Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 13, 2010

Tamat Exam, Alhamdulillah...

18 celcius..
macam tinggi je suhu kan? actually, sekarang ni musim hujan. hari-hari hujan. pernah sampai 8 celcius. ehe.. hari ni tinggi lak.

alhamdulillah..Justify Full
hari ni hari terakhir exam saya. subjek portugal. best subjek ni. sepatutnya exam minggu lepas, tapi ustaz tangguh jadi minggu ni. minat nak mengajar lebih banyak daripada exam. ustaz banyak ajar pasal perbualan. tadi soalan exam boleh tahan. agak mudah tapi mengelirukan. tapi jadi senang sebab ustaz banyak tolong. ustaz lebih mementingkan kefahaman student daripada jawapan yang betul. kalau tak faham, tanya je kat ustaz, nanti ustaz terangkan balik. bila dah siap, ustaz cek dulu jawapan. dah betul baru ustaz ambil kertas. hehe... yang paling menarik, bila semua orang dah hantar kertas, dak2 arab ni sibuk kerumun ustaz, minta markah tinggi. "ustaz, tolong bagi kami markah tinggi.. madah lain kami tak dapat nak dapat tinggi2 sangat". hehe... pandai gak membodek dak2 ni. apapun, kita tunggu dan lihat result yang akan ditampal lebih kurang dua minggu akan datang...

abang dah habis exam semalam. alhamdulillah, abang dapat jawab exam tu dengan baik. hepi je abang bercerita semalam. hari ni ada pembentangan tesis PHD ustaz Wifaq di Meknes. ramai student yang dah habis exam ke sana. abang pun mula2 berhajat nak ke sana. tapi tadi abang tak jadi nak ke Meknes sebab En. Kamil minta abang mula kerja hari ni. ehe... semalam habis exam, hari ni mula kerja. harap2 lepas ni segala urusan kami dipermudahkan.
~abang kerja baik2 tau...

saya nak buat apa lepas exam ni? erm.. masih berkira2 dan berfikir2. hajat dihati nak kerja @ sambung belajar. tengok dulu rezeki saya kat mana. yang penting, saya berharap agar masa terluang saya tak dipersia dengan aktiviti yang agak tak best. ehe...

sedar tak sedar, dah nak habis pun semester ni. minggu ni minggu last exam, bermakna lepas ni dah tak ada kelas. cuma tunggu result keluar & istidrok bagi yang tidak bernasib baik dalam exam lepas. lepas tu? semester baru akan bermula. sedih sebab kawan-kawan sebatch majoriti dah nak balik. saya je tinggal kat sini. (ada je lg sikit). nampak gaya, untuk tidak mensia-siakan tempoh keberadaan saya di Morocco ni, saya kena cari apa-apa peluang yang ada.

oh ye.. buat student Rabat, tahniah bagi sesiapa yang dah habis exam. Bittaufiq untuk yang kena istidrok. lipat gandakan usaha bila dah masuk fatrah istidrok nanti sebab itu peluang terakhir yang ada untuk semester ini. dan yang paling penting, kalau tak faham dengan sistem pemarkahan di Rabat, sila rujuk senior yang BERPENGALAMAN untuk menerangkannya. ehe.. rasanya adik2 ni tak faham2 lagi macam mana boleh kena ulang, macam mana boleh tak lulus walaupun dah muaddal. hehe.. selamat la ye...
~pengalaman kita, panduan hidup mereka...

1824
Bouhlal, Rabat...

2 comments: