Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Kad Chabab

14 celcius..
post kali ni saya nak bercerita pasal bitokoh chabab. apa tu? selalu nampak iklan ni?

ha.. tu la bitokoh chabab a.k.a kad remaja la kot kalau terjemah. oncf menawarkan berbagai2 jenis kad untuk kemudahan pengguna keretapi dengan kekerapan yang tinggi. kenapa? sebab nak tarik perhatian pengguna train la. hehe.. xde la. untuk memudahkan n memurahkan harga. tapi kad2 ni untung untuk mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan train je k. kalau rasa sebulan sekali @ dua kali je naik train, jangan la tergoda dengan kad2 ni. rugi. ehe..

antara banyak2 jenis kad, kad yang paling sesuai dengan saya adalah kad chabab. kenapa? ada kad untuk orang tua (kad Hikma), kad untuk mereka yang berulang alik kenitra-casa (kad Navette), kad untuk pelancong kalau x silap (kad Rail Pass). so.. yang tu semua tak berkenaan dengan saya kad kenitra-casa tu ada kene mengena gak, tapi cam x berapa nak untung. setelah ditambah tolak darab bahagi, saya pilih kad chabab.

apa itu kad chabab?
-kad tu warna kuning! lawa.. hehe..
-pengguna kad mestilah antara 18 hingga 26 tahun.
-boleh pilih samada 6 bulan @ setahun.
-dapat potongan 25% @ 50%, bergantung pada masa pembelian tiket
-potongan 25% kalau beli tiket masa nak naik train
-potonan 50% kalau beli tiket 2 hari sebelum naik train
-harga kad 249dh. tapi kena bayar 299dh. lepas pulang balik kad masa dah tamat tempoh nanti, baru dapat balik 50dh.
-kadang2 masa orang cek tiket atas train, dia nak tengok kad chabab tu sebab kat tiket tu tulis potongan 25%.
-potongan 25% @ 50% tu xde la tepat sangat. contoh Rabat-Mohammedia harga tiket asal 26dh. potongan 25% jadi 20dh, potongan 50% jadi 15dh.
-potongan harga tak boleh dibuat antara jarak dekat. contoh.. rabat-kenitra, mohammedia-casa. sebab harga asal pun murah je kn.. hehe..

ni contoh kad chabab. abaikan muka macam orang bangun tidur tu. gambar tu je yang ada masa saya nak buat kad tu dulu. haha..

kat bawah perkataan Chabab tu.. ada nombor siri kn? tu la nombor kad saya

nama, tarikh buat dan tarikh tamat tempoh kad.
saya ambil kad 6 bulan je.

contoh tiket yang telah dipotong 50%.
nampak tak? belah kanan, bawah tulisan oncf warna oren tu.

Rabat Agdal-Mohammedia. harga asal 26dh
atas: potongan 25% jadi 20dh
bawah: potongan 50% jadi 15dh

tiket terkumpul sepanjang bulan 11 hingga bulan 1

apa2 masalah, sila rujuk Oncf atau terus ke kaunter pertanyaan di La Gare (stesen keretapi) berdekatan.

1250
Dar 678,
Bradaah, Mohammedia

Daftar kelas French

9 celcius..
saya kini berada di Mohammedia. kenapa dah lama tak update? kenapa cerita saya tergantung?
hehe.. baca kisah dalam post2 akan datang untuk mengetahui apa yang berlaku. (bajet orang nak Justify Fullbaca lak fie ni.) uhuh..

okies.. straight to the point.
actually, memang nak update blog ni pun haritu, tapi saya penat sangat2 lepas balik kerja. owh.. xde la penat mana, just saya bawa balik kerja ke rumah. tu yang jadi takde masa nak update blog. kerja apa? erm.. tak sibuk mana pun, cuma perlu komitmen yang tinggi untuk siapkan kerja tu. kena masukkan data dalam system yang baru dibuat. mudahkan? mula kerja pukul 8.30 pagi, habis pukul 5.30 petang. hehe.. memang sharp la saya dan zahirah balik kerja sebab takut da gelap kalau kerja lebih masa. maghrib pukul 5.40 petang. so.. dipendekkan cerita.. kami siapkan kerja tu 5 hari. selasa sampai sabtu tengahari. habis kerja sabtu tu, saya dan abang balik mohammedia.

