Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa semua... =D

24 celcius...
hari ni 11 ogos 2010. Malaysia start puasa hari ni. Morocco? esok kot.. insyaAllah...
semalam 10 ogos 2010, birthday kaksu. ehe... da masuk 20 tahun da, tapi tetap jadi anak last yang macam kanak2 tu. hehehe... kaksu... kaksu... apepun, kakfie harap pasni kaksu makin matang dari semua segi.
~xde adiah untuk tahun ni k.. :P

tahun ni, first time saya rasa puasa kat morocco. dapat la dalam 9 hari lebih kurang. hehe... sebelum ni, setiap kali ramadhan mesti saya ada kat malaysia. so... kira ni pengalaman pertama la kn.. pulak tu, puasa pertama bersama baby dalam perut. hehe... alhamdulillah, setakat ni tak ada alahan @ sakit2. cumanya... sekarang ni saya tengah sakit mulut. gigi geraham atas paling hujung belah kiri dah lama pun tumbuh, tapi tak sepenuhnya lagi. dah seminggu ni asek rasa sakit je. bukan sakit gigi, tapi sakit pipi. maybe sebab gigi tu berlaga dengan pipi kot. macam tergigit pipi la. for sure la saya dah tak kunyah makanan belah kiri.. tapi tetap sakit bila nak buka mulut masukkan makanan dan kunyah belah kanan. kira effect sekali la coz gigi bergerak. hehe... macam2 la. pipi dah tembam ke ek? entah la.. tembam kat belah dalam, belah luar maintain je. ehe... tapi memang serius la sakit time makan. makan pun lambat2 je. dalam 30 minit gak la baru abes makan. nak makan sikit, tak cukup. kena makan banyak. so, kena sabar je la dengan kadar kelajuan mengunyah makanan sekarang ni...
~macam2 la fie ni... nasib baik minggu lepas tersalah beli beras, 5 kg beras pendek. so.. ala2 pulut gak la nasi tu. senang nak kunyah. kalo malas2 sgt, kemam pastu telan terus. hehehe...

okies... info untuk minggu ni..

Fetal development - 25 weeks pregnant


Your baby now weighs nearly 660g and is about 35cm long from crown to heel. He's beginning to exchange his long, lean look for some baby fat. As he does, his wrinkled skin will begin to smooth out and he'll start to look more like a newborn. His senses are becoming more sophisticated, too. At 26 weeks, fetal brain scans show response to touch. If you shine a light on your belly, your baby will turn his head, which means his optic nerve is working.

At every antenatal visit, your midwife or doctor will take your blood pressure and do tests on a sample of your urine. In this way, pregnancy-related conditions such as pre-eclampsia and diabetes can be detected and treated.

Your fingers, wrists and hands may be feeling achy and numb. The passageway, or carpal tunnel, in your wrist that carries your nerve and tendons to your hand is swollen, as are many other tissues in your body. The nerve that runs through the tunnel is pinched, creating pressure that causes shooting or burning pain. Wearing a brace may help. Talk to your midwife or doctor about other ways to cope.
-------------------------------------------------------------------------------------

dah lama tak g cek doktor. blood pressure pun tak tau da camne sekarang. urine test langsung tak pernah buat lagi. hehe... xpe2.. sabar ye fie.. sampai malaysia nanti, terus g cek balik.

bercerita pasal ulangtahun perkahwinan saya yang pertama...
6 ogos 2010 jam 9 malam, abang ambil saya. keluar makan kat ASIAM. teringin makan makanan malaysia sebenarnya. tapi asia pun kira menepati gak la. hehe.. lepas makan, g jalan2 pantai sampai tengah malam.. pastu abang hantar balik rumah..
7 ogos 2010 jam 10 pagi saya dan sakinah bersiap untuk ke rumah kak zila. seharian kami di madinah bersama anis, azwa dan mun. jalan2 sweqa dan main funfair. for sure la saya tak main... hehe.. malam tu kepenatan, tidur..
8 ogos 2010. rehat2, kemas rumah. dah selesa sikit la bahagian ruang tamu tu. kami kemas barang dapur, senang nak guna nanti. hehe.. thanks to anis, mun n azwa sebab banyak tolong. kalau saya dan sakinah berdua je, memang tak sanggup la nak harungi lautan barangan tu. =D petang tu, borak2 dengan abang kat pagar je. abang datang ambil barang.

hehe... simple je kan? dah tak duduk sekali... tak banyak la cerita. apapun, saya gembira sangat sebab masa makan malam tu, abang bagi hadiah yang saya dah lama teringin. teringin je, tapi tak pernah cakap pun. tiba2 dapat lak. =D
~jam lama saya dah rosak, tak tau rosak apa. tukar bateri pun dia tak nak bergerak gak. so.. presenting my new watch... =D

hahaha... tenet slow, xle nk upload gbr. nanti2 la edit post ni balik. =D

1017
Bouhlal, Rabat

Saturday, August 7, 2010

Ulangtahun perkahwinan yang pertama

23 celcius...
hari ni sabtu, 7 ogos 2010.
tahun lepas, 7 ogos 2009, hari jumaat.
dah setahun. sekejap je masa berlalu kan? =D

kalau nak diikutkan cerita dari mula, kami tak pernah terfikir apa yang akan berlalu selepas setahun.

