Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2009

penat?

17 celcius..
baru siap tulis nota utk exam mgu depan. confius sebenarnya. masa awal2 hissah td, ust kata suruh baca buku rujukan. tgk2 hissah ust cakap nak wat exam minggu depan. bila da nak habis hissah, ust ingatkn sekali lagi untuk baca buku tu,sebab dia nak ajar tajuk tu minggu depan. haiya.. pening2.

semalam a.k.a isnin. madah ni pun pening gak. minggu lepas ust wat exam. 2 minggu sebelum tu, ust kata minggu depannya nak buat hissah untuk ulangkaji & tanya apa yang x faham. tapi tengok2 ust tak datang. da la ada yang saya tak faham madah tu. last2, mgu depan tu terus exam. ehe.. alhamdulillah, x masuk benda yang saya tak faham tu. nak dijadikan cerita, semalam ust tak datang pulak. aiseyh.. bila nak buat final exam untuk madah ni? takkan terus minggu depan kot. tapi kalau lagi 2 minggu, macam lambat sangat. haiya..

subjek esok. comp. eheh.. madah ni pun pening gak. kalau tak silap saya, dah dua kali da exam. tapi esok ada kelas lagi. aritu saya dengar macam ustaz nak buat istidrok untuk minggu ni. ehe.. result x keluar apa lagi, da istidrok. istidrok mada comp? ehe.. ikutkan je la.. yang penting, bersedia. portugal? ahah.. ni pun pening gak. best belajar, tapi tak tau bila examnya. ustaz kata buat je latihan2 dia bagi. *tapi haritu saya nampak, ust tak tanda pun latihan2 tu. ehe.. ikutkan je la kn.. harap2 tak de exam mengejut la ye.. haiya..

subjek hari khamis? ehe.. ni cam teratur sikit. minggu depan exam untuk dua2 madah. hehe.. agak sibuk, tapi terima je la kn.. ;)

jumaat? yes! setakat ni xde kelas hari jumaat. alhamdulillah..

sabtu? eheh.. confius gak madah french ni. hari tu ustazah kata latihan je. sekali minggu lepas, ustazah bagi balik kertas latihan tu beserta markah. ehe.. no komen.. minggu ni hari sabtu 2 jan. hurm.. cuti ke x? nak cuti!! kalau tengok jadual cuti kat papan kenyataan jamiah tu, 1 & 2 jan cuti sempena tahun baru. tapi semua orang cam kata sabtu x cuti. da la nihaie x tau lg bila. haiya...

ahah.. pe la fie ni.. mengeluh je. ngueh3.. xde la.. saje je nak bercerita pasal madah2 yang saya belajar tahun ni. 10 madah semuanya, 3 wehdah. wehdah adab saya dah amik tahun lepas. erm.. memang sem ni paling best bagi saya sebab dah x belajar wehdah adab. wehdah lughah je. boleh tumpu. erm.. agaknya sebab tu la senior2 lughah dulu pakar2 kn? sebab boleh pilih antara linguistik dan sastera. best kan? apapun, semua ada hikmahnya.. kalau xde wehdah adab, saya rasa penguasaan bahasa saya tetap lemah cam masa mula2 datang sini.

oh ye.. saya agak penat sem ni sebab saya minat. ehe.. dah minat, tumpu lebih. so.. penat la sebab x cukup rehat. lagipun da jarang naik teksi g jamiah. hehehe... azam baru kot. jimat duit. kui3... apapun, saya suka belajar sem ni. best! doakan yang terbaik buat kami..
p/s: kaksue belum ada kawan utk main elmo. sabar ye... ada rezeki nanti, kakfie gtau.
dah2 g study gih. uhuh...

Justify Full2224
Bouhlal, Rabat

Sunday, December 27, 2009

Tahniah Ust Podo..

21celcius..


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما على خير

Selamat pengantin baru kami ucapkan untuk Ust Podo dan pasangannya Noor Syuhada yang telah diijabqabulkan pada 18Dis baru-baru ini. Semoga dengan perkahwinan kalian ini menambahkan lagi ketaqwaan dan keimanan kalian kepada Allah. Kami sentiasa mendoakan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati Allah.

