Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

Jual barang rumah


21 celcius..
pagi yang sejuk. hehehe....

alhamdulillah... selesai urusan untuk minggu ni. kalau minggu lepas dan minggu2 sebelumnya saya sibuk dengan urusan sijil, minggu ni saya sibuk dengan urusan barang rumah. saya? ehe... sepatutnya "kami". abang sibuk cari pembeli. saya sibuk kemas dan bersihkan barang. baby sibuk tolong saya. alhamdulillah, sepanjang saya sibuk buat itu ini, baby tak meragam. bagus sayang mama ni.. faham keadaan mama. ;)

actually risau gak sebenarnya kalau tak ada pembeli coz kami amat memerlukan duit masuk. rugi la kalau barang ada, pembeli tak ada kan... bukan barang lama, majoriti barang baru n masih elok macam baru. guna pun x sampai 5 bulan. ada gak la barang lama tapi berkualiti. so, rugi kalau tak jual. bukannya nak jual mahal pun, separuh harga je. =D

jom tengok barang..
(actually nak publish kat blog ni untuk promote barang2 ni. tapi cam lambat lak. plak tu, susah nak upload gambar. so... dah jual baru nak cerita) hehehe..





p/s: gambar berterabur lak sebab susah nak upload.. (akan dikemaskini semula)

okies.. sebelum terlupa, ni info untuk minggu ni...

Fetal development - 23 weeks pregnant


Your baby now weighs a little more than 500g and measures about 29cm from crown to heel. His hearing is established and he can make out a distorted version of your voice, the beating of your heart and your stomach rumblings. Loud noises your baby has often heard in the uterus (womb), such as the barking of a dog or the roar of a vacuum cleaner, probably won't bother him when he is born.

Some people swear by the theory that unborn babies prefer classical music. So you could put on a relaxing CD of Bach or Mozart for his enjoyment – and yours!

In addition to advances in your baby's hearing, his lungs are developing to prepare for breathing. And as he gets bigger you may be able to see him squirm underneath your clothes!

As for you, you may feel clumsy now that your centre of gravity has shifted. Your gums may bleed when you brush your teeth . It'll revert to its pre-baby state soon after you give birth.

The middle months are a good time to think about a holiday. Find out about all you need to know, from suntans to vaccinations, in our travel section.
--------------------------------------------------------------------------------------------

masa yang sesuai untuk bercuti? best2...

actually, start hari ni Bouhlal makin kosong. dah lama pun kosong dengan kaum lelaki, cuma hari ni kaum perempuan ni baru nak bertolak. dak2 akhowat ni pindah masuk rumah ni. kira lepas ni tak duduk dah rumah lama tu. urusan pindah barang ke rumah ni dah 80% kot. lepas ni abang kena keluar rumah, sakinah duduk sini pulak. hurm.. susah dah la nak jumpa abang untuk 3 minggu terakhir ni kan? ehe... apepun, saya tetap duduk sorang kat rumah coz sakinah pun kerja.

okies... berbalik ke topik bercuti. rasa cam nak g jalan2. last kot kali ni. lepas ni da start puasa, pastu terus balik malaysia. destinasi? rahsia. hahaha... yg pasti, bukan marakech, fes, casa, tanger dan tempat2 yang kami dah pernah jejak. padang pasir? haha... memang tak la. musim panas ni... nanti baby marah. =D

apapun, doakan perjalanan kami esok semuanya berjalan lancar ye. =D

Wednesday, July 21, 2010

Urusan Sijil Ijazah asli (sambungan)

okies...
ni sambungan daripada post sebelum ni.
bila dah dapat sijil, kena g cop empat tempat.

