Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 17, 2009

Kenangan lalu..

22celcius..
Harini giliran saya pula update blog.. Harini fie demam, tp die duk kt rabat, so tak dapat la nak jagakan dia,tp takpe, saya dah minta tolong suaidah jagakan fie.. thanks suaidah. ;).. Dah lama tak menaip dalam blog rasanya.. eheh.. tapi disebabkan commen ikram kt cbox tu buat saya rasa tercabar untuk mengupdate blog. uhu.. Tajuk harini kenangan lalu. Nape tajuk cmni ek? Tapi Sebelum nak cerita lebih panjang, meh nk tunjuk gambar rmh kitorg dlu.. ni gambar dari luar je dlu k.. sori kakna,tak sempat ambil gambar dalam rumah lagi. eheh..

Ha,ni la rmh kitorg.. eh3... ade dua pintu tu kan? ha.. rmh kitorg y pintu tengah tu..;)

Ok,sambung cite k.. Harini saya tak ada kelas, tapi dak2 arab buat majlis perasmian persatuan imam malik. Persatuan yang mewakli bdk2 tahun akhir di Universiti Hassan Thani, Mohammedia. Saya tak join pon program harini, so duk rumah jela.. Nak jadikan cerita.. ehe. pagi tadi rajin pula nak kemas-kemas barang dalam rumah. Pastu tiba2 je rasa nak buka satu kotak yang ada kat bawah meja tu.. seingat saya kotak tu dah 4tahun hidup bersama saya di Morocco ni. eheh. fuh,lama btl kn saya guna kotak tu.. Bila saya buka kotak tu, dalam tu ada nota lama saya, dari sem 1 dulu lagi. sambil khusyuk membelek nota2 lama,tibe-tibe ternampak 1 kotak mp3 yang kecik tu..

wah,kotak ni pun dah 4tahun besama saya. Tapi saya rasa dah 2 @ 3tahun saya tak buka kotak ni. Hari ni baru jumpa balik kotak ni. pastu bila dah buka kotak ni ada la beberapa benda yang mengingatkan saya kenangan lalu.. Dalam tu ada boarding pass Malaysia Airlines yang bertarikh 27 Sep 2005. (4tahun yang lalu). Mengingatkan saya masa frist time saya nak terbang ke Morocco. Masa tu semua sedara mara gi airport,yang kerja pun sanggup ambil cuti. Kawan2 tingkatan 6 MADA pun diberikan peluang untuk keluar ke airport menghantar kami. Rasanya satu kelas gi ke airport. uhuh. Terharu yang amat sangat ketika itu..


Pastu saya belek lg kotak tu, Saya jumpe tisu KFC. uhu.. atas tisu tu ditulis ucapan untuk saya. panjang ucapan tu.. bila saya baca ucapan tu, rasa sedih sangat..


"Assalamualaikum.. Istimewa buat Abu Uda.. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa adik ngan along di sini. Ada masa free nanti tulis la surat ye.. eh, lupa plak, e-mail la.. Abu uda yang di sayangi, Doakan kesejahteraan dan keberkatan kami sekeluarga masa kat sana ya. Adik ngan along sentiasa mendoakan kesenangan dalam segala urusan yang Abu uda akan lalui. Semoga Abu uda akan beroleh kejayaan, keberkatan dan kebahagian yang berpanjangan Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah swt. Abu uda yang disayangi, sampai disini sahaja, tiada kad yang cantik sebab ummie dan abuya tak sempat nak beli.. wassalam. Salam sayang dari kami.. simpan sampai 4tahun ya.. "

Fuh, Sedih sangat bila baca tu.. Sedih sebab terharu dengan anak buah saya..eheh. Tak sangka juga saya boleh simpan tisu KFC ni sampai 4tahun.. :)

Saya belek2 lg kotak ni. jumpa kertas warna oren yang berulis..


"yie, ngaji molek2, bui dapat degree! Tunaikan impian Ma & Our Family. Be The Best..."

Surat ni dari kakya dan kakmi.. thanks!

Habis baca surat tu,saya belek2 lagi ape y ada dalam kotak tu.. saya jumpa satu gasing plastik.. eheh.. siapakah yang bagi ni??



Gasing ni kawan baik saya yang bagi, ketua pengawas tahun 2005. Saya pun tak pasti apa makna y tersurat dan tersirat dari gasing yang dia bagi ni. huhu.. Ape2pun.. thanks bg gasing ni.

Dah habis da barang dalam kotak kecik tu saya belek.. :) Rasa sedih,terharu,rindu saat2 yang dah berlalu. Dulu kita tak rasa semua ni berharga. Tapi sekarang,semua ni jadi kenangan untuk kita. Itulah pengalam kita.. jadikan pengalaman kita yang lalu sebagai panduan kita hari ini..;)
"Mencari pengalaman untuk panduan"..

Wassalam..

1508
Dar 678, Mohammedia.

No comments:

Post a Comment