18 celcius..
hari ni cuaca menarik. tak sejuk sangat, tak panas sangat.
musim peperiksaan?
memandangkan sistem universiti di Maghribi ini agak tidak sistematik (terutamanya di Rabat), kami sedang dilanda lambakan peperiksaan. setiap ustaz yang masuk akan mengecop tarikh untuk dibuat exam. ada juga ustaz yang masih semangat mengajar, sampai mustamirrah pun tak dengar khabar lagi. hari ni, ustaz umumkan nak buat nihaie minggu depan. padahal minggu lepas baru mustamirrah. biasa la tu.. husnuzhon.. ustaz sibuk agaknya.. drpd tak datang kelas, lebih baik habiskan kelas awal. betul tak?
oleh itu, mulai hari ini saya kena bersedia dengan pengumuman tarikh exam. ustaz berlumba-lumba nak cop tarikh exam. saya? kena berlumba-lumba nak membaca untuk exam la.. =D
cerita di Mohamedia?
katanya exam bermula 25 mei hingga 3 jun. sedang sibuk buat bahas tahun akhir. dah sampai peringkat akhir pun. tinggal nak tashih, masukkan pembuka dan penutup. semoga dipermudahkan urusannya. =)
cerita di Malaysia?
mak orang paling sibuk sekarang. membuat urusan perkahwinan. kena fikir itu ini. untung gak sebab mak memang orang yang suka merancang. =D cerita tentang urusan perkahwinan? ehe.. nanti la kot.
kakna dan kaksu tengah cuti sekarang. sampai awal bulan julai. wah...best2. bagus gak cuti, boleh tolong mak, teman mak ke sana ke sini. =)
abah? macam biasa.. kerja. selalu gak nampak abah online, tapi saya tak dapat nak tegur sebab takut borak terlalu lama. hehe.. biasanya borak paling sekejap sejam. sekarang ni baru nak ubah, chat yang penting-penting je. =D
okies.. sambung study jom!
kata Mufakkirah: "bila dah nak dekat exam, kena ingatkan diri. bukan bila esok dah nak exam, baru teringat sendiri"
Bouhlal, Rabat..
Tale of Tales (2015)
9 years ago
No comments:
Post a Comment