab Marrakech ni tumpuan pelancong. tapi kalau pandai tawar, memang boleh dapat murah. bila ustaz nak satu2 baju, abang akan gtau harga sebenar baju tu di Casa @ Rabat. ustaz Halim memang handal bab2 tawar menawar ni. tambahan pula ustaz memang fasih lahjah2 arab setelah 18 tahun menginap di saudi. so... memang dapat murah la. hehe.. best2.. banyak ustaz halim dan ustaz mustafa shopping. saya dan abang cuma beli buah zaiton dan amlou je untuk kirim kat ustaz.

Souq..

kraftangan..

abang di hadapan kedai jelabah
ustaz sibuk memilih jelabah

sambil tunggu ustaz, bergambar kejap..

beli buah zaiton...

malam di Jami3 al fanaa
ramai orang kan?

train last pukul 9 malam. leka membeli, 8.20 malam baru kami keluar Souq. singgah makan kat Jami3 alfanaa. ustaz nak rasa harirah. kami makan harirah dan teh na3na3. lepas makan, terus ambil teksi ke La Gare Marrakech. alhamdulillah... cukup2 je masa. kami tiba di Casa Voyagers hampir jam 1 pagi. kami singgah ke hotel ustaz untuk ambil hp dan sampin. ustaz lupa nak bawa sampin untuk pakai masa majlis penutup musabaqah. train ke Rabat dah tak ada sebab dah tengah malam. train terawal, pukul 5 pagi. kami berhajat nak duduk2 di lobi je. tiba2 ustaz usahakan untuk dapat bilik. alhamdulillah... kami dapat duduk hotel free. hehe.. best2.. kami ganti tempat peserta Brunei. dia dah balik Brunei pagi tadi.

22 Feb 2010
awal2 lagi kami bersiap. call ustaz, ucap selamat tinggal. masa tu baru pukul 6 pagi. ustaz tengah kemas2 barang. flight ustaz pukul 9 pagi. pukul 6 lebih bertolak ke airport, ada orang uruskan. kami tak dapat hantar sebab abang kerja. semoga ustaz tiba di Malaysia dengan selamat...

jangan lupa datang Morocco lagi... :D

1409
Bouhlal, Rabat...

Friday, February 19, 2010

29-30 Jan 2010, Tanger

14 celcius...
bercuti bersama kawan2 dah lepas.. kali ni tiba masa untuk bercuti bersama suami tersayang. ehe.. abang cuti hari jumaat hingga khamis sebab ada istidrok. jumaat tu.. kami jalan2 Rabat je. esoknya, sabtu (29 Jan) kami buat percutian mengejut. ehe...

29 Jan 2010
lepas sarapan kat mahlabah, kami ke La Gare Rabat Ville. abang tak nak balik Mohammedia lagi, nak pergi jalan2 untuk tenangkan fikiran. saya ajak ke Fes, tapi abang tak nak sebab saya baru balik daripada Fes. nak ke Marrakech, rugi pulak sebab lagi dua minggu kami akan ke sana. nak ke Essaouira, Chefcheoun, dan lain2 tempat jauh, lagi la boleh sebab nak pergi semalaman je. abang kena prepare untuk exam gak. so.. last2 kami buat keputusan untuk ke Tanger. kenapa? sebab saya & abang tak pernah ke sana, nak survey jalan2 di sana, nak tengok port tempat feri ke Spain, nak jalan2 Tanger.. nanti senang nak bawa family jalan bila dah tau tempat. hehe..
train daripada Rabat ke Tanger, 95dh.

train yang ada, pukul 1.15 petang, tiba di Tanger dah maghrib. kami jamak solat dalam qitor. perjalanan lebih kurang 5 jam setengah, tukar train di Sidi Kacem. kami ke sana sehelai sepinggang je. tak ada baju spare, tak cukup keperluan. hehe... alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

tunggu train nak jalan.. 30 minit berhenti untuk tukar train..
nampak abang kat dalam x?

di La Gare Tanger

keluar daripada La Gare Tanger, hajatnya nak naik teksi, cari tempat untuk bermalam. tapi teksi susah lak nak dapat. saya rasa teksi kat Tanger memang tak banyak macam kat Rabat sebab Tanger kecik kot.. so.. kami jalan kaki. jauh gak la. tapi best sebab udara sejuk je. bangunan2 sana lawa2.. macam tempat yang baru nak dibangunkan. kami di madinah jadidah.. tu la tempat lawa2 je. Tanger ni lawa.. bersih. orang2 sana pun agak tak pelik nampak pelancong asing. maybe sebab dah biasa dengan kehadiran pelancong.

lepas puas berjalan cari hotel, last2 kami check in. penat, tak larat dah nak angkat beg. abang bawa laptop. malam tu, lepas makan kat Pizza Hut, kami jalan2 pusing bandar. meriah je bandar Tanger ni malam2. kalau kat Rabat, pukul 10 dah sunyi sepi da. tapi kat Tanger pukul 1 pagi pun ada lagi orang berjalan2. masa pusing2 bandar tu, banyak hotel kami jumpa. sempat la survey2 harga. baru tau hotel mana yang sesuai untuk kami duduk masa family datang nanti. :D

makan2..

