Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2015

KALAU AKU BUKAN GURU

Fuh.. rasa cam lama dah tak bercerita kat sini kn?

beberapa minggu ni sibuk dengan pelbagai tugas seorang guru.
tanda kertas exam 15 set.
Key in markah.
Meeting e pelaporan.
Update pppm pbs.
Siapkan buku rekod mengajar utk cuti ni.
Isi fail ppb.
Update epelaporan jqaf.
fuh...
ada yang dah siap, ada yang baru 60%.
Hehe...

Hari guru?
18 mei 2015 ada sambutan rasmi hari guru.
Terlalu rasmi. Ehe...
so..
dipendekkan cerita, hari ni sambutan hari guru sesi petang. Esok sambutan hari guru ramai2, semua guru kena datang pagi.
Tema hari ni?
KALAU AKU BUKAN GURU

Wah... first time tu dapat buat tema gila2 camni.
Tak sabar rasa nak ambil gambar dengan kawan2.
Apa la yang derang pakai jap lagi kn?

Okies..
nak gosok baju.
Kalau rajin, nanti update gambar2 menarik.

;)
;)
:)

8.15 a.m
28052015
Taman sri andalas

Saturday, May 23, 2015

SHOPPING , MAKE OVER

Orang kata, membeli belah itu satu terapi yang baik. Is it true?
Yes!

Saya sangat suka shopping.
Saya gemar window shopping.
Tapi saya sedar yang saya bukan 'orang kaya', so saya membeli ikut kehendak yang dirasakan perlu. Ahha...

baru balik daripada shopping berlima.
saya. Adik. Iyyad. Aufa. Eihab.
En suami xde.. g program sekolah..

ke gm dan tesco je pun. Tapi lama bukan main. Siap ada take 5 utk tidur dalam kereta. Haha.. kelakar lak. Keluar pukul 12, balik pukul 6.
Apa yang dibeli?
Tak banyak pun.. banyak cuci mata tgk brg2 dalam kedai je.
Iyyad - buku mewarna n buku cerita
Aufa - pandora
Eihab - stokin
mama- pin tudung, cardigan, seluar, kemeja kotak2.
hahaha...
Okies.. stop membeli bulan ni. Sambung bulan depan lak.

actually dalam proses nak make over.
bulan lepas beli tudung.
bulan ni seluar n skincare.
Bulan depan tak tau lagi apa. Hehe..
Wait for the new me! ;) ;)

Kenapa make over?
Saje nak tukar penampilan.
dah tahun ke 6 jadi isteri orang, tiba masa utk ubah penampilan.
Nak en suami sentiasa sayang.  Hehe..
Haha.. ye2 je fie ni. Xde la..
fie tetap fie, fiza tetap fiza, fizah tetap fizah..
Xde pe yang berubah pun..
it's me, myself. ;)

***lama rasa x letak gambar kat blog ni.
nah belanja satu gambar..

**dating ngan abang sayang kat morocco.. April 2015

ohho.. abaikan eyebag, kedut2 kat muka, tona kulit yg agak tak sekata.
saya dah ada anak 3 ok.. muka dah nampak tua Sebab penat..
waaa.... Sedih sangat2..

marykay, here i come! ;) ;)

7.51 p.m
taman sri andalas, klang

Monday, May 18, 2015

::mimpi mainan tidur::

Dah nak sampai tengah malam.
abang belum balik lagi, g makan2 kawannya belanja.
Ambil peluang conteng blog jap! Ehe..

Malam tadi macam2 saya mimpi.
Orang kata, mimpi tu mainan tidur. Kalau sebelum tidur kita terlalu fikirkan sesuatu, tengah tidur nanti akan termimpi benda yang kita risaukan tu. Betul ke?

Macam2 sgt mimpi malam tadi. Paling tak boleh terima, bil air sampai rm100! Ahha.. padahal sebelum ni tak pernah bayar pun sbb penggunaan tak lebih daripada yang ditanggung free.

Ada mimpi lain yang tak masuk akal gak. Banyak sangat fikir, jadi kucar kacir mimpi tu. Haha... macam2..
tapikan... macam mana nak tau sesuatu mimpi tu hanya mainan tidur @ petanda apa2 ye?

11.43 p.m
18052015
Taman Sri Andalas,  Klang

Friday, May 15, 2015

::sistem::

Sistem.
zaman sekarang dah canggih. Berbeza dengan zaman saya sekolah rendah dulu.
dulu cikgu2 pegang buku rekod,  buku tulis murid, buku kedatangan,  semuanya buku. Jarang boleh nampak cikgu pegang laptop. Itu kisah murid sekolah rendah tahun 1990an..

Cikgu zaman sekarang wajib menghadap laptop. Lebih2 lagi bila lepas exam. Macam2 'e' yg ada. Ahha.. nak ulas pun x reti. Sebagai org yg menggunakan sistem, rasanya ramai yang marah bila capaian internet tak memuaskan. Itu kisah sistem online. Kalau kisah sistem offline pula, ada masalah peranti, masalah mic office tak sama siri, masalah windows yg berbeza. Macam2 lagi la.. ramai yang mengeluh, tapi dalam pada mengeluh tu,siap juga kerja. :)

Actually sistem tu tak salah tapi perlu dimurnikan. Bila ada sebarang aduan, cadangan @ kritikan,  org yg bertanggungjawab pada sistem tu perlu ambil perhatian. Perlu buat pemurnian. Perlu baiki mana yang silap.
sebab tu la wujudnya macam2 versi. Ada je versi terbaru yang ada penambahbaikan. Tahniah! :)

tapi kalau masalah capaian internet macam mana? ahha...
Susah kan! Sistem online kena ada internet. Kalau tiada internet di rumah, kena siapkan di sekolah. Ada sekolah yang internet limited pula kalau dah ramai2 online. Ada sistem yg jammed bila ramai2 nak masuk dalam masa yg sama.. aduhai.. kesiannya insan bernama cikgu!
Apapun, saya tau jauh dalam sudut hati seorang cikgu, dia inginkan yang terbaik buat anak murid dan prestasi kerjanya..

semoga sistem yang bermasaah itu mendapat perhatian selayaknya.
semoga dikurniakan kesabaran buat insan bernama guru.

selamat hari guru!
Ohho... esok kn? :)

**rindu zaman belajar...

10.51 a.m
15052015
Taman Sri Andalas,  klang

Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu..

Assalamualaikum... kasih sayang dan rindu utk semua yg bergelar ibu..
"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      

-Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
-Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      
.
 -Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
.
-Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
.
-Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
.
-Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

-"Untuk apa???", tanya malaikat.

-Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    
 -Allah S.W.T berfirman:        
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
 Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
 namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."    
    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    
     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."  
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
 tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."  
 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
 Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    
.    
"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar...
-istimewanya seorang Ummi...mama..ibu..emak dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita
 SELAMAT HARI IBU buat semua wanita. 

Thursday, May 7, 2015

Ujian Kehidupan

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 2:286

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas sehingga hari ini..
skema tak ayat?
Ehe...

actually banyak sangat benda yang dah jadi sepanjang tahun lepas dan separuh tahun ni. Sedar tak sedar, dah banyak rupanya nikmat yang diterima.. banyak juga dugaan yang datang.

Nak cerita semua, tak larat la pulak. Buat ringkasan je la. 😂😂
actually tak suka pun nak cerita hal sendiri kat alam maya ni. Tapi kalau perkara tu boleh dijadikan iktibar, tak salah kan?

Teringat akhir bulan 3 yang lepas.. masa diuji dengan ujian yang terlalu besar..
Rasa down sangat2.. nak berkongsi cerita dgn org pun tak mampu nak pulihkan rasa 'down' tu. Last2 google cari pengalaman org, kot2 ada yang serupa. Banyak rupanya..
ada yang buat keputusan negatif, ada yang positif..

sebagai seorang yang inginkan kebahagiaan, for sure la saya pilih yang positif..
kalau ikutkan hati, nak lari terus drpd semua masalah yang mendatang. Ye, saya boleh lari. Saya boleh abaikan semuanya. Saya boleh ambil tindakan pada yang berkenaan.
Tapi saya tau semua tu tak dapat selesaikan masalah. Tak dapat buat saya bahagia. Cuma dapat puaskan hati dalam masa yang singkat.

alhamdulillah Allah tunjuk semua..
disaat saya buntu, Allah dedahkan semua yang tersembunyi.. bukan mudah untuk saya terima segalanya tapi saya bersyukur sangat2 sebab semuanya masih belum terlambat. Yup, memang ada yang dah terlambat tapi itu bukan hal saya, saya kena pejam mata je dgn apa yang dah berlaku..

