Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Kad Chabab

14 celcius..
post kali ni saya nak bercerita pasal bitokoh chabab. apa tu? selalu nampak iklan ni?

ha.. tu la bitokoh chabab a.k.a kad remaja la kot kalau terjemah. oncf menawarkan berbagai2 jenis kad untuk kemudahan pengguna keretapi dengan kekerapan yang tinggi. kenapa? sebab nak tarik perhatian pengguna train la. hehe.. xde la. untuk memudahkan n memurahkan harga. tapi kad2 ni untung untuk mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan train je k. kalau rasa sebulan sekali @ dua kali je naik train, jangan la tergoda dengan kad2 ni. rugi. ehe..

antara banyak2 jenis kad, kad yang paling sesuai dengan saya adalah kad chabab. kenapa? ada kad untuk orang tua (kad Hikma), kad untuk mereka yang berulang alik kenitra-casa (kad Navette), kad untuk pelancong kalau x silap (kad Rail Pass). so.. yang tu semua tak berkenaan dengan saya kad kenitra-casa tu ada kene mengena gak, tapi cam x berapa nak untung. setelah ditambah tolak darab bahagi, saya pilih kad chabab.

apa itu kad chabab?
-kad tu warna kuning! lawa.. hehe..
-pengguna kad mestilah antara 18 hingga 26 tahun.
-boleh pilih samada 6 bulan @ setahun.
-dapat potongan 25% @ 50%, bergantung pada masa pembelian tiket
-potongan 25% kalau beli tiket masa nak naik train
-potonan 50% kalau beli tiket 2 hari sebelum naik train
-harga kad 249dh. tapi kena bayar 299dh. lepas pulang balik kad masa dah tamat tempoh nanti, baru dapat balik 50dh.
-kadang2 masa orang cek tiket atas train, dia nak tengok kad chabab tu sebab kat tiket tu tulis potongan 25%.
-potongan 25% @ 50% tu xde la tepat sangat. contoh Rabat-Mohammedia harga tiket asal 26dh. potongan 25% jadi 20dh, potongan 50% jadi 15dh.
-potongan harga tak boleh dibuat antara jarak dekat. contoh.. rabat-kenitra, mohammedia-casa. sebab harga asal pun murah je kn.. hehe..

ni contoh kad chabab. abaikan muka macam orang bangun tidur tu. gambar tu je yang ada masa saya nak buat kad tu dulu. haha..

kat bawah perkataan Chabab tu.. ada nombor siri kn? tu la nombor kad saya

nama, tarikh buat dan tarikh tamat tempoh kad.
saya ambil kad 6 bulan je.

contoh tiket yang telah dipotong 50%.
nampak tak? belah kanan, bawah tulisan oncf warna oren tu.

Rabat Agdal-Mohammedia. harga asal 26dh
atas: potongan 25% jadi 20dh
bawah: potongan 50% jadi 15dh

tiket terkumpul sepanjang bulan 11 hingga bulan 1

apa2 masalah, sila rujuk Oncf atau terus ke kaunter pertanyaan di La Gare (stesen keretapi) berdekatan.

1250
Dar 678,
Bradaah, Mohammedia

2 comments:

  1. ni ley jadik ulat tiket niyh!
    err..bape harganya 1 tiket dong?=P

    ReplyDelete
  2. creamyfiodesi=>
    uhuh... x bace elok2 ye dik?

    ReplyDelete