Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 29, 2009

Pengalaman beraya di Mohammedia

17 celcius..
baru balik daripada Marjane, beli barang-barang rumah.

tadi sebelum ke Marjane, sempat chat dengan abah sekejap. bagi gambar raya haji. tak sempat bercerita sangat pun sebab lepas solat asar terus nak ke Marjane, takut balik lambat. time maghrib biasanya susah nak dapat teksi.

semalam hari pertama raya haji.
hari ni hari kedua. -duduk rumah je.
esok hari ketiga. -ada haflah di mohammedia.

sebenarnya nak bercerita pasal pengalaman saya beraya di Mohammedia. dah 3 tahun beraya di rabat, tahun ni kat mohammedia. solat raya pukul 8 pagi. pukul 7.30 dah keluar rumah. pergi solat dengan abang, mutiah n yusra. best2.

menuju ke padang

first time solat raya kat padang. memang nampak la semangat orang arab beraya. ke padang dengan baju raya. jelabah lawa. budak2 kecil memang bergaya habis. hehe.. comel je. oh ye.. solat kat padang, kena bawa sejadah.sujud atas rumput kan.. buat saf sendiri. memang mempamirkan lambang bersatunya umat islam. padang dah tak muat, ada yang solat tepi-tepi rumah orang, atas jalan, atas divider. semua dengan tujuan yang satu, solat raya dan dengar khutbah pagi raya.

sebelum solat raya

padang dah penuh..

selesai solat, kami sempat bergambar. tapi tak sempat sangat nak bergambar time orang ramai sebab arab semua terus balik. ehe.. ada kambing perlu disembelih, tu yang arab cepat-cepat nak balik awal. (pandai2 je fie ni).

selepas solat raya.. balik...

raya pertama bersama

ikhwan mohammedia

akhowat mohammedia

sampai rumah, makan2 kejap. dalam pukul 11, naik rumah ikhwah. ada kambing yang perlu disembelih. oh ye.. mohammedia dapat kambing semalamnya. lepas isya, ada orang bagi seekor kambing. alhamdulillah.. rezeki tahun ni.

bergambar sebelum disembelih

saat-saat terakhir..

tarik darah, bersihkan lantai

kepala kambing

pam kambing, nak bagi senang tarik kulit

siat..

orang dah mula bakar kepala kambing

lepas dah sembelih, sepatutnya kena bersihkan bahagian dalaman kambing tu. tapi mama kata, biar dia buat. hehe.. kesian tengok dak malaysia buat kot. memang cepat arab2 ni buat kerja. cepat n bersih. kagum saya.

berusaha menanggalkan bulu kambing

bahan dalaman

watikah perlantikan penghulu mohammedia

menunggu masa, menikmati pemandangan

diapit dua kambing

dalam masa tak sampai 30 minit, dah siap semua. bersih habis dah. dah la dua ekor kena bersihkan. ada lagi sekor, tak sempat sembelih lagi, saya dah balik rumah. nak siap2 untuk ke rumah duta lepas zohor.

lepas zohor, kami siap2. rancangnya nak naik train pukul 1.19 petang. tunggu punya tunggu, 2.19 petang baru train sampai. sempat la borak2, ada yang terlelap. hehe.. sampai rumah duta, dah asar. aktiviti di rumah duta tetap macam biasa. berucap, makan2, borak2. last2 balik. kami penat sangat. sampai rumah terus tidur. masa tu baru pukul 9 malam kot. kumpul tenaga untuk esok.

okies.. tu je kot untuk kali ni. kakna n kaksu letak gambar raya. kakfie pun nak letak banyak2 gak. hehe..

Selamat Hari Raya AidilAdha..