قال الله تعالى: ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجاً لتسكنوا إليها، وجعل بينكم مودة ورحمة

[الروم: 21]

Maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara mu rasa kasih dan sayang.

Saya juga seperti Ikram menanti giliran siapa yang akan mendirikan rumahtangga selepas saya dan ust podo.. ;)

Ni ada gambar Ust Podo dan Noor...

Bahagia..:)

Gembira bersama..

1434,
Dar678,
Bradaah, Mohammedia.

Saturday, December 26, 2009

Tahniah kaksue!

19 celcius
suhu tak berapa sejuk, tapi kadang2 angin kuat, rasa macam nak terbang je. ehe.. oh ye, musim hujan tak berhenti lagi. kena bajet masa betul2 la kalau nak basuh baju, lagi2 kalau tak ada mesin basuh @ mesin basuh ada, tapi spin rosak. sabar ye fie.. ehe..

oh ye.. daripada kelmarin lagi nak post, tapi asek tak berkesempatan je. kelmarin chat dengan kaksue, kaksue gtau yang result permohonan serapan degree dah keluar. alhamdulillah, kaksue diterima. wah.. memang kakfie kagum sangat2. ehe... means start 3 jan 2010 nanti, kaksue start belajar kat uitm Shah Alam (dah tak study kat Arau dah..). yang paling menarik, diploma kaksue stop sampai sem 3 aritu je, pasni sambung degree. kan? mnarik2.. kaksue bertuah tau. dalam pada kaksue sokmo main2, kaksue dapat gak peluan utk degree tu. so.. lepas ni study betul2 k.. time study, kena tumpu study. satu lagi... kena lebihkan masa untuk study. jadi cam kakna, kakfie tengok sekarang ni kakna lagi fokus study berbanding masa kakna sekolah dulu. hehe...
~kakna, ada kerja sekolah x? pagi ke petang? warna2 ke tulis2? hehehe... rasa teringin nak balik zaman sekolah rendah dulu..

berikut merupakan kronologi chatting kami semalam. ehe.. guna ID abang sebab saya kat Mohammedia. karangan saya kat atas tu, kesimpulan drpd apa yang kami chat je. ehe...

Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:03): pitakkk!!!
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:04): hahaha
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:08): hahaha
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:10): cutak!!!
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:17): hahaha
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:18): ngek
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:26): hahaaha
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:36): ermm, result tau dpt degree ke tak kua td
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:38): hehe
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:42): wah..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:43): cepatye
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:47): kksu dpt. alhamdulillah..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:47): cepatnyye
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:49): camne?
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:51): wawawa..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:52): dpt pe?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:54): kksu dpt. alhamdulillah..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:54): tahniah...
Noradli Syahri (12/24/2009 17:07:55): ;)
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:07:59): hehe
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:08:05): kos mltimedia kt shah alam
Noradli Syahri (12/24/2009 17:08:23): fuh..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:08:25): bile tu?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:08:38): dftr 3/1 ni
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:08:43): mggu dpn a kn?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:08:44): hee
Noradli Syahri (12/24/2009 17:09:03): eheh
Noradli Syahri (12/24/2009 17:09:10): kaksu da abes diploma ek?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:09:19): ermm
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:09:28): smpai sem 3 je la kksu amek dip
Noradli Syahri (12/24/2009 17:09:47): wah...
Noradli Syahri (12/24/2009 17:09:53): patu degree bape thn?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:10:00): 3 kott
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:07): ooo...
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:11): baru faham..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:20): kirenye x abeskn la diploma tu
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:10:26): a'ah
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:26): ters diserap masuk ke degree
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:28): cmtu?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:10:30): ye2
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:37): uhuh
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:43): aritu x faham pun
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:46): tahniah2..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:10:56): kire pasni balik arau utk kemas2 brg je la ye?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:11:14): a'ah2
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:11:15): huhu
Noradli Syahri (12/24/2009 17:11:35): wah...
Noradli Syahri (12/24/2009 17:11:38): kwn2 kaksu camne?
Noradli Syahri (12/24/2009 17:11:41): sape lg dpt?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:11:48): sya, apex era
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:11:55): syarina tak mntk
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:11:58): bal tak dpt
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:12:05): tu yg pling pelik oh
Noradli Syahri (12/24/2009 17:12:14): derang yg dpt tu..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:12:17): kt ne?
Noradli Syahri (12/24/2009 17:12:17): kos pe?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:12:33): shah alam gk
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:12:52): sya kos infromation system engineering
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:13:01): apex n era kos sc comp
Noradli Syahri (12/24/2009 17:13:26): ooo...
Noradli Syahri (12/24/2009 17:13:34): xde yg same kaksu la ye?
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:13:48): takde
Afiqah Anuar (12/24/2009 17:13:50): heh
Noradli Syahri (12/24/2009 17:13:55): uhuh..
Noradli Syahri (12/24/2009 17:13:57): mnarik2

