Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 20, 2010

tamat exam terakhir, InsyaAlah...

36 celcius...
baru balik daripada jamiah. exam syafawi tadi. wah... panas betul kat luar tu. selama dua minggu ni, saya tak keluar sangat. so memang tak rasa panas langsung la. hehe.. kalau keluar pun, dah nak asar, bukan time matahari tengah panas terik. tadi balik daripada jamiah, pukul 12.30 tengahari. panasnya tak yah cakap la. hehe.. padahal semua orang dah hari2 pun rasa, saya je yang baru rasa hari ni. saya jalan kaki sampai qamrah je, pastu ambil teksi. hehe...

exam tadi?
alhamdulillah... bagi saya, saya dah buat yang terbaik. better than nihaie tahun lepas yang banyak saya tersengeh je sebab tak tau jawapan. hehe.. ha.. disebabkan saya dah terkena tahun lepas, so saya ambil pengajaran la. kali ni, bila ada orang cam tak dapat jawab @ jawapannya agak tak tepat, terus saya nak rebut soalan tu. kenapa? sebab tahun lepas saya dah terkena. bukan saya tak dapat jawab, cuma saya tersekat2 jawab. tiba2 dak arab tu potong jawapan saya. tak pasal je saya jadi mangsa. so.. belajar daripada kesilapan la. hehe...
~pengajaran! dah kena jawab soalan syafawi dengan arab, kita kena buat perangai arab gak la. rebut2 jawab soalan. haha.. banyak kali gak ustaz tak layan bila saya nak jawab tadi.

satu benda yang saya sedikit kecewa, bila saya tak dapat nak hantar urudh tadi. bukan tak buat, bukan tak siap. cuma saya dah hantar time muraqabah mustamirrah bulan lepas. hurm... ustaz lupa kot. takut je saya tadi. nasib baik saya ada fotostat urudh tu. so.. hantar yang fotostat tu je la tadi. sedih je rasa. macam tak bersungguh buat urudh.
~pengajaran! kalau ada urudh kena hantar dan ustaz tak tetapkan bila kena hantar, lebih baik jangan hantar awal2 @ time tu dua tiga orang je yang hantar. memang nampak macam bersungguh time tu sebab orang lain tak hantar lagi, kita dah siap hantar. tapi risikonya... takut urudh tu dah hilang @ ustaz lupa yang kita pernah hantar urudh.. kan ke naya. hehe..

apa pun, saya harap markah exam saya kali ni melayakkan saya untuk menamatkan pengajian saya semester ni. harap2 sangat markah lebih 6, tak payah masuk istidrok da. kalau madah ni, istidrok tak tambah banyak sangat. dalam 0.5 @ 1 markah je. paling tinggi kalau tak silap saya, 2 markah. so... doakan saya najah tanpa istidrok ye.. risau sebenarnya ni..

okies... habis cerita pasal exam.

buka cerita baru. hehe... oh ye.. sebelum terlupa.. dah nak masuk 2 minggu tak post pasal info baby kan? okies.. ni untuk minggu ke-13

Fetal development - 13 weeks pregnant



Your baby is now about 6.7cm long from crown to rump and weighs nearly 23g – about half a banana. Your baby now has sucking muscles in her cheeks, so when you poke your stomach gently she will feel it and start rooting – that is, act as if she's searching for a nipple.

If you're having a girl, she now has approximately 2 million eggs in her ovaries; she will have only a million by the time she's born. She'll have fewer eggs as she gets older, and by age 17, the number will have dropped to 200,000.

As for you, the fog may be lifting, so to speak. For many women, the side effects of early pregnancy – frequent urination, intense fatigue, nausea – diminish sometime in the second trimester. At the same time, your growing uterus (womb) will be making your tummy look more rounded now.
------------------------------------------------------------------------------------
okies..
tu je kot untuk kali ni..
actually, tak update lagi utk minggu ke-12 kn? hehe.. tu tunggu post akan datang k. sebab ada cerita time jumpa doktor minggu lepas.

nak g kemas2 umah n basuh baju pulak.