1837
Dar 678, Bradaah,
Mohammedia

Thursday, November 26, 2009

kisah permulaan cuti raya haji

16 celcius...
yes..! akhirnya dapat gak masuk blog kat rumah ni. cepat2 update sebab takut jap lagi tak boleh upload dah. hehe..

sekarang dah pukul 6.50 pagi Malaysia. Malaysia sambut raya haji hari ni kan? Selamat Hari Raya Haji diucapkan kepada semua umat Islam. =D
~jap lagi nak call family..

suasana menjelang aidiladha di Maghribi?
semalam saya habis kelas pukul 11 lebih. sms dengan abang. abang kata, kalau boleh naik train pukul 1 petang. saya pun kemas la barang semua. keluar rumah, tahan teksi. tak sangka lak jalan sesak tiba-tiba. train pukul 1.05 petang. saya sampai 1.10 petang. dah sedih da sebab takut terlepas train. train seterusnya ada je, tapi lagi lambat la sampai mohamedia. abang ada kelas pukul 2.30 petang. rugi je sampai mohamedia awal, tapi abang dah ke kelas. hehe..

sampai je kat la gare, tengok jadual train. train pukul 12.50 delay 20 minit. train pukul 1.05 tak sampai lagi. (padahal tiket saya pukul 3 petang. hehe... dah beli awal2 dah 2 hari lepas. dapat diskaun 50% -promote bitokoh syabab jap) tunggu punya tunggu, train 12.50 tu sampai. dalam masa yang sama, ada pengumuman untuk train 1.05. tapi tak dengar coz train tu bising. sabar je la..

tengok2, train 1.05 tu delay 25 minit. berbelah bagi gak nak naik ke tak sebab train 12.50 tu kat landasan kedua. saya kat landasan pertama sebab train 1.05 kat situ. lama gak saya perhati train 12.50 tu. macam sikit orang je. ehe.. apa lagi, lari la turun tangga nak ke landasan kedua. apa guna tunggu train 1.05 tu lagi. orang ramai gak. masa tu, memang ramai orang bawa beg besar. nak balik raya. best je tengok. ada student, ada family.

dalam train, saya pilih gerabak yang tak ramai orang. alhamdulillah, banyak lagi tempat kosong. sebenarnya, takut gak sebab nanti orang yang cek tiket tu bising. dekat setiap tiket ada tulis tarikh, masa & tempat. buat2 tidur je time tu. hehe.. last2 nak sampai mohamedia dah. saya berdiri, nak ke pintu. ramai dah bersedia nak turun. saya nampak orang cek tiket kat gerabak sebelah. train berhenti. alhamdulillah.. x kena apa2. hehe...

sampai la gare mohamedia, ramai orang bawa beg besar. macam biasa la, teksi susah nak dapat. last2 sampai la kat bradaah. sampai2 je, nampak kambing sebelah rumah. itu rupanya tempat jual kambing yang buat rumah kami bau kambing. banyak lagi kambing dia.
~habis cerita hari ini.

pagi tadi lepas subuh kami basuh rumah. =D
nak raya la katakan. hehe... kosong habis rumah tadi. simbah air, tarik air. sempat gak la ambil gambar abang yang tengah rajin. hehe.. tapi tak masukkan lagi dalam laptop. esok kot..
~sabar ye kakna.. lepas2 ni kakfie masukkan gambar rumah. tadi tak ambil betul2 lagi. =D

dah la kot. kering idea lak.

2316..
Dar 678
Bradaah, Mohammedia

Wednesday, November 25, 2009

Menjelang raya haji..

11 celcius...
apa yang boleh saya kata kan sekarang? SEJUK!!!
wah.. musim sejuk dah masuk. walaupun agak lambat berbanding tahun lepas, tapi bagi saya, musim sejuk tahun ni lagi sejuk daripada tahun lepas. hehe.. tahun lepas, saya tak rasa sejuk pun walaupun majoriti orang kata.. "ni la musim sejuk paling sejuk kat morocco ni". pelik kan? tahun ni orang tak kata macam tu, tapi saya rasa sejuk. hehe.. macam2 la fie ni...

