Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Daftar kelas French

9 celcius..
saya kini berada di Mohammedia. kenapa dah lama tak update? kenapa cerita saya tergantung?
hehe.. baca kisah dalam post2 akan datang untuk mengetahui apa yang berlaku. (bajet orang nak Justify Fullbaca lak fie ni.) uhuh..

okies.. straight to the point.
actually, memang nak update blog ni pun haritu, tapi saya penat sangat2 lepas balik kerja. owh.. xde la penat mana, just saya bawa balik kerja ke rumah. tu yang jadi takde masa nak update blog. kerja apa? erm.. tak sibuk mana pun, cuma perlu komitmen yang tinggi untuk siapkan kerja tu. kena masukkan data dalam system yang baru dibuat. mudahkan? mula kerja pukul 8.30 pagi, habis pukul 5.30 petang. hehe.. memang sharp la saya dan zahirah balik kerja sebab takut da gelap kalau kerja lebih masa. maghrib pukul 5.40 petang. so.. dipendekkan cerita.. kami siapkan kerja tu 5 hari. selasa sampai sabtu tengahari. habis kerja sabtu tu, saya dan abang balik mohammedia.

stop situ dulu cerita pasal saya. ni nak sambung cerita pasal kelas French pulak.
dalam post yang lepas, saya stop cerita sampai hari isnin je kan? yang saya tak jadi nak ke Dubai School sebab pakcik teksi tu bagi tau ada kelas French yang bagus. last2 saya sampai kat Institut Francais. ingat tak? malam tu.. saya chat dengan abang. bincang2 balik. maklumat yang saya dapat hari tu..
-Institut Francais ni ajar French je (dah nama pun Institut Francais kan..) bukan macam pusat bahasa lain.
-ada banyak kelas. komunikasi, kemahiran menulis, pengetahuan tentang budaya, macam2 la yang berkaitan. ala2 saya belajar lughah kat jamiah.. hehe.. tapi takde la sampai sentuh bab linguistik secara mendalam.
-ada kelas khas untuk orang asing a.k.a bukan warganegara Morocco means mereka yang tak reti langsung French. (ni la kelas yang saya nak).
okies.. terus ke maklumat kelas untuk pelajar asing.
-yuran 2400dh untuk satu sesi pembelajaran a.k.a 50 jam
-seminggu 3 hari. isnin, selasa dan khamis
-kalau nak pagi, daripada pukul 9 sampai 11 pagi. kalau petang, 5 petang sampai 7 petang. (kalau x silap saya la.) pilih satu je, samada pagi @ petang.
-silibus ikut tahap kita. akan diberi buku.
-sebelum masuk kelas ni, kena ambil exam dulu untuk tau kita berada di tahap mana.
-yuran untuk exam kemasukan... 50dh.
-bila kelas bermula? saya rasa ada kemasukan setiap bulan sebab masa saya datang tu, 16 jan kan? kelas untuk bulan jan baru mula 14 jan. so.. saya tak boleh masuk kelas tu, saya kena masuk kelas seterusnya yang akan bermula pada 9 feb.
-sijil akan diberi selepas habis tempoh belajar. sijil je, bukan diploma. tapi memang straight daripada embassy Perancis rasanya sebab Institut ni milik Embassy France.
-kalau nak sambung belajar lagi, boleh.
-ada peluang belajar sampai dapat diploma. of course kena bayar untuk ambil diploma. tapi maklumat ni saya tak dapat banyak sangat sebab rasanya kena belajar banyak lagi. bila saya dah faham betul2 nanti, baru saya ambil tau. actually, tak tau sempat ke tak untuk ambil diploma, tu la tak tanya sangat pasal ni. (dah tanya pun, just orang kat kaunter tu kata, kena belajar lama untuk dapat diploma. satu sesi je tak cukup)

lepas bincang2, abang setuju. abang tanya bila saya nak buat exam kemasukan tu. saya kata tak tau lagi bila sebab paling lambat ambil exam tu, 4 feb. hehe.. lama lagi kan.. saya cam tak rajin nak ambil awal2. tapi abang nasihat suruh ambil awal takut nanti dah sibuk dengan apa2. betul gak kan? so...