1) wizarah ta3lim 3ali, Hassan.
2) wilayah Rabat.
3) mulhaqah kharijiyah.
4) kedutaan Malaysia di Morocco. (bayar 28dh)

muka depan sijil ijazah asli

muka belakang sijil ijazah asli beserta resit daripada kedutaan (28dh)

15/7/2010 - khamis
tempat pertama - وزارة التربية الوطنية والتعليم العالي وتكوين الأطر والبحث العلمي - قطاع التعليم العالي
saya ikut abang ke pejabat pagi tu coz wizarah ta3lim 3ali tu dekat dengan pejabat Hidayah. kira sekali jalan je la, senang. dalam pukul 9 pagi, saya ke wizarah ta3lim 3ali. nak masuk tu, kena tinggalkan bitokoh wataniah, pastu dia bagi pass masuk. saya kata nak cop sijil, dia bagitau tempatnya (ke kanan, bilik kanan yang ke-3) dan suruh jumpa Bushra.
saya ke sana, dia tak datang lagi. tunggu kat luar bilik. nasib baik ada kerusi, boleh la nak duduk. hehe... lama saya tunggu, dia tak datang2 lagi. tiba2 dalam pukul 9.35 pagi ada sorang ni lalu, dia tanya "awak ada urusan apa?" saya kata nak cop sijil. dia minta sijil tu katanya, tunggu dia datang balik. saya pun tunggu. lama gak la. haha.. tertidur2 saya kat kerusi tu. penat. 10.50 pagi, orang tu datang balik beserta sijil saya yang dah dicop. lama kn? ehe... sabar2.

dah siap, saya terus dapatkan teksi menuju tempat kedua. wilayah rabat.
مصلحة الإشهاد على توقعات السلطات الإدارية
mula2 saya nak masuk kat pintu utama dia. ada polis tahan. saya kata nak buat urusan cop sijil. dia suruh saya ke kiri bangunan. ada tempat parking. saya kena menghala ke kiri tempat parking, kat situ ada bilik untuk urusan cop sijil. saya pun ke sana. tak susah dan tak lama nak tunggu. dalam 5 minit dah siap.

seterusnya, saya ambil teksi menuju tempat ketiga. mulhaqah kharijiyah.
alamatnya, nombor 8. bersebelahan dengan "Centre de langues & de communication globale", berdepan dengan الجماعة الحضرية الرباط، حسان.
saya tak tau pun tempatnya kat mana. bila dah sampai, teksi tu berhenti. saya pelik je. saya tanya kat mana? dia tunjuk deret bangunan lama. heh? pelik je saya. buruk semacam je! ahah.. xpe la.. saya turun teksi. saya tanya orang yang ada kat situ, dia tunjukkan saya tempatnya. memang buruk la nak masuk tu. haha.. kalau saya tak tanya tadi, memang saya takkan pecaya la tu tempatnya.
masuk2 je, saya kata kat pengawal tu nak cop sijil. dia suruh naik tingkat atas. saya pun ke sana. baru la nampak macam pejabat sikit. haha.. buruk2. orang tak ramai, tak payah beratur sangat. pekerja peramah. best2. senang urusan saya kat situ.

alhamdulillah... dah selesai 3 tempat. baki 1, kedutaan. dah pukul 11.30 pagi. saya tak terus ke kedutaan coz datuk duta tak ada. pastu dah tengahari kan.. better saya balik sebelum saya pening kena matahari lama2. hehe..

19/7/2010 - isnin
saya ke kedutaan pukul 2.30 petang. jumpa datuk duta, urusan pengadil Master. pastu saya nak cop sijil tu. sijil boleh cop, tapi en. Azmi tak ada, keluar. kena tunggu en. Azmi masuk balik @ datang esok2. uhuh.. xpe la.. baik saya tunggu daripada bazir duit teksi 50dh. nak dekat pukul 4.15 petang, en. Azmi sampai. alhamdulillah.. tak sia2 saya tunggu.
akhirnya siap urusan ijazah asli saya.. =D

