Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2009

penat?

17 celcius..
baru siap tulis nota utk exam mgu depan. confius sebenarnya. masa awal2 hissah td, ust kata suruh baca buku rujukan. tgk2 hissah ust cakap nak wat exam minggu depan. bila da nak habis hissah, ust ingatkn sekali lagi untuk baca buku tu,sebab dia nak ajar tajuk tu minggu depan. haiya.. pening2.

semalam a.k.a isnin. madah ni pun pening gak. minggu lepas ust wat exam. 2 minggu sebelum tu, ust kata minggu depannya nak buat hissah untuk ulangkaji & tanya apa yang x faham. tapi tengok2 ust tak datang. da la ada yang saya tak faham madah tu. last2, mgu depan tu terus exam. ehe.. alhamdulillah, x masuk benda yang saya tak faham tu. nak dijadikan cerita, semalam ust tak datang pulak. aiseyh.. bila nak buat final exam untuk madah ni? takkan terus minggu depan kot. tapi kalau lagi 2 minggu, macam lambat sangat. haiya..

subjek esok. comp. eheh.. madah ni pun pening gak. kalau tak silap saya, dah dua kali da exam. tapi esok ada kelas lagi. aritu saya dengar macam ustaz nak buat istidrok untuk minggu ni. ehe.. result x keluar apa lagi, da istidrok. istidrok mada comp? ehe.. ikutkan je la.. yang penting, bersedia. portugal? ahah.. ni pun pening gak. best belajar, tapi tak tau bila examnya. ustaz kata buat je latihan2 dia bagi. *tapi haritu saya nampak, ust tak tanda pun latihan2 tu. ehe.. ikutkan je la kn.. harap2 tak de exam mengejut la ye.. haiya..

subjek hari khamis? ehe.. ni cam teratur sikit. minggu depan exam untuk dua2 madah. hehe.. agak sibuk, tapi terima je la kn.. ;)

jumaat? yes! setakat ni xde kelas hari jumaat. alhamdulillah..

sabtu? eheh.. confius gak madah french ni. hari tu ustazah kata latihan je. sekali minggu lepas, ustazah bagi balik kertas latihan tu beserta markah. ehe.. no komen.. minggu ni hari sabtu 2 jan. hurm.. cuti ke x? nak cuti!! kalau tengok jadual cuti kat papan kenyataan jamiah tu, 1 & 2 jan cuti sempena tahun baru. tapi semua orang cam kata sabtu x cuti. da la nihaie x tau lg bila. haiya...

ahah.. pe la fie ni.. mengeluh je. ngueh3.. xde la.. saje je nak bercerita pasal madah2 yang saya belajar tahun ni. 10 madah semuanya, 3 wehdah. wehdah adab saya dah amik tahun lepas. erm.. memang sem ni paling best bagi saya sebab dah x belajar wehdah adab. wehdah lughah je. boleh tumpu. erm.. agaknya sebab tu la senior2 lughah dulu pakar2 kn? sebab boleh pilih antara linguistik dan sastera. best kan? apapun, semua ada hikmahnya.. kalau xde wehdah adab, saya rasa penguasaan bahasa saya tetap lemah cam masa mula2 datang sini.

oh ye.. saya agak penat sem ni sebab saya minat. ehe.. dah minat, tumpu lebih. so.. penat la sebab x cukup rehat. lagipun da jarang naik teksi g jamiah. hehehe... azam baru kot. jimat duit. kui3... apapun, saya suka belajar sem ni. best! doakan yang terbaik buat kami..
p/s: kaksue belum ada kawan utk main elmo. sabar ye... ada rezeki nanti, kakfie gtau.
dah2 g study gih. uhuh...

Justify Full2224
Bouhlal, Rabat

No comments:

Post a Comment