okies.. hari ni saya sungguh gembira sebab esok cuti! seminggu je, sampai hari isnin. selasa ada 2 exam. (spoiled betul la..). dah nak raya, tapi tak rasa macam tahun lepas. raya tahun lepas best. sebabnya? ada kambing kot. hehe.. entah la.. raya tahun ni tak rasa macam raya. maybe sebab penghuni rabat (akhowat) dah bertukar orang. seriusly, saya rindu kat kak lilah.. sebab dulu dia selalu menjenguk bilik saya. nape tah tiba-tiba rindu dia. maybe sebab dulu saya selalu chat dengan dia kot.. sekarang saya dah jarang online, dah jarang gk nampak dia online. saya faham, dia sudah bekerja.
~semoga dapat timba lebih banyak pengalaman. :D

bila cakap pasal raya haji, kami selalu fikir untuk susun jadual. hehe.. biasanya kawan-kawan arab ajak datang rumah. haha.. ni la yang paling best sebab dapat makan2. hehe.. tapi tahun ni cam xde orang ajak je.. lagipun, saya tak tau ada masa @ x untuk semua tu. sedih... teringin sangat nak ke rumah latifah.. nak tengok adil (baby yg comel) tapi dia tak ajak lak. haha..
~ape la fie ni..

ehe.. jap..
abang misscall bangun subuh*

dah lama sebenarnya nak update blog, tapi keadaan tak mengizinkan. masalah dengan tenet. ni pun, update kat laptop aman. hehe.. thanks aman. =D

oh ye.. sebenarnya, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang ambil berat masa saya sakit. thanks banyak2 kat abang & suaidah sebab jaga saya sepanjang saya sakit. thanks kat mereka yang menghulurkan ubat untuk saya sembuh. dah tak sakit tekak da. =D
~nak makan kek coklat... :(

p/s: raya nanti insyaAllah saya ambil gambar banyak2, masukkan dalam blog ni. oh ye.. kakna n kaksu, rajin2 la masukkan gambar banyak2 ye.. =D

Bouhlal, Rabat..
0555

Monday, November 23, 2009

Rumah kami bau kambing!!

9 celcius..

wah,cm sejuk lak malam ni ek. uhu.. tp cm biasa je lg.. x sejuk sngt cm thn lps. Skang ni dah ssh nak update blog. Erm,broadband ni asek problem je bile buka blog. asek xleh nk buka blog je. Geram gak kadang2.. uhu. Fie dah jarang leh update, ntah la bile die bole update.. die dah sihat sikit dari haritu, sakit-sakit tekak pun dah tak ada. Alhamdulillah..Tadi dah ada mood nak update blog, tp tibe2 lak lupa id n pswd blog ni. Ish2.. Ni guna je la id fie utk update, lgpun pakcik ekramhakim tu dah bising dah. ehe..
Minggu depan kita ummat islam akan menyambut hari raya EidulAdha, ni merupakan raya Eidadha y ke-3 saya di Morocco ni. Tahun lepas ke UK, sambut raya kt sane.. uhu. EidAdha merupakan hari-hari yang di tunggu oleh masyarakat Morocco. Bagi rakyat malaysia, kita lebih merayakan hari raya EidFitri, tapi bagi rakyat Morocco, mereka lebih merayakan hari raya EidAdha sebagai Eid Kabir.
Jika di Malaysia, hari raya disambut dengan pelbagai barangan baru. Baju baru,perabut baru, langsir baru, macam-macam baru. Tetapi berlainan bagi masyarakat di Morocco, meraka lebih mementingkan kambing untuk menyambut hari raya. Setiap keluarga semacam wajib untuk memiliki dan mengorbankan seekor kambing. Jika tiada, seolah-oleh memalukan keluarga mereka. Tidak kira miskin atau kaya, mereka akan pastikan mereka akan memiliki kambing sebelum tibanya hari raya. Oleh kerana kesempitan kewangan, antara meraka ada juga yang sanggup mencuri, merompak dan sebagainya (bukan semua tau!). Antara mangsa yang di rompak, di ragut adalah pelajar malaysia!.. so, saya berharap semua pelajar malaysia tidak kira lelaki ataupun perempuan agar lebih berhati-hati di musim perayaan ini agar tidak ada yang menjadi mangsa korban orang yang hendak bekorban. :)
Bagi masyarakat Morocco, sekarang ini mereka sibuk membeli dan memilih kambing yang besar-besar. Lagi besar kambing, lagi banggalah mereka. Orang menjual kambing juga yang untung. Kiralah sendiri, kalau seekor kambing lebih kurang 2500DH X 100 ekor = 250.000Dh. wow! kaya... Sebelah rumah kami juga dijadikan tempat untuk menjual kambing. Besar-besar juga kambing yang di jual. Tapi kami sedikit geram bila bau najis kambing tu sampai masuk rumah kami. Bila masuk rumah je, rasa macam masuk kandang kambing pula. uhu. Hinggalah kami terpaksa menutup semua pintu dan tingkap. Gelap dan panas jadinya rumah kami. fuh, saya amatlah tak selesa dengan kaadaan ini. geram! uhu. Tapi apa nak buat, sabar jela yang termampu.
Untuk tahun ini, wilayah Mohammedia masih belum memutuskan samada membuat majlis sambutan hari raya EidAdha ataupun tidak. InsyaAllah kalau ada kambing, ada la majlisnya. Doa la supaya dapat kambing ye. uhuh.
Oklah, rasanya itu saja yang nak di tulis hari ni. InsyaAllah kalau ada masa nanti ter update la blog ni. ;) Terima kasih kepada semua pengunjung blog ni.

