Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2009

Peperiksaan Mengejut

28 celcius..
cuaca semakin panas sekarang.
matahari terik, angin bahang.
tak sanggup rasa nak keluar rumah tanpa tujuan.

saya baru balik daripada jamiah.
tadi ada peperiksaan mengejut. mengejutkah? boleh la... sebab minggu lepas, sebenarnya ustaz tak terfikir pun nak buat exam minggu ni. tapi tiba-tiba bila dah nak habis masa, ada seorang dak arab ni tanya.. "ustaz, minggu depan belajar macam biasa atau ada exam?" aish... boleh lak dia ingatkan ustaz pasal exam. padahal, banyak lg silibus yang ustaz nak kejar. so.. ustaz pun jawab.. "tengok la macam mana minggu depan. bersedia je" tibalah hari yang dimaksudkan. hari ini. tipu la kalau kata saya tak baca. memang saya baca, tapi biasa2 je sebab firasat saya mengatakan ustaz akan mengajar memandangkan silibusnya masih banyak belum diajar. tiba2 masa masuk kelas, ustaz arahkan kami duduk jauh2. wah... betullah ada exam! aish.. nasib baik saya baca. ehe.. so... kertas peperiksaan di depan mata. nak tutup mata? ahah.. rugi la. jangan buang masa. baca basmallah & doa. baca soalan perlahan-lahan. ulang bacaan sebanyak tiga kali. gariskan kehendak soalan. mula merangka jawapan. hasilnya? kita nantikan result yang akan keluar satu hari nanti. ehe... nak dijadikan cerita, ni kali ke 3 kami ada exam. biasanya 2 kali je (mustamirrah & nihaie). tapi ustaz ni terlalu rajin. ustaz nak kami faham betul-betul apa yang ustaz ajar. so... setiap bulan ada exam. ehe... harap2 kuantiti exam membantu kuantiti markah untuk subjek ni.

oh ye.. sengaja update blog sebab nak letak rekod terbaru untuk hari ini. hehe.. tiba-tiba dapat tadi, macam terkejut la. tu yang terus nak update blog.
p/s: saya memang minat menaip, sebab tu la excited tak habis lagi dengan website tu. hehe...

60 perkataan

kata Mufakkirah:"cara menjawab soalan bukanlah terletak pada urutan nombor soalan, tetapi bergantung pada kefahaman kita mengenai soalan. soalan yang yakin dijawab perlu didahulukan bagi memberi ruang pada soalan ragu untuk difikirkan dan diselami makna tersurat dan tersiratnya. apapun, faktor utama kepada jawapan yang bagus adalah persediaan mental & fizikal sebelum menjawab soalan."

1807
Bouhlal, Rabat..


Tuesday, May 26, 2009

imtihan syafawi..

15 celcius..
malam ni rasa macam dah habis exam. hehe.. salah2..
petang tadi ada exam. madah mu3jamiyat. subjek tu berkenaan kamus-kamus arab. banyak la bahagian-bahagiannya. best belajar. tapi seperti yang kami sedia maklum, ust oudghiri adalah ustaz yang amat tegas bila bagi markah. saya memang tak ada bakat dalam imtihan syafawi. so.. pe yang jadi tadi? hurm.. kita tunggu result kata apa..

nak tau berapa banyak nota yang kena baca?
13+62+45+20+204=334 helai..
darab dua? hehe... ada la lebih kurang 500 m/s (sbb ada helaian yang satu muka je)

boleh bayangkan banyak mana nak kena ingat?
mampu ke saya ingat semua?
terus terang, saya memang tak mampu. masa baca memang faham, tapi diri ini masih lemah dari segi hafalan. memang tak berkebolehan pun. ditambah pula tak suka exam lisan.. so, memang berterabur la tadi. walaupun ustaz tau saya minat madah tu (ye ke ust tau? hehe... perasan je tu), tapi bila nak jawab tadi tetap kaku. apapun, saya terima markah yang ustaz bagi dengan hati yang terbuka. harap2 subjek seterusnya TIADA exam lisan lagi...

kata Mufakkirah: "setiap orang dikurniakan kelebihan masing-masing. tak semua orang ada kelebihan yang sama. tak semua orang ada kelemahan yang sama. mana yang kurang ditampung dengan yang lebih untuk menjadikannya SATU. benarlah bahawa gabungan warna-warni mampu membentuk pelangi yang INDAH" =D

2314
Bouhlal, Rabat


Wednesday, May 20, 2009

Ujian Menaip Seminit

15 celcius..
baru lepas chatting dengan kaksu & kakna.
borak-borak pasal cerita di TV je dengan kaksu. kaksu cerita, dah pergi kedai makcik rynn. dah tengok baju untuk pakai masa majlis nanti. mak berkenan warna peach tu, makcik ryn pun berkenan, kaksu & kakna pun berkenan. skarang ni tunggu kakfie je untuk buat keputusan. ehe... rasanya kalau semua orang berkenan, kakfie ok je. lagipun, tema family kita coklat. so, kalau kakfie peach, kira tak lari sangat la kn? best2..
masa chatting dengan kakna, cerita pasal kad jemputan. mak, kaksu & kakna ke shah alam beberapa hari lepas, survey kad. katanya kalau kad bawah rm1, biasa-biasa je. kad lawa agak mahal. ada cadangan tengok kad dekat klang. kad bawah rm1, murah-murah. hujung minggu ni mak abah ke sana.