7 ogos 2008.. kami masih dalam fatrah mengenal budi masing2. ambil tahu itu ini, tapi masa tu tak pernah merancang pun untuk berkahwin dalam masa setahun.

7 ogos 2009.. tarikh yang amat bermakna buat kami. ramai yang membantu, alhamdulillah.. terima kasih tak terhingga pada kedua2 belah keluarga. 9.26 malam, saat diijabkabulkan. secara jujurnya, masa ni kami tak merancang pun lagi untuk ada baby dalam masa setahun.

7 ogos 2010.. masih berada di maghribi. hanya berbaki 2 minggu sebelum pulang terus ke Malaysia. banyak kenangan manis kami di sini. macam2 ada.. =D sayang mama n baba dah pun masuk minggu ke 24, minggu terakhir untuk bulan ke-5. masih berbaki 3 bulan untuk sayang berjuang sebelum berkenalan dengan dunia.

7 ogos 2011?? masih menjadi tanda tanya. apapun, kami sudah mula merancang keluarga dengan sedikit rapi.

kata orang, kita takkan nampak masa depan kita sehingga kita tau tujuan @ target kita untuk masa hadapan. semuanya makin jelas bila kita sedar tentang tanggungjawab diri. kalau nak diikutkan, dulu memang saya tak nampak apa akan berlaku, apa target saya. kalau ada pun, hanya sekadar "tinggi betul cita2 tu.. bole ke saya nak capai?". tak konfiden dengan diri? betul kot. rasa tak kuat untuk tegakkan apa yang diimpikan. alhamdulillah lepas keluar dari alam bujang, semuanya beransur hilang. ada kekuatan di situ, ada semangat baru setiap masa.

kalau selama ni saya tak pernah keluar rumah sorang2, lepas kawin setiap minggu saya ulang alik ke Mohammedia naik train.
kalau dulu saya risau saya kena uruskan sijil sorang2, sekarang saya dah dapat pun sijil tu, uruskan sorang2 pun.
kalau dulu saya hanya berangan nak sambung belajar, sekarang dah ada langkah mula.
kalau sebelum datang morocco, saya tak reti memasak, tak mahir buat kerja rumah. sekarang semuanya dah jadi rutin harian.
kalau dulu tension sorang2 time exam, sekarang dah ada teman kat sebelah.
kalau dulu nak buat apa2 pun hanya perlu fikir untuk diri sendiri, sekarang kena fikir pasal kandungan, takut2 bahaya untuk baby.
macam2 kan! =D

apapun, pengalaman hidup ni walaupun agak mencabar tetapi yang mencabar tu la saat yang paling indah. ada orang mengeluh sebab terlalu banyak kerja, terlalu banyak benda kena study, tak cukup masa untuk buat semua benda. tapi sebenarnya semua tu ada pulangannya, ada manfaatnya. sebabnya pengalaman tu la yang mematangkan kita, seterusnya jadi panduan untuk orang lain. sebab tu la orang selalu bercerita mengenai pengalaman masing2, betul tak? pada pendapat saya, orang yang tak ada pengalaman tu agak rugi sebab dirinya kosong. apapun, pengalaman setiap orang berbeza, kan? so.. hargai semuanya, hargai apa yang kita ada.

ramai yang bertanya tentang kandungan saya, ramai yang nak tengok gambar terbaru saya, ramai yang nak tengok saya berbadan dua. tapi saya jarang letak gambar saya coz memang jarang ambil gambar. maybe sebab tak ada apa yang menarik untuk diambil kot. actually, tak ada orang nak ambil gambar kami berdua. tu la saya selalu letak gambar muka je (bila berdua) sebab ambil gambar sendiri. hehehe... okies.. jom tengok gambar kami dalam jarak masa setahun..

070809
hari diijabkabulkan

080809
hari kenduri pihak perempuan

230909
hari kenduri pihak lelaki

141109
jalan2 pantai Mohammedia

140210
bercuti di Marrakech

280210
bercuti di Tanger

260510
bercuti dengan family di Cordoba, Spain
-kandungan 3 bulan (akhir)-

110710
hari konvokesyen
-kandungan 4 bulan (akhir)-

310710
bercuti di Asilah
-kandungan 5 bulan-

okies.. sebelum terlupa, ni info untuk minggu ni..

Fetal development - 24 weeks pregnant


Your baby now weighs more than 600g. She is starting to fill the space in your uterus (womb). From crown to heel she could measure 30cm. Though your baby still has little body fat and her skin is thin and fragile, she's well-proportioned. Her brain is growing rapidly, tastebuds have fully developed, and her footprints and fingerprints are continuing to form. Inside her body, her lungs are developing branches of the respiratory tree as well as cells that produce surfactant. This substance will help her air sacs inflate once she reaches the outside world.

Your eyes may be light-sensitive and may feel gritty and dry. This is a perfectly normal pregnancy niggle known as dry eye syndrome. Try to rest your eyes as much as possible, and keep them clean with cotton wool and warm water.
--------------------------------------------------------------------------------------

akhirnya... ni gambar terbaru saya..

ni je gambar penuh yang ada. masa ni kandungan 5 bulan. gambar ni diambil minggu lepas. nampak cam 5 bulan x? hehe...

okies... tu je untuk kali ni..
nanti saya update cerita sepanjang hari ulangtahun kami.. (",)

0905
Bouhlal, Rabat