Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 10, 2009

sekadar bercerita

33 celcius..
wah... lama x update blog kan? setiap hari tengok blog ni, nampak cam tak de pengunjung je. hehe.. tu yang makin malas nak update. respon pasal urusan perkahwinan pun 2 orang je. ehe... takpe2.. nanti ada masa, saya sambung post pasal tu k.

tak banyak benda nak cerita. abang da balik Kelantan ahad lepas. so, saya tinggal sorang la dalam masa 2 minggu ni. raya ke 3 baru saya ke sana. sepanjang ketiadaan abang di sini, saya meneruskan aktiviti harian saya, hadir kelas pengajian dengan mak. malam2 lepas terawih ikut tadarus kat surau. sampai rumah dah nak pukul 12 malam. ehe... lama kan? alhamdulillah, dah nak khatam. rabu minggu depan surau buat majlis khatam quran. tu yang masing-masing berlumba-lumba nak habis cepat. hehe..

sepanjang berada di Malaysia cuti kali ni, saya banyak la survey pasal pekerjaan yang akan saya buat bila dah habis belajar nanti. banyak cara yang ada untuk mendapatkan rezeki. samada dengan usaha sendiri @ makan gaji. tengah fikir-fikir lagi nak kerja apa. orang kata, jangan memilih kerja. betul gak tu kn..

diam tak diam, dah lebih sebulan kami berkahwin. masing-masing tengah cuba nak kenal diri pasangan dengan lebih dalam. cuba sesuaikan diri dengan persekitaran dan family baru. meh nak kongsi cerita...

kalau ada yang bertanya... apa perkara yang paling gembira dan sedih sebelum saya berkahwin?
setibanya saya di Malaysia 2 bulan yang lepas, saya biasa je. hepi sebab nak kawin, tapi x de la over hepi sangat. tiba satu hari, saya diuji dengan ujian yang cukup berat bagi saya. apa yang saya harapkan tak menjadi kenyataan. "awak tak lulus madah ustaz oudghiri sem 6". ya Allah.. memang saya tak tau nak respon apa masa dapat tau berita tu. saya tak lulus satu madah yang hanya memerlukan lagi 0.5 markah untuk lulus. (ustaz naikkan 0.5 markah je lepas istidrok). sedih sangat2 masa tu. kurangnya 0.5 markah tu akan effect banyak benda.

"saya kena ke jamiah sorang-sorang sebab suaidah dah lulus semua mada sem 6. saya kena hadapi madah killer tu lagi sekali. saya kena tangguh niat saya untuk bekerja keras sepanjang sem 6 sebab ada madah yang perlu diberi perhatian. saya kena fikir soal pengurusan keluarga. saya kena hadapi hidup di jamiah sorang-sorang, tanpa kawan rapat. dan sebagainya"

lama saya diamkan diri selepas dapat tau berita ketidaklulusan saya itu. bila diri dah agak stabil, saya mula mengkhabarkannya pada mak abah. setiap kali bercerita pasal result, mesti hati saya pedih semacam. hurm... maybe sebab ni kali pertama saya rasa macam ni. saya tak lulus subjek yang saya minat, tu yang susah nak terima kenyataan tu.. last2, saya dah ok.. (tak tau la kalau saya kembali bermurung apabila tibanya sem 6 tahun depan). saya harap saya tabah hadapi kesemuanya...

apa faktor yang membuatkan saya dapat kawal kesedihan saya? ehe... for sure la faktor tu yang menyebabkan saya terlalu gembira, betul tak? saya tak sepatutnya bersedih terlalu lama sebab tarikh pernikahan saya semakin hampir. semua orang sibuk dengan persiapan. mak, abah, kakna, kaksu, kawan2 mak, family2.. memang saya terharu dengan usaha kalian. saya mula celik masa itu. ramai yang berusaha untuk menggembirakan saya pada hari besar saya. lama gak saya cuba buang jauh2 perasaan sedih tu. saya sibukkan diri buat itu ini. alhamdulillah, saya berjaya.. thanks to mak, abah, kaksu & kakna. terharu sangat2 bila kakna & kaksu beria2 nak tolong buat persiapan sedangkan mereka berdua masih banyak kerja yang perlu dibuat.

pe lagi nak cerita ek? ehe... lepas2 ni la pulak cerita lain. penat dah...

1741
Taman Sri Andalas..

2 comments:

  1. tak apalah, ada hikmahnya ats setiap kejadian. mmg tak berbaloi kalau kita terpaksa tunggu setengah tahun sj lagi hanya utk satu2 subjek tu. positifkan diri dan fikiran semoga ada kebaikan dan berita gembira yg hendak Diberi pd awak di penghujung pengajian awk nanti. =)

    kena pergi kuliah sorg2 ye? hehe, nnti kita suh adik2 kita (a.k.a adik2 Kak Lilah) temankan awk ye. Kalau awk rasa keseorangan nanti, ingt je kt mcmana kt rasa keseorangan suatu masa dulu. mmg sedih bersendiri, mmg payah menyendiri. mungkin awk kehilangan suaidah yg secara zahirnya sblm ni menjadi teman ke kuliah awk stp hari. tp, Allah gantikan dia dengan teman bicara dan bercerita pd awk utk setiap detik!

    oh, satu lg. wlpn blog awk ni tak berkomen tp peminatnya ramai tau! mana ada dak PMMM yg dh kawen buat blog. nilah tumpuannya. Sume nak amek panduan kat sini. percayalah, dorg tu sume malu2 nak bg komen. pdhal... kekeke.. jadi, kena selalu update cerita tau. tiap hari kt buka blog tgk2 ada entri baru tak, tapi cuma masa je tak mengizinkan nak menulis komen.

    konkluasinya, (mcm karangan plak sbb baru lps tashih karangan student.. hehe) update la blog slalu.

    -LilahYgMasihBujangTpTetapSeniorPadaOrgYgDahKawen-

    ReplyDelete
  2. wah... panjangnya kak lilah!
    ehe.. thanks nasihat. dah agak da, sure kak lilah akan komen kat post ni. hehe.. kak lilah kn senior saya. :D
    pepandai je kak lilah kata blog saya ramai peminat. uhuh.. cubit kang.

    ReplyDelete