Congratez! wah... baru sedar yang anak abah semua dah besar2. ehe.. mak abah sure bangga dengan kaksue kan? tak sia2 kaksue pilih bidang tu. neway, bidang tu memang best. kakfie teringin gak. tapi kaksue yang dapat. apepun, pasni study betul2 k.. sambil2 fikir nak kerja apa skali. kakna dah cop nak jadi cikgu. kaksue? kakfie? ehe... TUNGGU~

oh ye, sempat chat sekejap je ngan kaksue sebab saya nak masak time tu. abang lak sambung chat. masa dah nak habis chat, kaksue sibuk tanya pasal kawan nak main ngan elmo. haha... sabar ye..

Noradli Syahri: nti kaksu hbs degree 2013 la kn?
Afiqah Anuar: insyaAllah
Afiqah Anuar: npe? nnt abes degree kksu ad kwn nak maen elmo eyh?
Afiqah Anuar: hahahahah
Noradli Syahri: ;))
Noradli Syahri: tnye la kakfie
Afiqah Anuar: hahaha
Noradli Syahri: ha.. berbaloi abah belikan c903 kn
Afiqah Anuar: hehe
Afiqah Anuar: berbaloi2.. **iklan celcom

p/s: rasa cam hp kat rumah tu berlebih. meh la bagi kakfie satu. nak c903 kaksue! hahaha...

ni gambar2 yang dicuri kat blog kaksue.. derang g makan meatball kat IKEA tu. uhuh.. memang tempat favret pun. sampai abah pun tak faham ape yang best sangat meatball tu. neway, dah penah try buat meatball kat rumah and the result is the best! better than kat ikea. tapi bese la kan.. lagi suka nak bersusah payah naik kete ke IKEA yang jauh tu, semata-mata nak g makan meatball. haha.. orang g IKEA sebab nak beli perabot. pelik2 la ragam manusia.. kui2..

kaksue & izaty (bestfriend kaksue)

kawan2 kakna.. kaklong benah n kak hera (yg ni saya tak sempat nak kenal)

that's it! haha.. share?
kakna yang manja nak suruh potong @ kaksue yang tak larat nak makan banyak?

close up..
ni la rupa meatball yang bertakhta dihati kami.

ni gambar makan meatball masa saya balik mesia tahun 2.
makan bertiga je, tapi macam 5 orang makan. hehe..
~rindu mak abah~

ni meatball homemade.
fries ganti ngan wedges, gravy beli kat IKEA a.k.a instant, tambahan spaghetti bolognese.
cranberry tak tinggal!
haha..semata masuk cold storage nak cari jem cranberry tu..

okies... tu je buat kali ni. ;)
baru perasan lak. blog ni dah jadi cam tempat berita lak. sepatutnya cerita pasal kat morocco. hehe.. takpe la. sekali sekala. nanti2 kakfie tulis pasal kat sini ye. hehe.. kakfie tau, mak abah selalu baca. erm.. sekarang ni minggu exam. ada yang mid, ada yang nak masuk final. setakat ni, alhamdulillah berjalan lancar. mak abah doakan kami ye.. ;)

0819
Dar 678
Bradaah, Mohammedia

Saturday, December 19, 2009

Hujan dan macam-macam.. ehe

16celcius..

Harini hujan je memanjang. Dari awal pagi tadi sampai sekarang. Tapi Alhamdulillah tak sejuk. 16celcius je. Tak payah pakai tebal-tebal pun tak apa. :)

Dah lama tak update blog. kakfie je slalu update. eheh. selalu je nak update, tapi bila time nk update je mst ada benda kena buat.