jalan2 tepi pantai
beli air kotak dan coklat
30 Jan 2010
lepas solat subuh, saya surf tenet. tengok tempat2 yang biasa dilawati pengunjung di Tanger ni. tak banyak.. kasbah dan tepi pantai je tarikan utama. ada lagi dua tempat, tempat yang lawa untuk tengok matahari terbit & matahari terbenam. teringin nak ke sana, tapi dah tak sempat sebab matahari dah nak terbit. so.. kami bergambar tepi pantai je.. bersih dan lawa! ;)

hujung belah sana tu Spain

kiri, madinah jadidah.. kanan, madinah qadimah..

bercuti berdua.. gambar tak banyak. yang ada pun, gambar dekat2 je.. hehe..

suasana matahari terbit..

lepas sarapan, kami naik teksi ke Kasbah. ada bab Bahr. tempat paling strategik untuk tengok pemandangan tepi pantai. boleh nampak selat gibraltar dan Spain. tapi agak seram sikit tempat tu sebab tak ada penghadang. hati2, jangan jatuh bila sibuk bergambar. ehe..

peta madinah qadimah

teksi menuju ke Kasbah

kiri, Spain.. belakang, selat Gibraltar.. kanan, Port

nampak feri x?

seterusnya, kami ke muzium. muzium tu dulu istana raja. sekarang ni jadi muzium arkeologi. tak banyak barang tapi barang2 yang ada agak menarik. ada diceritakan sejarah kemasukan islam di Maghribi. bayaran masuk, 10dh.

dalam muzium..

jam 10, kami naik teksi ke hotel. teksi kat Tanger ni suka ambil penumpang. agaknya sebab Tanger ni kecik, so.. senang la penumpang nak ke mana2. banyak jalan yang ada. untung sebenarnya bila pemandu teksi tu hantar penumpang lain dulu sebab secara tak langsung, kami dapat pusing2 bandar. kami tertarik dengan satu tempat ni. tanya orang teksi tu, dia kata, tu pusat bandar. orang panggil Boulvard.

dah check out, jalan2 Boulvard..

sampai hotel, rehat2 kejap, kemas2 barang.. pukul 11 lebih, kami check out. train pukul 2 lebih. ada masa lagi. kami ke Boulvard. pusing2 ambil gambar. lepas tu naik teksi ke Port. kami survey2 tiket ke Spain. azan zohor. kami terus ke La Gare, solat di sana. masa cukup2 je semua. last sekali, kami naik train pukul 2 petang, tak perlu tukar train, kami dah cek awal2 kat tenet. dalam perjalanan balik, kami borak2 untuk rancang percutian seterusnya...

kami di Tanger...

0915
Bouhlal, Rabat...

Thursday, February 18, 2010

Sambungan cerita di Fes..

27 Jan 2010
kami bersiap awal pagi, lepas subuh. tujuan? ke Ifrane untuk bermain salji. dengar cerita, salji tengah banyak masa tu. so... kami tangguhkan tarikh pulang kami dan lanjutkan sehari lagi cuti kami di Fes.

perjalanan ke Michlifen lebih kurang sejam. kami menaiki 3 teksi kabir ke sana. satu teksi, 600dh. kira sewa pergi balik. dalam perjalanan, nampak salji... salji turun macam hujan renyai2.. memang kami teruja sangat2. putih je sepanjang perjalanan. best! sampai je kat tempat letak kereta, kami masing2 sibuk sewa kasut. saya memang dah tak ada kasut but sebab dah rosak. nasib baik ada kasut untuk disewa. tak la sejuk sangat. selesa dan panas je kaki.

dalam perjalanan ke sana... putih je kn?

baru keluar teksi, salji tengah turun

masing2 bersemangat dengan kasut baru disewa...

jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk tiba di tempat main. lapang dan kosong tempat tu sebab tak ramai orang. mungkin sebab bukan hari cuti atau mungkin sebab orang tak tau salji dah banyak time tu. memang best la kami main haritu. bahagi 3 kumpulan ikut batch, lawan buat snowman. masa diberi lebih kurang setengah jam.

berjalan kaki menuju destinasi kami..

kosong... sepi...

jejak yang kami tinggalkan.. dalam kan?

bertungkus lumus menghasilkan snowman paling comel.. hehe...

snowman batch 2006

snowman batch 2008

snowman batch 2009

habis masa main, kami berkumpul untuk makan. ikhwah sediakan nasi goreng. sejuk sangat masa tu. kabus semakin tebal. masing2 dah tak tahan sakit jari akibat terlalu sejuk. letak tangan dekat dengan api pun tak rasa panas.. hilang deria rasa? hehe... sementara je kot.. selesai makan, kami kemas2 untuk balik ke hotel..