sekarang ni kaksu & kakna cuti. so, memang senang la mak nak ke sana ke sini. ada teman. ada orang untuk bagi pendapat. lagi2 untuk persediaan majlis nanti. orang-orang kat sekeliling mak pun ramai yang membantu. bagi cadangan tempat, idea, pendapat, macam2 la. kakfie rasa beruntung sangat ada family yang tak pernah jemu menolong. tak lokek untuk meluangkan masa untuk kakfie. kalau sekarang ni kakfie kat malaysia, kakfie teringin sangat nak ikuti setiap perkembangan persiapan majlis nanti. nak ikut mak pergi sana sini, nak dengar pendapat family & kawan2 mak, nak tengok pilihan yang ada. wah... best kn! =) tapi apa kan daya, kakfie hanya mampu bertanya khabar tentang persiapan dari jauh. apa pun, terima kasih sangat2 buat mak, abah, kakna, kaksu, family, kawan2 mak & semua yang terlibat. jasa kalian amat kakfie hargai.
~bila kakfie dah sampai malaysia nanti, sure semua dah separa siap @ hampir siap @ dah siap kn? terima kasih.. =) kakfie minta maaf sangat sebab dalam tak sedar, kakfie menyusahkan banyak pihak..

apa yang perlu untuk persiapan? ehe... post seterusnya nanti kot..

oh ye... semalam jumpa satu laman web ni. menarik! saya minat sangat-sangat. sebabnya? menguji kecekapan jari. =D nak cuba? sila2...


54 perkataan
kata Mufakkirah: "antara faktor kecekapan menaip adalah keyboard yang sedap, laptop yang tak berat, mood yang baik, tenaga yang segar, tangan yang cekap, mata yang peka dan yang paling penting, usaha yang GIGIH"

1219
Bouhlal, Rabat..


sengaja nak update sebab baru lepas dapat pecah rekod diri sendiri lagi. hehe...

1657
Bouhlal, Rabat

pecah rekod lagi! hehe... excited lak

22/5/2009
1241
Bouhlal, Rabat


Monday, May 18, 2009

Musim Peperiksaan

18 celcius..
hari ni cuaca menarik. tak sejuk sangat, tak panas sangat.

musim peperiksaan?
memandangkan sistem universiti di Maghribi ini agak tidak sistematik (terutamanya di Rabat), kami sedang dilanda lambakan peperiksaan. setiap ustaz yang masuk akan mengecop tarikh untuk dibuat exam. ada juga ustaz yang masih semangat mengajar, sampai mustamirrah pun tak dengar khabar lagi. hari ni, ustaz umumkan nak buat nihaie minggu depan. padahal minggu lepas baru mustamirrah. biasa la tu.. husnuzhon.. ustaz sibuk agaknya.. drpd tak datang kelas, lebih baik habiskan kelas awal. betul tak?

oleh itu, mulai hari ini saya kena bersedia dengan pengumuman tarikh exam. ustaz berlumba-lumba nak cop tarikh exam. saya? kena berlumba-lumba nak membaca untuk exam la.. =D

cerita di Mohamedia?
katanya exam bermula 25 mei hingga 3 jun. sedang sibuk buat bahas tahun akhir. dah sampai peringkat akhir pun. tinggal nak tashih, masukkan pembuka dan penutup. semoga dipermudahkan urusannya. =)

cerita di Malaysia?
mak orang paling sibuk sekarang. membuat urusan perkahwinan. kena fikir itu ini. untung gak sebab mak memang orang yang suka merancang. =D cerita tentang urusan perkahwinan? ehe.. nanti la kot.
kakna dan kaksu tengah cuti sekarang. sampai awal bulan julai. wah...best2. bagus gak cuti, boleh tolong mak, teman mak ke sana ke sini. =)
abah? macam biasa.. kerja. selalu gak nampak abah online, tapi saya tak dapat nak tegur sebab takut borak terlalu lama. hehe.. biasanya borak paling sekejap sejam. sekarang ni baru nak ubah, chat yang penting-penting je. =D

okies.. sambung study jom!

kata Mufakkirah: "bila dah nak dekat exam, kena ingatkan diri. bukan bila esok dah nak exam, baru teringat sendiri"

Bouhlal, Rabat..

Sunday, May 17, 2009

Selayang Pandang

16 celcius..
Tika mata rapat terpejam,
tika mimpi menguasai tidur,
tika cahaya mentol menemani perjuangan seorang penuntut ilmu,
tapak ini mula dibina,
asas bersama dicari,
disepakati misi dan visi,
harapan agar teguh terbina sebuah kisah,
lembaran baru mula dibuka..

Pengalaman itu indah jika dikongsi bersama,
pengalaman itu unik jika dihayati bersama,
pengalaman itu panduan bersama...

Semoga penulisan blog ini bermanfaat buat pengunjung.

0007
18 mei 2009
Bouhlal, Rabat