Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 29, 2009

Honeymoon di Pahang..

25 celcius..
rasa macam da lama tak update blog ni. ehe.. post pasal gambar-gambar masa kenduri tak habis lagi. tangguh jap coz nak bercerita pasal percutian ke Pahang. saje je wat topik post ni camtu.

so.. seperti yang telah dimaklumkan pada post yang lepas, kami ke Pahang menaiki bas SE ekspres. ok gak bas yang kami naik tu coz dapat VIP seat. hehe... besar, luas dan selesa. memang lena la kalau nak tidur. maksimum penumpang kalau tak silap, 29 orang je tapi tak sampai pun banyak tu. saya kira ada dalam 15 orang je kot hari tu. ye la kan... mana ada orang nak berjalan time puasa.. perjalanan daripada Klang Sentral ke Jerantut lebih kurang 6 jam. bertolak jam 8.40 pagi, sampai Jerantut jam 1.30 petang.

2 + 1

kami menetap di rumah KakMi. kakak abang yang ke 3. KakMi ada sorang anak, nama Addin Nur Darwish. comel, umur tak masuk 3 tahun lagi tapi dah fasih bercakap. ayat BM tak tunggang langgang lak tu. ehe... KakMi & Abang Fadh (suami kakMi) cikgu.

sepanjang 3 hari kat sana, tak jalan sangat pun coz puasa kan.. kalau bukan Ramadhan, rasanya saya & abang dah lepas ke Taman Negara. ehe.. teringin sangat nak ke sana sebenarnya. tapi tak pe la.. ada rezeki, lain kali sampai la saya kat sana. kan? =D kami jalan2 sekitar pekan Jerantut tu je. oh ye... bila dah besar ni, saya tak pernah la naik motor. so, memang best sangat2 la naik motor petang2. hehe.. masa kecik2 dulu, kat kampung wan bawa naik motor tak payah pakai helmet. saya memang tak reti la nak pakai helmet. hehe.. terukkan? abang gak kena pakaikan. saya suka naik motor coz dapat angin banyak. berangin je rasa. tapi cam cuak gak time nak pusing. nape tah rasa cam takut. =D

lepas pusing naik motor, kami bawa addin ke taman permainan. mulanya nak bawa Addin main geglongsor la kononnya. tapi addin takut nak naik sebab tinggi kot.. nak main buaian pun tak boleh sebab tinggi gak. last2 main lari-lari kat kemuncup je. uhuh.. comel betul la budak kecik tu. pastu mengadu kaki sakit kena kemuncup.

buaian tinggi..

main kemuncup

dah sakit kaki kena serang dengan kemuncup..

pak Uda & Addin...

mak Uda & Addin

jom balik umah... =D

makan? hehe.. for sure la sedap2. hari pertama kakMi wat ikan bakar & ulam2. hari ke dua, ikan Siakap stim. hari ke 3? beli kat bazar ramadhan.. terubuk bakar, ayam percik. uhuh.. banyak lagi makanan. tu yang utama je. oh ye.. yang paling best time makan, ada budu. hehe.. lama betul tak makan budu. dulu masa sekolah kat MADA, makan gak la. lepas pindah sekolah, da tak dapat makan da. ni baru jumpa balik. best2.

ha... dalam post yang lepas tu, ada tunjuk gambar cabin keretapi yang kitorang akan naik kan? tu gambar ambil kat tenet je. masa nak balik tu, naik2 je keretapi terus cari cabin kitorang. cabin 6. cam agak teruja gak la sebab memang cam dalam gambar, tapi tak secantik tu la. ehe.. ada 2 katil (atas & bawah), meja, sinki, tempat letak beg (boleh jadi tempat sangkut baju gak), kipas, tv & for sure la air cond kuat. hehe.. memang lena la kami tidur.

kemudahan yang ada..

katil-katil

rasanya sampai sini je kot entry kali ni. nanti2 update lagi. eh... sebelum terlupa.. dulu saya ada terangkan prosedur untuk urusan pernikahan, tapi tak habis lagi. ni nak minta respon pembaca blog ni (kalau ada orang baca la). nak saya sambung post pasal prosedur urusan pernikahan tu @ da tak payah sambung ek? rasa kalau tak ada orang nak tau, saya macam malas nak sambung coz saya pun nikah sekali ni je. tak perlu ingat sangat dah. ehe..

