18 celcius...
sejuk ke? ehe... biasa la tu.. malam.. tapi siang tadi pun ok la. x panas sangat macam biasa.
so.. cerita hari ini..
jam 3 petang, kami bergegas ke kediaman rasmi duta Malaysia ke Morocco. ada majlis tahunan. setiap tahun pada minggu pertama bulan jun, kami akan dijemput hadir ke rumah datuk duta. biasanya makan je, tapi bermula tahun lepas, semenjak penubuhan Persatuan Rakyat Malaysia, kami (rakyat Malaysia di Maghribi) akan berkumpul. ala-ala mesyuarat tahunan. best gk la.. sebab dapat jumpa ramai orang. meriah sangat rumah duta tadi. ha... tadi ada aktiviti tambahan. memandangkan baru-baru ini 3 bayi telah dilahirkan, majlis cukur jambul diadakan.
menarikkan? anak kacukan yang comel-comel. ehe.. lepas ni ada lagi ke yang akan kahwin dengan orang morocco? kalau ada, sure datuk duta berbesar hati untuk buat cukur jambul lagi. hehe.. best2...
seperti biasa, setiap majlis akan diserikan dengan hidangan makanan yang lazat-lazat. best! antara menu yang dihidangkan adalah... laksa johor, meehun goreng, nasi goreng cina, roti jala, kari ayam, pulut kuning, sambal ikan bilis, popia, karipap, koci. rajin-rajin tukang masak kali ni. tahun lepas, simple tapi sedap. tahun ni, banyak dan sedap-sedap. tahun depan? hehe... sempat tak agaknya saya merasa hidangan makanan untuk tahun depan? harap-harap sempat.. :)
lepas makan-makan, solat, kami dipanggil untuk bermesyuarat. meeting apa? mesyuarat agung tahunan kali pertama Persatuan Rakyat Malaysia. persatuan rakyat malaysia ni lebih kurang cam gabungan semua la. pekerja + pelajar. kira semua rakyat malaysia (termasuk yang berkahwin dengan rakyat malaysia). antara agenda yang berlangsung tadi... pembentangan minit mesyuarat, pelantikan baru. (tak ingat dah). kesimpulannya, secara tak langsung kami dicalonkan untuk menjadi ajk tugas-tugas khas. aish... rakyat malaysia di morocco ni memang prihatin dengan kami la. hehe.. sabar je la. tapi xpe.. ok gak tu. cam agak tak sedap hati kalau orang lain dicalon pada tempat saya. =)
apa yang nak cerita sebenarnya?
erm... saya sebenarnya nak bercerita, tapi kehilangan isi. penggunaan ayat pun masih dalam fatrah tunggang langgang. kena lebih kerap menulis, tapi sibuk dengan peperiksaan. oh ye... minggu depan & minggu seterusnya saya sibuk dengan peperiksaan yang amat mencabar. harap-harap dipermudahkan urusan. esok? ada meeting ALP & AMT. keluar rumah pukul 8, balik rumah pukul 7 (paling cepat). lama kan? saya ok je sebab saya agak berminat sebenarnya walaupun saya hanya mendiamkan diri. kenapa saya minat? sebab boleh belajar cara orang berfikir. cara untuk menjadi kreatif bila menyelesaikan sesuatu masalah.
oh ye.. khamis depan ada meeting ajk PRM. saya rasa diri ni tak layak untuk bersama-sama orang besar, tapi cuba gak la untuk menyesuaikan diri. kalau setakat pelajar, saya dah boleh la sikit. tapi orang berkerjaya ni.. pemikiran mereka lebih maju ke hadapan. segan la saya sebab saya ni terlalu banyak kekurangan. apapun, kena la belajar sikit-sikit kan.. insyaAllah, dah tak sampai setahun untuk saya habiskan baki pengajian saya. lepas ni nak masuk alam kerjaya. kena bersedia awal. erm... bila cakap pasal alam kerjaya, orang selalu kata jangan memilih. saya? saya tak memilih, asalkan kena dengan jiwa saya. kerjaya yang saya impikan? ehe... apa sahaja kerja yang memerlukan kecekapan memerhati, menyusun data, menyelesaikan puzzle. ehe.. kesimpulannya? kerja yang tak perlu berhadapan dengan orang yang terlalu ramai sebab saya tak ada kemahiran bercakap depan orang ramai. jadi tak confident. kenapa? entah la.. bukan kelebihan saya...
okies.. tu je kot..
kata Mufakkirah: "bila kita minat, benda susah pun boleh harung. bila kita tak nak, benda senang pun jadi susah nak terima. walau apa pun, dalam pada kita menolak sesuatu benda, kita perlu fikir alternatif lain untuknya. kena ada situasi menang menang, baru hidup ceria sentiasa."
Tale of Tales (2015)
9 years ago
No comments:
Post a Comment