stop situ dulu cerita pasal saya. ni nak sambung cerita pasal kelas French pulak.
dalam post yang lepas, saya stop cerita sampai hari isnin je kan? yang saya tak jadi nak ke Dubai School sebab pakcik teksi tu bagi tau ada kelas French yang bagus. last2 saya sampai kat Institut Francais. ingat tak? malam tu.. saya chat dengan abang. bincang2 balik. maklumat yang saya dapat hari tu..
-Institut Francais ni ajar French je (dah nama pun Institut Francais kan..) bukan macam pusat bahasa lain.
-ada banyak kelas. komunikasi, kemahiran menulis, pengetahuan tentang budaya, macam2 la yang berkaitan. ala2 saya belajar lughah kat jamiah.. hehe.. tapi takde la sampai sentuh bab linguistik secara mendalam.
-ada kelas khas untuk orang asing a.k.a bukan warganegara Morocco means mereka yang tak reti langsung French. (ni la kelas yang saya nak).
okies.. terus ke maklumat kelas untuk pelajar asing.
-yuran 2400dh untuk satu sesi pembelajaran a.k.a 50 jam
-seminggu 3 hari. isnin, selasa dan khamis
-kalau nak pagi, daripada pukul 9 sampai 11 pagi. kalau petang, 5 petang sampai 7 petang. (kalau x silap saya la.) pilih satu je, samada pagi @ petang.
-silibus ikut tahap kita. akan diberi buku.
-sebelum masuk kelas ni, kena ambil exam dulu untuk tau kita berada di tahap mana.
-yuran untuk exam kemasukan... 50dh.
-bila kelas bermula? saya rasa ada kemasukan setiap bulan sebab masa saya datang tu, 16 jan kan? kelas untuk bulan jan baru mula 14 jan. so.. saya tak boleh masuk kelas tu, saya kena masuk kelas seterusnya yang akan bermula pada 9 feb.
-sijil akan diberi selepas habis tempoh belajar. sijil je, bukan diploma. tapi memang straight daripada embassy Perancis rasanya sebab Institut ni milik Embassy France.
-kalau nak sambung belajar lagi, boleh.
-ada peluang belajar sampai dapat diploma. of course kena bayar untuk ambil diploma. tapi maklumat ni saya tak dapat banyak sangat sebab rasanya kena belajar banyak lagi. bila saya dah faham betul2 nanti, baru saya ambil tau. actually, tak tau sempat ke tak untuk ambil diploma, tu la tak tanya sangat pasal ni. (dah tanya pun, just orang kat kaunter tu kata, kena belajar lama untuk dapat diploma. satu sesi je tak cukup)

lepas bincang2, abang setuju. abang tanya bila saya nak buat exam kemasukan tu. saya kata tak tau lagi bila sebab paling lambat ambil exam tu, 4 feb. hehe.. lama lagi kan.. saya cam tak rajin nak ambil awal2. tapi abang nasihat suruh ambil awal takut nanti dah sibuk dengan apa2. betul gak kan? so...

keesokan harinya.. (hari selasa) saya ke Institut Francais semula. hehe.. rajin lak fie ni ulang alik kan? okies.. ni kali ke 3 saya ke sana dan saya betul2 tekad nak ambil kelas tu. madame kat kaunter tu pun dah kenal muka saya ni. hehe... saya kata nak ambil exam. dia tunjukkan saya tempat bayar. saya bayar 50dh. dapat resit. saya ke madame semula. tunjuk resit. madame bagi kertas exam. ada dalam 4 helai kot. madame tunjuk tangga kat saya. kena naik atas untuk jawab exam. kat atas, ada2 orang cikgu yang tengah menunggu. ada banyak kelas kosong, satu kelas yang ada orang. dalam 4 orang kot. semua tengah ambil exam kemasukan. seram tak? eheh...