actually, tak susah mana nak uruskan semuanya. cuma perlukan kesabaran yang tinggi dan kehendak yang kuat. oh ye, kena rajin dan korban duit teksi gak sebenarnya. pastu kena pandai buat muka kesian kat orang2 jamiah! haha.. saya yang mengandung 5 bulan ni pun boleh ke sana ke sini untuk urusan sijil tu, takkan orang lain tak boleh nak buat, betul tak?
yang penting, azam yang kuat. actually, kalau reti bercakap ngan arab maybe boleh dapat lagi cepat kot. tapi saya tak minat sangat nak berbalah2 ni. so.. saya banyak menunggu. pernah gak la balik daripada kedutaan satu hari tu, sampai2 je rumah terus saya muntah coz kena tunggu teksi untuk nak balik rumah lama2 time panas terik. ehe... pengalaman kan?

awal2 dulu, saya sedih sangat sebab dak2 batch saya dah habis sem lepas, boleh uruskan ijazah ramai2. saya kena uruskan sorang2. dah la tak reti apa2, tak ada siapa nak tolong dan teman. tapi bila tiba masanya, saya kena gak hadapi semua. nak tawkil? ahah.. saya bukan camtu coz tak nak susahkan orang & takut tak siap2. so, baik buat sendiri kan? redah je la semuanya macam2 mana pun. alhamdulillah, rezeki baby agaknya. segala urusan dipermudahkan. =D

buat student Morocco yang dah habis belajar, rajin2 la uruskan sijil ijazah asli tu. better urus sendiri daripada tawkil kat orang. kalau jamiah lain, saya tak tau la macam mana kan... tapi kalau jamiah rabat, memang boleh sangat nak dapat sijil cepat. buktinya? saya dah buat, takkan orang lain tak boleh kan? so... usaha k! =D

Urusan Sijil Ijazah asli

post kali ni berkaitan pengalaman saya mendapatkan sijil ijazah asli saya.

16/6/2010 - rabu
saya ke jamiah sebab result dah keluar. alhamdulillah, saya lulus. ustaz oudghiri bagi saya 10. hehe.. best2. actually, ustaz ni susah nak bagi markah kat student. nak lulus lagi la susah kan... saya kira, dalam 40 orang je yang dapat 10 ke atas. jumlah pelajar lebih kurang 200 orang. hah.. dasat kan? dulu saya dapat 5.5 je, tak lulus dan kena ulang sem. so.. saya pun menghafal la segala macam nama buku. nama pun madah mu3jam. maybe ustaz tekejut kot saya hafal nama2 buku beserta penulis. hahaha... mustamirrah n nihaie saya banyak jawab pasal tu je. alhamdulillah, dah lulus...
lepas tengok result, saya ke syubak dirasat arabiyah (kaunter yang uruskan dak2 lughah). saya minta kashfu nuqad. dia tanya saya sem berapa, saya jawab sem 6. pastu dia tanya la nak syahadah najah sekali x? ehe.. lupa lak boleh minta, ingatkan tak boleh minta lagi coz belum keluar mudawalah akhir (result akhir). means masih dalam fatrah istidrok (repeat paper). dah makcik tu tanya, saya kata la nak semua. pastu saya tanya bila siap? dia kata, isnin.

21/6/2010 - isnin
actually, saya tak percaya cakap makcik tu. tapi saya g gak jamiah. rupa2nya memang dah siap kashfu nuqad sem 1 sampai sem 6 dan syahadah najah. hehe.. best2.

syahadah najah & kashfu nuqad sem 1 hingga sem 6

saya terus ke imarah C, kaunter 2 (yang uruskan sijil Ijazah asli), dapatkan borang untuk minta sijil ijazah asli. nama orang yg uruskan tu, Naima. dia kata, lepas 6 bulan baru boleh dapat sijil ijazah asli tu.

