Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 1, 2009

Lokasi Majlis..

26 celcius...
kali ni nak cerita pasal lokasi majlis yang akan berlangsung. apa lagi yang tertinggal ye?
-baju pengantin
-kad jemputan
-bunga telur
-lokasi majlis
-??? (kalau ada nak tau, just request kat cbox sebelah tu k..)

seperti yang tertera dalam kad jemputan, majlis akan diadakan di Crystal Ballroom, Tingkat 1, Crystal Crown Hotel Harbour View.. (bersebelahan kompleks sukan). senang je jalan nak ke sana. tengok peta k. kalau daripada bandar klang, jalan terus je. so... jangan tak datang tau. hehe..

biasanya bila orang dapat kad yang mengatakan majlis akan diadakan hotel, sure orang akan tanya. "kad ni nak kena jawab ke?" "datang sorang @ dengan anak2?" "ada pelamin tak?" "tak mahal ke?" (pe lagi soalan ek?)

okies.. ni karangan sesi jawab soalan. kad jemputan yang kami hantar tu tak perlu dijawab sebab konsep majlis nanti sama je macam majlis dekat rumah. makan2 je. ehe.. for sure la boleh datang dengan keluarga sebab dah terang-terang tulis "serta keluarga". bukan majlis formal sangat pun ni. pelamin? ehe.. asalnya ada. (tapi bukan untuk bertepung tawar, merenjis2 tu.. nak buat pelamin hanya untuk ambil gambar kenangan) lepas mak abah fikir-fikir balik, tak jadi buat pelamin..antara sebabnya, kalau buat pelamin, nanti makan ruang dan meja terpaksa dikurangkan. kos untuk pelamin menelan belanja lebih kurang setengah ribu. ehe.. baik bagi duit tu kat saya kan? =D .. so.. last2 tak jadi buat pelamin. ha... biasanya kalau buat majlis kat dewan, nanti nampak kosong je kn? sebab pentas besar, pelamin kecik je kat atas tu. oleh kerana kami tak buat pelamin, pentas tu jadi tempat untuk acara makan beradab. ada 12 orang kat depan tu nanti. latar belakangnya? orang hotel tu kata nanti dia buatkan simple backdrop. harap2 tak nampak kosong macam kenduri kat dewan la. ehe..

oh ye...salah satu mak abah pilih hotel ni, hotel ni boleh bawa masuk makanan catering luar. ini bermakna, kami tak ambil catering hotel. jimat belanja. ehe... kalau catering hotel, satu kepala dalam rm30-rm40. catering luar boleh dapat bawah rm20. so.. buat apa membazir kan? ehe.. catering luar sedap, boleh makan banyak. hehe.. best2.

ramai gak tanya, kenapa tak buat kat rumah je? oh... soalan tu memang patut dijawab dengan baik. bukannya buat kat hotel sebab nak glamour k. ehe... abah tak setuju buat majlis kat rumah sebab abah tak nak block jalan. (untuk makluman semua, Jalan Sri Damak 54 ni merupakan jalan yang paling banyak kereta.) dekat dalam boleh masuk 2 kereta je. lagi dua kereta kat luar. kalau dah 4 5 rumah buat camtu, memang agak sesak la bila nak pasang khemah. nak letak mana kereta banyak2 tu? ehe.. so.. untuk menjaga hati jiran, abah rasa tak buat majlis kat rumah adalah yang terbaik. (tapi akad buat kat rumah gak.) pasang 3 khemah. tu pun, abah kalau boleh nak suruh buka khemah tu pagi sabtu. hehe..

okies... tu je kot. ada soalan lain ke ek? ha... mulanya kaksu dan kakna nak buat montage, tayang masa malam akad @ majlis. tapi last2 tak jadi tayang.. sebabnya? video pecah2. isk2.. sedih lak tak ada montage. untuk simpanan ada la.. sebenarnya saya teringin nak ada montage masa majlis tu. tapi tak pe la. nanti time kakna @ kaksu kawin saya nak gak ada. hehe.. cam best tau kalo ada. =D

beberapa minggu lepas, teman mak dan abah selesaikan pembayaran hotel. orang yang uruskan dewan tu nama encik azri. masa bincang2 tu, dia ada lakar kedudukan meja pe semua. saya pun cam x ketinggalan la nak ambil gambar. hehe..

encik azri tengah terangkan kedudukan meja

sila baca dengan baik, bukan tengok gambar. hehe...

okies.. tu je kot untuk kali ni. ada apa-apa yang nak tau pasal persiapan majlis, bagi tau k.. =D

kata Mufakkirah: "persiapan majlis bermula bila kita nak mula buat. kalau awal sebulan, sebulan la tempoh persiapan tu. kalau seminggu, seminggu la masa yang diambil untuk membuat persiapan. apa pun, plan harus dibuat dengan teliti agar majlis berjalan dengan baik nanti. doakan ye.. "

0722
Taman Sri Andalas..

2 comments:

  1. Ala, dh jadi pengantin tak de nye nak rasa makan tu sedap ke tak. Org yang masih bujang macam kita ni je masih dpt merasai kesedapan makanan itu stp masa. Yg nak kawen, makanan bese pun sedap. Hehe.

    Ha, check list 1 lg! Umah dah siap kemas lom? Hehe, ari tu kata tak lagi.. :D

    Ari tu tepon Kak Kay, dia kim salam. Dia tak dpt dtg. Bese la kan muntah la bagai. Huhu.

    - LilahYgMasihBujang-

    ReplyDelete
  2. setuju2 kak lilah !!! kekeke

    -WaniYgMasihBujangJuga-

    ReplyDelete