cikgu tu datang kat saya, tunjuk kelas yang ada orang tu. saya kena jawab exam kat situ. oh ye.. semuanya berbahasa French. terkebil2 saya nak menjawab kata2 cikgu tu. tapi alang2 saya faham, saya angguk2 je la kan.. hehe.. dah duduk tu, buka kertas soalan. ada muka surat yang kena isi maklumat diri. soalan exam? satu muka surat je pun. cikgu bacakan soalan. lepas tu terangkan balik. saya macam faham. cikgu keluar. saya diberi masa 20 minit untuk jawab.

soalannya? bukan objektif, bukan isi tempat kosong, tapi buat karangan. haha.. memang saya jawab sikit je la coz tak banyak vocab. ada 3 soalan. pertama, cerita pasal diri sendiri. kedua, cerita pasal negeri saya. ketiga? saya tah faham soalan. kui2.. xpe la.. takkan nak buat2 pandai kalau dah memang tak reti kan.. saya datang sana pun sebab nak belajar. so.. saya jawab apa yang termampu.

lepas habis jawab, cikgu suruh masuk kelas lain. exam oral pulak. haha.. memang tersenyum je la saya. nasib baik cikgu ni penyabar dengan saya yang tak reti nak bercakap akibat tak banyak vocab ni. oh ye, cikgu ni perempuan, berkulit hitam, boleh cakap English tapi sepanjang exam oral tu, 5 perkataan english je keluar. saya tak boleh cakap selain French. memang penyabar la cikgu tu. sabar tunggu saya fikir perkataan walaupun satu ayat dalam 5 minit gak. hehe.. banyak la soalannya. dah tak ingat lak. saya cakap saya orang Malaysia. cikgu suruh cerita perbandingan Malaysia dengan Morocco. haha.. senang je kan? tapi saya tak banyak vocab, tu la tak terjawab soalan tu.

habis exam. cikgu tanda tahap saya. ada 0 sampai 4. saya banyak dapat 1 & 2. hehe.. malu gak sebenarnya. saya turun tangga, ke kaunter semula. serahkan kertas exam tu pada madame. saya tanya, bila saya kena bayar yuran. dia cakap bila2 je, sebelum mula kelas. saya tak bawa cukup duit masa tu. so.. saya fikir lain kali la bayar. saya dah nak balik. tengah nak cari teksi. tiba2 abang call. tanya nak kerja tak. dalam 3 @ 4 hari je, sampai kerja siap. saya cam teringin nak kerja sebab tak tau nak buat apa kat rumah. abes call. fikir2 balik, rasa macam malas nak ulang alik ke bandar, semata2 untuk bayar yuran kelas. so.. saya ke bank, keluarkan duit. hehe.. pastu balik semula ke Institut Francais. ke kaunter minta kertas exam, tunggu turn buat bayaran. (bayaran dikira berdasarkan kertas exam sebab kat muka depan kertas tu, ada tulis kelas mana yang nak masuk). lepas bayar, buat kad pelajar. nasib baik saya bawa gambar. tunggu2, last2 siap. saya lupa nak ambil gambar kad tu. nanti la saya masukkan dalam entry ni k.

habis cerita.. fuh.. panjang betul. hehe...

0853
Dar 678
Bradaah, Mohammedia

Tuesday, January 19, 2010

Institut Francais

14 celcius...
dah nak tidur, tapi nak update blog untuk hari ni. hehe...
cuma nak bercerita pasal kelas french.

minggu lepas, saya minta suaidah teman saya cari kelas french untuk saya isi masa terluang saya. rasa macam bazir masa kalau sem depan saya tak buat apa2, cuma ke jamiah untuk satu madah. so.. saya ambil keputusan untuk menyibukkan diri belajar french. ehe.. kenapa sibuk nak belajar french? sebab saya rasa ni peluang untuk saya kuasai bahasa tersebut. memang Malaysia tak tekan sangat French sebab English lebih utama.. tapi kelas English boleh ambil kat Malaysia. betul tak? ehe.. pandai2 je fie ni..

