10 Julai 2009.
kami bertolak daripada rumah pada jam 11.20 pagi. naik train pukul 12.05 tghari. saja datang awal sebab takut terlepas train. sampai kat airport, dah masuk zohor. solat & ke kaunter check-in. timbang berat beg, adjust2 berat beg. hehe.. macam biasa la kn.. kalau saya balik, memang x pernah barang sikit. lepas adjust, timbang balik & akhir sekali, wrap beg dengan plastik yang dicharge 40 dirham. lepas dah check in, kami ke terminal 2. borak2, ambil gambar. bila tiba masa, kami masuk ke dalam. lama gak menunggu. maybe sebab kami awal kot. hehe.. boleh tahan la. x de la lama sangat. sempat la saya sakat suaidah dan azma sblm masuk flight. hehe.. sibuk masing2.
11 Julai 2009.
sampai doha pukul 4 pagi lebih. gededuk gedebak semua, last2 sampai hotel. lepas solat, turun restoran untuk sarapan. habis je sarapan, terus tidur. hehe.. nak dekat pukul 11 pagi baru bangun. siap itu ini, pukul 12 tghari check out hotel.. hehe.. cam diary lak ek.. ok la.. dipendekkan cerita....
12 Julai 2009.
kami tiba di KLIA pukul 3 pagi lebih. tutup mulut? ehe.. saya tak tutup setiap masa sebab rimas. topeng pun x nak beli sebab tak rasa nak pakai. sampai kat KLIA, lepas turun je daripada Aerotrain, jalan.. lepas tu ada satu check point tu, kena isi borang. pegawai kat situ semua pakai topeng. mesti ramai yang tertanya2 apa yang terjadi kan? ehe... x de mende pun sebenarnya. kami kena isi borang. lebih kurang cam borang kaji selidik la. antara soalan dalam borang tu, nama, i/c, no passport, flight number, seat number, ada kena tanda-tanda H1N1 @ x a.k.a susah bernafas dll.. siap isi borang, jalan ke depan. ada pegawai dah tunggu untuk kumpul borang tu. bagi kat dia. dia tengok borang tu. dah dalam borang tu saya tanda x de tanda2 kena H1N1, dia lepas je la. uhuh... semudah ABC je kn? merepek je siapa percaya kena tunggu 6 jam kat KLIA la, kena cek satu badan la, kena kuarantin sehari la.. ish2.. student2 Maroc yang nak balik Malaysia, x yah risau2 la.. x de mende pun. tapi kalo daripada UK tu, no komen la.. hehe..
so... enjoy the pictures..! =D
thanks to aman, wani, dila & wajia
sebab sudi meluangkan masa mengangkat beg suaidah, azma & saya. ehe..
sebab sudi meluangkan masa mengangkat beg suaidah, azma & saya. ehe..
Selamat Tinggal Maroc.. lg 3 bulan kita jumpa lagi k..
kata Mufakkirah: "kali pertama jejak kaki ke bumi Maroc, dalam kepala ni dah set yang tak berharap untuk pulang ke Malaysia sebelum habis belajar. tapi bila dah 3 tahun kat Maroc, baru sedar yang saya tak pernah rasa musim panas kat sana. hehe... rezeki masing-masing.."
2251
Taman Sri Andalas...
2251
Taman Sri Andalas...
No comments:
Post a Comment