0646
Taman Sri Andalas..

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan kareem..

26celcius..
Wah,dah lama blog ni tak terupdate ek. ehe. kitorg busy sikit skang ni kot,yela tak ada masa nak ngadap laptop. Harini baru nak update.. dah masuk 3ramadhan baru nak ucap "ramadhan kareem" ek. eheh, tapi rasanya tak terlambat lagi kan.. ;) kami mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 yang berada di Malaysia dan juga di Morocco, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kalian semua. Sama2 kita tambahkan ibadat kita dlm bulan puasa ni ek. ;)
Ni ramadhan yang pertama kami berpuasa sama, best sngt2.. ehe. tidur sama2, bangun sama2, sahur sama2.. (eh2,besenye fie bgn dlu sbb nak siapkan makanan,pastu baru kejut abg) eheh.. pstu gi solat subuh sama2 gak.. bestkn. :D
Ha,ni takde ape nak type pn,just nak gtau esok kitorg akan ke Pahang, rumah kakmi. ( kakak kepada abg). esok kitorg betolak jam 8.30pagi di Klang sentral dgn menaiki bas S.E ekspres, insyaallah akan sampai di Jerantut jam 1tgh hari.. doakan kitorg selamat sampai ek.. ;)
Kitorg kat sana tak lama pn,rabu malam dah balik sini da, jam 12.40mlm, balik naik train lak.. ehe. fie la sebok2 nak naik train,die kata tak penah naik train.. uhu.. thanks utk mak sbb belanje tiket train yang best.. hehe. duk bilik berdua tu... best2. :D


tiket bas dan train..

Bas yg kitorg akan naik esok,burukkan.. eheh..
xpela,asalkan sampai dgn selamat. :)

Ni la bilik train yg kitorg akan duduk nti..
best x? :D

Ok,rasanye tu jela yang nak di update kali ni.. ape2pn,harap semuanya selamat pergi dan balik.. ;).. doakan kitorg k.. nanti dah balik pahang kitorg cite pengalaman di pahang lak.. ehe.. bye..

Taman Sri Andalas
0227

Friday, August 21, 2009

Gambar tetamu yang hadir

selesai akad nikah, kami bersalaman dengan mak, abah, ma & family terdekat. lepas tu borak-borak dengan tetamu yang hadir..

ma..

abah..

mak..

nenek & tok

tetamu...

borak2

menu : nasi ayam

kaksue & kakna
bersambung...

Thursday, August 20, 2009

gambar akad nikah

25 celcius...
wah... lama betul tak update blog kan? banyak benda nak cerita, tapi asek tangguh2 je. oh ye... entry kali ni nak masukkan gambar2 yang telah dijanjikan. da lama da nak masukkan, tapi asek bz je. hehe.. tah apa yang bz tah.

selamat menjamu mata... ;)

menunggu ketibaan jurunikah, saksi & orang surau

sabar menanti...

berdebar?

khutbah dibaca...

masih bergelar bujang ketika ini..

"aku terima nikah, Nurhafizah bintiAnuar dengan mas kahwinnya tujuh ribu ringgit tunai..."
alhamdulillah, sekali lafaz..

bacaan doa selamat

pembatalan wudhuk..

terima mas kahwin

hadiah daripada pengantin lelaki

hadiah daripada pengantin perempuan

status kini : berkahwin

bersambung...

Monday, August 17, 2009

Happy Belated Birthday Kaksue! (1008)

27 celcius...
semalam sampai daripada kampung..
penat.kenyang sangat2.best. hehe...
nak update pendek je kali ni sebab jap lagi nak ke surau, ada pengajian.