dipendekkan cerita, destinasi pertama kami, Agdal. tahun lepas, saya pernah teman Lilah cari kelas french kat agdal. ada satu tempat tu nama Academia. tapi masa tu orang kat situ kata, kelas French da habis sebab mula bulan 1. masa kami pergi dulu bulan 3. so.. minggu lepas saya tekad nak g survey kat Academia tu. tapi saya lupa tempat tu kat mana. hehe.. cari punya cari, jumpa la satu tempat ni.. Dubai School. ada tawaran kelas bahasa. macam2 bahasa ada, termasuk French. so... kami pergi tanya. tak dapat banyak maklumat sangat sebab kelas tak mula lagi. dah ada group, tapi tenaga pengajar tak sihat. ehe.. katanya nanti mereka akan hubungi saya semula. maklumat yang saya dapat? pendaftaran 150dh. yuran sebulan 300dh. kelas lebih kurang dalam 3 bulan. setiap hari sabtu kalau tak silap.

keluar daripada Dubai School, kami menapak lagi. akhirnya jumpa Academia. hehe... excited ni. masuk dalam tu. tanya2. rupa2nya kami salah tempat. Academia tu pusat tusyen, bukan pusat bahasa. hehe.. malu kejap. nasib baik orang tu peramah. dia cadang satu tempat ni. saya tak pernah tau kewujudan tempat tu. Maahad Faransi. dekat bandar, dekat2 dengan Hotel Belere. saya memang nak ke bandar sebab nak survey kelas kat sana. so.. kami naik teksi ke bandar.

sampai di Maahad Faransi a.k.a Institut Francais, saya terkejut. macam takut nak masuk sebab tengok gaya macam tempat orang kaya2 je. semua yang ada dalam tu macam orang kerja. takut, tapi alang2 dah sampai kn.. rugi la kalau tak beranikan diri, tanya kat kaunter pertanyaan tu. so.. kami masuk gak dalam tu. dapatkan maklumat kat kaunter pertanyaan. orang kat kaunter tu agak malas nak layan kami. so.. rasa macam tak best lak tempat tu. hehe.. dah la mahal. kami pun keluar. maklumat yang saya dapat? hehe.. tak faham sangat. yang pasti, yuran 2400dh untuk 2 bulan lebih kurang means 50jam.

destinasi terakhir, CLC. ha.. pusat bahasa ni famous gak tau. Communication Learning Center. selalu nampak brocher dia bersepah2 kat jalan. ala.. yang warna kuning tu.. hehe.. masuk kat tempat tu. orang kat kaunter tu baik. peramah. uhuh.. menarik la tempatnya. harga? murah je.. 580dh untuk 40jam. lebih kurang 3 bulan sebab seminggu 4 jam. samada ambil ahad pagi daripada pukul 9 sampai 1, atau pun ambil hari isnin dan rabu petang pukul 5 petang hingga 7 petang.

so.. daripada 3 kelas yang saya kunjungi minggu lepas. saya wat kesimpulan kelas terbaik bagi saya, CLC tu la kot. sebab murah. for sure la saya pilih hari ahad coz takkan nak masuk kelas yang pukul 5 petang sampai 7 petang tu kn.. maghrib pukul 5.30 sampai 7 petang. bahaya2.. dah la malam, silap2 haribulan, terlepas solat maghrib.

kesimpulannya... saya pilih CLC? ehe.. tak la.. bincang dengan abang. abang macam tak setuju sebab abang cuma cuti sabtu dan ahad. pastu takkan ahad saya nak ke kelas pulak kn.. betul gak tu kan? so... saya kena la cari kelas lain. hehe...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. selalu dengar peribahasa ni tak? saya percaya peribahasa ni. uhuh.. sebabnya? alhamdulillah.. hari ni saya nampak jalan yang saya cari tu. :) pagi semalam saya nak ke agdal. hajat di hati nak ke Dubai School tu untuk minta dia buat kelas selain sabtu ahad. macam biasa, kena la naik teksi. masa dalam teksi tu.. tiba2 tergerak hati nak tanya pemandu teksi tu, kot2 dia tau mana2 kelas bahasa untuk belajar French. hehe.. macam tak percaya lak sebab selama ni saya tak suka nak bercakap dengan orang yang saya tak kenal. pakcik tu pun terangkan itu ini. last2 dia tanya samada saya nak ke agdal @ kelas yang dia cakap tu. ehe.. pucuk dicita, ulam mendatang. alang2 dah ada orang tau tempat.. apa salahnya mencuba, ye tak? so.. teksi tu ke bandar. rupa2nya kelas yang saya dah pergi haritu. hehe.. maahad faransi tu rupanya..

saya agak kecewa sebenarnya sebab tu rupanya tempat yang orang teksi tu maksudkan. saya dah nak ambil teksi balik dah time tu. tapi tiba2 tergerak nak masuk. uhuh.. masuk, tengok2.. last2 saya keluar. hehe.. kelakar tak? saya jalan pergi tempat lain. tapi last2 saya patah balik. "erm.. tak boleh jadi ni, dah dua kali dah saya ke sini tanpa diminta. insyaAllah ada hikmahnya" so.. saya tekad nak tanya lagi sekali. hehe.. tebalkan je la muka ni. malu sebenarnya sebab dah pernah tanya, tapi nak tanya lagi, pastu tak masuk2 pun. uhuh.. nasib baik masa tu bukan orang yang sama kat kaunter pertanyaan tu. orang lain. peramah. uhuh.. sejuk sikit hati ni. erm.. yang paling mudah, dia cakap english. hehe.. senang la kerja saya camtu. tanya punya tanya, last2 baru dapat maklumat yang betul...

haha.. penat dah. kena tidur. esok la sambung balik.
kena bangun awal sebab nak kerja part time esok.
ngueh3..

2300
Bouhlal, Rabat

Saturday, January 16, 2010

16 Januari 2010

15 celcius...
sedang menaip sambil makan kek coklat. hehe..
abang naik rumah ikhwah mohamedia, g makan pulut kuning. rajin betul dak2 rumah tu masak. ehe.. bagus la, sekurang2nya abang tak lapar bila duduk sorang2 kat rumah ni. ehe...

16 jan 2010.
jom kita tengok sapa wish dulu. ehe...
for sure la abang coz abang ada dengan fie kat dar 678 ni. kan sayang? ;)
tepat pukul 12 tghmlm tu gak, dapat sms drpd ahli bilik. hehe... suaidah, aman n mekda.
lepas tu mantan tok penghulu rabat lak wish. dia chatting ngan abg masa tu.
pagi tadi, lebih kurang pukul 10, mak call. hehe.. best2.. ada mak, abah n kakna je. kaksu ada kem apa tah. borak2 jap tadi. thanks mak.. susah2 je call daripada jauh. hehe..
pastu.. ada gak yang wish kat blog ni n facebook.
erm... actually, terkurang sorang yang penting coz saya tak sempat nak bagi nombor hp baru saya kat dia. xpe la.. apapun, fie tau adah tak lupa bitrhday fie.. ;) nnt fie ingat, fie bagi nombor baru fie k.. ehe..

apa aktiviti hari ni? hehe.. tak ada yang istimewa pun. suaidah sibuk tanya saya masak apa. :P siang tadi, tak sibuk nak masak pun sebab rasa cam kenyang. petang tadi ke jutiah. cari2 barang n makan bibi. actually, nak bibi n harirah, tapi harirah x jual kat kedai tu hari ni. tak sangka abang ajak beli harirah kat kedai lain. best2.. thanks abang.. ;)

erm.. masa keluar ke jutiah tadi, saya asek pk je. rasa macam sedih lak. sebab minggu depan dah nak pindah. dah tak duduk rumah ni. maknanya... dah jarang nak datang mohammedia ni. rasa macam kejap lak duduk sini. walaupun mohammedia ni agak tak macam bandar, tapi saya suka sebab suasana kat sini aman je. hehe.. jutiah pun best sebab ada sayur2 segar n buah2. macam2 la. hehe.. agak selesa mata memandang berbanding pasar rabat. (ada yang mengamuk ngan saya nanti, asek puji mohammedia) kui2.. apapun, hidup mesti diteruskan..

