Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 19, 2009

Hujan dan macam-macam.. ehe

16celcius..

Harini hujan je memanjang. Dari awal pagi tadi sampai sekarang. Tapi Alhamdulillah tak sejuk. 16celcius je. Tak payah pakai tebal-tebal pun tak apa. :)

Dah lama tak update blog. kakfie je slalu update. eheh. selalu je nak update, tapi bila time nk update je mst ada benda kena buat.

Ni tengah tenggu kakfie balik, tadi baru siap masak "nasi air" untuk isteri tersayang. Penah dengar nasi air? uhuh. Orang kelate tahu la kot. Kakfie tak penah lagi makan nasi air rasanya,tapi tak apa la, saje je buat. Sebelum dia gi kelas tdi tanya die. " sayang nak makan ape malam ni?" dia jawab macam-macam, tapi semua benda saya tak terima. eheh.. antaranya. Kari ayam, ayam goreng, gulai ayam, sup, macaroni goreng, ayam masak merah.. byk kn? tapi last2 saya buat nasi air je. eheh. Kakfie ni suka benda-benda cam bubur, tu la saya buatkan nasi air utk dia.

Ok, sebenarnya nak cakap Thanks kepada semua yang sentiasa peka dengan post2 kami. Sentiasa memberi komen, tak kira baik @ sebaliknya. Dalam sehari lebih kurang 20 orang yang melawat blog kami, bagi kami jumlah 20 orang tu amat byk. So, thanks utk semua, terutamanya family. Kakna, kaksu, kaklong benah a.k.a cik benah. ;)

Untuk post saya yang bertajuk "soalan?" tu thanks pada yang sudi memberi pendapat dan pandangan. yup! alhamdulillah semuanya memberi komen positif. Thanks pada Afnan atirah (lilah), BintuHood (hanin), Fana (kak ana), cokelat maniac (cutak), dan sepatu tinggi (wahida) juga pada ekramhakim dan cik benah atas komen anda. yup,penggilan "sayang" @ "ayang" sebenarnya merapatkan lagi ikatan kasih dan sayang suami isteri. Sentiasa rasa sayang dan cinta. sentiasa memperbaharui bunga2 cinta.;) bukan sahaja di awal perkahwinan,tapi hilang ke akhir nanti. insyaAllah. Tak perlu malu utk buat semua ni. kan? Tapi saya tak nafikan, ade sesetengah orang yang geli beli dengar saya panggil isteri saya dengan pnggilan sayang. tak apa, tu terpulang pada anda. Bagi saya, ini la cara untuk saya menunjukkan kasih sayang saya pada isteri. Alhamdulillah isteri saya pun senang bila saya panggil dengan panggilan "sayang". :)

Ni ade 1,2 gambar yang masa kami ke Perasmian Malaysian Best Week.. ;)

Majlis Perasmian Malaysian Best Week.

Bersama chef Liza. 1 Malaysia!

Dato' Hashim

Suasana Tapak Pameran waktu petang.

Suasana Tapak Pameran Waktu malam.


Ok la, saya nak siap2 ke marjane. Kejap lagi kakfie sampai terus gi marjane. Oh ye. next week saya dah start exam, doakan saya dipermudahkan semuanya dan najah dalam sem akhir ni. Saya doakan kalian semua berjaya dalam apa saja bidang yang kalian ceburi.

1723
Dar678,
Bradaah, Mohammedia.

No comments:

Post a Comment