Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 28, 2009

Testing Baju..

31 celcius..
tengahari tadi kami berempat (mak, kaksu, saya & adli) ke butik pengantin makcik Ryn. nak test baju yang dah dikecikkan. bila dah test, for sure la saya nak bergambar. hehe... so.. tengok gambar je la k.. saja post gambar sebab nak bagi mereka yang tak dapat datang tu tengok dulu. oh ye.. masa majlis nanti, baju ni x de la sebijik camni.. ada tambahan accessories kat situ sini. kira ni baju pembuka je la. saja nak tarik minat wani untuk buka blog ni hari2. hehe..
~ampun wani! =D

dah2... meh tengok gambar ni..

::PEACH::

mak & makcik ryn tengah bersembang..

kasut itu 4 inci ok..
hahaha... lawak2.. camne tah nak jalan nanti

close up..

Tuesday, July 21, 2009

Proses Menghantar Kad Jemputan Perkahwinan

lama tak update blog ni. sebabnya? agak sibuk dengan urusan perkahwinan. tak de la sibuk mana, cuma sibuk menyiapkan benda yang memerlukan masa yang lama. antaranya? kad jemputan perkahwinan..

nampak kecil & mudah tapi sebenarnya agak rumit. bermula proses mencari alamat penerima hingga memastikan kad sampai ke tangan penerima. hantar pos, hantar tangan, hantar bersemuka. semua perlu diambil kira. bagi mereka yang tinggal berdekatan a.k.a jiran tetangga, kami minta tolong jiran untuk hantarkan rumah ke rumah. jiran yang tinggal sederet rumah kami (Jalan Sri Damak 54) , mak lebih suka untuk bagi secara berdepan tapi majoriti susah nak jumpa sebab kerja. so, ada yang masuk peti, ada yang dapat jumpa.

kad untuk mereka yang tinggal jauh (luar negeri Selangor) dan dalam selangor tapi jauh daripada rumah kami, kami pos je. so, proses nak cari alamat pun jenuh gak. kena sms & call orang. lepas da dapat alamat kawan-kawan mak, mak minta salin semua balik sebab nanti turn kakna kawin, dah senang kerja. hehe.. kawan-kawan abah? abah ada senarai alamat. penah buat reunion agaknya. kawan-kawan saya? yang saya dapat contact je saya hantar kad. bagi student
PMMM yang akhowat, saya bagi kat mereka yang nak kad & senior2 yang saya ada alamat. kawan kakna & kaksu pun ada gak jemput.

so.. memandangkan kawan-kawan mak terlalu ramai, ada yang pos, ada yang bagi tangan. fuh.. setiap hari ke rumah orang lepas kelas. alhamdulillah, urusan penghantaran kad dah siap. ada lagi tak sampai 10 kad je sekarang. (dah tak cukup lak sebab macam ramai lagi tak hantar) hehe.. harap-harapnya mereka yang tak dapat kad tak berkecil hati la ye. =D

oh ye.. keluarga for sure la tak lupa. hehe.. tu yang kad dah tak cukup tu. ramai family. belah mak, belah abah. hehe.. cam tak sabar nak tengok orang ramai datang masa majlis nanti. tunggu dan lihat k... =D

tulis alamat jiran...

beli stem kat pejabat pos..

hasil menghantar kad.. hehe... ada belimbing kecik2 tu! best2...

sampul kad..

isi kad..

peta..

kata Mufakkirah: "kad biar murah tapi nampak mahal & lawa. hehe..."

1915
Taman Sri Andalas...

Monday, July 20, 2009

Kursus Pra Perkahwinan

18 & 19 Julai 2009 a.k.a sabtu & ahad
seperti yang telah dirancang oleh mak, seawal 8 pagi kami berdua tiba di Pejabat Agama Islam Klang untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan. kami berdua? ehe.. saya dan tunang saya la.. bukan mak saya. apapun, mak yang berulang alik ke pejabat agama semasa saya di Morocco. mak nak daftarkan saya awal2 lagi, tapi orang tu tak bagi. katanya minggu sebelum kursus baru boleh daftar. sabar je la.. so, saya ikut mak daftar kursus hari isnin (kalau tak silap).