28 Jan 2010
kami ada usrah pagi tu sebelum pulang ke Rabat. ada aktiviti2 yang menarik. actually, tujuan rehlah ke Fes adalah untuk menghilangkan segala tekanan yang ada akibat exam yang lepas disamping berjalan2 dan berkumpul dengan ahli rumah dalam satu permusafiran. alhamdulillah, rehlah kami berjaya capai target. ukhuwah kami semakin erat dan yang paling best, ada kenangan yang takkan dilupa, insyaAllah...

kami tiba di Rabat jam 2 petang..

sekian...

25-28 Jan 2010, Fes

19 celcius...
baru selesai rehat2 lepas balik daripada kelas French. owh.. ada homework, selasa nanti dah kena siap. oh ye.. kelas French ni amat menarik sebab madame amat2 la sabar melayan kami dan ahli2 kelas pun memang peramah dan ada sikap ingin berkawan sesama kami. memang seronok berada dalam kelas 3 jam sehari. walaupun berlainan negara, tapi kami semua punyai tujuan yang sama, belajar French sampai pandai. hehe... minggu depan derang nak buat makan2 time lunch. makan ramai2 kat restoran, tapi tak tetapkan lagi kat mana & tarikh yang sesuai. nanti kalau dah komfem, kena minta izin abang dulu... biasanya time lunch, fie kuar makan dengan abang. hehe.. tengok la camne nanti.
ahli kelas? erm.. nanti la cerita ye. tak best la cerita kalau tak ada gambar.

okies.. memandangkan dah lama tak bercerita... so, kali ni saya nak bercerita daripada belakang. haha.. fahamkan je la ye.
start tarikh dapat result... 22 Jan 2010, hari Jumaat. masa tu petang, saya tengah kerja. suaidah call, kata result dah keluar. alhamdulillah.. result saya baik2 sem ni. ahli rumah saya, ada yang kena istidrok. ada yang lepas.

24 hingga 31 Jan 2010, cuti semester. seminggu je. ahli rumah saya bercadang nak jalan2 ke Fes. saya? ehe... ikut je la.. takkan nak tinggal sorang2 kat rumah. lagipun, abang kerja. tak balik Mohamedia time tu. so.. kami bersebelas ke Fes 25 hingga 28 Jan. hajat di hati nak ke sana 3 hari je, tapi tiba2 tambah sehari. hehe.. macam2..
Train daripada Rabat ke Fes, 80dh.

di dalam La Gare Fes..

25 Jan 2010
kami bertolak awal pagi dan tiba di La Gare Fes pada pukul 10 pagi. tunggu pihak ikhwah yang akan bawa kami jalan-jalan, sambil2 tu kami ke mahlabah untuk mengisi perut. tiba di hotel, letak barang. lepas tu terus menuju ke madinah qadimah. saya tak ambil gambar sebab dah banyak kali ke sana. hehe.. dah tak berapa nak teruja.. last saya ke sana, sebelum balik Malaysia hari tu sebab nak cari Key chain yang banyak2 tu.. so.. tak de gambar kat madinah qadimah. rugi pulak xde gambar, x leh nak letak dalam blog. hehe..

La Gare Fes..

tarik beg, menuju ke tempat penginapan sementara kami..

malam tu, kami ke kedai makan. kami pilih untuk makan makanan laut. ikan, sotong dan udang goreng tepung. boleh tahan la sedapnya. biasa je kot. hehe.. kalau tak silap. 40dh sepinggan.

Poisson..

sarapan pagi, harirah, syai, khubz

26 Jan 2010
keesokan harinya, kami ke Sidi Harazem. tempat dimana air sidi harazem diambil. air mata air. kami naik teksi kabir ke sana. daripada bab Ftuh ke Sidi Harazem, satu teksi kabir 30dh. ni kali pertama saya ke sana. agak teruja. best gak la tapi tak ada apa sangat. hehe.. pusing2 ambil gambar je, sebelum balik, kami ambil air sidi harazem tu sebab botol air kami dah kosong. dapat air free. hehe..

tiba di Sidi Harazem

air Sidi Harazem

pakcik jual Harsya..
favourite saya, Harsya ma3a Fromage

destinasi seterusnya, ke atas bukit. tengok pemandangan madinah qadimah daripada atas bukit tu. lepas tu ke muzium yang diletakkan barangan keperluan perang semasa zaman dulu. saya tak berapa berminat tengok barang2 perang.. so.. tengok je la. hehe.. last2 naik kat tingkat atas, ambil gambar pemandangan. memang best kat atas muzium tu, nampak semua. luas je..

kaunter pertanyaan..

reka bentuk muzium..

saya di tingkat atas muzium..

pemandangan madinah qadimah

mereka bergambar..

keluar daripada muzium, kami berjalan kaki ke madinah jadidah. turun bukit, jauh gak jalan. penat tapi best sebab dapat tengok banyak ragam manusia. jalan2 madinah jadidah. tak ambil gambar sebab dah penat.. ehe..

Bersambung...

1723
Bouhlal, Rabat..