10 ogos yang lepas, birthday adik kesayangan saya. (sorang je pun adik kandung). saya ada lagi 2 adik tau, adik ipar. hehe.. masa birthday kaksu, saya tak sempat nak wish tepat jam 12 sebab bz dengan bilik yang bermasalah. ehe... so.. oleh kerana memang berniat nak bagi hadiah untuk birthday kaksue kali ni, saya & abang keluar la mencari hadiah. kaksue awal2 lagi da minta. nak c903. uhuh... mahal sangat tu kaksue... kami tak mampu la. so.. kami cari elmo je sebab kaksue penah cakap nak elmo gak. banyak kali gak cari, tapi tak jumpa2. minggu lepas cari kat subang parade & carrefour subang, tapi tak jumpa2. petang sebelum balik kampung tu, saya & abang ke Jusco bukit tinggi. abes pusing satu AEON tu, last2 jumpa gak la 2 jenis. kami pilih yang bulu lembut coz nampak cam best nak peluk. hehe.. so.. tu je la kot cerita kali ni.

kaksue & elmo

"elmo tengah isap jari" kata kaksue

budak demam kena makan ubat tau!

cerita kat kampung? jap2 lagi lepas balik daripada surau saya update k. abang da siap da tu, saya nak siap gak.

Friday, August 14, 2009

Honeymoon ke penang :D

29celcius..
Saje je wat tajuk cmtu, ehe.. bukan nak gi honeymoon pn ni, just nk gi kenal2 kampung fie je. Ha,lupa nak gitau,fie tak sempat nak update,die busy sngt2 skang ni.. die sampaikan salam pada semua yang melawat blog ni. ;)
Ni nak gitau kt semua,jap lagi kitorg nak betolak ke penang, doakan pejalanan kami selamat k. tak lama pn pegi sana,ahad ni dah balik sini dah. So,utk 2,3hari ni penaiktarafan blog ni tergendala kejap. ehe. Maybe lepas isnin ni kitorg akan masukkan gambar2 kawen semua.. byk wooo.... nak tgk x? tunggu................... kui3..
Ok la, tu saje yang nk gitau kali ni. insyaAllah lain kali update lagi. Selalu2 la jengok kami kt sini kalau nak tahu ape perkembangan kami. ehe. Ok la,fie dah suruh stop update.. ehe. bye..

1803
Taman Sri Andalas.

Thursday, August 13, 2009

curi2 update. :D

28celcius..

jap2, ni bukan fie y update, ni org lain.. ehe. curi2 update ni. saje je tgk2 blog ni td,pastu rasa nk update lak. Thanks kepada semua yang selalu melawat blog kami ni walaupun jarang update. nanti kami selalu2 update k. Teruskan lawatan anda ke blog ini. ehe.
Blog ni maybe akan di ubah suai semuanye. insyaallah kalau ada masa nti kami ubah semua. ;) gambar pn nti kami akan masukkan byk2. so, korg kena lawat sokmo la k. tp tunggu kami ada masa utk update dlu tau, bila ntah nk ada masa tu.. eheh
eh.. ok lah,fie da nk masuk bilik ni.. ehe. lari2............. :D

Adli
2004
taman sri andalas.

Wednesday, August 12, 2009

kenangan malam akad nikah dan kenduri

28 celcius..
wah... kesiannya adik shinju. hehe... sori2.. agak sibuk sejak kebelakangan ni. nak cerita pasal pe ek? ehe... update gambar? saya tak de banyak gambar pun. gambar-gambar yang ada kat saya ni pun, minta kat orang yang datang. kakna dan kaksu masing-masing sibuk kena layan tetamu. alhamdulillah ada cameraman, banyak gak la gambar saya. hehe... tapi gambar2 tu tak ada pada saya lagi sebab belum dicuci. nanti bila dah pergi ambil gambar-gambar tu, insyaAllah saya masukkan dalam blog ni. tapi for sure la ada yang kena tapis gak. hehe...