Dar 668, Mohammedia.
0019

Tuesday, November 17, 2009

Kenangan lalu..

22celcius..
Harini giliran saya pula update blog.. Harini fie demam, tp die duk kt rabat, so tak dapat la nak jagakan dia,tp takpe, saya dah minta tolong suaidah jagakan fie.. thanks suaidah. ;).. Dah lama tak menaip dalam blog rasanya.. eheh.. tapi disebabkan commen ikram kt cbox tu buat saya rasa tercabar untuk mengupdate blog. uhu.. Tajuk harini kenangan lalu. Nape tajuk cmni ek? Tapi Sebelum nak cerita lebih panjang, meh nk tunjuk gambar rmh kitorg dlu.. ni gambar dari luar je dlu k.. sori kakna,tak sempat ambil gambar dalam rumah lagi. eheh..

Ha,ni la rmh kitorg.. eh3... ade dua pintu tu kan? ha.. rmh kitorg y pintu tengah tu..;)

Ok,sambung cite k.. Harini saya tak ada kelas, tapi dak2 arab buat majlis perasmian persatuan imam malik. Persatuan yang mewakli bdk2 tahun akhir di Universiti Hassan Thani, Mohammedia. Saya tak join pon program harini, so duk rumah jela.. Nak jadikan cerita.. ehe. pagi tadi rajin pula nak kemas-kemas barang dalam rumah. Pastu tiba2 je rasa nak buka satu kotak yang ada kat bawah meja tu.. seingat saya kotak tu dah 4tahun hidup bersama saya di Morocco ni. eheh. fuh,lama btl kn saya guna kotak tu.. Bila saya buka kotak tu, dalam tu ada nota lama saya, dari sem 1 dulu lagi. sambil khusyuk membelek nota2 lama,tibe-tibe ternampak 1 kotak mp3 yang kecik tu..

wah,kotak ni pun dah 4tahun besama saya. Tapi saya rasa dah 2 @ 3tahun saya tak buka kotak ni. Hari ni baru jumpa balik kotak ni. pastu bila dah buka kotak ni ada la beberapa benda yang mengingatkan saya kenangan lalu.. Dalam tu ada boarding pass Malaysia Airlines yang bertarikh 27 Sep 2005. (4tahun yang lalu). Mengingatkan saya masa frist time saya nak terbang ke Morocco. Masa tu semua sedara mara gi airport,yang kerja pun sanggup ambil cuti. Kawan2 tingkatan 6 MADA pun diberikan peluang untuk keluar ke airport menghantar kami. Rasanya satu kelas gi ke airport. uhuh. Terharu yang amat sangat ketika itu..


Pastu saya belek lg kotak tu, Saya jumpe tisu KFC. uhu.. atas tisu tu ditulis ucapan untuk saya. panjang ucapan tu.. bila saya baca ucapan tu, rasa sedih sangat..