bulan depan, kami dah tak sewa rumah ni sebab abang dah kerja kat rabat. saya sememangnya kat rabat. nak cari rumah kat rabat, tapi belum jumpa. sesiapa yang rasa cam baik hati nak tolong carikan rumah, amat2 dialu2kan. :D

eh.. terkeluar tajuk lak. hehe.. okies.. tu je kot nak cerita kali ni. kek kat tangan tadi pun dah habis makan. nak pelawa pun tak sempat. tengok gambar je la ye.. =D

Thanks abang...

2037
Dar 678
Bradaah, Mohammedia...

Selamat hari lahir Sayang...

14celcius..

Selamat hari lahir yang ke 23 sayang.. semoga panjang umur, murah rezki, di permudahkan segala urusan..:) Abang sentiasa doakan yang terbaik utk sayang..

Thanks untuk fie sbb banyak bantu abg dalam semua benda. Thanks gak dalam masa 5 bulan ni fie jadi isteri yang terbaik untuk abg. Maafkan abg andai ada apa2 salah dan silap. :) harap Allah bantu abg untuk jadi suami yang terbaik untuk fie.

Update biasa je ni..:) just to wish happy besday to my love..

Doakan yang terbaik utk kami ye. Alhamdulillah dah mula kerja. busy sikit sekarang ni, so blog pun tak sempat nak update. takpe, kakfie slalu update nti, die byk masa free skang ni. eheh..

Ok lah, Sekali lg utk isteri tersayang.. selamat hari lahir.. abg sayang fie.

0016
Dar 678,
Bradaah, Mohammedia.

Wednesday, January 13, 2010

Tamat Exam, Alhamdulillah...

18 celcius..
macam tinggi je suhu kan? actually, sekarang ni musim hujan. hari-hari hujan. pernah sampai 8 celcius. ehe.. hari ni tinggi lak.

alhamdulillah..Justify Full
hari ni hari terakhir exam saya. subjek portugal. best subjek ni. sepatutnya exam minggu lepas, tapi ustaz tangguh jadi minggu ni. minat nak mengajar lebih banyak daripada exam. ustaz banyak ajar pasal perbualan. tadi soalan exam boleh tahan. agak mudah tapi mengelirukan. tapi jadi senang sebab ustaz banyak tolong. ustaz lebih mementingkan kefahaman student daripada jawapan yang betul. kalau tak faham, tanya je kat ustaz, nanti ustaz terangkan balik. bila dah siap, ustaz cek dulu jawapan. dah betul baru ustaz ambil kertas. hehe... yang paling menarik, bila semua orang dah hantar kertas, dak2 arab ni sibuk kerumun ustaz, minta markah tinggi. "ustaz, tolong bagi kami markah tinggi.. madah lain kami tak dapat nak dapat tinggi2 sangat". hehe... pandai gak membodek dak2 ni. apapun, kita tunggu dan lihat result yang akan ditampal lebih kurang dua minggu akan datang...

abang dah habis exam semalam. alhamdulillah, abang dapat jawab exam tu dengan baik. hepi je abang bercerita semalam. hari ni ada pembentangan tesis PHD ustaz Wifaq di Meknes. ramai student yang dah habis exam ke sana. abang pun mula2 berhajat nak ke sana. tapi tadi abang tak jadi nak ke Meknes sebab En. Kamil minta abang mula kerja hari ni. ehe... semalam habis exam, hari ni mula kerja. harap2 lepas ni segala urusan kami dipermudahkan.
~abang kerja baik2 tau...