jadual? amat padat! 8 pagi hingga 6.30 petang untuk kedua-dua hari (hari ahad sampai 6.15 petang). waktu rehat cuma ada untuk makan dan solat. ada 8 bentuk ceramah. memang tahan je la sampai petang. takkan nak balik kot kn... nanti tak dapat sijil lak. hehe..
Ceramah 1- "Pengurusan Masalah Tekanan (stress) dalam Kehidupan dan Pengurusan Konflik dalam Rumahtangga Islam"
Ceramah 2- "Pengurusan Talaq dan Prosedur Perceraian"
Ceramah 3- "Akidah dan Ibadah dalam Islam" (asing lelaki & perempuan)
Ceramah 4- "Pengurusan Kewangan dan Masa Depan Keluarga"
Ceramah 5- "Perkahwinan dan Prosedurnya Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003"
Ceramah 6- "Akhlak dan Pengurusan Hubungan Kekeluargaan dalam Rumahtangga Islam"
Ceramah 7- "Pengurusan Kesihatan"
Ceramah 8- "Bentuk-bentuk Komunikasi Berkesan dalam Rumahtangga Islam"

sebelum penyerahan borang penilaian dan penyampaian sijil, ada taklimat daripada Lembaga Zakat Selangor berkenaan kesedaran menunaikan zakat.

nak saya kupas mengenai setiap ceramah? hehe.. tak larat lak. sebelum ni, saya selalu dengar orang kata kursus kahwin tak best, merepek je lebih, tak de la ape sangat pun, macam2 la.. tapi bila saya sendiri dah hadir kursus tu, saya rasa semua tu tak de la betul sangat pun. nak kata best, x la sangat kot sebab masa terlalu padat, saya penat. tapi daripada segi pengisian, saya memang suka (walaupun ada banyak kali saya terlelap sampai hp saya vibrate berkali-kali sebagai amaran suruh bangun, jangan tidur). sebabnya? kursus ni lebih kepada motivasi kepada bakal suami dan bakal isteri. banyak ditekankan berkenaan tanggungjawab bila dah berumahtangga. pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan. kira satu input yang berguna buat saya.

tapi... (for sure la ada benda yang saya nak komen) ada la beberapa kekurangan yang saya nampak dalam kursus ni. terutamanya bila cakap pasal ibadah. hurm.. saya nampak seolah-olah macam melepaskan batuk di tangga. serius! geram pun ada gak. ajar basic je. hurm.. tapi yang paling saya sedih, majoriti peserta kurang pengetahuan agama, terutamanya bab solat. rasa macam nak wat sesi khas untuk praktikal. hehe... apepun, akhir kursus tetap dapat sijil. penghayatan kursus bergantung pada individu yang menilainya. siapa yang hayati dan faham betul-betul apa yang cuba disampaikan, banyak la dia dapat. siapa yang tak dengar @ buat-buat tak dengar @ berborak-borak, dapat sijil je la. pilih la nak yang mana. yang pasti, datang je kursus dua hari tu, tandatanganuntuk kehadiran setiap ceramah, memang dah dijamin dapat sijil.

memandangkan saya sedang berkursus ketika itu, tak banyak la gambar. ada ni pun x berapa nak lawa. hehe.. tengok je la k..

surat kursus..

resit..

ceramah berlangsung...

nota yang sempat disalin..
(macam tengah kuliah lak.. hehe..)

sijil kursus pra-perkahwinan


kata Mufakkirah: "sebaiknya kursus perkahwinan dihadiri oleh orang yang telah bersedia daripada semua segi, bukan baru nak belajar masa kursus. utamakan iman dalam kehidupan agar hidup tenang sentiasa.."
~masih terbayang perasaan ketika diminta mengaku kiraan waktu bersolat setiap hari. hampir majoriti bangun ketika ustazah menyebut "siapa tak solat langsung?".. hurm...


