Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

Urusan Sijil Ijazah asli

post kali ni berkaitan pengalaman saya mendapatkan sijil ijazah asli saya.

16/6/2010 - rabu
saya ke jamiah sebab result dah keluar. alhamdulillah, saya lulus. ustaz oudghiri bagi saya 10. hehe.. best2. actually, ustaz ni susah nak bagi markah kat student. nak lulus lagi la susah kan... saya kira, dalam 40 orang je yang dapat 10 ke atas. jumlah pelajar lebih kurang 200 orang. hah.. dasat kan? dulu saya dapat 5.5 je, tak lulus dan kena ulang sem. so.. saya pun menghafal la segala macam nama buku. nama pun madah mu3jam. maybe ustaz tekejut kot saya hafal nama2 buku beserta penulis. hahaha... mustamirrah n nihaie saya banyak jawab pasal tu je. alhamdulillah, dah lulus...
lepas tengok result, saya ke syubak dirasat arabiyah (kaunter yang uruskan dak2 lughah). saya minta kashfu nuqad. dia tanya saya sem berapa, saya jawab sem 6. pastu dia tanya la nak syahadah najah sekali x? ehe.. lupa lak boleh minta, ingatkan tak boleh minta lagi coz belum keluar mudawalah akhir (result akhir). means masih dalam fatrah istidrok (repeat paper). dah makcik tu tanya, saya kata la nak semua. pastu saya tanya bila siap? dia kata, isnin.

21/6/2010 - isnin
actually, saya tak percaya cakap makcik tu. tapi saya g gak jamiah. rupa2nya memang dah siap kashfu nuqad sem 1 sampai sem 6 dan syahadah najah. hehe.. best2.

syahadah najah & kashfu nuqad sem 1 hingga sem 6

saya terus ke imarah C, kaunter 2 (yang uruskan sijil Ijazah asli), dapatkan borang untuk minta sijil ijazah asli. nama orang yg uruskan tu, Naima. dia kata, lepas 6 bulan baru boleh dapat sijil ijazah asli tu.

langkah2nya agak mudah..
-isi borang
-1 salinan bitokoh wataniah
-1 salinan syahadah najah
-surat untuk minta sijil ijazah asli (tulis sendiri, nak print pun boleh kot)

saya dah fotostat semua awal2, cuma perlu buat surat tu je. mujur terserempak dengan kawan arab, dia tolong saya. terima kasih. =D dah siap semua, saya ke imarah C semula. hajatnya nak naik atas, jumpa Bushra. dia yang uruskan ijazah dak2 yg balik aritu. saya pun terus ke atas. ramai nak jumpa dia, so dia tak berapa nak layan saya. saya nak hantar semua dokumen tu, beserta surat daripada kedutaan yang mengatakan saya perlukan sijil ijazah tu cepat sebab nak ambil master kat Malaysia. Bushra kata, g hantar semua ke kaunter 2 tu, kat Naima. sabar je la saya. saya komplen la yang Naima kata lepas 6 bulan baru siap, sedangkan saya nak cepat. pastu saya tunjuk surat daripada kedutaan tu. Bushra kata, apa2 pun hantar kat Naima. saya tak perasan sebenarnya, Naima ada dalam bilik Bushra tu. haha.. kantoi lak mengadu pasal dia. pastu dia suruh saya tunggu dia kat kaunter 2 tu.

surat daripada kedutaan

lepas serahkan dokumen tu kat Naima, saya tanya bila boleh siap? dia kata, lepas 2 minggu awak datang balik.
1/7/2010 - khamis
sengaja ke jamiah walaupun belum 2 minggu sebab ada teman nak ke jamiah. dak2 ni nak tasjil untuk sem 3. so, boleh la sama2 jalan kaki, jimat duit teksi,. hehe...
saya ke Kaunter 2 di Imarah C, jumpa Naima. dia suruh saya naik atas. saya naik atas jumpa Bushra, dia kata kena tunggu Sakhrawi. saya agak pelik sebenarnya coz Sakhrawi ni bahagian print n betulkan markah. tunggu punya tunggu, Sakhrawi pun datang. Naima masuk bilik Sakhrawi. rupa2nya, sijil saya baru nak diprint! wawawa... tensen x? ahah... geram saya! saya pun buat tak tau je, tunggu kat luar bilik tu. lama, lebih sejam gak la berdiri. nasib baik ada mekda temankan.
tiba2 naib amid datang, dia tanya urusan apa saya berdiri kat situ? saya kata tengah tunggu Sakhrawi. naib amid pun gtau.. "awak takkan dapat sijil awak hari ni sebab dia baru nak print. lepas ni sijil tu akan dihantar ke kuliah markaz untuk dicop oleh Amid (dekan). lepas tu akan dihantar ke main jamiah (ruasak jamiah) untuk dicop oleh Presiden Jamiah. pastu baru la pulang balik ke kuliah markaz dan terus ke jamiah di Irfane, imarah C."
haha... tensen tak dengar? actually, jamiah kat Irfane ni cawangan je. tu yang sijil tu kena hantar sana sini dan ambil masa untuk siap. saya tanya, berapa lama boleh siap? naib amid kata, dia tak tau nak kata berapa lama, tapi dia hanya boleh cepatkan urusan tu. saya gtau yang saya nak balik tengah bulan 7. (tipu sket) naib amid kata, insyaAllah siap, yang penting saya kena selalu ambil tau pasal sijil tu.

5/7/2010 - isnin
saya ke jamiah tanya pasal sijil tu. Naima kata dah hantar kat kuliah markaz jumaat lepas. saya naik jumpa Bushra, dia kata datang lagi 2 hari, kalau tak siap lagi baru dia call.

7/7/2010 - rabu
saya ke jamiah, jumpa Bushra sebab sijil tu tak siap lagi. Bushra call kuliah markaz, cakap dengan Saida. dia tanya pasal sijil, Saida kata sijil banyak sangat. daripada 2008 dulu pun ada lagi tak sign. Bushra suruh dahulukan sijil student asing (ajanib) 2010. Saida kata, lagi 2 hari siap. Bushra suruh saya datang lagi 2 hari.

9/7/2010 - jumaat
saya ke jamiah. sijil tak siap lagi. saya jumpa Bushra. mula2 dia malas nak layan. tiba2 naib amid keluar bilik. dia suruh Bushra layan saya. haha.. padan muka. Bushra call kuliah markaz. katanya, sijil saya dah dicop oleh Amid dan dah dihantar ke Ruasak jamiah untuk dicop oleh Presiden Jamiah. naib amid suruh saya ke sana sendiri kalau nak cepat. tapi saya mana la reti kan.. ehe.. pastu naib amid suruh Bushra call ustaz Chlyah. Bushra tanya pasal sijil tu, ustaz Chlyah kata dah ada kat dia. dia tanya nama dan negara saya. saya gtau dan dia kata, insyaAllah minggu depan siap.

13/7/2010 - selasa
saya ke jamiah. terus naik atas, tanya Bushra. dia kata, rujuk kat Naima. saya ingatkan dah siap. rupa2nya tak siap gak lagi. Naima dah bising. dia kata, kalau saya nak cepat sangat, pergi la jumpa Presiden tu sendiri. ceh! ingat saya tak berani?

saya terus ke ruasak jamiah (bersebelahan Hayy Jamie Agdal, dekat2 dengan Pizzahut Agdal). masa tu saya tengah bengang sangat2. lama saya tunggu, ke sana ke sini semata2 nak dapatkan ijazah tu. dah la duit dah banyak habis untuk teksi. tapi macam biasa la kn.. tetap kena senyum n buat muka kesian sebab nak sijil cepat. hahaha..

masuk2 je dalam tu, saya kata nak jumpa orang yang uruskan sijil. dia minta bitokoh wataniah dan dia bagi pass masuk. katanya, ke tingkat 2 jumpa ustaz Omar Chlyah. saya cari bilik ustaz syilih. bilik nombor 22. dapat la jumpa ustaz tu. saya baru je nak terangkan kat dia, tiba2 dia tanya saya. "awak dari Malaysia?" saya kata, ye. dia terus tunjuk sijil saya. amid dah sign, tinggal presiden je yang belum. katanya daripada semalam lagi dia tunggu presiden, tapi tak masuk2. dia minta saya datang balik pukul 2.30 petang. masa tu baru pukul 12 tengahari. saya balik rumah.

2.45 petang, saya sampai. ustaz Chlyah tak abes rehat lagi. lebih kurang 3.15 petang baru dia muncul. dia ke bilik presiden, tapi tetap tak ada. hurm... sedih saya. ustaz Chlyah tanya, "awak nak balik khamis kn?" saya kata, haah. dia suruh datang esok pagi. katanya, dia dah tinggalkan memo atas meja presiden.

14/7/2010 - rabu
saya ke ruasak jamiah. jumpa ustaz Chlyah. dia terus bawa saya ke bilik sebelah bilik Presiden jamiah. kira cam bilik P.A la kot. apa2 urusan, melalui dia. saya kena isi borang. pastu ustaz masuk bilik Presiden. saya tunggu kat luar je. lepas keluar, ustaz suruh saya buat surat yang mengatakan saya nak sijil tu cepat coz nak sambung Master kat Malaysia dan akan balik Malaysia esok. bila dah siap tulis dan serah surat tu, ustaz masuk bilik Presiden tu balik, sekali dengan sijil dan surat saya. pastu dia keluar. dia minta saya tunggu Presiden siap tandatangan dan cop. ada la dalam setengah jam gak kot. pastu P.A dia masuk bilik Presiden dan ambil sijil tu dan serahkan kat ustaz. saya ikut ustaz Chlyah masuk bilik dia.

ustaz suruh tunggu dan isi borang. kena bagi fotostat passport n bitokoh wataniah. nasib baik saya dah fotostat awal2. lepas isi borang, ustaz gtau yang sepatutnya sijil tu kena hantar balik ke kuliah markaz, daripada kuliah markaz hantar ke jamiah. saya tanya, "tak boleh ambil terus kat sini ke?" pastu ustaz buka buku, suruh saya isi dan tandatangan. kira cam bukti yang saya dah ambil sijil tu kat situ la. tak ramai pun yang ambil. saya orang ke 3 isi ruang tu. orang first, tahun 2008 dulu. ehe...
akhirnya, saya dapat sijil ijazah asli tu..
alhamdulillah... =D

urusan cop sijil? hehe... nantikan post akan datang ye.

2 comments:

  1. ahh...
    tensen betul nak mintak SEKEPING KERTAS je!
    ceh..haha!

    ReplyDelete
  2. haha... sekeping tu la yg berharganya...
    usaha! :D

    ReplyDelete