saya nak buat apa lepas exam ni? erm.. masih berkira2 dan berfikir2. hajat dihati nak kerja @ sambung belajar. tengok dulu rezeki saya kat mana. yang penting, saya berharap agar masa terluang saya tak dipersia dengan aktiviti yang agak tak best. ehe...

sedar tak sedar, dah nak habis pun semester ni. minggu ni minggu last exam, bermakna lepas ni dah tak ada kelas. cuma tunggu result keluar & istidrok bagi yang tidak bernasib baik dalam exam lepas. lepas tu? semester baru akan bermula. sedih sebab kawan-kawan sebatch majoriti dah nak balik. saya je tinggal kat sini. (ada je lg sikit). nampak gaya, untuk tidak mensia-siakan tempoh keberadaan saya di Morocco ni, saya kena cari apa-apa peluang yang ada.

oh ye.. buat student Rabat, tahniah bagi sesiapa yang dah habis exam. Bittaufiq untuk yang kena istidrok. lipat gandakan usaha bila dah masuk fatrah istidrok nanti sebab itu peluang terakhir yang ada untuk semester ini. dan yang paling penting, kalau tak faham dengan sistem pemarkahan di Rabat, sila rujuk senior yang BERPENGALAMAN untuk menerangkannya. ehe.. rasanya adik2 ni tak faham2 lagi macam mana boleh kena ulang, macam mana boleh tak lulus walaupun dah muaddal. hehe.. selamat la ye...
~pengalaman kita, panduan hidup mereka...

1824
Bouhlal, Rabat...

Friday, January 8, 2010

Mimpi ke Tanah Suci..

10celcius..




Cuaca harini sejuk, mendung. Hujan dari semalam lagi. Agaknya dah ada salji ke di Okaimenden ya? kalau dah ada, tunggu kemunculan kami di sana. ehe.

Dah seminggu blog ni tak terupdate, maklum la sama sibuk dengan exam. InsyaAllah minggu depan dah habis exam dah. :) Harap Allah mudahkan semuanya.

Sekarang ni saya(adli) di Rabat, hantarkan buku kakfie yang tertinggal di rumah Mohammedia. Esok kakfie ada 3exam, kesian dia kalau nak suruh balik Mohammedia untuk ambil buku tu. Apa-apa pun, abang doakan fie dipermudahkan semuanya.

Owh ya, berbalik pada tajuk yang saya tulis di atas ni. Saya pun tak tahu kenapa, malam td kali ke 2 saya mimpi ke Mekah bersama isteri. Tak tahu la tunaikan haji @ umrah. ehe. Minggu lepas juga saya mimpi benda yang sama. Minggu lepas mimpi kami baru nak masuk masjidil haram, tapi tak sempat masuk lagi dah terjaga. uhu. Minggu ni pula mimpi sibuk2 dengan orang ramai nak gi tempat tawaf, baru je nk sampai fie dah misscall suruh bangun solat subuh. ehe. kacau je kan.

Haritu ada cerita pada kawan2 kat Mohammedia. Pastu tajuddin plak cerita yang dia pun penah mimpi ke Mekah. Mimpi dia lagi hebat, siap boleh masuk kaabah lagi, pastu nampak orang tua muka garang duduk dalam kaabah. hehe.

Sebelum kahwin dulu pun penah mimpi nak ke Mekah. Rasanya fie ingat lagi yang abang cerita dulu kan? Mimpi jumpa fie di airport casablanca, sama-sama nak ke Mekah, tapi macam mana ntah, tiba-tiba masa tu beg saya tertinggal. eheh. So, masa tu tak dapat nak gi mekah.

Erm, teringin sangat nak sampai Mekah.Teringin nak berdoa depan kaabah. Teringin nak solat di Masjidil haram. Semoga Allah makbulkan doa saya untuk sampai ke sana bersama isteri. InsyaAllah ada rezki sampai lah nanti. :) Kena kumpul duit dari sekarang nih!. eheh.