1740
Taman Sri Andalas..

Baju Pengantin..

okies... ni cerita hari ke-4 di Malaysia pula.. hari rabu
pagi tu ikut mak ke kelas bahasa arab di shah alam. lepas habis kelas, memang dah janji dengan adli a.k.a tunang saya, nak jumpa kat masjid. dia parking kereta kat situ, lepas tu kami bertiga ke kompleks shah alam. nak cari jubah untuk hantaran, pusing-pusing, tak ada yang menarik. susah rupanya nak cari jubah yang betul-betul saya nak. hehe.. x susah mana pun, tapi sebab nak cari warna kuning, tu yang macam leceh tu. singgah kedai Miezza, beli cincin untuk bakal suami saya. ehe.. lawa! lepas tu tempah baju melayu untuk hantaran. last2, x jumpa gak jubah hantaran.. kami ke SACC mall pula. jalan kaki je pun coz sebelah tu je. pusing-pusing cari jubah. ada yang berkenan, tapi hitam + kuning cair. tak jadi beli. last2 x beli gak jubah. oh ye, sebelum keluar makan, kami singgal BONIA beli tali pinggang & wallet. kotak dia lawa! haha.. fie ni memang suka pandang rupa la. ngueh2.. xde la.. wallet yang lain tu semua ada lambang. saya x minat lambang2 ni, kalo setakat nama x pe lg. so, beli la ikut pilihan saya. =D

destinasi seterusnya, kedai makcik ryn. Rynn's Avenue. bgnn kedai sebelah plaza Shah Alam. hajat di hati nak tengok baju pengantin, tapi tak dapat coz pengantin yang pakai baju tu minggu lepas tak pulang2 lagi. ish2.. sabo je la. borak-borak ngan makcik. sekali makcik kata, amik je la baju kat kedai makcik untuk kenduri kat sebelah lelaki. erm... sesuai ke ek? pengantin lelaki pakai jelabah, pengantin perempuan pakai baju pengantin malaysia. haha.. pelik kn? ke camne? entah la.. tak buat keputusan lagi. nanti2 la kot fikir.

so.. enjoy the pictures!

mak & makcik rynn

ukur badan untuk ubahsuai saiz baju pengantin lelaki

borak-borak..

memilih yang sesuai...

cuba bayangkan...
jelabah + baju pengantin
padan ke ek?

1602
Taman Sri Andalas...

Tuesday, July 14, 2009

Gubahan Hantaran

alkisah...
bermula sebuah kisah apabila tiba pagi selasa 14 julai 2009 a.k.a hari ke 3 saya di Malaysia untuk tahun 2009. ehe.. hari tu tak ada kelas. so, mak dah pakat dengan makcik aynee, nak beli barang untuk gubahan hantaran. nak buat base utk letak atas dulang. handmade ok. ehe.. makcik aynee kreatif, so senang la, tak yah g tempah kat kedai. mahal tu..

dipendekkan cerita, kami bertiga ke kedai bunga. pukul 9 da sampai kedai da. kedai tu pun baru je buka, xde pelanggan lagi. lama gak dalam kedai tu, sejam lebih. pilih itu ini, memang banyak la bunga. saya pun jadi cam rambang mata. haha.. seb baik bukan saya yang kena pilih untuk buat gubahan. last2, siap beli. nak dekat tengahari gak la. bila makcik aynee kira-kira balik, hiasan untuk satu dulang, dalam rm20 je. murah kan? kalo kat kedai, yang simple2 dah kena rm35.

hasilnya? haha.. x buat lagi la. minggu depan kot. barang2 tu ada dalam bilik belakang. dah jadi macam stor dah. oh ye.. disebabkan tak ada pelamin untuk majlis akad nikah nanti, ada la nak buat latar blakang sikit. beli gak la bunga untuk tu semua. so... kita nantikan hasil tangan makcik aynee.. =D

so... sila melihat bunga sampai puas..

antara gubahan hantaran di kedai yang agak serabut..

makcik aynee memilih bunga..

tengah imagine cara nak susun bunga..

flowers!!

