baru lepas chatting dengan kaksu & kakna.
borak-borak pasal cerita di TV je dengan kaksu. kaksu cerita, dah pergi kedai makcik rynn. dah tengok baju untuk pakai masa majlis nanti. mak berkenan warna peach tu, makcik ryn pun berkenan, kaksu & kakna pun berkenan. skarang ni tunggu kakfie je untuk buat keputusan. ehe... rasanya kalau semua orang berkenan, kakfie ok je. lagipun, tema family kita coklat. so, kalau kakfie peach, kira tak lari sangat la kn? best2..
masa chatting dengan kakna, cerita pasal kad jemputan. mak, kaksu & kakna ke shah alam beberapa hari lepas, survey kad. katanya kalau kad bawah rm1, biasa-biasa je. kad lawa agak mahal. ada cadangan tengok kad dekat klang. kad bawah rm1, murah-murah. hujung minggu ni mak abah ke sana.
sekarang ni kaksu & kakna cuti. so, memang senang la mak nak ke sana ke sini. ada teman. ada orang untuk bagi pendapat. lagi2 untuk persediaan majlis nanti. orang-orang kat sekeliling mak pun ramai yang membantu. bagi cadangan tempat, idea, pendapat, macam2 la. kakfie rasa beruntung sangat ada family yang tak pernah jemu menolong. tak lokek untuk meluangkan masa untuk kakfie. kalau sekarang ni kakfie kat malaysia, kakfie teringin sangat nak ikuti setiap perkembangan persiapan majlis nanti. nak ikut mak pergi sana sini, nak dengar pendapat family & kawan2 mak, nak tengok pilihan yang ada. wah... best kn! =) tapi apa kan daya, kakfie hanya mampu bertanya khabar tentang persiapan dari jauh. apa pun, terima kasih sangat2 buat mak, abah, kakna, kaksu, family, kawan2 mak & semua yang terlibat. jasa kalian amat kakfie hargai.
~bila kakfie dah sampai malaysia nanti, sure semua dah separa siap @ hampir siap @ dah siap kn? terima kasih.. =) kakfie minta maaf sangat sebab dalam tak sedar, kakfie menyusahkan banyak pihak..
apa yang perlu untuk persiapan? ehe... post seterusnya nanti kot..
oh ye... semalam jumpa satu laman web ni. menarik! saya minat sangat-sangat. sebabnya? menguji kecekapan jari. =D nak cuba? sila2...
54 perkataan
kata Mufakkirah: "antara faktor kecekapan menaip adalah keyboard yang sedap, laptop yang tak berat, mood yang baik, tenaga yang segar, tangan yang cekap, mata yang peka dan yang paling penting, usaha yang GIGIH"
1219
Bouhlal, Rabat..
sengaja nak update sebab baru lepas dapat pecah rekod diri sendiri lagi. hehe...
1657
Bouhlal, Rabat
pecah rekod lagi! hehe... excited lakkata Mufakkirah: "antara faktor kecekapan menaip adalah keyboard yang sedap, laptop yang tak berat, mood yang baik, tenaga yang segar, tangan yang cekap, mata yang peka dan yang paling penting, usaha yang GIGIH"
1219
Bouhlal, Rabat..
sengaja nak update sebab baru lepas dapat pecah rekod diri sendiri lagi. hehe...
Bouhlal, Rabat
22/5/2009
1241
Bouhlal, Rabat
No comments:
Post a Comment