Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 7, 2010

Ulangtahun perkahwinan yang pertama

23 celcius...
hari ni sabtu, 7 ogos 2010.
tahun lepas, 7 ogos 2009, hari jumaat.
dah setahun. sekejap je masa berlalu kan? =D

kalau nak diikutkan cerita dari mula, kami tak pernah terfikir apa yang akan berlalu selepas setahun.

7 ogos 2008.. kami masih dalam fatrah mengenal budi masing2. ambil tahu itu ini, tapi masa tu tak pernah merancang pun untuk berkahwin dalam masa setahun.

7 ogos 2009.. tarikh yang amat bermakna buat kami. ramai yang membantu, alhamdulillah.. terima kasih tak terhingga pada kedua2 belah keluarga. 9.26 malam, saat diijabkabulkan. secara jujurnya, masa ni kami tak merancang pun lagi untuk ada baby dalam masa setahun.

7 ogos 2010.. masih berada di maghribi. hanya berbaki 2 minggu sebelum pulang terus ke Malaysia. banyak kenangan manis kami di sini. macam2 ada.. =D sayang mama n baba dah pun masuk minggu ke 24, minggu terakhir untuk bulan ke-5. masih berbaki 3 bulan untuk sayang berjuang sebelum berkenalan dengan dunia.

7 ogos 2011?? masih menjadi tanda tanya. apapun, kami sudah mula merancang keluarga dengan sedikit rapi.

kata orang, kita takkan nampak masa depan kita sehingga kita tau tujuan @ target kita untuk masa hadapan. semuanya makin jelas bila kita sedar tentang tanggungjawab diri. kalau nak diikutkan, dulu memang saya tak nampak apa akan berlaku, apa target saya. kalau ada pun, hanya sekadar "tinggi betul cita2 tu.. bole ke saya nak capai?". tak konfiden dengan diri? betul kot. rasa tak kuat untuk tegakkan apa yang diimpikan. alhamdulillah lepas keluar dari alam bujang, semuanya beransur hilang. ada kekuatan di situ, ada semangat baru setiap masa.

kalau selama ni saya tak pernah keluar rumah sorang2, lepas kawin setiap minggu saya ulang alik ke Mohammedia naik train.
kalau dulu saya risau saya kena uruskan sijil sorang2, sekarang saya dah dapat pun sijil tu, uruskan sorang2 pun.
kalau dulu saya hanya berangan nak sambung belajar, sekarang dah ada langkah mula.
kalau sebelum datang morocco, saya tak reti memasak, tak mahir buat kerja rumah. sekarang semuanya dah jadi rutin harian.
kalau dulu tension sorang2 time exam, sekarang dah ada teman kat sebelah.
kalau dulu nak buat apa2 pun hanya perlu fikir untuk diri sendiri, sekarang kena fikir pasal kandungan, takut2 bahaya untuk baby.
macam2 kan! =D

apapun, pengalaman hidup ni walaupun agak mencabar tetapi yang mencabar tu la saat yang paling indah. ada orang mengeluh sebab terlalu banyak kerja, terlalu banyak benda kena study, tak cukup masa untuk buat semua benda. tapi sebenarnya semua tu ada pulangannya, ada manfaatnya. sebabnya pengalaman tu la yang mematangkan kita, seterusnya jadi panduan untuk orang lain. sebab tu la orang selalu bercerita mengenai pengalaman masing2, betul tak? pada pendapat saya, orang yang tak ada pengalaman tu agak rugi sebab dirinya kosong. apapun, pengalaman setiap orang berbeza, kan? so.. hargai semuanya, hargai apa yang kita ada.

ramai yang bertanya tentang kandungan saya, ramai yang nak tengok gambar terbaru saya, ramai yang nak tengok saya berbadan dua. tapi saya jarang letak gambar saya coz memang jarang ambil gambar. maybe sebab tak ada apa yang menarik untuk diambil kot. actually, tak ada orang nak ambil gambar kami berdua. tu la saya selalu letak gambar muka je (bila berdua) sebab ambil gambar sendiri. hehehe... okies.. jom tengok gambar kami dalam jarak masa setahun..

070809
hari diijabkabulkan

080809
hari kenduri pihak perempuan

230909
hari kenduri pihak lelaki

141109
jalan2 pantai Mohammedia

140210
bercuti di Marrakech

280210
bercuti di Tanger

260510
bercuti dengan family di Cordoba, Spain
-kandungan 3 bulan (akhir)-

110710
hari konvokesyen
-kandungan 4 bulan (akhir)-

310710
bercuti di Asilah
-kandungan 5 bulan-

okies.. sebelum terlupa, ni info untuk minggu ni..

Fetal development - 24 weeks pregnant


Your baby now weighs more than 600g. She is starting to fill the space in your uterus (womb). From crown to heel she could measure 30cm. Though your baby still has little body fat and her skin is thin and fragile, she's well-proportioned. Her brain is growing rapidly, tastebuds have fully developed, and her footprints and fingerprints are continuing to form. Inside her body, her lungs are developing branches of the respiratory tree as well as cells that produce surfactant. This substance will help her air sacs inflate once she reaches the outside world.

Your eyes may be light-sensitive and may feel gritty and dry. This is a perfectly normal pregnancy niggle known as dry eye syndrome. Try to rest your eyes as much as possible, and keep them clean with cotton wool and warm water.
--------------------------------------------------------------------------------------

akhirnya... ni gambar terbaru saya..

ni je gambar penuh yang ada. masa ni kandungan 5 bulan. gambar ni diambil minggu lepas. nampak cam 5 bulan x? hehe...

okies... tu je untuk kali ni..
nanti saya update cerita sepanjang hari ulangtahun kami.. (",)

0905
Bouhlal, Rabat

3 comments:

  1. Mama fie, ni Mama Lilah nak bg komen stlh lama jadi silent reader. he.

    Alhamdulillah, usia pernikahan kalian menjejak angka satu tahun, tahniah! Semoga kelahiran yang dinanti ini menjadi penguat cinta kalian lagi.

    Suka tengok kronologi gambar awk dan suami. Nampak pertambahan kelebaran masing2. he. (nak pertambahan ketinggian agak mustahil la).

    Benar, semua yang berlaku terlalu sikit atas perancangan kita sendiri. Keseluruhannya adalah perancangan Allah. Yang pasti, semuanya indah kan? Alhamdulillah.

    Untuk akhirnya, selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama. Tahniah kedua-duanya dapat ijazah. Awak juga, susah payah dapatkan sijil ijazah (pinjam sikit ayat. he.) Jgn jadikan keluarga dan anak-anak penghalang untuk terus belajar. Belajar tiada penghujung, begitu juga urusan keluarga tidak akan terhenti tanggungjawabnya.

    -Mama Lilah- (nak gak dipanggil mama :) )

    ReplyDelete
  2. hahahaha pitaaaaaaaaaaaaaakkk comel2.. ;)

    ReplyDelete
  3. oh tahniah! slmt ulang thun prkhwinan yang 1st!

    tak ley tahan pic ke 3...hehehe!

    ReplyDelete