Ni tengah tenggu kakfie balik, tadi baru siap masak "nasi air" untuk isteri tersayang. Penah dengar nasi air? uhuh. Orang kelate tahu la kot. Kakfie tak penah lagi makan nasi air rasanya,tapi tak apa la, saje je buat. Sebelum dia gi kelas tdi tanya die. " sayang nak makan ape malam ni?" dia jawab macam-macam, tapi semua benda saya tak terima. eheh.. antaranya. Kari ayam, ayam goreng, gulai ayam, sup, macaroni goreng, ayam masak merah.. byk kn? tapi last2 saya buat nasi air je. eheh. Kakfie ni suka benda-benda cam bubur, tu la saya buatkan nasi air utk dia.

Ok, sebenarnya nak cakap Thanks kepada semua yang sentiasa peka dengan post2 kami. Sentiasa memberi komen, tak kira baik @ sebaliknya. Dalam sehari lebih kurang 20 orang yang melawat blog kami, bagi kami jumlah 20 orang tu amat byk. So, thanks utk semua, terutamanya family. Kakna, kaksu, kaklong benah a.k.a cik benah. ;)

Untuk post saya yang bertajuk "soalan?" tu thanks pada yang sudi memberi pendapat dan pandangan. yup! alhamdulillah semuanya memberi komen positif. Thanks pada Afnan atirah (lilah), BintuHood (hanin), Fana (kak ana), cokelat maniac (cutak), dan sepatu tinggi (wahida) juga pada ekramhakim dan cik benah atas komen anda. yup,penggilan "sayang" @ "ayang" sebenarnya merapatkan lagi ikatan kasih dan sayang suami isteri. Sentiasa rasa sayang dan cinta. sentiasa memperbaharui bunga2 cinta.;) bukan sahaja di awal perkahwinan,tapi hilang ke akhir nanti. insyaAllah. Tak perlu malu utk buat semua ni. kan? Tapi saya tak nafikan, ade sesetengah orang yang geli beli dengar saya panggil isteri saya dengan pnggilan sayang. tak apa, tu terpulang pada anda. Bagi saya, ini la cara untuk saya menunjukkan kasih sayang saya pada isteri. Alhamdulillah isteri saya pun senang bila saya panggil dengan panggilan "sayang". :)

Ni ade 1,2 gambar yang masa kami ke Perasmian Malaysian Best Week.. ;)

Majlis Perasmian Malaysian Best Week.

Bersama chef Liza. 1 Malaysia!

Dato' Hashim

Suasana Tapak Pameran waktu petang.

Suasana Tapak Pameran Waktu malam.


Ok la, saya nak siap2 ke marjane. Kejap lagi kakfie sampai terus gi marjane. Oh ye. next week saya dah start exam, doakan saya dipermudahkan semuanya dan najah dalam sem akhir ni. Saya doakan kalian semua berjaya dalam apa saja bidang yang kalian ceburi.

1723
Dar678,
Bradaah, Mohammedia.

Thursday, December 17, 2009

+212613632544 tinggal kenangan

hanya tinggal kenangan

16 celcius..
baru sampai mohamedia, kemas2 rumah.

dah lama nak update sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan. busy dengan persiapan nak exam. ehe.. maaf lambat buat pengumuman. actually, nak chat ngan abah, tapi tak nampak2 abah on lak. ke sebab saya tak selalu tengok ym ye? no komen..

oh ye.. nak dijadikan cerita, atas kesalahan sendiri, saya telah kehilangan hp yang paling saya sayang. actually, hp tu beli guna duit hadiah atok bagi sempena dapat result SPM. sedih gak hp tu dah hilang.. tapi nak buat camne kn.. Allah dah tarik balik nikmat menggunakan hp kesayangan saya, terima je la dengan hati terbuka. =D ehe... sekarang ni, saya guna hp abang. abang guna hp lain. nombor? nanti tanya saya sendiri k. (saya tak ingat sebenarnya, sebab nombor tak lawa cam dulu.) hehe..

