Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 13, 2009

Ujian HIV

28 celcius..
saya dah selesai buat ujian HIV. =D
alhamdulillah....

cara-caranya? mudah je...

pertama..
cari klinik kesihatan yang terdekat. bawa borang kalau ada (ambil di Pejabat Agama). kalau klinik kesihatan area klang ni, ujian HIV hanya dibuat pada setiap Isnin hingga Jumaat sebelah petang. 2.00 hingga 4.30.

borang ujian HIV

ke-2..
ke bilik rawatan. ikut prosedur klinik masing-masing. saya ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda. masuk2 je, terus tanya kat kaunter pertanyaan. disuruh ke bilik nombor 16. ambil angka giliran di sana. sekejap je tunggu giliran.

ke-3..
masuk ke dalam bilik selepas angka giliran timbul. nurse sapu jari manis belah kanan dengan tisu basah. lepas tu, jari tersebut dititik dengan jarum. x sakit.. serius!

ke-4..
nurse picit jari tersebut sehingga dapat setitik darah untuk diletakkan disatu alat. darah meresap dalam kertas pada alat tersebut. lebih kurang cam nak buat pregnancy test la. tunggu tindak balas alat tersebut.

ke-5..
selesai semua, keputusan ujian HIV diterima serta merta. samada reaktif (dua garisan) @ tidak reaktif (satu garisan)

ke-6..
nurse salin maklumat, anda boleh keluar..

alhamdulillah... selesai..


1557
Taman Sri Andalas...

1 comment: