Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

Urusan Claim Bahas

insyaAllah kat post ni saya akan terangkan cara-cara nak claim bahas.
oh ye... kalau tanya ramai orang, ramai la cara yang diberitahu, lagi2 kalau tahun yang berbeza. biasa la kan.. kadang2 ada perubahan untuk setiap tahun. so, post ni saya cerita macam mana saya buat urusan claim bahas haritu.

22/6/2010 - selasa
saya ke wakalah di Zunqah Ghana (berdekatan Acima, L'ocean). naik ke tingkat dua, jumpa En. Najib. minta borang nak claim bahas kat dia. dia pun bagi. saya lupa nak fotostat satu borang lebih untuk ambil gambar, so xde la gambar borang tu. rugi lak. kat borang tu, ada ruang untuk diisi oleh student dan ada ruang untuk orang yang mengesahkan (rais syukbah @ naib amid @ sesiapa yang layak).

langkah2nya senang je pun.
-lengkapkan borang, minta cop pengesahan.
-1 salinan bahas (penuh, depan sampai belakang)
-2 salinan result. (sediakan je salinan kashfu nuqad dan syahadah najah)

24/6/2010 - khamis
lepas fotostat bahas kat qamrah, saya ke jamiah untuk dapatkan tandatangan naib amid. tengah bersiap2 nak naik ke imarah C tu, tiba2 ustaz zarif (rais syukbah dirasat arabiyah) keluar. hehe.. lagi mudah kerja saya. terus dapatkan cop dan tandatangan.
selesai semua, saya terus ke Zunqah Ghana. sepatutnya urusan tu senang je, hantar borang dan dokumen tu pada En. Najib. tapi masa tu En. Najib xde. so, saya jumpa la Puan Nadia sebab dia pun uruskan student Malaysia gak. tapi biasa la arab kan... kelam kabut jadinya. saya nak hantar borang tu, dia kata, bukan hantar kat dia, tapi kat wakalah di Zunqah Tamesloht (berdekatan Masjid Sunnah).
bila saya ke sana, orang sana kata kena hantar ke Zunqah Ghana. hah.. geram je saya. penat satu hal, abes duit teksi satu hal. tapi nak buat camne kn.. ikutkan je la. saya ke Zunqah Ghana sekali lagi, jumpa Puan Nadia. pastu saya komplen la sebab saya penat ulang alik. last2 dia ambil. ceh.. sabar je la. ambil awal2kan senang!
saya tanya, bila boleh dapat claim duit tu & kena ambil di mana? dia kata, dalam 2 @ 3 hari lagi boleh g ambil duit tu kat Zunqah Tamesloht. saya tanya la kena bawa apa2 x sebagai bukti? ye la kn.. kot2 la ada resit ke, ape ke kn... takkan g lenggang camtu je, xde bukti apa2 pun untuk claim duit tu. dia kata, awak pergi je sana, awak la bukti untuk diri awak. ahah.. yela2.. ikutkan je la.

29/6/2010 - selasa
saya ke Zunqah Tamesloht. ke pintu belah kiri, jumpa En Khalid. dia yang uruskan minhah. saya cakap nak claim bahas. dia terus bagi borang untuk isi. mudah je, maklumat2 basic (nama, no bitokoh, jamiah, dll). pastu dia minta saya tunggu. lama gak la. bila dia dah siap uruskan, dia suruh saya ke kaunter yang saya biasa ambil minhah.
saya ke kaunter 1. tunjuk borang tu kat dia. pastu dia minta bitokoh wataniah. oh ye... masa tu, dia pegang list nama (macam list yang kena sign time ambil minhah). so... dia suruh saya sign kat situ. last2, dapat la 500DH.

hehe.. punya la bersusah payah, naik teksi ke sana ke sini, dapat 500DH je. sikit? erm.. amat berguna sebenarnya coz saya perlu uruskan sijil ijazah asli saya. sedar tak sedar, dah habis pun duit 500DH tu sepanjang saya naik teksi uruskan ijazah tu. dasat kan?
~teksi morocco.. mahal tak pasal2. nak naik bas, x lalu sifarah n jamiah pulak. nak jalan kaki, memang tak la coz jauh. nak jalan kaki sorang2 ke jamiah? hehe... abang tak bagi, lagi pun takut pening coz tengah panas kan.. kang tak pasal je nak muntah kang.

okies.. bersambung ke post seterusnya pulak.

No comments:

Post a Comment