langkah2nya agak mudah..
-isi borang
-1 salinan bitokoh wataniah
-1 salinan syahadah najah
-surat untuk minta sijil ijazah asli (tulis sendiri, nak print pun boleh kot)

saya dah fotostat semua awal2, cuma perlu buat surat tu je. mujur terserempak dengan kawan arab, dia tolong saya. terima kasih. =D dah siap semua, saya ke imarah C semula. hajatnya nak naik atas, jumpa Bushra. dia yang uruskan ijazah dak2 yg balik aritu. saya pun terus ke atas. ramai nak jumpa dia, so dia tak berapa nak layan saya. saya nak hantar semua dokumen tu, beserta surat daripada kedutaan yang mengatakan saya perlukan sijil ijazah tu cepat sebab nak ambil master kat Malaysia. Bushra kata, g hantar semua ke kaunter 2 tu, kat Naima. sabar je la saya. saya komplen la yang Naima kata lepas 6 bulan baru siap, sedangkan saya nak cepat. pastu saya tunjuk surat daripada kedutaan tu. Bushra kata, apa2 pun hantar kat Naima. saya tak perasan sebenarnya, Naima ada dalam bilik Bushra tu. haha.. kantoi lak mengadu pasal dia. pastu dia suruh saya tunggu dia kat kaunter 2 tu.

surat daripada kedutaan

lepas serahkan dokumen tu kat Naima, saya tanya bila boleh siap? dia kata, lepas 2 minggu awak datang balik.
1/7/2010 - khamis
sengaja ke jamiah walaupun belum 2 minggu sebab ada teman nak ke jamiah. dak2 ni nak tasjil untuk sem 3. so, boleh la sama2 jalan kaki, jimat duit teksi,. hehe...
saya ke Kaunter 2 di Imarah C, jumpa Naima. dia suruh saya naik atas. saya naik atas jumpa Bushra, dia kata kena tunggu Sakhrawi. saya agak pelik sebenarnya coz Sakhrawi ni bahagian print n betulkan markah. tunggu punya tunggu, Sakhrawi pun datang. Naima masuk bilik Sakhrawi. rupa2nya, sijil saya baru nak diprint! wawawa... tensen x? ahah... geram saya! saya pun buat tak tau je, tunggu kat luar bilik tu. lama, lebih sejam gak la berdiri. nasib baik ada mekda temankan.
tiba2 naib amid datang, dia tanya urusan apa saya berdiri kat situ? saya kata tengah tunggu Sakhrawi. naib amid pun gtau.. "awak takkan dapat sijil awak hari ni sebab dia baru nak print. lepas ni sijil tu akan dihantar ke kuliah markaz untuk dicop oleh Amid (dekan). lepas tu akan dihantar ke main jamiah (ruasak jamiah) untuk dicop oleh Presiden Jamiah. pastu baru la pulang balik ke kuliah markaz dan terus ke jamiah di Irfane, imarah C."
haha... tensen tak dengar? actually, jamiah kat Irfane ni cawangan je. tu yang sijil tu kena hantar sana sini dan ambil masa untuk siap. saya tanya, berapa lama boleh siap? naib amid kata, dia tak tau nak kata berapa lama, tapi dia hanya boleh cepatkan urusan tu. saya gtau yang saya nak balik tengah bulan 7. (tipu sket) naib amid kata, insyaAllah siap, yang penting saya kena selalu ambil tau pasal sijil tu.

5/7/2010 - isnin
saya ke jamiah tanya pasal sijil tu. Naima kata dah hantar kat kuliah markaz jumaat lepas. saya naik jumpa Bushra, dia kata datang lagi 2 hari, kalau tak siap lagi baru dia call.

7/7/2010 - rabu
saya ke jamiah, jumpa Bushra sebab sijil tu tak siap lagi. Bushra call kuliah markaz, cakap dengan Saida. dia tanya pasal sijil, Saida kata sijil banyak sangat. daripada 2008 dulu pun ada lagi tak sign. Bushra suruh dahulukan sijil student asing (ajanib) 2010. Saida kata, lagi 2 hari siap. Bushra suruh saya datang lagi 2 hari.

