Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 2, 2009

waktu Morocco tambah sejam bermula 1 Jun

19 celcius..
singgah sebentar di sini semata-mata untuk merakamkan saat waktu Morocco ditambah sejam bermula hari ini.

ada cerita menarik?
hehe...
pagi tadi masa tengah sibuk baca buku untuk exam hari ini (exam bermula jam 12.30 tghari), tiba-tiba saya tengok jam di desktop laptop. dah pukul 10.59 pagi. teringat yang bermula 1 jun 2009, waktu di Morocco akan bertambah sejam. so... bermakna dah nak pukul 12tghari. wah... ada masa 30 minit je untuk bersiap! kelam kabut bersiap. ambil wudhuk, kemas-kemas barang, siap2 apa yang patut. 12.15 keluar rumah. fuh.. tunggu teksi. teksi penuh lak tghari camni. ish2.. jauh gak la berjalan. last2 dapat teksi. sampai je kat pintu jamiah, kami ke qoah 1. semua dah ada. tengah jawab soalan. ustaz dah lama sampai. alhamdulillah, ustaz bagi kami masuk. (kalau waktu ustaz mengajar, memang dah x de harapan da nak masuk time-time macam ni). so... bermula sesi berperang dengan pen dan kertas...

kata Mufakkirah: "Walaupun waktu ditambah sejam, waktu solat tetap sama. jika asalnya kita solat subuh jam 3.30 pagi, bila dah tambah sejam, kita tetap solat pada waktu yang sama, iaitu ditambah sejam (4.30 pagi). tak effect mana pun kalau tak tukar waktu pada jam selagimana kita sentiasa beringat bahawa WAKTU DI MOROCCO TELAH BERTAMBAH SEJAM. jika kita confuse dengan waktu solat bila dah bertambahnya sejam, apa salahnya kita tak tukar waktu jam tangan kita? bukankah waktu solat itu lebih perlu dijaga berbanding waktu2 lain? kita jaga hak Allah, insyaAllah Allah jaga hak kita"

0009
Bouhlal, Rabat


No comments:

Post a Comment