1536
Taman Sri Andalas...

Monday, July 13, 2009

Ujian HIV

28 celcius..
saya dah selesai buat ujian HIV. =D
alhamdulillah....

cara-caranya? mudah je...

pertama..
cari klinik kesihatan yang terdekat. bawa borang kalau ada (ambil di Pejabat Agama). kalau klinik kesihatan area klang ni, ujian HIV hanya dibuat pada setiap Isnin hingga Jumaat sebelah petang. 2.00 hingga 4.30.

borang ujian HIV

ke-2..
ke bilik rawatan. ikut prosedur klinik masing-masing. saya ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda. masuk2 je, terus tanya kat kaunter pertanyaan. disuruh ke bilik nombor 16. ambil angka giliran di sana. sekejap je tunggu giliran.

ke-3..
masuk ke dalam bilik selepas angka giliran timbul. nurse sapu jari manis belah kanan dengan tisu basah. lepas tu, jari tersebut dititik dengan jarum. x sakit.. serius!

ke-4..
nurse picit jari tersebut sehingga dapat setitik darah untuk diletakkan disatu alat. darah meresap dalam kertas pada alat tersebut. lebih kurang cam nak buat pregnancy test la. tunggu tindak balas alat tersebut.

ke-5..
selesai semua, keputusan ujian HIV diterima serta merta. samada reaktif (dua garisan) @ tidak reaktif (satu garisan)

ke-6..
nurse salin maklumat, anda boleh keluar..

alhamdulillah... selesai..


1557
Taman Sri Andalas...

Borang yang diperlukan untuk urusan nikah (perempuan)

28 celcius..
post kali ini pendek sahaja. cuma nak tunjuk borang yang perlu diisi. penerangannya, sila tunggu post akan datang.. =D

Borang pemohonan kursus pra-perkahwinan

Borang ujian HIV


  • Permohonan oleh perempuan untuk kebenaran berkahwin
  • Borang pernikahan
  • Rekod catatan akad nikah
  • Senarai semak wali
  • Senarai semak prosedur.....

Malaysia-Morocco 10/7/2009-12/7/2009

29 celcius..

10 Julai 2009.
kami bertolak daripada rumah pada jam 11.20 pagi. naik train pukul 12.05 tghari. saja datang awal sebab takut terlepas train. sampai kat airport, dah masuk zohor. solat & ke kaunter check-in. timbang berat beg, adjust2 berat beg. hehe.. macam biasa la kn.. kalau saya balik, memang x pernah barang sikit. lepas adjust, timbang balik & akhir sekali, wrap beg dengan plastik yang dicharge 40 dirham. lepas dah check in, kami ke terminal 2. borak2, ambil gambar. bila tiba masa, kami masuk ke dalam. lama gak menunggu. maybe sebab kami awal kot. hehe.. boleh tahan la. x de la lama sangat. sempat la saya sakat suaidah dan azma sblm masuk flight. hehe.. sibuk masing2.

11 Julai 2009.
sampai doha pukul 4 pagi lebih. gededuk gedebak semua, last2 sampai hotel. lepas solat, turun restoran untuk sarapan. habis je sarapan, terus tidur. hehe.. nak dekat pukul 11 pagi baru bangun. siap itu ini, pukul 12 tghari check out hotel.. hehe.. cam diary lak ek.. ok la.. dipendekkan cerita....

12 Julai 2009.
kami tiba di KLIA pukul 3 pagi lebih. tutup mulut? ehe.. saya tak tutup setiap masa sebab rimas. topeng pun x nak beli sebab tak rasa nak pakai. sampai kat KLIA, lepas turun je daripada Aerotrain, jalan.. lepas tu ada satu check point tu, kena isi borang. pegawai kat situ semua pakai topeng. mesti ramai yang tertanya2 apa yang terjadi kan? ehe... x de mende pun sebenarnya. kami kena isi borang. lebih kurang cam borang kaji selidik la. antara soalan dalam borang tu, nama, i/c, no passport, flight number, seat number, ada kena tanda-tanda H1N1 @ x a.k.a susah bernafas dll.. siap isi borang, jalan ke depan. ada pegawai dah tunggu untuk kumpul borang tu. bagi kat dia. dia tengok borang tu. dah dalam borang tu saya tanda x de tanda2 kena H1N1, dia lepas je la. uhuh... semudah ABC je kn? merepek je siapa percaya kena tunggu 6 jam kat KLIA la, kena cek satu badan la, kena kuarantin sehari la.. ish2.. student2 Maroc yang nak balik Malaysia, x yah risau2 la.. x de mende pun. tapi kalo daripada UK tu, no komen la.. hehe..

