18 & 19 Julai 2009 a.k.a sabtu & ahad
seperti yang telah dirancang oleh mak, seawal 8 pagi kami berdua tiba di Pejabat Agama Islam Klang untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan. kami berdua? ehe.. saya dan tunang saya la.. bukan mak saya. apapun, mak yang berulang alik ke pejabat agama semasa saya di Morocco. mak nak daftarkan saya awal2 lagi, tapi orang tu tak bagi. katanya minggu sebelum kursus baru boleh daftar. sabar je la.. so, saya ikut mak daftar kursus hari isnin (kalau tak silap).
jadual? amat padat! 8 pagi hingga 6.30 petang untuk kedua-dua hari (hari ahad sampai 6.15 petang). waktu rehat cuma ada untuk makan dan solat. ada 8 bentuk ceramah. memang tahan je la sampai petang. takkan nak balik kot kn... nanti tak dapat sijil lak. hehe..
Ceramah 1- "Pengurusan Masalah Tekanan (stress) dalam Kehidupan dan Pengurusan Konflik dalam Rumahtangga Islam"
Ceramah 2- "Pengurusan Talaq dan Prosedur Perceraian"
Ceramah 3- "Akidah dan Ibadah dalam Islam" (asing lelaki & perempuan)
Ceramah 4- "Pengurusan Kewangan dan Masa Depan Keluarga"
Ceramah 5- "Perkahwinan dan Prosedurnya Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003"
Ceramah 6- "Akhlak dan Pengurusan Hubungan Kekeluargaan dalam Rumahtangga Islam"
Ceramah 7- "Pengurusan Kesihatan"
Ceramah 8- "Bentuk-bentuk Komunikasi Berkesan dalam Rumahtangga Islam"
sebelum penyerahan borang penilaian dan penyampaian sijil, ada taklimat daripada Lembaga Zakat Selangor berkenaan kesedaran menunaikan zakat.
nak saya kupas mengenai setiap ceramah? hehe.. tak larat lak. sebelum ni, saya selalu dengar orang kata kursus kahwin tak best, merepek je lebih, tak de la ape sangat pun, macam2 la.. tapi bila saya sendiri dah hadir kursus tu, saya rasa semua tu tak de la betul sangat pun. nak kata best, x la sangat kot sebab masa terlalu padat, saya penat. tapi daripada segi pengisian, saya memang suka (walaupun ada banyak kali saya terlelap sampai hp saya vibrate berkali-kali sebagai amaran suruh bangun, jangan tidur). sebabnya? kursus ni lebih kepada motivasi kepada bakal suami dan bakal isteri. banyak ditekankan berkenaan tanggungjawab bila dah berumahtangga. pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan. kira satu input yang berguna buat saya.
tapi... (for sure la ada benda yang saya nak komen) ada la beberapa kekurangan yang saya nampak dalam kursus ni. terutamanya bila cakap pasal ibadah. hurm.. saya nampak seolah-olah macam melepaskan batuk di tangga. serius! geram pun ada gak. ajar basic je. hurm.. tapi yang paling saya sedih, majoriti peserta kurang pengetahuan agama, terutamanya bab solat. rasa macam nak wat sesi khas untuk praktikal. hehe... apepun, akhir kursus tetap dapat sijil. penghayatan kursus bergantung pada individu yang menilainya. siapa yang hayati dan faham betul-betul apa yang cuba disampaikan, banyak la dia dapat. siapa yang tak dengar @ buat-buat tak dengar @ berborak-borak, dapat sijil je la. pilih la nak yang mana. yang pasti, datang je kursus dua hari tu, tandatanganuntuk kehadiran setiap ceramah, memang dah dijamin dapat sijil.
memandangkan saya sedang berkursus ketika itu, tak banyak la gambar. ada ni pun x berapa nak lawa. hehe.. tengok je la k..
kata Mufakkirah: "sebaiknya kursus perkahwinan dihadiri oleh orang yang telah bersedia daripada semua segi, bukan baru nak belajar masa kursus. utamakan iman dalam kehidupan agar hidup tenang sentiasa.."
~masih terbayang perasaan ketika diminta mengaku kiraan waktu bersolat setiap hari. hampir majoriti bangun ketika ustazah menyebut "siapa tak solat langsung?".. hurm...
1740
Taman Sri Andalas..
Tale of Tales (2015)
9 years ago
No comments:
Post a Comment