070809
malam akad nikah.
siang tu, kemas rumah buat kali terakhir. rasanya sampai pukul 3 petang kot. lepas tu family daripada penang sampai. borak-borak kejap. makan-makan. lebih kurang pukul 5.30 petang, makcik ryn sampai... borak-borak lagi. hehe.. dah pukul 6.15 petang baru mandi. lepas tu siap2. azan maghrib je, terus solat. lepas tu make up. uhuh... actually, ni first time saya make up. sebelum ni tak pernah pun. tak minat hias-hias muka sangat. uhuh... tapi sebab nak kawin kan... make up je la. ikutkan je. ehe.. mak dah pesan kat makcik awa-awal lagi. jangan make up tebal-tebal sampai nampak macam orang lain (dah tak nampak muka asal). so.. makcik pun make up la selapis je. makcik kata, biasanya orang lain makcik make up 2 @ 3 @ 4 lapis. tak pernah lagi make up selapis. uhuh.. tapi tu pun saya rasa tak selesa sebab rasa pelik muka kena make up. serius saya rasa cam bukan saya. tapi bila tengok gambar balik, rasa cam best lak. uhuh.. macam natural je. dasyat la makcik.. lawa2.. (memang patut dipuji) uhuh..

berus make up makcik

barang-barang make up makcik...

malam tu, kawan saya yang paling awal datang, adah & yana. derang berdua la yang teman masa make up & akad. syirot datang masa dah lepas akad rasanya. aman & azma sampai dah lambat da, masa orang tengah makan-makan. yang lain? tak dapat nak datang... sedih gak sebenarnya, tapi nak wat camne kan... orang lain pun ada hal masing-masing gak. kalau lepas ni saya sibuk, orang lain pun kena faham saya gak la kn? hehe... (setuju2)

kawan-kawan maroc..
(gambar adah & yana tak de dalam camera ni)

habis makan-makan, tetamu semua balik. sesi bergambar lak. penat gak la posing sana sini. uhuh.. last sekali, posing dalam bilik. ha.. ni satu lagi. tadi makcik make up, ni pakcik lak cameraman. uhuh.. memang tabik spring la kat pakcik. saya belum tengok lagi gambar. tapi saya dapat rasa yang gambar tu nanti sure lawa sebab pakcik yang gtau nak posing camne. uhuh.. tau2 je la kan.. saya ni badan keras, x fotogenik. so... tunggu dan lihat k. (gambar kat pakcik saya belum dapat lagi)

family ceria
(",)

tiga beradik

pakcik tengah ajar cara nak posing

pakcik tengah nak ambil gambar...

makan-makan...
abah, mak, makcik, pakcik
abang, fie

080809
hari kenduri
esok paginya, dalam pukul 10 pagi makcik sampai rumah. masa tu orang dalam rumah semua dah ke hotel. tinggal saya, suami saya & adik saya. [untuk mudah, saya ganti "suami saya" kepada "abang". senang cerita]. sambil makcik make up saya, kitorang borak-borak berempat. tiba-tiba. satu kejadian berlaku. uhuh... panik semua orang. tergendala kejap 30 minit. haha.. dasat2. masa tu muka cuak masing-masing. tak dapat nak bayangkan. dah berpeluh-peluh sebab terkejut. uhuh.. pastu paklong sampai untuk ambil saya & abang. nasib baik masa tu dah nak siap. kalau tengah make up lagi, x tau la nak kata apa. ehe...

okies.. abes cerita da kot. biar gambar lak yang bercerita.. ;)

kawan-kawan kakna yang banyak membantu..
(bakal abang ipar pun ada)
hehe...

makan beradab..

muka bila tak make up..
baru lepas solat..
izati & kaksu

kumpul ramai-ramai malam tu sebab nak buka hadiah...

37 hadiah kesemuanya..
terima kasih kepada yang memberi.. =D

meh tolong kakfie buka hadiah...

fitri tak bagi buka hadiah... dia nangis tengok kertas kena koyak..
hehe.. nakal betul la dia ni


1938
Taman Sri Andalas...