so... enjoy the pictures..! =D

QR553 DOHA via TRIPOLI
(Casablanca ke Tripoli 2 jam je)

thanks to aman, wani, dila & wajia
sebab sudi meluangkan masa mengangkat beg suaidah, azma & saya. ehe..

suaidah, azma & fie
muka ceria nak balik ke tu ek? ehe..

flight yang membawa kami merentasi awan dua benua..

sabar melayan kerenah juru gambar..

dua orang yang ceria sebab tengok kapal terbang. haha..
boleh percaya ke?

ceria mendengar suara pres..

Selamat Tinggal Maroc.. lg 3 bulan kita jumpa lagi k..

kata Mufakkirah: "kali pertama jejak kaki ke bumi Maroc, dalam kepala ni dah set yang tak berharap untuk pulang ke Malaysia sebelum habis belajar. tapi bila dah 3 tahun kat Maroc, baru sedar yang saya tak pernah rasa musim panas kat sana. hehe... rezeki masing-masing.."

2251
Taman Sri Andalas...


Friday, July 10, 2009

Simfoni Malam Kebudayaan

29 celcius..

dah lebih dua minggu tak post blog kan? banyak perkara jadi, yang paling besar dan mahal, perjalanan daripada morocco ke malaysia. thanks kat mak & abah sebab ni kali ke 3 kakfie balik malaysia dalam masa 3 tahun study kat morocco. ehe.. setiap tahun pun balik kn? kui2..

so... straight to the topic..
sehari sebelum kami pulang ke Malaysia, rumah kami dipenuhi oleh akhowat mohamedia & casa. ramai & meriah! rasa macam kenduri lak. ehe.. masing-masing bertungkus lumus membuat persiapan untuk menjayakan "Simfoni Malam Kebudayaan", malam tu. saya sibuk dengan urusan nak balik, so cam tak tolong jenguk. ehe... maaf ye. =D

program dijangka bermula lepas isya. so, lepas maghrib tu masing-masing dah sibuk nak bersiap. masa tu la nak pilih baju, masa tu la nak iron baju, masa tu la nak matching kan baju. ehe.. memang macam esok nak raya! meriah dala kekalutan. yang paling best, masa tu la kumpulan Vk nak berlatih. hehe... sebelum ni macam tak ada masa sebab masing-masing sibuk.

lepas dah buat raptai 2 kali, kami pun da cam boring sikit menunggu. so, saja la main-main ambil gambar. biasa la bila dah berkumpul ni, ada je idea nak datang. hehe.. Vk memang best la. ngueh2.. so.. nak dijadikan cerita, saya nak ambil gambar sorang-sorang kat pentas (atas tilam) tu. duduk la sopan-sopan sebab pakai kain batik. (tema Vk kain batik). tiba-tiba ada bunyi.. "kakfie macam nak tunang lak." uhuh... dan2 je kami nak buat gambar ala2 bertunang. suaidah jadi bakal mak mertua. syirot jadi mak. chip tak tau jadi apa. abah kot. hehe.. azma & aman jadi kakna & kaksu. kui2.. kalo bab merepek memang pandai dak2 nih..

akhir kata, selamat menikmati gambar.. hehe..

simple tapi cute..

bergambar sebelum timbul idea merepek..

cincin pinjam je tu.. -kredit to nisah

konon2 bergambar dengan mak mertua.. ehe..

family saya di Morocco...
vK

acara pembuka majlis oleh akhowat mohamedia..

gambar-gambar lain tak boleh diupload sebab telah ditapis oleh Nurhafizah Anuar.
p/s: sila minta kalau nak.


kata Mufakkirah: "saat berstatus bujang amat menarik bila teman sentiasa di sisi. lagi best kalau teman tersebut sentiasa ada walaupun status telah bertukar. oleh itu, hargai sahabat dimana jua anda berada"

2332
Taman Sri Andalas, Klang..