actually, saya merupakan seorang yang amat peka dengan hp saya. tak pernah tinggal. nak kemana-mana sure bawa sebab saya rasa penting. nak tau betul ke tak, tanya mereka yang rapat dengan saya. tiba sabtu lepas, hp tu pergi meninggalkan saya. ehe... sadis lak. bukan kena curi. mungkin kena pukau kot, sebab tu saya tak ingat langsung. (dah2 la fie... awak tu yang salah letak kot). erm.. esoknya, baru saya perasan yang hp tu xde dengan saya. abang try call. 2 3 kali. last2 ada seorang makcik jawab. suara cam jujur. abang kata nak ambil hp tu esok, makcik tu setuju nak jumpa. talian dimatikan. 10 minit lepas tu, abang call balik. makcik tu dah off hp. ish2... pe la perangai manusia ni. bukan hak sendiri, jangan la ambil. tak malu ke guna hak orang tanpa kebenaran?
~harap makcik tu kembali ke pangkal jalan. ehe..

p/s: sila padam nombor yang tertera pada tajuk post ini jika nombor itu masih menetap di dalam hp anda semua. =D

2010
Dar 678
Bradaah, Mohammedia

Sunday, December 13, 2009

peraturan rumah saya dan pandangan anda?

14 celcius
masa baca komen kat cbox sebelah ni, rasa semangat lak nak update blog. harap siapa yang baca post ni, dapat komen. x kesah la positif @ negatif.. ok?

cafe owner: sgt pjg sy merepek kt 'musim peperiksaan bermula'!~ cam tajuk shin chan plak..haha! bace jgn x bace!

so... ni kesimanbungan daripada post lepas, "musim peperiksaan bermula"

setiap ahli rumah ada rutin harian tersendiri. adat hidup bersama kawan-kawan dalam rumah sewa, giliran tugasan nak tak nak, memang kena ada. jom kita banding peraturan rumah anda dan peraturan rumah saya. =D
rumah saya ada sebelas orang

giliran memasak(pagi @ tengah hari dan malam)
giliran tukar gas
giliran ke pasar beli barang rumah
giliran bayar bil letrik & internet
giliran imam
harian- solat jemaah subuh dan baca ma'thurat
solat jemaah maghrib dan isya
harian- giliran tadarus dan hadith riyadussalihin (setiap orang kena prepare)
makan dulang dan bersuap

okies... masukkan diri anda dalam keadaan saya. mana nak buat nota, nak baca buku, nak ulangkaji pelajaran. lain la kalo anda fotostat je nota kawan arab. lain la kalau anda malam nak exam baru study, mungkin anda rasa tak terbeban.

so... apakah pandangan anda dgn giliran ni? setuju? atau x?

p/s : sila komen kt post ni,jgn komen kt cbox. eheh..

2033
Dar678,
Bradaah, Mohammedia.

Thursday, December 10, 2009

abah dah masuk 28 tahun!!

post jap lg..

...............................................................................................................................

9 celcius..
baru lepas sarapan, abang baru ke jamiah. hari ni abang ada exam. doakan abang najah. BITAUFIQ! (",)
~ameen...

okies.. kembali pada tajuk.
actually, nak post semalam, tapi semalam penat lak. so.. tangguh ke pagi ni. semalam saja je post awal sebab nak dapat tarikh 10/12/2009.

semalam hari khamis. selasa lepas, saya dah beli tiket untuk balik hari khamis. dapat potongan 50%. (nanti la cerita pasal kad syabab tu k). saya tersilap bajet masa n beli train pukul 3 petang. apa saya buat petang tu? hehe.. jalan2 doreh. best! (nanti cerita k).

saya naik train pukul 3 petang. sampai la gare mohammedia, terus beli tiket pergi balik untuk hari sabtu. [dapat potongan 50% lagi] (menarik kan? haha.. jap lagi saya cerita pasal kad tu k.) siap beli. dah pukul 3.40 petang. terus naik teksi, balik rumah. call abang, abang kata jap lg abang balik coz abang tengah study dengan kawan arab.

3.50 petang. chat dengan kaksu. kaksu tanya, "tak call abah ke?" ehe.. memang nak call, tapi nak tunggu abang balik kejap. 3.55 petang. saya kat dapur, nak masak nasi. abang baru sampai rumah. terus tinggal dapur, ajak abang call abah. duit VOIP tinggal 0.07USD je. boleh cakap 7 minit jekalau call rumah. internet lak x berapa nak ok. pukul 4 petang. kaksu dah bising sebab dah lepas pukul 12 tghmalam means kat malaysia dah 11 disember. hehe...