"Assalamualaikum.. Istimewa buat Abu Uda.. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa adik ngan along di sini. Ada masa free nanti tulis la surat ye.. eh, lupa plak, e-mail la.. Abu uda yang di sayangi, Doakan kesejahteraan dan keberkatan kami sekeluarga masa kat sana ya. Adik ngan along sentiasa mendoakan kesenangan dalam segala urusan yang Abu uda akan lalui. Semoga Abu uda akan beroleh kejayaan, keberkatan dan kebahagian yang berpanjangan Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah swt. Abu uda yang disayangi, sampai disini sahaja, tiada kad yang cantik sebab ummie dan abuya tak sempat nak beli.. wassalam. Salam sayang dari kami.. simpan sampai 4tahun ya.. "

Fuh, Sedih sangat bila baca tu.. Sedih sebab terharu dengan anak buah saya..eheh. Tak sangka juga saya boleh simpan tisu KFC ni sampai 4tahun.. :)

Saya belek2 lg kotak ni. jumpa kertas warna oren yang berulis..


"yie, ngaji molek2, bui dapat degree! Tunaikan impian Ma & Our Family. Be The Best..."

Surat ni dari kakya dan kakmi.. thanks!

Habis baca surat tu,saya belek2 lagi ape y ada dalam kotak tu.. saya jumpa satu gasing plastik.. eheh.. siapakah yang bagi ni??



Gasing ni kawan baik saya yang bagi, ketua pengawas tahun 2005. Saya pun tak pasti apa makna y tersurat dan tersirat dari gasing yang dia bagi ni. huhu.. Ape2pun.. thanks bg gasing ni.

Dah habis da barang dalam kotak kecik tu saya belek.. :) Rasa sedih,terharu,rindu saat2 yang dah berlalu. Dulu kita tak rasa semua ni berharga. Tapi sekarang,semua ni jadi kenangan untuk kita. Itulah pengalam kita.. jadikan pengalaman kita yang lalu sebagai panduan kita hari ini..;)
"Mencari pengalaman untuk panduan"..

Wassalam..

1508
Dar 678, Mohammedia.

Sunday, November 15, 2009

Selamat Ulang tahun Sayang..

13 celcius...
15112009
11.30 malam...

hari ni merupakan hari paling bermakna buat kami, expecially abang. sebabnya? umur abang dah meningkat lagi setahun hari ni..

semalam ada haflah ust nafir.. makan nasi lemak, mee goreng, rojak, kek coklat, agar-agar (ni paling best sbb dah lama tak makan agar-agar sirap). dipendekkan cerita, saya penat sangat-sangat semalam.. penat sebab g kelas french. kelas habis lambat.. nasib baik sempat sampai mohamedia sebelum isya. kesannya, semalam saya tidur awal. kesian abang..

pagi tadi, tengok2 resepi. chat ngan wani, nak pinjam oven. hehe... ada projek untuk minggu ni. try buat kek setelah sekian lama merajuk dengan semua resipi kek. (asek tak jadi je kalau buat). tengok2, salin 2 3 resepi. lepas zohor, start la ketuk2 dapur. hehe...

hasilnya... tetap mengecewakan saya sebab kek tak naik lawa. =( sedih sangat! tapi rasanya sedap! haha... serius sedap. sebenarnya macam tak confident dengan rasa kek tu sebab tak guna van houtan, guna coklat macau je. ehe.. tapi last2 menjadi. alhamdulillah...
~kek gunung berapi namanya..

makan malam? ingat nak buat nasi tomato, tapi abang nak nasi ayam. ehe.. oleh kerana kami dalam fatrah save budjet, barang2 utk bahan pun takde la meletops sangat. hehe.. memang murah dan sedap. hahaha.. bukan nak puji masakan sendiri, but nak puji resepi yang diambil. bagi sesiapa yang teringin nak resepi masakan yang mudah (siap ada video lagi), boleh la lawat kat trymasak. dijamin akan membawa pulangan yang lumayan. hehe...

oh ye.. dikesempatan ini, fie nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abang tersayang.
thanks terima fie dalam hidup abang. saat "aku terima nikah Nurhafizah binti Anuar..." memang takkan fie lupakan. thanks untuk semua.. =D

orang selalu tanya, apa perasaan masa nak kawin. "sure gementar kan?" "masa sebelum lafaz tu, sure takut kan?" "sure berdebar-debar kan?"
fie tak rasa semua tu sebelum akad, tapi fie rasa sesaat lepas akad. kenapa? sebab saat tu la semua tanggungjawab fie dah tak macam dulu. fie harap kita dapat sama-sama belajar dan mengajar.. ;)

p/s: kepada kakna... gambar rumah masih dalam proses. hehe.. nanti dah dapat ambil gambar sepenuhnya, kitorang upload k. =D ni gambar kami ke pantai semalam..
thanks to emak, abah, kakna, kaksu n kaklong bainah coz call tengahari tadi. ehe.. sebab tak dapat makan kek coklat yang kaklong bawa la abang nak fie buat. hehe.. tunggu tahun depan nak tuntut la kek tu kat kaklong. =P

tembak!

sayang selalu~

"saya masih berumur 22" kata si tudung hitam..
hehe...

p/s : thanks to haziq coz bg pinjam camera tu.. best! ehe..

1158
Dar 678, Mohammedia..

Saturday, November 14, 2009

akhirnya... kami mengambil keputusan untuk ...

17 celcius...
setelah berfikir masak2, makan pun sedap. bermesyuarat tiga empat kali. pihak AMT blog ini bersejutu untuk membuka blog ini untuk tatapan semua yang jumpa link blog ini. samada memang dari dulu teringin nak tengok blog ni, atau pun yang baru tau kewujudan blog ni, atau pun yang tiba-tiba terjumpa blog ini. marhaban bikum.

seperti biasa, blog ini akan diupdate oleh presiden (jarang sgt dia update.. hehe) dan timbalannya yang sentiasa memerah otak memikirkan isi untuk disampaikan. adapun bahasa yang digunakan tidaklah sebaku bahasa melayu yang asli dek kerana kami tidak menjadi ahli GKLN.

bagi sesiapa yang merasakan bahawa blog ini tidak mendatangkan faedah walaupun sebesar zarah, sila meninggalkannya dengan seberapa segera. penting untuk tidak membuang masa membaca celoteh kami. bagi sahabat-sahabat dan saudara mara, untuk mengetahui berita kami di sini, rajin-rajinlah jenguk dan tinggalkan pesanan. pesanan anda akan direply oleh pihak penaja seberapa segera.

kakna nak gambar rumah.. tapi belum ambil lagi. so.. ni kami masukkan gambar jalan2 kat rabat. semoga menjadi inspirasi untuk kakna nak datang sini. hehe.. ha.. kepada kaklong benah, meh la baca blog ni. x private da.. =D

Oudaya di waktu senja.. cantik kan?

Ni Presiden blog ni.. depan die tu kuskus.. sedap........

Ni kat taman pe ntah name die.. ehe,tp kt rabat la.

ok,tu je y nk update kali ni.. bye..

0206..
Mohammedia

Monday, November 2, 2009

banyak lak nak cerita

17 celcius...
wah... lamenya x update blog. serius busy. ehe.. xde la. x bz mana, cuma x berkesempatan nak update blog. sedar2 je, da nak dekat sebulan saya sampai Morocco ni. hidup tetap cam biasa, cuma agak teratur berbanding dulu. dulu rasa macam banyak masa kosong, boleh main-main game. ehe.. sekarang ni semuanya kena atur baik-baik. silap atur, mula la kelam kabut.

