Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 5, 2009

Musim Peperiksaan Bermula

8 celcius..
sedang rehat fizikal dan mental.

musim peperiksaan kini kembali memeriahkan suasana kami di sini. minggu lepas, ada beberapa madah dah ditempuhi. minggu depan akan ada dan peperiksaan akan berlanjutan sehingga awal bulan Januari. biasa la morocco.. exam tak de jadual. apa yang penting, persediaan awal sebelum melangkah masuk ke kelas pada hari peperiksaan.

di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya, belajar ketika sudah berumah tangga. nampak mudah, tapi sebenarnya saya memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada sahabat saya. alhamdulillah, sahabat sebilik amat memahami saya. time saya nak study, tak ada yang bising, gelak2, ajak tengok cerita kat tenet. ehe.. saya time study kena senyap.

3 hari di Rabat, 3 hari di Mohammedia, sehari di Rabat dan Mohammedia. ehe.. serius saya kata, hari Sabtu merupakan hari yang amat memenatkan. sebab tu saya jarang berborak masa kat Jamiah, sementara tunggu kelas French. okies.. 3 hari di Rabat.. kuliah, study, masak (2 kali sehari je dalam seminggu), uruskan pakaian sendiri. semua kena siapkan dalam masa 3 hari, kalau tak siap gak, memang kena tangguh ke minggu depannya la. 3 hari di Mohammedia.. masak (1 @ 2 @ 3 kali sehari), uruskan pakaian (kalau ada), kemas rumah (basuh rumah paling kuran sebulan sekali), study.

nampak perbezaan antara saya dan anda yang masih belum berkeluarga? ketahuilah bahawa saat hidup bujang sepatutnya tak dipersiakan dengan gelak tawa tanpa henti sampai ganggu orang lain, tengok internet siang malam, boros tak tentu pasal, keluar jalan-jalan tanpa tujuan. kenapa? sebab anda akan lebih menghargai masa bila dah berumah tangga. semuanya dalam jadual perkiraan sendiri. erm.. sebab tu la saya ni pantang sikit bila orang nak buat rumah macam asrama. saya dan anda dah tak sama. saya cuba untuk 'masuk' dalam suasana anda yang lapang itu, tapi saya tak mampu sebab saya punya tanggungjawab yang lebih besar. saya harap anda faham. harap faham mengapa kadang2 saya emo, mengapa kadang2 saya memberontak. sebab saya bukan kamu, saya bukan anda. saya dah tak BUJANG. tanggungjawab saya lebih BESAR berbanding anda.

bila tiba musim peperiksaan, masing-masing akan mencari masa lebih untuk diri. STUDY sudah semestinya. bukan alasan tak mahu ikut itu ini, tapi itu kenyataannya. tak ramai pun yang jauhi study last minit. so.. saya harap anda semua faham. antara tanggungjawab pada diri, dan peraturan yang diwujudkan, saya rasa tanggungjawab itu lebih besar dan perlu diutamakan.

apapun, fikir dan faham apa yang dah saya luahkan.. buatlah kesimpulan yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga berjaya menghadapi exam kali ini.

2009
Dar 678,
Bradaah, Mohammedia..

4 comments:

  1. eit.. tamo emo2 kkna tamo anak buah kkna nnt muke ketat jek. hehe yes.. u r big girl now n u know whats best for u. kkna bangga punya adek yg sangat2 tabah & matang & kembang setaman bila orang kata awak nampak macam kakak bila tengok kite berdua. hehe ok.. ingat lg x kkna penah cakap, banyak benda akan berubah bila kkfie dah kawen. tp x pe lah. sume ni proses belajar.. for u both to get along with ur new life & for others to accept the changes. lame2 nnt ok la.. insyaAllah.. nayway.. good luck for ur exams :)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan. cekalkan hati, kuatkan azam. kami sentiasa menyokong kalian.=)

    ReplyDelete
  3. wah~
    jarang2 luahan perasaan kedengaran =)
    nak bagi pendapat! (angkat tgn smbil lompat2)

    zaman remaja aka bujang mmg xpatut dibazirkn dgn mende2 yg x brfaedah..itu mmg amat diakui. sepatutnya kite meluangkan masa utk mengejar cita2, menuntut ilmu sebanyak2nya, merantau mencari pengalaman untuk panduan(pinjam title jap..hehe!) etc...

    tapi, naluri remaja...kita kena faham, zaman remaja inilah zamannya untuk kita buat banyakkkkkk benda;berkawan, memekak, berjalan xtntu arah,main game etc...mmg nmpak cam langsung xbrfaedah, tp itu semua tak dpt dirasai ketika masuk ke alam rumah tangga terutamanya bg perempuan!

    jd sesetengahnya brfikir, lebih baik buat benda2 ni ketika remaja, ketika tanggungjawab masih sedikit, ketika kite masih ade mase utk bersama kawan2, ketika kite masih mmpunyai smgt inkuiri yg tinggi, ketika bla3...kerana semua itu akan mnjadi terhad slps kahwin...

    jd, bg saye, bg sayelah...xde salahnya wat rumah mcm asrama tp berpada2 la..jgn smpai mnggangu idop org len...tp xsalah rasenye juz utk mghidopkn suasana..seronok ke kalo rumah sunyi sgt? semua serius buat keje masing2, xde mase nak brsosial...kan amat bosan idop macm tu?

    bg mase n bg peluang kpd mereka utk hidup sbg REMAJA aka BUJANG~ kerana mereka masih lg dlm proses belajar n mngutip PENGALAMAN..semua itu akan berubah menjadi PANDUAN dan kenangan yg brharga~

    p/s : maybe boleh jd remaja aka bujang aka dak asrama 3 hari d rabat n jd dewasa aka isteri aka serius 3 hari di media...hehehe! 2 watak dlm 2 masa! wah!

    maaf kalo penggunaan bahasa xtepat smpai cara pmbacaan mnjadi lain n mmbuatkn seseorg brfikir lain...sesungguhnya bacalah dengan nada yg girang dgn akal yg rasional~ tulisan ini ditulis dengan penuh keamanan dan penuh senyuman~ no hard feeling eh? =D

    ~MAri Hidup DEngan GEMBIRA!!~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Maaf. Sekadar memberi pendapat.

    " antara tanggungjawab pada diri, dan peraturan yang diwujudkan, saya rasa tanggungjawab itu lebih besar dan perlu diutamakan "

    Betul. Benar. Tapi, betul ke itu benar-benar tanggungjawab pada diri ataupun hanya mementingkan diri sendiri?

    3 hari seminggu bersama sahabat sepatutnya digunakan dengan sebaiknya. Tanggungjawab pada diri dan berkhidmat untuk orang lain perlu cuba untuk diseiringkan. Bagaimana hendak berkhidmat untuk masyarakat nanti(bersuami dan mempunyai zuriat serta bermasyarakat) jika sekarang (hidup baru berdua dan berpersatuan)kita hampir gagal menguruskan keadaan.

    Apabila kita telah membuat keputusan untuk berumahtangga tambahan dalam tempoh belajar, maka ia bererti kita telah sedia untuk menghadapi semua perkara. (Menguruskan hal ehwal rumahtangga, belajar menuntut ilmu, BERSOSIAL bersama sahabat dan lain-lain) Tidak bererti bila kita telah bernikah, hubungan persahabatan tidak perlu kita jaga. Tidak bermakna setelah kita berkahwin, kita tidak perlu berkhidmat untuk sahabat lain selain suami. Tidak bermaksud apabila kita telah berumahtangga, kita mempunyai persatuan @ usrah sendiri dan tidak perlu berperaturan dan berpersatuan.


    " saya cuba untuk 'masuk' dalam suasana anda yang lapang itu, tapi saya tak mampu sebab saya punya tanggungjawab yang lebih besar. saya harap anda faham "

    Kita selalu ingin orang fahami kita, namun kita selalu jarang untuk memahami orang.

    Kenapa kita pernah terfikir bahawa sahabat kita tidak cuba untuk memasukkan diri mereka ke alam kita? Kita selalu melihat diri kita berada di atas paksi benar. Kita selalu menuding jari ke arah dia dan si dia tapi,baki empat jari menuding ke muka sendiri. Menyalahkan orang lain.

    Percayalah bahawa sahabat kita benar-benar menyayangi diri kita walau siapa pun kita. Bujang, isteri orang mahupun janda. Cuba jauhkan rasa tertekan dan rasa besar diri. Berukhwahlah sebaiknya kerana ukhwah itu benar-benar indah jika kita berjaya membina,memelihara dan menjaganya.

    Peliharalah :
    Hubungan dengan Allah, Hubungan sesama manusia dan hubungan sesama makhluk.

    p/s : Penulisan blog yang terbuka untuk umum memberi kebebasan kepada semua pembaca untuk memberi komen. Maaf andai tersinggung. Semoga Allah memelihara hati-hati kita dari berpenyakit. Amien.

    Penggunaan ganti diri "kita" bermaksud ia termasuk diri saya dan umum. Komen ini untuk umum.

    ReplyDelete