4.02 petang, baru dapat call rumah. abah ngan mak belum tidur. kaksu ngan kakna pun ada time tu. jerit2 gak la sebab tersekat2. last2, dapat ucap gak kat abah, tapi 7 minit habis camtu je. hehe.. mak offer nak call. mak call hp saya. borak2. masing2 buat loud speaker. nyanyi untuk abah. hehe.. abah buat2 dah tidur. kaksu cerita, nenek call abah, ucap selamat hari lahir. abah malu2. hehe.. kelakar la abah ni. nenek doakan abah n minta abah doakan nenek. nenek tanya, abah dah berapa tahun? abah jawab "28 tahun". haha.. pastu nenek kata.. "haish!" haha.. kelakar2. abang kata "abah da 29 tahun", tapi abah tetap nak tegakkan '28 tahun' tu. tak berganjak2 sejak 22 tahun lepas. [tiru ayat kakna]. hehe..

best dapat borak2 smalam walaupun lebih kurang 8 minit je. rindu kat family. hepi je rasa bila dapat call. oh ye.. mak gtau berita menarik. x sabar nak tunggu tahun depan. best2.. okies.. masa untuk letak gambar orang yang berusia 28 tahun.. =D

kek birthday abah tahun ni
rasanya, dah lama tak beli kek time birthday kan?
Cheesecake.
kakfie nak brownies with ice cream untuk birthday kakfie nanti, boleh tak? hehe...

abah suka sorok bila orang nak ambil gambar.
tapi gambar ni lawa!

abah minat tgk masak2 kat youtube.
ni tahun lepas, masa wat meatball. abah balik kerja terus masuk dapur, pantau kami memasak.
last2 abah join masak skali. ehe..


-kat penang, masa aqiqah fitri-
kaksu kata.. "abah kalau da dapat pegang fitri, dah tak nak lepas da. orang lain dah tak dapat la.." hehe..
kaksu jeles ke? =P

-malam lepas kenduri kat kelantan. pasar borong wakaf che yeh-
masa ni hujan renyai-renyai, fitri dah mengantuk

kat kampung..
sibuk je elmo nak interframe

to abah:
kakfie nak ucapkan terima kasih banyak2 atas segala apa yang abah dah berikan kepada kami 3 beradik + sorang anak lelaki abah a.k.a suami kakfie. thanks sebab jadi abah yang baik, yang bertungkus lumus cari rezeki untuk kami. thanks sebab jadi suami yang baik untuk mak, mak selalu puji abah. kakfie teringin sangat dapat suami yang peribadinya macam abah, alhamdulillah kakfie dah dapat. terima kasih sebab percayakan kakfie n adli untuk mengharungi hidup bersama. kakfie teringin sangat nak berjaya macam abah. doakan kami kat sini.. (",)

~tahniah sebab dah masuk 28 tahun~

0922
Dar 678
Bradaah, Mohammedia...

Tuesday, December 8, 2009

Soalan?

13celcius..

Eheh.. harini sampai 2 saya post kat blog. pesal ntah.. takpe, yang post ke dua ni just nak tanya soalan kepada yang membaca blog ni ataupun terbaca ataupun sapa2 je..

Soalannya berbunyi..

"Apakah padangan anda apabila terdengar seorang suami memanggil isteri nya dengan panggilan SAYANG atau AYANG? atau dengan senangnya, apabila saya yang memanggil isteri saya SAYANG, apakah pandangan jujur anda?"

Ada orang kata.. "menyampah aku dia panggil isteri dia sayang"..
Ada orang cakap "geli geleman aku lah.."
Ada orang royak " Romantiknya dia,best la cmtu."
Ada orang say " wah.. jelesnya aku dengar dia panggil isterinya dia camtu.."

jawapan anda?

jawapan anda menentukan tajuk post saya seterusnya... eheh..

Dar678, Bradaah,
Mohammedia.
1510

Update cara ringkas..;)

13celcius..

+ Harini ada exam.. tak boleh buat.

+ Tapi dah usaha. Ni dari malam tdi tak tdo.. ngantuk. tp fie temankan study..:) thanks sayang :)

+ Bila dah usaha, tapi tetap tak boleh buat. kita redha. cuba usaha lagi.. jangan putus asa. kan?