keesokan harinya.. (hari selasa) saya ke Institut Francais semula. hehe.. rajin lak fie ni ulang alik kan? okies.. ni kali ke 3 saya ke sana dan saya betul2 tekad nak ambil kelas tu. madame kat kaunter tu pun dah kenal muka saya ni. hehe... saya kata nak ambil exam. dia tunjukkan saya tempat bayar. saya bayar 50dh. dapat resit. saya ke madame semula. tunjuk resit. madame bagi kertas exam. ada dalam 4 helai kot. madame tunjuk tangga kat saya. kena naik atas untuk jawab exam. kat atas, ada2 orang cikgu yang tengah menunggu. ada banyak kelas kosong, satu kelas yang ada orang. dalam 4 orang kot. semua tengah ambil exam kemasukan. seram tak? eheh...

cikgu tu datang kat saya, tunjuk kelas yang ada orang tu. saya kena jawab exam kat situ. oh ye.. semuanya berbahasa French. terkebil2 saya nak menjawab kata2 cikgu tu. tapi alang2 saya faham, saya angguk2 je la kan.. hehe.. dah duduk tu, buka kertas soalan. ada muka surat yang kena isi maklumat diri. soalan exam? satu muka surat je pun. cikgu bacakan soalan. lepas tu terangkan balik. saya macam faham. cikgu keluar. saya diberi masa 20 minit untuk jawab.

soalannya? bukan objektif, bukan isi tempat kosong, tapi buat karangan. haha.. memang saya jawab sikit je la coz tak banyak vocab. ada 3 soalan. pertama, cerita pasal diri sendiri. kedua, cerita pasal negeri saya. ketiga? saya tah faham soalan. kui2.. xpe la.. takkan nak buat2 pandai kalau dah memang tak reti kan.. saya datang sana pun sebab nak belajar. so.. saya jawab apa yang termampu.

lepas habis jawab, cikgu suruh masuk kelas lain. exam oral pulak. haha.. memang tersenyum je la saya. nasib baik cikgu ni penyabar dengan saya yang tak reti nak bercakap akibat tak banyak vocab ni. oh ye, cikgu ni perempuan, berkulit hitam, boleh cakap English tapi sepanjang exam oral tu, 5 perkataan english je keluar. saya tak boleh cakap selain French. memang penyabar la cikgu tu. sabar tunggu saya fikir perkataan walaupun satu ayat dalam 5 minit gak. hehe.. banyak la soalannya. dah tak ingat lak. saya cakap saya orang Malaysia. cikgu suruh cerita perbandingan Malaysia dengan Morocco. haha.. senang je kan? tapi saya tak banyak vocab, tu la tak terjawab soalan tu.

habis exam. cikgu tanda tahap saya. ada 0 sampai 4. saya banyak dapat 1 & 2. hehe.. malu gak sebenarnya. saya turun tangga, ke kaunter semula. serahkan kertas exam tu pada madame. saya tanya, bila saya kena bayar yuran. dia cakap bila2 je, sebelum mula kelas. saya tak bawa cukup duit masa tu. so.. saya fikir lain kali la bayar. saya dah nak balik. tengah nak cari teksi. tiba2 abang call. tanya nak kerja tak. dalam 3 @ 4 hari je, sampai kerja siap. saya cam teringin nak kerja sebab tak tau nak buat apa kat rumah. abes call. fikir2 balik, rasa macam malas nak ulang alik ke bandar, semata2 untuk bayar yuran kelas. so.. saya ke bank, keluarkan duit. hehe.. pastu balik semula ke Institut Francais. ke kaunter minta kertas exam, tunggu turn buat bayaran. (bayaran dikira berdasarkan kertas exam sebab kat muka depan kertas tu, ada tulis kelas mana yang nak masuk). lepas bayar, buat kad pelajar. nasib baik saya bawa gambar. tunggu2, last2 siap. saya lupa nak ambil gambar kad tu. nanti la saya masukkan dalam entry ni k.

habis cerita.. fuh.. panjang betul. hehe...

0853
Dar 678
Bradaah, Mohammedia

No comments:

Post a Comment