Sistem.
zaman sekarang dah canggih. Berbeza dengan zaman saya sekolah rendah dulu.
dulu cikgu2 pegang buku rekod, buku tulis murid, buku kedatangan, semuanya buku. Jarang boleh nampak cikgu pegang laptop. Itu kisah murid sekolah rendah tahun 1990an..
Cikgu zaman sekarang wajib menghadap laptop. Lebih2 lagi bila lepas exam. Macam2 'e' yg ada. Ahha.. nak ulas pun x reti. Sebagai org yg menggunakan sistem, rasanya ramai yang marah bila capaian internet tak memuaskan. Itu kisah sistem online. Kalau kisah sistem offline pula, ada masalah peranti, masalah mic office tak sama siri, masalah windows yg berbeza. Macam2 lagi la.. ramai yang mengeluh, tapi dalam pada mengeluh tu,siap juga kerja. :)
Actually sistem tu tak salah tapi perlu dimurnikan. Bila ada sebarang aduan, cadangan @ kritikan, org yg bertanggungjawab pada sistem tu perlu ambil perhatian. Perlu buat pemurnian. Perlu baiki mana yang silap.
sebab tu la wujudnya macam2 versi. Ada je versi terbaru yang ada penambahbaikan. Tahniah! :)
tapi kalau masalah capaian internet macam mana? ahha...
Susah kan! Sistem online kena ada internet. Kalau tiada internet di rumah, kena siapkan di sekolah. Ada sekolah yang internet limited pula kalau dah ramai2 online. Ada sistem yg jammed bila ramai2 nak masuk dalam masa yg sama.. aduhai.. kesiannya insan bernama cikgu!
Apapun, saya tau jauh dalam sudut hati seorang cikgu, dia inginkan yang terbaik buat anak murid dan prestasi kerjanya..
semoga sistem yang bermasaah itu mendapat perhatian selayaknya.
semoga dikurniakan kesabaran buat insan bernama guru.
selamat hari guru!
Ohho... esok kn? :)
**rindu zaman belajar...
10.51 a.m
15052015
Taman Sri Andalas, klang
Tale of Tales (2015)
9 years ago
No comments:
Post a Comment