1400
Bouhlal, Rabat

Wednesday, May 19, 2010

final exam -20/5/2010

19 celcius..
baru lepas sarapan dengan abang, abang baru keluar pergi kerja.

lama tak update blog ni kan? hehe.. bukan tak ada masa, banyak je masa.. 24jam sehari. tapi tak sempat2 nak update blog. sebab? entah la.. rasa cam tak de masa nak menaip untuk blog ni kot. risau nak exam. dah dua minggu ni, mengadap subjek tu je tiap2 hari (kecuali sabtu ahad la). setakat hari ni, dah 85% kot persediaan. takut pun ada. rasa macam nak SPM lagi sekali je. hehe.. tapi kali ni satu subjek je la.

masa ni dalam proses tulis semula nota cakar ayam saya time ustaz mengajar
ni tahap 40% baru kot

teringat masa nak SPM dulu, memang kebanyakan masa mengadap buku je la. bahagi time solat, mengaji n ke kantin untuk makan. duduk asrama kan.. tak yah buat kerja sangat. basuh baju pun, time hujung minggu sebab hari tu je cam rasa banyak masa. perkara yang sama berlaku sekarang. pagi2 buat sarapan, gosok baju abang, sarapan dengan abang. start abang pergi kerja sampai abang balik kerja, mengadap buku n nota2 je la. (ym gak ngan family untuk persediaan mereka ke sini) ym ngan kawan2 memang da jarang sangat la. pulak tu, sekarang ni masing2 pun tengah sibuk exam. semalam, syirot wat kek coklat (sedap!). mekda datang sampai kat pagar umah ni je, hantar kuih lepas tu balik. hehe.. tak sempat da nak borak2 sebab dia ada exam hari ni.

esok exam. lusa family sampai. persediaan kami? ehe.. buat sikit2. sabtu ahad baru ni, gotong royong dengan abang. kemas rumah, mop lantai. pastu ke pasar n aswak salam. beli barang dapur, bantal. pastu abang g pinjam mazafil dan tikar kat rumah ikhwah. macam2 gak la. kalo sebelum ni rumah ni 50%, sekarang ni da 70% la kot. masih tak lengkap pun rumah ni, tapi cukup la dengan apa yang ada. asalkan selesa. :)

actually, banyak lagi benda bertangguh. nak kena hantar mazafil g dobi, basuh cadar, setting tempat, kemas beg untuk bercuti nanti.. tapi tak buat2 lagi. esok kot.. lepas habis exam. buat masa ni, KIV dulu. bajet n jadual perjalanan pun, dah banyak kali tukar2. hehe.. sabar je la mak layan kami. pening tengok bajet yang macam budak2 buat kn? hehe.. sori2..

abang last kerja esok. jumaat nanti boleh la sama2 gotong royong lagi sebelum g ambil family kat airport petang tu. sekarang ni abang tengah sibuk cari kereta sewa untuk ke Marakech nanti. nampak macam senang je nak sewa kereta, susah rupanya. semalam lepas kerja, abang ke tempat sewa kereta tu. dah janji dengan orang tu nak tengok kereta. sekali tengok, kereta buruk la pulak.. haish.. susah betul. jangan kata nak cari kereta 7 seat (memang tak dapat pun), nak cari kereta Dacia Logan (lebih kurang besar Persona) pun susah gak. ada yang ok, tapi sewa sehari nak dekat 400dh pulak. ada yang murah, tapi tak ada aircond. ahaha... leceh2. mula2 saya pelik gak, time abang cerita tu, banyak tempat sewa kereta yang ada kereta lawa2, tapi tak ada aircond. tak pelik ke? bila fikir2 balik, memang betul la.. orang arab ni tak perlukan aircond pun. derang lagi suka buka tingkap. tapi kalau perjalanan 4 jam ke Marakech, sanggup ke tak ada aircond, buka tingkap? hehe.. takut berhabuk lak nanti. uhuh.. macam2 la morocco ni. ada kereta murah, minyak mahal (petrol). ada kereta mahal, minyak murah (diesel). fuh.. jenuh rupanya nak mencari kereta yang sesuai untuk bercuti. semalam lepas kerja lebih kurang pukul 6 petang abang start cari kereta, nak dekat 8 malam baru sampai rumah. hasilnya, tak dapat gak lagi kereta. try cari hari ni pulak. harap2 jumpa nanti...

tadi baca blog kakna pasal Holie checklist. best lak. tu yang semangat nak update blog ni. ahaha.. ok la. kena sambung study. dah habis exam esok, update blog lagi. actually, terlampau banyak benda nak cerita. minggu lepas appointment dengan doktor untuk kali ke dua. best dapat tengok baby lagi. hehe.. nanti ada masa, insyaAllah update kat blog ni.
~doakan saya najah dengan cemerlang kali ni... harap2 ni exam last, x kena istidrok lepas ni.. risau sangat...