9/7/2010 - jumaat
saya ke jamiah. sijil tak siap lagi. saya jumpa Bushra. mula2 dia malas nak layan. tiba2 naib amid keluar bilik. dia suruh Bushra layan saya. haha.. padan muka. Bushra call kuliah markaz. katanya, sijil saya dah dicop oleh Amid dan dah dihantar ke Ruasak jamiah untuk dicop oleh Presiden Jamiah. naib amid suruh saya ke sana sendiri kalau nak cepat. tapi saya mana la reti kan.. ehe.. pastu naib amid suruh Bushra call ustaz Chlyah. Bushra tanya pasal sijil tu, ustaz Chlyah kata dah ada kat dia. dia tanya nama dan negara saya. saya gtau dan dia kata, insyaAllah minggu depan siap.

13/7/2010 - selasa
saya ke jamiah. terus naik atas, tanya Bushra. dia kata, rujuk kat Naima. saya ingatkan dah siap. rupa2nya tak siap gak lagi. Naima dah bising. dia kata, kalau saya nak cepat sangat, pergi la jumpa Presiden tu sendiri. ceh! ingat saya tak berani?

saya terus ke ruasak jamiah (bersebelahan Hayy Jamie Agdal, dekat2 dengan Pizzahut Agdal). masa tu saya tengah bengang sangat2. lama saya tunggu, ke sana ke sini semata2 nak dapatkan ijazah tu. dah la duit dah banyak habis untuk teksi. tapi macam biasa la kn.. tetap kena senyum n buat muka kesian sebab nak sijil cepat. hahaha..

masuk2 je dalam tu, saya kata nak jumpa orang yang uruskan sijil. dia minta bitokoh wataniah dan dia bagi pass masuk. katanya, ke tingkat 2 jumpa ustaz Omar Chlyah. saya cari bilik ustaz syilih. bilik nombor 22. dapat la jumpa ustaz tu. saya baru je nak terangkan kat dia, tiba2 dia tanya saya. "awak dari Malaysia?" saya kata, ye. dia terus tunjuk sijil saya. amid dah sign, tinggal presiden je yang belum. katanya daripada semalam lagi dia tunggu presiden, tapi tak masuk2. dia minta saya datang balik pukul 2.30 petang. masa tu baru pukul 12 tengahari. saya balik rumah.

2.45 petang, saya sampai. ustaz Chlyah tak abes rehat lagi. lebih kurang 3.15 petang baru dia muncul. dia ke bilik presiden, tapi tetap tak ada. hurm... sedih saya. ustaz Chlyah tanya, "awak nak balik khamis kn?" saya kata, haah. dia suruh datang esok pagi. katanya, dia dah tinggalkan memo atas meja presiden.

14/7/2010 - rabu
saya ke ruasak jamiah. jumpa ustaz Chlyah. dia terus bawa saya ke bilik sebelah bilik Presiden jamiah. kira cam bilik P.A la kot. apa2 urusan, melalui dia. saya kena isi borang. pastu ustaz masuk bilik Presiden. saya tunggu kat luar je. lepas keluar, ustaz suruh saya buat surat yang mengatakan saya nak sijil tu cepat coz nak sambung Master kat Malaysia dan akan balik Malaysia esok. bila dah siap tulis dan serah surat tu, ustaz masuk bilik Presiden tu balik, sekali dengan sijil dan surat saya. pastu dia keluar. dia minta saya tunggu Presiden siap tandatangan dan cop. ada la dalam setengah jam gak kot. pastu P.A dia masuk bilik Presiden dan ambil sijil tu dan serahkan kat ustaz. saya ikut ustaz Chlyah masuk bilik dia.

ustaz suruh tunggu dan isi borang. kena bagi fotostat passport n bitokoh wataniah. nasib baik saya dah fotostat awal2. lepas isi borang, ustaz gtau yang sepatutnya sijil tu kena hantar balik ke kuliah markaz, daripada kuliah markaz hantar ke jamiah. saya tanya, "tak boleh ambil terus kat sini ke?" pastu ustaz buka buku, suruh saya isi dan tandatangan. kira cam bukti yang saya dah ambil sijil tu kat situ la. tak ramai pun yang ambil. saya orang ke 3 isi ruang tu. orang first, tahun 2008 dulu. ehe...
akhirnya, saya dapat sijil ijazah asli tu..
alhamdulillah... =D

urusan cop sijil? hehe... nantikan post akan datang ye.

