Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 22, 2009

Sahabat seBatch

25 celcius..
hari ni isnin.. dah tak ke kuliah sebab dah habis exam jumaat lepas. perasaan? tau tau nak kata camne. sedih gak la sebab dah tak jumpa lagi kawan2, melainkan yang kena istidrok nanti. ehe.. mudah2an kami tak kena istidrok. ameen...

jumaat lepas, masa sedang menunggu ketibaan ustaz taamerti untuk exam subjek terakhir, kami ada bergambar. hajat di hati nak ambil gambar curi je sebab orang tengah sibuk borak-borak. (nak exam, tapi arab2 ni sibuk duk borak) tiba-tiba mereka nampak lak kami sedang ambil gambar. ahah.. kantoi tak pasal. so, kami pun bergambar la. tak semua, ni just yang rapat-rapat. tapi ada gak yang rapat tak bergambar sebab sibuk duk borak. oh ye.. arab ni ada geng-geng sendiri gak. kiranya ni satu setengah geng je la. yang lain sibuk dengan geng masing-masing, cam x patut lak dikacau orang sedang berbual. ehe.. so.. ni la kawan-kawan saya sepanjang 6 sem di Morocco. nak cerita pasal mereka? boleh2..

masa gambar ni diambil, kawan arab nampak..
terus mereka pun nak bergambar sekali. hehe..

Ghizlan benjaoud,Suaidah, Mounia akkane, ghizlan aboulyakine

Ghizlan benjaoud. (x ingat ejaan family dia camne sebenarnya). kami biasanya panggil dia ghizlan besar sebab ada ghizlan kecil. hehe.. dulu masa sem 3 sampai sem 5, saya rajin pinjam nota dia. arab pun selalu pinjam nota dia. kdg2, kena tunggu turn untuk pinjam sebab berderet orang pinjam. nota selalu tak ada kat dia sebab kena pinjam, tapi dia tetap terbaik dalam kelas. bagus kan? orangnya tak lokek, baik hati. tapi agak pendiam. matured la. tak main cam kanak2. ehe..

Suaidah. kawan sekelas, serumah, sebilik. kawan yang paling saya rapat sepanjang saya berada di Morocco. pendengar yang baik walaupun dia selalu tak layan bila saya buat bising time dia tengah baca e-novel. hehe..dulu saya suka sakat dia sebab nanti dia malu-malu. sekarang ni dah kebal da, sakat pun wat tak heran. ha.. suaidah ni kira kawan yang saya paling selesa la. senang nak ajak dia pergi mana-mana. kami selalu bersama ke jamiah, ke bandar, ke mana-mana je la. ehe.. kalau saya @ dia tak ada, sure ada sebab tertentu. ehe.. orangnya pandai, kuat ingatan. releks je time study, tapi result gempak. kagum gak la saya. ehe.. antara kami berempat dak malaysia, setakat ni result dia paling tinggi. dia ada harapan nak dapat ijazah mustahsan. hebat kan! insyaAllah. saya sampai sekarang pelik macam mana dia menghafal sebab setiap kali nak exam, sure dia kuat tidur. lagi-lagi time exam safawi. hehe..

Mounia akkane. kalau saya selalu minta nota dengan mounia, suaidah lak selalu minta nota dengan mounia. mounia ni sama macam ghizlan besar, tapi peramah lebih sikit. nota dia lawa sikit sebab tulisan dia besar-besar, senang nak baca. warna-warni lagi. hehe.. antara nota famous kat batch kami. sama je macam ghizlan. berderet-deret orang tunggu turn nak pinjam. mounia ni rapat dengan maryam. ke hulu ke hilir bersama. oh ye.. mounia ni pun agak pendiam sebenarnya. matured. tak bising-bising dalam kelas bila ustaz tak ada. bagus2.. =D

Ghizlan Aboulyakine. kawan yang paling peramah. suka bising-bising dalam kelas. hepi memanjang. sentiasa menolong. baguskan? =D suka berkawan dengan dia sebab dia ceria. sempoi je dia ni, selalu tak datang kelas tapi markah mantap-mantap. dia datang kelas time ustaz yang syadid2 je. hehe.. kira boleh teka la hari ni dia nak datang ke x. hehe.. masa sem 2 dulu, dia selalu tolong kami. tashih urudh kami. tak lokek masa. kadang-kadang dia dah nak balik da, tapi sebab kami minta tolong, dia tolong gak sampai habis. ehe.. tapi kami kena sabar la sebab kawan-kawan dia bising ajak balik. ghizlan ni tak macam yang lain. dia bising. ehe.. kalau dia ada, kira ceria la kelas. lagi-lagi kalau bergabung dengan fatima zahra. (xde gambar lak) ehe.. meriah2..

laila, nawal

Laila. laila ni rapat dengan nawal. sentiasa bersama. dia pendiam, tapi rajin bagi maklumat. pandai gak dia ni. saya tak rapat sangat dengan dia, tapi dia rajin senyum. ehe..

Nawal. dulu senyum-senyum je dengan dia. start sem 6 ni, dia banyak membantu. kami mula rapat masa sem 6. dulu dia agak kebudak-budakan, sekarang dah matured sikit la. ehe.. tak lokek nota dengan kami sebab dia tau kami boleh jaga nota dia baik-baik.

maryam, aicha

Maryam. pendiam orangnya. suka senyum. dalam diam, rupa-rupanya dia dah berkahwin baru-baru ni. terkejut kami. dia kahwin dengan abang Mounia. hehe... memang makin rapat la mereka berdua.

Aicha. tak rapat dengan dia sangat. dia baik, ambil berat dengan kami. pendiam. dia fauj lain, baru sem 6 ni kami belajar dengan dia. dia pun baru start rapat dengan maryam masa sem lepas sebab sama-sama mengulang.

habis cerita untuk gambar yang ada. ehe.. akan diusahakan untuk ambil gambar dak2 lain. harap-harap dapat la. =)

1122
Bouhlal, Rabat..


No comments:

Post a Comment