0821
Bouhlal, Rabat

Friday, May 7, 2010

Pindah rumah [Qamrah-Bouhlal]

16 celcius...
setelah beberapa minggu tak update blog... hehe.. (xde sampai sebulan pun). saya kini gembira sebab dah pindah rumah. hehehe... actually, saya dah lama pun buat entry kat post sebelum ni tu, tapi saje tak publish sebab tak nak. maybe sebab takut tak de rumah untuk pindah kot. hehe.. cam buang masa je la membebel kalo impian tak jadi kenyataan kn? =D sebelum apa2, ni info untuk minggu ke-11.

Fetal development - 11 weeks pregnant



You're getting close to the end of the first trimester. Most of the baby's critical development will be behind you after the next couple of weeks, and the odds of miscarriage will soon drop considerably.

Measuring from the crown of his head to his rump, your 1.5-inch/ 4-centimetre fetus has all his parts, from tooth buds to toenails. Your baby is busy kicking and stretching; his movements are so fluid they look like water ballet. Fingers and toes have fully separated. Now the fetus's main task during the next six months will be to grow larger and stronger until it can survive on its own outside the womb.

A dark vertical line of pigmentation, called the linea nigra, may appear on your abdomen. Your uterus has risen above your pelvic bones and your midwife can now feel it during an external examination.
---------------------------------------------------------------

sambung cerita post sebelum ni, tapi saya cuba untuk tak membebel. hehe... =D

seperti yang diceritakan, kami sibuk cari rumah minggu lepas. setiap petang keluar pusing2 Bouhlal. saya ada tau beberapa rumah yang kosong tahun lepas. kami pergi tengok, dah ada orang. dah setahun kan.. biasa la tu. kadang2, bila dah penat menapak, kami singgah rumah student rabat kat Bouhlal ni. bila dah sampai rumah akhowat, macam biasa la kn.. sure bercerita. saya cerita yang saya nak pindah rumah. borak punya borak, derang bagitau saya yang tuan rumah depan kedai tu dah offer suruh tengok rumah. sebenarnya akhowat ni yang nak pindah ke rumah tu, tapi bukan dalam masa terdekat ni. derang cari rumah bulan lepas kot. masa tu tuan rumah tengah baiki rumah tu. saya cerita kat abang. kami pun nak tengok rumah tu, tapi tuan rumah tak duduk situ pulak.. susah nak contact.

dalam masa yang sama, abang ada minta tolong Abdullah, sorang tukang jahit dekat2 dengan pasar. dia bukan simsar pun, tapi baik sangat sebab sudi luangkan masa untuk cari rumah untuk kami. selalu gak la kami jumpa dia sebab nak tanya, dah jumpa rumah ke belum.

segalanya bermula jumaat lepas.. lepas saya, mekda dan syirot makan kuskus kat rumah kawan mekda. dalam perjalanan ke sana, saya cerita kat syirot pasal saya cari rumah untuk pindah. syirot pun cerita pasal rumah depan kedai tu. (cam saya cerita tadi). pastu tiba2 syirot kata, dia ada nombor tuan rumah tu. wah.. memang gembira tak terkata la saya ni kan. hehe.. tapi syirot tak save dalam hp dia. malam tu baru dia send kat saya nombor tu. oh ye.. sebelum ni jarang jumpa syirot sebab dia ke kelas French. tu yang baru dapat borak tu. hehe..

malam tu jugak, abang call tuan rumah tu -Haj. dia suruh kami datang rumah tu esok petang. kebetulan, Abdullah pun kata dah jumpa rumah, suruh tengok esok gak. esok tu hari sabtu, ada Program Protokol kat INPT. program persatuan. best, tapi kami join separuh hari je sebab kena uruskan rumah. hehe.. tak boleh tamak, kena pilih salah satu je.

oleh kerana kami ni cam agak terdesak gak la nak pindah rumah kan.. tengahari lepas lunch, kami balik rumah. siap2 semua, g jumpa Abdullah. Abdullah kenalkan kami kat kawan dia. kawan dia yang bawa kami tengok rumah. kat Hayy Kheir. kat mana? hehe.. dekat je dengan Bouhlal n Qamrah. jalan kaki pun sampai. jauh gak la sikit. hah.. ada 2 buah rumah kami tengok. dua2 tak memuaskan. satu tu, rumah bawah, tingkap tinggi gak la tapi satu bilik je. satu lagi, rumah bawah, dua bilik tapi tingkap rendah sangat2. pulak tu, dua2 rumah kena lalu lorong2. means tak boleh berhenti teksi betul2 depan rumah la sebab lorong sempit. ehe.. bagi saya, kawasan camtu bahaya coz orang boleh ikut daripada belakang kalau balik sorang2. seram...

lepas solat asar, kami ke Bouhlal jumpa Haj, tengok rumah. lawa rumahnya. dua bilik, satu bilik air, satu tandas, satu dapur, satu ruang tamu yang amat besar. tingkat atas. tingkat bawah tu tuan rumah letak barang2 dia, dia tak duduk situ pun, sekali sekala je dia datang. tingkat atas sekali, sutuh dan rumah lagi, tapi tak ada ruang tamu. sewa untuk rumah kami, 3000dh. kalau rumah kat sutuh tu, 2000dh. ehe.. bagi saya, kalau nak sewa yang 2000dh tu tak berbaloi sebab leceh nak keluar bilik, kena lalu sutuh, means kena berpakaian lengkap. lagipun kat sutuh kan.. nanti musim panas sure panas sangat2 rumah. kalau rumah yang 3000dh ni, memang nampak selesa, tapi .... hehe... sewa terlalu mahal la. tak pernah lagi dengar student Morocco sewa rumah berdua harga 3000dh. kami tak terus setuju untuk sewa rumah tu, walaupun teringin sangat2. kena balik bincang2 dulu.

malam tu, lepas bincang2 dengan mak abah, last2 kami setuju sewa rumah tu. lagipun, tuan rumah tak kesah kalau family saya nak duduk rumah tu time datang bercuti nanti. so, memang best la. lepas isya, abang call tuan rumah, komfem dengan dia. ingat nak pindah esoknya, Ahad. tapi tak boleh sebab rumah tu tak masuk air lagi. tunggu punya tunggu, kelmarin baru selesai masalah air. tapi ada satu bilik tu tak masuk letrik lagi. masih dibetulkan. akhirnya, semalam kami pindah rumah. Alhamdulillah, tuan rumah dah siap basuh rumah tu. =D

cerita semalam..
abang ke Meknes dengan mcmin semalam. buat kerja kat sana. pukul 7 pagi lagi dah bertolak. lepas abang pergi, saya mula kemas rumah sampai pukul 9 pagi. siap2, makan2, dalam pukul 10.30 pagi saya ke kelas. pukul 1 petang baru sampai rumah. rehat2 kejap, makan tengahari, solat. mula mengemas balik. tiba2 aman, azma, madiha n mun datang. =D tolong2 buat kerja. pastu mekda sampai. dah tak banyak kerja pun, tinggal alih sikit2 je. pastu mereka berempat balik, tinggal saya n mekda. sambung kerja sikit, rehat2 borak2. saya penat, tidur kejap. lepas asar, tunggu abang balik. dah maghrib, abang sampai rumah. solat. dalam pukul 9 malam, start angkat barang. tak ramai sangat, tapi sebab yang datang tolong semua cam kuat je, jadi cepat la kerja angkat barang. hehe.. ada ikram, mustaqim, fakhrurazi n mcmin. bila lori dah penuh, derang angkat barang ke sana. oh ye.. ada kereta Hidayah, mcmin bawa. actually, abang n mcmin tak rehat2 lagi lepas balik daripada Meknes, terus pindah barang. ada dalam 3 kali gak kot hantar barang guna kereta. habis semua, dalam pukul 11.30 malam. penat, lapar..

alhamdulillah, ikhwah Bouhlal ajak abang n mcmin datang makan kat rumah derang. takde la saya risau sangat. saya n mekda balik makan kat rumah akhowat. saya dah penat sangat2, tapi kena makan gak la sebab lapar. hehe.. lepas makan, solat. rehat2 jap pastu tidur.. =D

habis cerita.. tak ambil gambar masa pindah semalam. hari ni saya cuba ambil gambar rumah baru kami, nanti saya post kat blog. =D
~panjang sangat pulak entry kali ni. hehehe...

1108
rumah akhowat
Bouhal, Rabat