Urusan Claim Bahas

insyaAllah kat post ni saya akan terangkan cara-cara nak claim bahas.
oh ye... kalau tanya ramai orang, ramai la cara yang diberitahu, lagi2 kalau tahun yang berbeza. biasa la kan.. kadang2 ada perubahan untuk setiap tahun. so, post ni saya cerita macam mana saya buat urusan claim bahas haritu.

22/6/2010 - selasa
saya ke wakalah di Zunqah Ghana (berdekatan Acima, L'ocean). naik ke tingkat dua, jumpa En. Najib. minta borang nak claim bahas kat dia. dia pun bagi. saya lupa nak fotostat satu borang lebih untuk ambil gambar, so xde la gambar borang tu. rugi lak. kat borang tu, ada ruang untuk diisi oleh student dan ada ruang untuk orang yang mengesahkan (rais syukbah @ naib amid @ sesiapa yang layak).

langkah2nya senang je pun.
-lengkapkan borang, minta cop pengesahan.
-1 salinan bahas (penuh, depan sampai belakang)
-2 salinan result. (sediakan je salinan kashfu nuqad dan syahadah najah)

24/6/2010 - khamis
lepas fotostat bahas kat qamrah, saya ke jamiah untuk dapatkan tandatangan naib amid. tengah bersiap2 nak naik ke imarah C tu, tiba2 ustaz zarif (rais syukbah dirasat arabiyah) keluar. hehe.. lagi mudah kerja saya. terus dapatkan cop dan tandatangan.
selesai semua, saya terus ke Zunqah Ghana. sepatutnya urusan tu senang je, hantar borang dan dokumen tu pada En. Najib. tapi masa tu En. Najib xde. so, saya jumpa la Puan Nadia sebab dia pun uruskan student Malaysia gak. tapi biasa la arab kan... kelam kabut jadinya. saya nak hantar borang tu, dia kata, bukan hantar kat dia, tapi kat wakalah di Zunqah Tamesloht (berdekatan Masjid Sunnah).
bila saya ke sana, orang sana kata kena hantar ke Zunqah Ghana. hah.. geram je saya. penat satu hal, abes duit teksi satu hal. tapi nak buat camne kn.. ikutkan je la. saya ke Zunqah Ghana sekali lagi, jumpa Puan Nadia. pastu saya komplen la sebab saya penat ulang alik. last2 dia ambil. ceh.. sabar je la. ambil awal2kan senang!
saya tanya, bila boleh dapat claim duit tu & kena ambil di mana? dia kata, dalam 2 @ 3 hari lagi boleh g ambil duit tu kat Zunqah Tamesloht. saya tanya la kena bawa apa2 x sebagai bukti? ye la kn.. kot2 la ada resit ke, ape ke kn... takkan g lenggang camtu je, xde bukti apa2 pun untuk claim duit tu. dia kata, awak pergi je sana, awak la bukti untuk diri awak. ahah.. yela2.. ikutkan je la.

