Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 13, 2010

pindah rumah...

15 celcius...
baru lepas g angkat baju kat ampaian dengan abang. minggu ni, hujan tak henti2. hujan renyai2 je, tapi berterusan. so... tak leh nak sidai baju la. semalam baru start panas. hari ni panas terik. sidai baju pukul 11 pagi, pukul 3.30 petang dah kering da. baju tebal2 lak tu. best2.. apepun, thanks kat "maison du Qamrah" (betul ke ejaan tu ye?) sebab bagi tumpang spin baju kat sana. hehe...

banyak hari dah tak update blog, banyak benda berlaku. kenapa dah lama tak update?
kami dah pindah rumah. kat qamrah. tak ramai lagi yang datang melawat. baru beberapa orang. siapa2 nak datang tu, jemput la ye... tapi kena inform awal2 la. ada rezeki, ada la hidangan apa2. haha.. ye2 je fie ni.
*kami guna broadband Maroc Telecom. kadang2 dc, kadang2 tak ada tenet. kadang2 tenet lambat. selalunya tak boleh nak buka blogspot. tiba2 hari ni boleh. hehe.. tu la baru nak update ni..

kami pindah masuk rumah ni, 28 februari 2010 bersamaan hari ahad. terima kasih kepada mereka yang banyak membantu. berhari2 cari rumah untuk kami sewa, angkat2 barang masa pindah rumah, teman g beli barang rumah. abang kata, "terutama haziq dengan tajudin". jadi driver n jaga. hehe... daripada pagi sampai malam. tolong pasang lampu malam2. hehe.. macam2. dah malam baru nak pasang lampu kn. thanks gak kat rumah ikhwah mohammedia dan akhowat rabat sebab bagi tumpang barang sementara kami pindah rumah baru. lebih sebulan gak rasanya kan?

urusan pindah rumah memang agak rumit. dengar senang je nak pindah2 ni kan? tapi susah sebenarnya.. mula daripada cari rumah, sampai la nak bagi selesa dengan rumah sendiri. nak cari rumah dah berhari2 dah. alhamdulillah, ada yang membantu untuk cari rumah. hari nak pindah, angkat2 barang pun kena ada orang tolong gak. kalau angkat berdua je, alamat memang tak siap2 la. hehe... pindah malam lak tu. ish2.. macam2 dugaan kan? esoknya, abang ambil cuti sebab rumah masih dalam keadaan "tak macam rumah". banyak benda tak ada. dapur dah beli, tapi tak ada tempat nak letak pulak.. barang2 rumah banyak tak beli lagi. so.. kami ambil keputusan untuk sewa kereta sehari. 250dh. mahal? boleh la.. tapi lebih kurang je kalau berulang alik naik teksi. sebab kami naik ke sana sini dalam masa sehari tu. tambahan, khidmat teksi ni kadang2 buang masa sebab nak tunggu teksi pun dah nak setengah jam. ehe...

pagi tu kami ke akari. beli meja. tengok2 barang.

dalam perjalanan ke akari

meja dapur kami. hehe.. tengah tunggu kereta sampai.

tengahari ke aswak salam. kenapa aswak salam? bukan marjane @ label vie? sebab aswak salam agak murah kot. hehe.. beli barang2 dapur, makanan2. dapat hadiah kawin. hehe... tajudin bagi gelas n cawan. "ni hadiah kawin daripada saya dan faizi". thanks.. tak sangka dapat cawan lawa camtu. nak beli, memang tak la.. hehe.. best2.

lepas zohor, ke aswak salam. fie da lambat la tu. hehe...
singgah ke jamiah dulu, hantar haziq. dia ada kelas petang tu.

cawan n gelas hijau tu la hadiah untuk kami. hehe...
belakang tu, barang rumah kami.

sumbat2 barang.

balik daripada aswak salam, terus ke rumah pekerja hidayah. ambil barang abang. sempat la singgah rumah encik rosman beli kicap n sos tomato. hehe.. menyempat je kn. malam tu, kami keluar cari pinggan lak. nak dekat tengahmalam gak la sampai rumah.. esoknya, abang kerja, saya ke kelas french. balik kelas terus basuh lantai. wah... nak kata tak penat, memang tipu la kn.. abang balik kerja, terus keluar beli carpet. oh ye.. kami tak guna tikar sebab harga lebih kurang carpet je. carpet murah je pun. =D

okies.. tu je kot nak cerita. kami tak dapat lagi nama rumah. tak ada nombor lak kat luar rumah ni. alamat rumah ni pun tak tau apa. hehe.. bagi sesiapa yang nak datang... senang je. daripada lorong pakcik jual buah kat qamrah tu, terus je.. nanti ada simpang empat. jalan ke masjid belah kiri, jalan ke rumah kami belah kanan. rumah kami betul2 sebelah kedai dan berdepan dengan kedai gunting rambut..

À pied depuis la rue, vous allez tout droit. C’est le carrefour. La mosquée est à gauche et notre maison est à droite. Vous tournez à droite. La maison est près du la marche et en face du coiffeur.


haha... betul ke ayat tu? kalau salah, sila betulkan ye. saya budak baru belajar. =D
p/s: gambar dan nama rumah tak ada lagi.. dalam proses. hehe..

1657
Qamrah, Rabat

1 comment:

  1. Byk kenangan yg boleh diceritakan kpd anak2 nti.. Such a wonderful life..ahaksss...

    ReplyDelete