oh ye.. sekarang ni saya ada dua rumah. kena bahagi masa untuk dua rumah. actually, saya lagi selesa duduk rumah di Mohamedia sebab rumah kat Rabat tu amat2 la penuhnya. hehe... (sekarang da 8 org, lg beberapa hari jadi 11 org lak). so.. boleh bayangkan betapa padatnya rumah tu. rumah yang kat mohamedia ni, memang kecil la. ehe.. kalo kat malaysia, rasanya sewa tak sampai rm100 kot. tapi disebabkan ni Morocco, so... sewa untuk sebulan adalah... 1200dh. ehe.. rumah xde bilik, ada 1 bilik air, 1 dapur & 1 ampaian. kalau rumah kat Rabat, sewa 2000dh sebulan.. rumah 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air, 1 tandas. ehe.. beza kan harganya? nampak macam 1200dh tu teramat la mahalnya. tapi nak buat macam mana kan... rezeki.. terima seadanya. actually, rumah besar @ kecil tu x penting. yang penting, ketenangan dalam rumah..

bermula dapat rumah ni, saya dah susun jadual harian saya. memandangkan hari jumaat saya tak ada kelas, so.. hari khamis saya balik sini. isnin pagi baru balik rabat (terus ke kelas). penat? ehe.. rasanya lagi penat kalau ahad tu balik rumah dulu sebab nak tak nak, memang saya kena ke kelas sorang2. so... bila dah kira-kira, 3 hari kat Rabat, 4 hari kat Mohamedia. haha.. cam ada dua family lak. actually, itu yang saya nak sebenarnya.

kat jamiah macam mana? oh ye.. sem ni, suaidah dan saya ada wehdah yang tak sama. so... banyak kali gak kena sorang2, kecuali hari rabu. ehe.. subjek comp & english.. masing-masing ada subjek killer tersendiri. suaidah rasa cam sem ni paling susah. ehe.. maybe saya tak rasa sangat sebab ni bukan sem akhir saya kot.. so, selamat berjuang semua!

dah beberapa minggu ni, banyak gak la pengalaman baru saya. (itu pun nak cite kan?) hehe.. minggu first duduk rumah kat mohamedia ni, abang bawa g pantai pagi2. ehe.. jalan kaki non stop. eh2.. stop baring tengok langit 15 minit kot.. jalan drpd rumah ke pantai, ke kosbah, ke la gare, ke jamiah, last sekali, balik rumah. ha.. mana x penatnya. hehe.. esoknya kitorang mop2 lantai. ha.. dah duduk berdua je kn, senang sikit nak kemas rumah. mop lantai 2 minggu sekali. (kalo arab, mop setiap minggu.. x larat la camtu) ehe.. nak tengok gambar rumah ni? ehe.. nanti ada masa, saya upload k.

3 hari lepas, kami ke maktabah saudi di casa. apa perkataan pertama yang keluar drpd mulut saya bila sampai sana? wah... besarnya! lawa! hehe.. serius teruja! susunan buku pun menarik. senang nak cari. memang best la. yang x berapa nak bestnya.. penat nak ke sana. jauh, guna banyak duit. uhuh.. xpe2.. x boleh berkira sangat dengan ilmu kn? ;) apapun, kalau nak pergi lagi sekali, saya nak pergi pagi2, boleh luangkn banyak masa kat sana. =) ha.. kat sana tak boleh solat lambat2, nanti masjid tutup. lambat macam mana? 30 minit lepas azan pun dah dikira lambat k.. so, dah azan terus solat. senang cerita. =D

lepas maghrib, kami tak terus balik sebab abang kata bas penuh time tu. so.. kami berjalan2 tengok kedai. tengok perangai orang. ehe.. last2 beli aiskrim, makan kat tepi. sedap tapi geram sebab banyak tumpah. uhuh.. cam dak kecik x reti makan je. sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam kot. penat x terkata. ehe.. lain kali kena cukupkan tenaga sebelum ke sana. ;)

ha... cam banyak je cerita, tapi xde gambar kan? ahah.. nanti la saya aktifkan bergambar balik. actually, agak merajuk dengan tenet sebab tak bagi buka blogspot 2 3 minggu ni. nape tah. sabar je la. ni baru dapat post blog balik. so.. maybe lepas ni saya aktif menulis balik kot. banyak je pengalaman nak dicerita. tunggu.... =D

p/s: actually, geram tengok blog kakNa dah update banyak. hehe.. tu yang terus update tu. blog kakSu bila nak update?? cepat2..

0712
Mohammedia...