Sehingga hari ini, saya masih cuba didik diri terima dengan tenang apa yang telah berlaku. Saya tau sedikit sebanyak berpunca daripada kesilapan saya, tapi kebanyakannya bukan salah saya. Dah2.. tak nak cerita benda yang dah lepas. Harap2 org yang berkenaan dapat hukuman yang setimpal dengan segala apa yang telah berlaku.

lepas satu, satu Allah atur..
bermula akhir bulan 3 sampai ke hari ni, macam2 yang dilalui..
alhamdulillah...
kalau bukan sebab ujian besar tu, saya rasa saya tak dapat nak tanggung ujian seterusnya yang mendatang hingga ke hari ini.
Saya beruntung sebab punyai keluarga. Ada suami yang caring, ada anak2 yang comel. Ada segalanya..
Saya berdoa agar Allah tak tarik nikmat yang saya peroleh sekarang..
memang banyak benda yang boleh buat kita gembira, tapi cinta yang HALAL lebih agung daripada segalanya,  lebih penting daripada kuasa duit.

Haha..
panjang pulak luahan hati hari ni kn!
X perlu faham dan tak perlu ambil tahu.
Saje je nak post untuk penuhkan semula blog ni. Untuk abadikan segalanya di alam maya. ☺
mana tahu, satu hari nanti boleh jadi iktibar untuk pembaca..

oh ye..
pengajarannya..
☺ Jangan pernah sangsi dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
☺ sebaik mana pun kita,  kita tetap akan diuji oleh Nya supaya kita tak kufur nikmat, sentiasa dekat denganNya..
☺ bila ditimpa ujian,  jangan cepat melatah. Mengadu padaNya, minta Allah dedahkan semuanya. Minta Allah bersihkan hati, tenangkan jiwa.
☺ serahkan pada Allah untuk menghukum si pesalah. Bukan tugas kita untuk membalas walaupun kita rasa dengan cara membalas dapat puaskan hati kita. No! Allah dah atur segalanya untuk dia. Tak perlu dendam sebab dia akan rasa apa yang kita dah rasa.
☺ orang yang tenang jiwanya mudah untuk menerima segala ujian yang mendatang dengan tenang. Tiada ujian tanpa penyelesaian.
☺ jangan letakkan 100% kesalahan pada org lain sebab dalam tak sedar, sedikit sebanyak kita juga merupakan punca drpd segala yang telah berlaku.

Sekian..
(Banyak lagi nak bebelkan, tapi dah tak cukup masa pula 😅)

12.11 p.m
070515
Taman Sri Andalas,  Klang

Tuesday, May 5, 2015

kembali menulis..

Sedar tak sedar, dah bertahun tak jenguk blog ni kan!
Teringin sangat nak kembali menconteng kat sini.
2014 tak ada catatan langsung?
Sibuk betul nampaknya 😅
InsyaAllah akan mula menulis kembali..
Doakan istiqomah!

**actually rasa terharu gak ada yang buka blog ni. Majoriti sebab nak tau pasal prosedur nak kawin kot. Segala persiapan yang perlu ada sebelum bersama yang tersayang. Ahha.. dulu selalu share pasal langkah2 macam2.. nak kawin,  nak uruskan sijil kat morocco dulu, macam2. Rindu pulak 😄

Kawan2 morocco semua dah berhenti menulis ke?
Rasanya macam majoriti dah sibuk dengan kehidupan masing2 bila dah balik Malaysia kan?
Sesiapa yang masih aktif blogger, meh sini komen kat post ni

**xde da cbox pe bagai tu. Malas nak beratkan blog. 😅

5.25 p.m
050515
klang, selangor