29/6/2010 - selasa
saya ke Zunqah Tamesloht. ke pintu belah kiri, jumpa En Khalid. dia yang uruskan minhah. saya cakap nak claim bahas. dia terus bagi borang untuk isi. mudah je, maklumat2 basic (nama, no bitokoh, jamiah, dll). pastu dia minta saya tunggu. lama gak la. bila dia dah siap uruskan, dia suruh saya ke kaunter yang saya biasa ambil minhah.
saya ke kaunter 1. tunjuk borang tu kat dia. pastu dia minta bitokoh wataniah. oh ye... masa tu, dia pegang list nama (macam list yang kena sign time ambil minhah). so... dia suruh saya sign kat situ. last2, dapat la 500DH.

hehe.. punya la bersusah payah, naik teksi ke sana ke sini, dapat 500DH je. sikit? erm.. amat berguna sebenarnya coz saya perlu uruskan sijil ijazah asli saya. sedar tak sedar, dah habis pun duit 500DH tu sepanjang saya naik teksi uruskan ijazah tu. dasat kan?
~teksi morocco.. mahal tak pasal2. nak naik bas, x lalu sifarah n jamiah pulak. nak jalan kaki, memang tak la coz jauh. nak jalan kaki sorang2 ke jamiah? hehe... abang tak bagi, lagi pun takut pening coz tengah panas kan.. kang tak pasal je nak muntah kang.

okies.. bersambung ke post seterusnya pulak.

Tuesday, July 20, 2010

alhamdulillah... selesai urusan ijazah

26 celcius
wah... kenapa saya dah jadi malas nak update blog? ish2.. fie.. fie.. rajin la sikit!

actually, ada beberapa tugasan yang perlu dibuat. so, tu yg bz sampai dah tak pandang blog tu. teringin je nak update, tapi asek tangguh2. last2 terbengkalai gitu je. sean blog ni...

info untuk minggu ni...

Fetal development - 22 weeks pregnant


Your baby now weighs almost 430g, measures about 28cm long from crown to heel. Your baby's legs aren't curled up so tightly to her tummy now. This means she can be measured from the top of her head to her heels, instead of her bottom. She is proportioned like a newborn, albeit a thinner version since her baby fat hasn't yet developed.

Although she's getting heavier every day, her skin still appears wrinkled and translucent because she needs to gain more weight. Her lips are distinct and her eyes are formed, though the coloured part (the iris) still lacks pigment. The pancreas, essential in the production of hormones, is developing steadily.

Even this early, the first signs of teeth appear in the form of tooth buds beneath her gum line. Before you know it, your baby will be born, and soon after, her first teeth will come through.

You've probably gained between 5.5kg and 7kg. Starting now, you'll begin to put on weight more steadily, averaging about 225g per week. You may crave certain foods, that is a normal part of being pregnant.

--------------------------------------------------------------------------------------

berat sepatutnya dah bertambah 5kg hingga 7 kg? ehe.. entah la. dah lama tak timbang berat. hajatnya sabtu @ ahad ni nak ke bandar. alang2 dah kat bandar nanti, leh la timbang berat skali. Justify Full
so... berbalik ke situasi semasa.
alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menguruskan sijil ijazah setelah sebulan bertindak. haha.. lama ke ek? ada orang komen "cepatnya dapat sijil asli". oh ye... kalau ikut prosedur yang sepatutnya, ambil masa 6 bulan gak sebenarnya. majoriti yang habis sem ni, bila nak uruskan sijil, orang pejabat akan kata bulan 9 baru siap. sebabnya, musim panas ni jamiah nak tutup. berapa lama? entah.. macam mana saya boleh dapat sijil cepat? hehe... tunggu post akan datang.

banyak nak cerita kat blog ni sebenarnya. tapi semua kena ikut mood gk. kalau mood tu dtg, byk la post dtg jap lg. hehe...

okies.. setakat ni je kot.
doakan semua urusan dipermudahkan ye..

1610
Bouhlal, Rabat

Monday, July 5, 2010

Detect pergerakan baby..

24 celcius..
akhirnya... setelah 3 minggu tak update blog.
hehe.. actually, memang teringin nak update blog. tapi keadaan tenet yang agak tenat tak mengizinkan. kadang2 kita kena faham kondisi semasa tenet ni. nanti dia merajuk, susah pulak kan.. so, layankan aje bila dia tak nak upload gambar. kesannya, saya kena menumpang rumah akhowat untuk upload gambar kat blog ni. masih dalam proses, tapi semuanya dah save as draft. so.. post2 mengenai percutian kami akan dipost pada post sebelum ni la ye. kalau rajin nak baca, kena tengok2 bawah tu. hehe..

info baby untuk hari ni..

