Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 2, 2009

banyak lak nak cerita

17 celcius...
wah... lamenya x update blog. serius busy. ehe.. xde la. x bz mana, cuma x berkesempatan nak update blog. sedar2 je, da nak dekat sebulan saya sampai Morocco ni. hidup tetap cam biasa, cuma agak teratur berbanding dulu. dulu rasa macam banyak masa kosong, boleh main-main game. ehe.. sekarang ni semuanya kena atur baik-baik. silap atur, mula la kelam kabut.

oh ye.. sekarang ni saya ada dua rumah. kena bahagi masa untuk dua rumah. actually, saya lagi selesa duduk rumah di Mohamedia sebab rumah kat Rabat tu amat2 la penuhnya. hehe... (sekarang da 8 org, lg beberapa hari jadi 11 org lak). so.. boleh bayangkan betapa padatnya rumah tu. rumah yang kat mohamedia ni, memang kecil la. ehe.. kalo kat malaysia, rasanya sewa tak sampai rm100 kot. tapi disebabkan ni Morocco, so... sewa untuk sebulan adalah... 1200dh. ehe.. rumah xde bilik, ada 1 bilik air, 1 dapur & 1 ampaian. kalau rumah kat Rabat, sewa 2000dh sebulan.. rumah 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air, 1 tandas. ehe.. beza kan harganya? nampak macam 1200dh tu teramat la mahalnya. tapi nak buat macam mana kan... rezeki.. terima seadanya. actually, rumah besar @ kecil tu x penting. yang penting, ketenangan dalam rumah..

bermula dapat rumah ni, saya dah susun jadual harian saya. memandangkan hari jumaat saya tak ada kelas, so.. hari khamis saya balik sini. isnin pagi baru balik rabat (terus ke kelas). penat? ehe.. rasanya lagi penat kalau ahad tu balik rumah dulu sebab nak tak nak, memang saya kena ke kelas sorang2. so... bila dah kira-kira, 3 hari kat Rabat, 4 hari kat Mohamedia. haha.. cam ada dua family lak. actually, itu yang saya nak sebenarnya.

kat jamiah macam mana? oh ye.. sem ni, suaidah dan saya ada wehdah yang tak sama. so... banyak kali gak kena sorang2, kecuali hari rabu. ehe.. subjek comp & english.. masing-masing ada subjek killer tersendiri. suaidah rasa cam sem ni paling susah. ehe.. maybe saya tak rasa sangat sebab ni bukan sem akhir saya kot.. so, selamat berjuang semua!

dah beberapa minggu ni, banyak gak la pengalaman baru saya. (itu pun nak cite kan?) hehe.. minggu first duduk rumah kat mohamedia ni, abang bawa g pantai pagi2. ehe.. jalan kaki non stop. eh2.. stop baring tengok langit 15 minit kot.. jalan drpd rumah ke pantai, ke kosbah, ke la gare, ke jamiah, last sekali, balik rumah. ha.. mana x penatnya. hehe.. esoknya kitorang mop2 lantai. ha.. dah duduk berdua je kn, senang sikit nak kemas rumah. mop lantai 2 minggu sekali. (kalo arab, mop setiap minggu.. x larat la camtu) ehe.. nak tengok gambar rumah ni? ehe.. nanti ada masa, saya upload k.

3 hari lepas, kami ke maktabah saudi di casa. apa perkataan pertama yang keluar drpd mulut saya bila sampai sana? wah... besarnya! lawa! hehe.. serius teruja! susunan buku pun menarik. senang nak cari. memang best la. yang x berapa nak bestnya.. penat nak ke sana. jauh, guna banyak duit. uhuh.. xpe2.. x boleh berkira sangat dengan ilmu kn? ;) apapun, kalau nak pergi lagi sekali, saya nak pergi pagi2, boleh luangkn banyak masa kat sana. =) ha.. kat sana tak boleh solat lambat2, nanti masjid tutup. lambat macam mana? 30 minit lepas azan pun dah dikira lambat k.. so, dah azan terus solat. senang cerita. =D

lepas maghrib, kami tak terus balik sebab abang kata bas penuh time tu. so.. kami berjalan2 tengok kedai. tengok perangai orang. ehe.. last2 beli aiskrim, makan kat tepi. sedap tapi geram sebab banyak tumpah. uhuh.. cam dak kecik x reti makan je. sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam kot. penat x terkata. ehe.. lain kali kena cukupkan tenaga sebelum ke sana. ;)

ha... cam banyak je cerita, tapi xde gambar kan? ahah.. nanti la saya aktifkan bergambar balik. actually, agak merajuk dengan tenet sebab tak bagi buka blogspot 2 3 minggu ni. nape tah. sabar je la. ni baru dapat post blog balik. so.. maybe lepas ni saya aktif menulis balik kot. banyak je pengalaman nak dicerita. tunggu.... =D

p/s: actually, geram tengok blog kakNa dah update banyak. hehe.. tu yang terus update tu. blog kakSu bila nak update?? cepat2..

0712
Mohammedia...

1 comment:

  1. agaga~ mane boleh geram ngn kkna.kakak awak ni ade dolat tau.ngee~ haa, cepat la update..segale gamba rumah,gmba pantai,gamba tebaru korg bedua,lagi satu teruja nak tengok maktabah saudi tu..pe tu?library ke?cepat2...u know i don't take no 4 an answer ;)

    ReplyDelete