+ Sedar tak sedar, final exam dah nak dekat. paling dekat 22 dec ni.

+ Sedar tak sedar gak, ni sem last dah. insyaAllah.. doakan k.

+ Takut. Risau. Sedih.

+ Sedia dah ke nak masuk alam graduan lepasan ijazah? memadai ke ilmu yang dapat?

+ Mungkin orang lain memadai. tapi saya?

+ Hari demi hari perangai berubah. Pemikiran pun berubah. Cara pun berubah. Patut la orang kata lepas kawen boleh berubah.

+ Dulu bujang. Sekarang berdua. Kena fikir 3x lebih maju untuk hidup.

+ Tu saja utk kali ni. Ringkas je. eheh..

+ Maaf tak dapat nak slalu update. Dah sibuk exam. Bila start musim exam, kepala pun start sakit2. kenapa? ntah la,dari dulu camni..

+ Utk family kat malaysia. Doakan kejayaan kami ye. :)

+ Rindu family.

Dar67, Bradaah,
Mohammedia.
14.37

Saturday, December 5, 2009

Musim Peperiksaan Bermula

8 celcius..
sedang rehat fizikal dan mental.

musim peperiksaan kini kembali memeriahkan suasana kami di sini. minggu lepas, ada beberapa madah dah ditempuhi. minggu depan akan ada dan peperiksaan akan berlanjutan sehingga awal bulan Januari. biasa la morocco.. exam tak de jadual. apa yang penting, persediaan awal sebelum melangkah masuk ke kelas pada hari peperiksaan.

di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya, belajar ketika sudah berumah tangga. nampak mudah, tapi sebenarnya saya memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada sahabat saya. alhamdulillah, sahabat sebilik amat memahami saya. time saya nak study, tak ada yang bising, gelak2, ajak tengok cerita kat tenet. ehe.. saya time study kena senyap.

3 hari di Rabat, 3 hari di Mohammedia, sehari di Rabat dan Mohammedia. ehe.. serius saya kata, hari Sabtu merupakan hari yang amat memenatkan. sebab tu saya jarang berborak masa kat Jamiah, sementara tunggu kelas French. okies.. 3 hari di Rabat.. kuliah, study, masak (2 kali sehari je dalam seminggu), uruskan pakaian sendiri. semua kena siapkan dalam masa 3 hari, kalau tak siap gak, memang kena tangguh ke minggu depannya la. 3 hari di Mohammedia.. masak (1 @ 2 @ 3 kali sehari), uruskan pakaian (kalau ada), kemas rumah (basuh rumah paling kuran sebulan sekali), study.

nampak perbezaan antara saya dan anda yang masih belum berkeluarga? ketahuilah bahawa saat hidup bujang sepatutnya tak dipersiakan dengan gelak tawa tanpa henti sampai ganggu orang lain, tengok internet siang malam, boros tak tentu pasal, keluar jalan-jalan tanpa tujuan. kenapa? sebab anda akan lebih menghargai masa bila dah berumah tangga. semuanya dalam jadual perkiraan sendiri. erm.. sebab tu la saya ni pantang sikit bila orang nak buat rumah macam asrama. saya dan anda dah tak sama. saya cuba untuk 'masuk' dalam suasana anda yang lapang itu, tapi saya tak mampu sebab saya punya tanggungjawab yang lebih besar. saya harap anda faham. harap faham mengapa kadang2 saya emo, mengapa kadang2 saya memberontak. sebab saya bukan kamu, saya bukan anda. saya dah tak BUJANG. tanggungjawab saya lebih BESAR berbanding anda.

bila tiba musim peperiksaan, masing-masing akan mencari masa lebih untuk diri. STUDY sudah semestinya. bukan alasan tak mahu ikut itu ini, tapi itu kenyataannya. tak ramai pun yang jauhi study last minit. so.. saya harap anda semua faham. antara tanggungjawab pada diri, dan peraturan yang diwujudkan, saya rasa tanggungjawab itu lebih besar dan perlu diutamakan.

apapun, fikir dan faham apa yang dah saya luahkan.. buatlah kesimpulan yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga berjaya menghadapi exam kali ini.

2009
Dar 678,
Bradaah, Mohammedia..