Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 16, 2009

ekspedisi mencari Balgha.. -Fes-

29 celcius..
cuaca semakin hari semakin bertambah. dah panas sekarang ni. kalau keluar rumah, rasa nak naik teksi je setiap masa. ehe.. kalau tak ada apa-apa keperluan, rasa nak terperap je kat rumah setiap masa. ish2.. x aktif betul.

sabtu lepas, kami bertiga ke Fes. tujuan? mencari balgha sebanyak 1630 biji. (betul ke penjodoh bilangan tu?) kenapa banyak sangat? 30 biji azma kirim. 100 biji ustaz razizi kirim. baki 1500 biji, emak kirim untuk bagi kat tetamu. kenapa? ganti bunga telur. jimat & tak makan ruang & orang tak buang merata sebab boleh manfaatkan. menarik kn? hehe... cakap nak beli memang senang, tapi bila dah mula usaha nak membeli, Allah sahaja yang tahu betapa susahnya.

saya, chip & adli (bakal tunang a.k.a bakal suami saya) bertolak ke fes 7.30 pagi. perjalanan menaiki keretapi selama 2 jam 30 minit. 8.05 pagi hingga 10.35 pagi. (train laju, x berhenti banyak tempat) tiba di Fes, tunggu ust azri a.k.a pemandu pelancong kami. destinasi pertama kami, madinah qadimah. suhu? x tengok lak berapa. tapi memang panas la. bahang. kami tak buang masa tengok barang-barang yang tak perlu. sebabnya? nak kejar masa. "beli yang wajib dulu" ehe.. jenuh nak mencari, memilih yang terbaik. banyak kedai kami tanya. habis semua kedai kami pilih. sampai dah penat-penat dah. stok yang lawa-lawa pun dah habis. hehe.. memang borong habis dah. sempat solat jamak zohor-asar di jami3 Qaraouiyine.

berusaha memilih yang terbaik...

selesai urusan di Madinah Qadimah, kami ke bandar. rehatkan fikiran, isi semula tenaga. matahari? masih terik. berbotol-botol air mineral kami habiskan. kalau kumpul, pastu jual sure dapat banyak duit. hehe... alang-alang dah sampai Fes, kami tak ketinggalan untuk meronda-ronda tempat-wajib-pergi. ehe.. Madinah Jadidah dan pemandangan atas bukit. ronda buat syarat je. sekejap-sekejap je sebab nak jimat masa. tengok barang pun gitu-gitu je, tak rasa nak beli sebab penat.

saya, chip & Adli..

azri, Adli & saya..
depan Qasrul malaki a.k.a singgahsana Raja di Fes

sebelum naik taksi ke atas bukit tu, kami diserang oleh jutaan serangga. wah.. terkejut kami.

diserang serangga..

antara kami berempat, saya paling sadis. serangga tu serang mata saya. =( seekor dapat ceroboh masuk. habis hilang mood saya. masa kami dah nak menuju ke la gare (stesen keretapi), baru mata saya lega. gosok-gosok mata, ada seekor serangga dah penyek keluar. hehe.. oh ye, petua kalau ada apa-apa masuk dalam mata -titiskan air ke dalam mata. mujarab ke petua tu? entah.. boleh tahan la..

sakit mata...

selesai beli tiket [fes-Rabat Agdal] kami terus masuk dalam train sebab nak cop tempat. tunggu punya tunggu, train pun jalan. baru 20 minit, ada orang cek tiket. orang tu pelik je tengok tiket kami. rupa-rupanya kami silap train. train ni ke Taza. terkejut habis kami bertiga. bukan kami je, orang cek tiket tu pun sama. nasib baik orang cek tiket tu baik. =) dia tak suruh bayar tiket ke Taza, nak balik Rabat nanti pun, dah tak payah beli tiket lagi sekali. alhamdulillah.. kata adli, ni la hikmahnya kita bagi roti kat orang lapar tadi. hehe.. betul gk tu kn? so.. pengajarannya, kalau ada apa-apa, jangan membazir, share dengan orang lain. =)

perjalanan ke Taza mengambil masa dua jam. lebih kurang pukul 9 malam kami tiba di sana. train ke Rabat akan bertolak jam 11 malam. ada masa dua jam. kami keluar daripada la gare. hajat di hati nak tengok keindahan bandar Taza. tengah jalan, nampak masjid. kebetulan, kami tegur siak masjid. lepas solat jamak maghrib-isya, kami ke Souq Qadim seperti yang diceritakan siak kepada Adli. menarik! dah malam tapi tetap meriah dengan orang ramai. ramai family, tak ada remaja lepak-lepak. rasa selamat sebab orang di sana nampak baik-baik. cuaca? tak bahang. angin sepoi-sepoi bahasa. hehe... kami pusing-pusing kawasan sekitar, singgah kedai untuk isi perut. harirah kedai tu sedap! =D hehe.. dipendekkan cerita, waktu subuh kami tiba di Rabat. alhamdulillah, semua dipermudahkan walaupun kami agak panas semasa dalam train. ehe...

menanti waktu pulang ke Rabat, pukul 11 malam..

kata Mufakkirah: "urusan persiapan perkahwinan memerlukan ketabahan mental dan fizikal. dah sampai waktunya, baru terasa apa yang perlu ditabahkan. hehe.. oleh itu, pastikan diri betul-betul bersedia untuk mengharungi ujian yang bakal menimpa."

Terima kasih tak terhingga kepada Zahirah a.k.a chip & Azri a.k.a pemandu pelancong kami di Fes kerana membantu memudahkan urusan mencari Balgha. Terima kasih tak terhingga juga pada family di Malaysia. masa cari balgha hari tu, baru kakfie rasa penat lelah buat persiapan. mak sure lagi penat kan? jasa kalian takkan dilupa. =)

1014
Bouhlal, Rabat..


No comments:

Post a Comment