Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Rumah kami bau kambing!!

9 celcius..

wah,cm sejuk lak malam ni ek. uhu.. tp cm biasa je lg.. x sejuk sngt cm thn lps. Skang ni dah ssh nak update blog. Erm,broadband ni asek problem je bile buka blog. asek xleh nk buka blog je. Geram gak kadang2.. uhu. Fie dah jarang leh update, ntah la bile die bole update.. die dah sihat sikit dari haritu, sakit-sakit tekak pun dah tak ada. Alhamdulillah..Tadi dah ada mood nak update blog, tp tibe2 lak lupa id n pswd blog ni. Ish2.. Ni guna je la id fie utk update, lgpun pakcik ekramhakim tu dah bising dah. ehe..
Minggu depan kita ummat islam akan menyambut hari raya EidulAdha, ni merupakan raya Eidadha y ke-3 saya di Morocco ni. Tahun lepas ke UK, sambut raya kt sane.. uhu. EidAdha merupakan hari-hari yang di tunggu oleh masyarakat Morocco. Bagi rakyat malaysia, kita lebih merayakan hari raya EidFitri, tapi bagi rakyat Morocco, mereka lebih merayakan hari raya EidAdha sebagai Eid Kabir.
Jika di Malaysia, hari raya disambut dengan pelbagai barangan baru. Baju baru,perabut baru, langsir baru, macam-macam baru. Tetapi berlainan bagi masyarakat di Morocco, meraka lebih mementingkan kambing untuk menyambut hari raya. Setiap keluarga semacam wajib untuk memiliki dan mengorbankan seekor kambing. Jika tiada, seolah-oleh memalukan keluarga mereka. Tidak kira miskin atau kaya, mereka akan pastikan mereka akan memiliki kambing sebelum tibanya hari raya. Oleh kerana kesempitan kewangan, antara meraka ada juga yang sanggup mencuri, merompak dan sebagainya (bukan semua tau!). Antara mangsa yang di rompak, di ragut adalah pelajar malaysia!.. so, saya berharap semua pelajar malaysia tidak kira lelaki ataupun perempuan agar lebih berhati-hati di musim perayaan ini agar tidak ada yang menjadi mangsa korban orang yang hendak bekorban. :)
Bagi masyarakat Morocco, sekarang ini mereka sibuk membeli dan memilih kambing yang besar-besar. Lagi besar kambing, lagi banggalah mereka. Orang menjual kambing juga yang untung. Kiralah sendiri, kalau seekor kambing lebih kurang 2500DH X 100 ekor = 250.000Dh. wow! kaya... Sebelah rumah kami juga dijadikan tempat untuk menjual kambing. Besar-besar juga kambing yang di jual. Tapi kami sedikit geram bila bau najis kambing tu sampai masuk rumah kami. Bila masuk rumah je, rasa macam masuk kandang kambing pula. uhu. Hinggalah kami terpaksa menutup semua pintu dan tingkap. Gelap dan panas jadinya rumah kami. fuh, saya amatlah tak selesa dengan kaadaan ini. geram! uhu. Tapi apa nak buat, sabar jela yang termampu.
Untuk tahun ini, wilayah Mohammedia masih belum memutuskan samada membuat majlis sambutan hari raya EidAdha ataupun tidak. InsyaAllah kalau ada kambing, ada la majlisnya. Doa la supaya dapat kambing ye. uhuh.
Oklah, rasanya itu saja yang nak di tulis hari ni. InsyaAllah kalau ada masa nanti ter update la blog ni. ;) Terima kasih kepada semua pengunjung blog ni.

Dar 668, Mohammedia.
0019

No comments:

Post a Comment