Ok la, itu je untuk kali ni. Doakan kami dipermudahkan utk exam ni ye.


0939
RumahMamaHajah (kudin bg nama)
Bouhlal, Rabat.



Friday, January 1, 2010

sanah Helwa Aman... -3112-

13 celcius...
actually, nak post semalam, tapi tak sempat n tak larat. so.. ditunda sampai hari ni. ehe..

semalam merupakan hari yang bermakna buat "dak kecik" a.k.a Amanina. anak sulong tapi sekali tengok macam anak last sebab dia comel. hehe.. tapi bila dah kenal, memang nampak la ciri-ciri 'kakak' yang ada pada dia.

apa yang saya boleh komen pasal Aman?
tahun 2009 baru berpeluang kenal dekat dengan aman coz baru sebilik dengan dia. (selama ni bilik dengan Suaidah je). ehe.. so.. aman ni pembersih orangnya. suka mengemas. agak cerewet bab2 kebersihan. tapi bila nampak anak lipas lalu kat buku, dia tak nak bunuh coz taknak buku dia kotor. hehe.. kan nampak tu, ciri2 pembersih dia. ;))

seorang yang penyabar, tak mudah marah, tak suka orang membebel. boleh menyembunyikan perasaan marahnya bila berdepan dengan orang yang cari pasal dengan dia. (ni sifat yang paling saya kagum. uhuh..) suka study @ buat urudh last minit, tapi semua on time. cepat menghafal sesuatu perkara. nak hafal hadith @ surah memang senang rasanya. ehe.. sebab tu dia releks je. suka beli makanan, tapi nanti dia makan suku je. selebihnya bagi kat orang sekeliling. ahah.. share ngan saya, suaidah n mekda. ni part yang best. kui2..

oh ye.. Aman ni paling rapat ngan kakak dia, a.k.a KakDe. kui2.. adik ngan kakak. saya suka sebab suaidah ada teman time saya takde. uhuh.. sekarang ni saya bilik berempat. (saya, suaidah, aman n mekda). bilik kecik je, tapi boleh tahan la. (paling best bila kak Zila kata bilik kami macam bilik) hehe... bese la tu kn.. ahli bilik saya semua cerewet bab kebersihan. tu yang tak berapa nak sepah. oh ye.. ni gambar masa g doreh 10 disember baru2 ni.

suaidah, aman n mekda.
CERIA~

mekda sibuk dengan henna dia. ehe...

gambar ni paling best.
mekda sibuk dengan inai dia. ngueh3..
suaidah sibuk nak bergambar. *pantang nampak camera.ehe..
aman tengah cakap ngan suaidah tapi tak dilayan. kui2..

the best pic ever.
taken on my handbag.
lawa gak posisi gambar ni kn?

KAMI
aman, mekda, suaidah, fie

ni satu2nya gambar bersama aman yang ok sikit time kat doreh.

dikesempatan ni, nak ucapkan Happy Belated Birthday kat Aman. tahun ni saya tak mampu nak bagi apa2 hadiah. sori ek.. ehe.. apapun, saya harap awak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. jadilah manusia yang kuat, tabah hadapi segala rintangan dalam hidup ni. hidup tak selalu indah kan? oh ye.. jadi orang yang tegas gak tau. thanks sebab memahami saya. best dapat kenal awak. *masa kat rumah bawah dulu, tak berapa nak kenal sangat. ehe.. ~yela2.. best gak dapat kenal suaidah ngan mekda. (kang jeles lak dak dua org tu =P ). erm.. maafkan saya kalau saya ada buat salah ngan awak. sori sangat2 sebab tak dapat nak penuhi permintaan awak semalam. awak ajak g mcD, tapi saya tak nak g. ehe.. teringin sebenarnya, tapi ada perkara yang menghalang. tunggu la bila minhah dah masuk nanti k... kita keluar berempat lagi. ehe..

okies.. tu je kot.
p/s: post kenangan 2009 akan datang..

0804
Dar 678
Bradaah, Mohammedia