Fetal development - 19 weeks pregnant


You're halfway there! The top of your uterus (womb) now reaches your belly button and will grow about a centimetre a week. Your baby measures about 14.2cm long from crown to rump and weighs about 240g.

She is swallowing amniotic fluid, and her kidneys continue to make urine. Hair on her scalp is sprouting, too. Sensory development reaches its peak this week. The nerve cells serving each of the senses – taste, smell, hearing, seeing and touch – are developing in their specialised areas of the brain. Nerve cell production slows down as existing nerve cells grow larger and make more complex connections.

You may have started to feel your baby's movements. If the idea of having a baby still seems remote, nothing makes it more real than feeling her move for the first time. Most mums-to-be start to feel movement (called quickening) between 18 weeks and 20 weeks.

If you've been pregnant before, you'll feel things earlier rather than later. What you may first think is a rumbling stomach may be your baby doing some back flips. Make note of when you first start feeling your baby and tell your midwife at your next visit.

The next 10 weeks or so will be your baby's busiest and most active time, until your uterus gets too crowded.

--------------------------------------------------------------------------------------------

okies.. kembali ke waktu semasa.
saya baru pulang daripada jamiah, urusan sijil ijazah asli. tak siap lagi. ye betul, saya seorang penyabar. nanti dah siap, saya post kat blog ni pasal urusan sijil tu. minggu lepas, saya dah buat urusan claim bahas. (kalau tak silap saya, student yang dapat minhah Maroc boleh claim bahas bila dah habis belajar). jumlahnya? tak la banyak sangat, tapi cukup la nak topup duit belanja. 500dh. nanti saya post pasal urusan tu k.

semalam ahad. ada meeting AMT baru n lama di rumah kami. mula jam 9 pagi hingga 4 petang. lepas asar, saya ajak abang jalan2.mula2 nak ke qamrah je, last2 kami ke bandar. tujuan? saje jalan2, makan aiskrim je pun. pastu melawat la gare rabat ville yang berwajah baru tu. menarik. lawa. nampak moden. abang kata, "lain kali kita datang sini lagi nak?" hehe.. la gare pun bole jadi tempat melawat.
~tak ambil gambar coz tak bawa beg (dalam beg ada camera). bitokoh pun tak bawa. hehe..

kami sampai rumah 5 minit sebelum azan maghrib. lepas solat, masak sama2. simple je pun, tapi jadi sedap sebab lapar. hehe.. pastu rehat2. last2 kepenatan dan tidur.

actually, nak cerita. masa tengah rehat2 balik daripada jalan2 tu, saya rasa macam angin dalam perut. tiba2 rasa lagi. rupa2nya baby tengah gerak. saya gtau abang. abang pun nak rasa. abang cakap2 dengan baby. pastu baby gerak2 lagi. hehe.. comel je dia kn! tapi tak banyak sangat gerak lagi. nanti2 kot.

setakat ni kami tak panggil nama lagi coz tak tau jantina. da balik mesia nanti baru cek. nama untuk perempuan dah ada yang kami berkenan. nama untuk laki dah ada, tapi tak tetapkan lagi. ada cadangan?
~syaratnya.. nama ringkas, 2 suku kata sahaja (sebab tak nak orang pendekkan nama, nak panggil nama penuh) , bukan nama yang dah ramai orang, tak konfius dengan ejaan Bahasa Melayu (contoh: dhiya'. tak nak nanti orang panggil diya.), makna yang baik, ringkas dan padat.

siapa ada cadangan, sila beritahu kami ye. =D

okies.. setakat ni je kali ni. nanti update lagi.

1250
Bouhlal, Rabat