Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 19, 2010

Institut Francais

14 celcius...
dah nak tidur, tapi nak update blog untuk hari ni. hehe...
cuma nak bercerita pasal kelas french.

minggu lepas, saya minta suaidah teman saya cari kelas french untuk saya isi masa terluang saya. rasa macam bazir masa kalau sem depan saya tak buat apa2, cuma ke jamiah untuk satu madah. so.. saya ambil keputusan untuk menyibukkan diri belajar french. ehe.. kenapa sibuk nak belajar french? sebab saya rasa ni peluang untuk saya kuasai bahasa tersebut. memang Malaysia tak tekan sangat French sebab English lebih utama.. tapi kelas English boleh ambil kat Malaysia. betul tak? ehe.. pandai2 je fie ni..

dipendekkan cerita, destinasi pertama kami, Agdal. tahun lepas, saya pernah teman Lilah cari kelas french kat agdal. ada satu tempat tu nama Academia. tapi masa tu orang kat situ kata, kelas French da habis sebab mula bulan 1. masa kami pergi dulu bulan 3. so.. minggu lepas saya tekad nak g survey kat Academia tu. tapi saya lupa tempat tu kat mana. hehe.. cari punya cari, jumpa la satu tempat ni.. Dubai School. ada tawaran kelas bahasa. macam2 bahasa ada, termasuk French. so... kami pergi tanya. tak dapat banyak maklumat sangat sebab kelas tak mula lagi. dah ada group, tapi tenaga pengajar tak sihat. ehe.. katanya nanti mereka akan hubungi saya semula. maklumat yang saya dapat? pendaftaran 150dh. yuran sebulan 300dh. kelas lebih kurang dalam 3 bulan. setiap hari sabtu kalau tak silap.

keluar daripada Dubai School, kami menapak lagi. akhirnya jumpa Academia. hehe... excited ni. masuk dalam tu. tanya2. rupa2nya kami salah tempat. Academia tu pusat tusyen, bukan pusat bahasa. hehe.. malu kejap. nasib baik orang tu peramah. dia cadang satu tempat ni. saya tak pernah tau kewujudan tempat tu. Maahad Faransi. dekat bandar, dekat2 dengan Hotel Belere. saya memang nak ke bandar sebab nak survey kelas kat sana. so.. kami naik teksi ke bandar.

sampai di Maahad Faransi a.k.a Institut Francais, saya terkejut. macam takut nak masuk sebab tengok gaya macam tempat orang kaya2 je. semua yang ada dalam tu macam orang kerja. takut, tapi alang2 dah sampai kn.. rugi la kalau tak beranikan diri, tanya kat kaunter pertanyaan tu. so.. kami masuk gak dalam tu. dapatkan maklumat kat kaunter pertanyaan. orang kat kaunter tu agak malas nak layan kami. so.. rasa macam tak best lak tempat tu. hehe.. dah la mahal. kami pun keluar. maklumat yang saya dapat? hehe.. tak faham sangat. yang pasti, yuran 2400dh untuk 2 bulan lebih kurang means 50jam.

destinasi terakhir, CLC. ha.. pusat bahasa ni famous gak tau. Communication Learning Center. selalu nampak brocher dia bersepah2 kat jalan. ala.. yang warna kuning tu.. hehe.. masuk kat tempat tu. orang kat kaunter tu baik. peramah. uhuh.. menarik la tempatnya. harga? murah je.. 580dh untuk 40jam. lebih kurang 3 bulan sebab seminggu 4 jam. samada ambil ahad pagi daripada pukul 9 sampai 1, atau pun ambil hari isnin dan rabu petang pukul 5 petang hingga 7 petang.

so.. daripada 3 kelas yang saya kunjungi minggu lepas. saya wat kesimpulan kelas terbaik bagi saya, CLC tu la kot. sebab murah. for sure la saya pilih hari ahad coz takkan nak masuk kelas yang pukul 5 petang sampai 7 petang tu kn.. maghrib pukul 5.30 sampai 7 petang. bahaya2.. dah la malam, silap2 haribulan, terlepas solat maghrib.

kesimpulannya... saya pilih CLC? ehe.. tak la.. bincang dengan abang. abang macam tak setuju sebab abang cuma cuti sabtu dan ahad. pastu takkan ahad saya nak ke kelas pulak kn.. betul gak tu kan? so... saya kena la cari kelas lain. hehe...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. selalu dengar peribahasa ni tak? saya percaya peribahasa ni. uhuh.. sebabnya? alhamdulillah.. hari ni saya nampak jalan yang saya cari tu. :) pagi semalam saya nak ke agdal. hajat di hati nak ke Dubai School tu untuk minta dia buat kelas selain sabtu ahad. macam biasa, kena la naik teksi. masa dalam teksi tu.. tiba2 tergerak hati nak tanya pemandu teksi tu, kot2 dia tau mana2 kelas bahasa untuk belajar French. hehe.. macam tak percaya lak sebab selama ni saya tak suka nak bercakap dengan orang yang saya tak kenal. pakcik tu pun terangkan itu ini. last2 dia tanya samada saya nak ke agdal @ kelas yang dia cakap tu. ehe.. pucuk dicita, ulam mendatang. alang2 dah ada orang tau tempat.. apa salahnya mencuba, ye tak? so.. teksi tu ke bandar. rupa2nya kelas yang saya dah pergi haritu. hehe.. maahad faransi tu rupanya..

saya agak kecewa sebenarnya sebab tu rupanya tempat yang orang teksi tu maksudkan. saya dah nak ambil teksi balik dah time tu. tapi tiba2 tergerak nak masuk. uhuh.. masuk, tengok2.. last2 saya keluar. hehe.. kelakar tak? saya jalan pergi tempat lain. tapi last2 saya patah balik. "erm.. tak boleh jadi ni, dah dua kali dah saya ke sini tanpa diminta. insyaAllah ada hikmahnya" so.. saya tekad nak tanya lagi sekali. hehe.. tebalkan je la muka ni. malu sebenarnya sebab dah pernah tanya, tapi nak tanya lagi, pastu tak masuk2 pun. uhuh.. nasib baik masa tu bukan orang yang sama kat kaunter pertanyaan tu. orang lain. peramah. uhuh.. sejuk sikit hati ni. erm.. yang paling mudah, dia cakap english. hehe.. senang la kerja saya camtu. tanya punya tanya, last2 baru dapat maklumat yang betul...

haha.. penat dah. kena tidur. esok la sambung balik.
kena bangun awal sebab nak kerja part time esok.
ngueh3..

2300
Bouhlal, Rabat

5 comments:

  1. ape ni???
    cite trgantung!!!
    tensen je bace...
    hahahahah!
    xde2..abeskan cepat!=D

    ReplyDelete
  2. salam kak fie,

    sebelum ni saya pernah cuba tanya kat maahad faransa tu...mmg yuran dia agak mahal, 2400dh utk satu sesi but worthy la...
    sebab sijil dia tu mmg dr embassy french, recognized la...

    ReplyDelete
  3. plus kelas dia tak perlu ke madinah...dekat sikitlah

    ReplyDelete
  4. creamyfiodesi=> hahaha.. tersibuk la. tu la tak de masa nak update blog. baru je lepas update tu. g la baca. =P

    emon=> salam emon. (cam doremon lak) tak perlu ke madinah? saya memang ke Institut Francais yang kat madinah tu. katanya kelas kat situ gak. tak pe la, nanti saya tanya balik.

    ReplyDelete
  5. emon=>
    kelas untuk ajanib memang kat bandar. dekat2 dengan hotel belere tu..

    ReplyDelete