Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 5, 2009

door gifts & bunga telur

..Balgha..


24 celcius...
wah.... sudah 6 ogos!
ehe... lagi sehari je...

okies, mari update blog. hajat di hati nak update blog setiap hari, tapi tak kesampaian lak sebab penat. hehe... so... kiranya sekarang ni masa untuk jamak balik semua.

zaman dulu bila cakap pasal kenduri, orang Malaysia automatik akan terbayang bunga telur. macam cerita Of Bunga Telur and Bally Shoes. sanggup jual kasut Bally dia sebab nak kan bajet untuk bunga telur. tapi sekarang ni zaman dah berubah. telur dah tak jadi hadiah yang disediakan untuk para tetamu, sebaliknya diganti dengan benda lain. ada yang bagi makanan (bahulu, cupcake, kek lapis, kek buah, buah epal, coklat, gula-gula), ada yang bagi hiasan, sapu tangan, macam2 lagi.

mak & abah memang tak minat membazir. lebih-lebih lagi bila benda tu akhirnya orang buang. bunga telur memang dah terkeluar carta awal-awal sebab... bayak masa & tenaga kerja diperlukan untuk buat bunga telur. ambil banyak ruang untuk simpan. perlu banyak ruang untuk alihkan ke lokasi majlis. ada kemungkinan telur pecah, tak masak. dan sebagainya.

nak bagi hiasan, menarik gak. tapi biasanya last2 orang buang sebab berhabuk. akhirnya kami putuskan untuk bagi balgha & gula-gula. simple dah berguna. ehe.. balgha tu, paling2 pun nanti orang guna untuk sangkut kunci rumah. nak siapkan tak susah, tapi lenguh dan sedikit jemu sebab menghadap benda yang sama lama-lama. saya siapkan lebih 1000 unit. hahaha... cam tak percaya kan? for sure la kakna & kaksu ada tolong.

so... kami sediakan 1400 untuk dewasa, 300 untuk kanak-kanak, 110 untuk bunga telur. kanak-kanak tak dapat balgha, ganti dengan sumi. bunga telur tu syarat je sebab atok nak kekalkan tradisi Melayu. hehe... kira dah dimodenkan la ni...

ambil 3 biji gula-gula yang berlainan + 1 balgha, masukkan dalam uncang

hasilnya....

balgha tukar dengan sumi

kumpul satu tempat...

ambil 3 biji gula yang berlainan + 1 balgha, masukkan dalam jaring bunga telur,
ikat dengan pengikat...

hasilnya...

simpan dalam kotak elok-elok..

0657
Taman Sri Andalas...

2 comments:

  1. alhamdulillah, skng da jadi bini org dah..
    tahniah kakfie, moge jd is3 yg solehah .

    sy nk puji sikit, kreatif la barang2 yg nk kasi kt tetamu as gifts tuh.. balgha+gula2+telur!
    bungkusan pon menarik..

    nk tye beli balgha byk2 kt mne? maroc ker..? mahal x?? hehe tye ni sbb kot2 ade rezki sy pulak ;)

    ok, hope hv a nice day!~

    ReplyDelete
  2. =>NaEiLa

    ehe...
    thanks..

    beli balgha banyak2 kat morocco, lebih tepat, FES.
    kalau kat rabat @ casa, harga standard balgha 5 dirham. tapi kalau kat fes, boleh dapat sampai sedirham. awak beli sikit pun boleh gk dapat sedirham. haritu saya beli 1700 balgha kot. x ingat dah. hehe..

    nak kata mahal, x kot. sbb kos untuk satu door gift tu.. terlampau la murahnye.
    uncang= 10sen
    gula-gula=5 sen 2 biji (beli kat kedai borong gula2)
    balgha= sedirham a.k.a 50sen
    JUMLAH= 70sen.. tak sampai seringgit!

    hehe.. untung sebenarnya berbanding bagi bunga telur. telur (20sen) + bunga telur (rm1.50 yang paling murah tapi lawa).

    save budjet kan!
    tapi nampak cam mahal. hehe...

    ReplyDelete